KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, May 16, 2016

dinturtle

PRK SB & KK - BN Hancur Jika Tewas, kata KuNan. Hahahaha .... Gentleman lah Sikit Cai2 Najib ....

Mkini
Ternyata seruan Tun Mahathir baru ni supaya pengundi2 Sg Besar dan Kuala Kangsar menolak BN dalam Pilihanraya Kecil telah mengoncang kem Najib !

Orang tua yang baling gelas pun tak pecah ? Hahahaha .....

Tapi kenapa begitu bersungguh sekali cai2 Najib menyerang Tun Mahathir kalau benar seperti dakwaan mereka yang Tun sudah tidak lagi berpengaruh ?

Kenyataan Teuku Adnan ini mewakili cara serangan cai2 Najib -

"Beliau (Mahathir) berkata jangan undi BN dalam pilihan raya kecil...

"Ini adalah jelas bahawa beliau dengan parti pembangkang mahu membunuh parti kita,"


( oya, cai2 Najib tidak mahu pertahankan title TENGKU yang ada pada nama Teuku Adnan ke ? )


Tun Mahathir nak bunuh Umno BN melalui dua PRK ? Hahahaha .... Rapuhnya Umno BN kalau begitu ....

Cuba kita tanya diri sendiri - Kenapa semasa PRN Sarawak Tun Mahathir tidak membuat seruan kepada rakyat Sarawak supaya menolak BN ? Kenapa hanya bila pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar saja baru Tun minta pengundi tolak BN ?

Sebab keputusan kedua PRK ini tidak akan mengubah apa2 keadaan. Siapa pun menang, nasib rakyat tidak akan berubah. Kerajaan Pusat atau Negeri tetap sama juga.

Kedua PRK ini tidak lebih hanyalah pertarungan ego kepada Umno BN dan juga antara Pas dan serpihannya, Parti Amanah. Tidak lebih daripada itu.


Jadi daripada mensia2kan ketentuan Allah yang menyediakan dua platform untuk rakyat menyatakan pendirian mereka ini, makanya Tun Mahathir memilih untuk menjadikannya sebagai satu medium bagi rakyat menyatakan pendirian mereka terhadap kepimpinan Najib.

Ayat paling penting ketika ucapan Tun baru ni adalah -

Yang utama ialah mengalahkan BN. Untuk menunjuk kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokongnya.

Ini Pilihanraya Kecil la bukannya Pilihanraya Umum.

Bukankah Najib dan cai2 nya juga yang duk kata sebelum ini - Bertindak dan bersuara mengikut saluran yang betul ? So ....dua PRK ini adalah saluran yang betul bagi menyampaikan mesej.

Cuba cai2 najib nyatakan apakah saluran betul yang ada kepada rakyat untuk bersuara kalau rakyat sudah tidak lagi percaya kepada Najib ?

SETIAP TINDAKAN yang diambil oleh rakyat ( dan Tun Mahathir ) diperlekehkan dan dikritik hebat. Nak bercakap di majlis2, cai2 najib akan berusaha halang samada melalui ancaman maupun rasuah. Minta dibuat referendum rakyat, dikatakan tidak ada dalam perlembagaan. Buat Deklarasi Rakyat, diperlekehkan, So, cuba nyatakan pilihan yang ada ..... 

Ternyata cai2 Najib sudah gabra ...... 

Kenapa tidak jadi Gentleman dan sambut cabaran Tun Mahathir ini ? Barulah rakyat respek. Ini tidak, mengeluarkan kenyataan2 yang sering bercanggah dengan kenyataan2 mereka sendiri sebelum ini.

Tun Mahathir kata - Yang utama ialah mengalahkan BN. Untuk menunjuk kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokongnya.

Jika cai2 najib gentleman, mereka seharusnya jawab - Ya, kita jadikan medan PRK ini sebagai bukti rakyat masih menyokong kepimpinan Najib. Bring it on !


Ada berani ? I don't think so ......  mereka akan hanya berani sebut begitu SELEPAS mereka dapat keputusan pemilihan pengundi yang menunjukkan BN menang.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

9 comments

Write comments
jamil
AUTHOR
May 16, 2016 at 7:00 PM delete

Saudara Din.
Apa kata kalau letak Tun Dr. Siti Hasmah di Sungai Besar dan TDM di Kuala Kangsar sebagai calon BEBAS di kedua dua kawadan. Gerenti menang punya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 16, 2016 at 8:44 PM delete

Sekarang pun dah hancur dah.... kunan...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 16, 2016 at 9:46 PM delete

Aduhai bahlol nya teuku Nan, memanglah BN pimpinan Najib & talibarut2 Ni perlu dihancurkan!
Bahlol ke atau buat2 tak paham...Cuba pusing meja!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 16, 2016 at 10:49 PM delete

Boleh tanya... mcmna nak akses blog outsidethebox. Tkasih

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
May 17, 2016 at 12:44 AM delete

http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/03/cara-paling-mudah-melayari-laman.html

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 17, 2016 at 4:59 AM delete

Google laman web bernama unblockaccess.com, dari situ taip laman web yg disekat yg ingin dilawati.
Pastikan taip www.dan nama laman web yg disekat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 17, 2016 at 6:49 PM delete

Atau kalo komputer google vpn dan guna. Pandai2 pilih yang mana kalo terpilih yang made in israel pun takpe macam saya hehe alah ramai kat msia pakai waze rilek jer. Mobile pun boleh cari vpn google play atau apple store

Atau seperti yang encik din habaq kat atas

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 18, 2016 at 1:41 PM delete

hari tu depa suruh tunggu PRU utk tumjukkan kuasa demokratik rakyat.
Maka takdir Allah jua mendatangkan PRK sg besar dan K.kangsar-parlimen-.

Apakah allah taala mahu menunjukkan sesuatu??

Kempen buleh kempen

pasti BN akan tabur juta juta

tapi Hati pengundi...??

Reply
avatar