KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, May 20, 2016

dinturtle

Prk Sg Besar dan K.Kangsar - Jadikan Sebagai Referendum Rakyat Menolak Najib



Artikel terbaru Chedet ( KLiK ) menerangkan dengan jelas apakah maksud disebalik seruan Tun Mahathir supaya rakyat menewaskan BN di dua Prk, Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Bagi yang memahami maksud Tun, tidak timbul soal belot kepada BN atau usaha mahu menjatuhkan kerajaan.  Sebab apapun keputusannya, tidak akan mengubah status quo kerajaan negeri apatah lagi kerajaan pusat. BN masih berkuasa di Perak dan PR masih berkuasa di Selangor. Dan BN masih berkuasa di Putrajaya. 

Selepas dari dua Prk ini, tidak akan ada lagi mana2 Prk akan diadakan sehingga PRU14.

Kesempatan diberikan oleh Allah untuk kali terakhir sebeum PRU kepada pengundi2 Parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai mewakili seluruh rakyat Malaysia, untuk menyampaikan mesej bahawa rakyat menolak Najib sebagai PM.

Juga mesej kepada Umno dan BN, sekiranya Najib masih berkuasa ketika PRU14, anda akan kalah. Kalah bukan kerana kekuatan musuh tapi kerana penolakan rakyat terhadap Najib.

5.Apabila saya desak supaya BN dikalahkan dalam pilihanraya kecil di Semenanjung, sebabnya ialah supaya Najib tidak boleh dakwa kemenangan itu sebagai penerimaannya sebagai P.M.

6.Pilihanraya kecil ini adalah pertandingan antara rakyat dengan Najib. Ia bukan pertandingan antara mana-mana parti lawan dengan BN. Oleh itu saya gesa supaya rakyat mengalahkan calon Najib. Kekalahan BN bermakna kemenangan rakyat melawan pemerintahan kuku besi Najib.

Siapa menjadi calon2 tidak penting, parti mana yang bertanding tidak penting. Yang perlu difahami adalah calon2 yang melawan BN kelak adalah mewakili rakyat. Calon2 itu bakal membawa suara rakyat.

7.Rakyat perlu sokong siapa juga yang melawan BN sebagai calon rakyat. Tetapi jika rakyat meletak lebih dari satu calon perpecahan dikalangan rakyat akan memberi kemenangan kepada BN.

Dengan kata lain, pengundi2 di parlimen Sg Besar dan parlimen K. Kangsar harus jadikan Pilihanraya Kecil yang akan datang ini sebagai satu bentuk REFERENDUM Menolak Najib sebagai PM demi menyelamatkan Malaysia.

Ya, Tun turut menyuarakan apa yang ramai penganalisis bincangkan sejak akhir2 ini iaitu keikhlasan Pas dalam bertegas mahu bertanding juga dalam kedua2 kerusi Parlimen itu.



11.PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding. Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS. Hadi nampaknya sudah terima Cash is King Najib walaupun dunia anggap Najib sebagai pemimpin yang kuat rasuah. Itu pilihan Hadi dan itu memanglah haknya. Sebab itulah PAS berpecah.


Bagus jugalah Hadi sebelum ini sudah menunjukkan kecenderungannya ke arah Najib melalui kenyataan2nya sebelum berlakunya trajedi kemalangan helikopter yang meragut nyawa dua MP sehingga mewajarkan Prk di adakan.

Kita hanya boleh menduga apakah sekiranya Hadi tahu akan diadakan Prk terlebih awal, beliau akan keluarkan kenyataan2 yang membodek Najib ? Mungkin saja tidak .... 

Nah, sekarang Pas sudah terperangkap dengan kenyataan2 bodek Najib oleh Presidennya sendiri.


Apapun, kita masih punya 2 minggu sebelum hari penamaan calon. Dalam keadaan politik kita yang begitu dinamik, macam2 boleh berlaku. 

Cuma kita jangan terlalu terikut2 dengan rentak Pilihanraya sebagaimana pilhanraya2 sebelum ini. Kali ini bukan lagi isu parti pembangkang melawan BN. Kali ini adalah lebih merupakan Rakyat Melawan Najib.

Anggaplah Najib itu BN dan BN itu Najib. Kita kena berikan sepenuh sokongan galakan kepada Umno dan BN supaya mempamirkan muka Najib di setiap poster dan banner sepanjang kempen Prk nanti.

Kalau tidak ada muka Najib, kita kena protes ! Muka PM Najib kita kena ada !  We LOVE Najib !



Tolonglah ..... letakkan poster seperti di atas banyak2 di Sg Besar dan Kuala Kangsar ya ... please ...... tak cukup orang nak gantung atau tepek, beritahu je team Rakyat, kita boleh tolong pasangkan.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

2 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 21, 2016 at 8:11 PM delete

Sokong BN = Sokong Najib
Sokong BN = Sokong GST
Sokong BN = Sokong 1MDB
Sokong BN = Sokong DERMA 2.6B
Sokong BN = SOKONG PEMIMPIN2 yg Pentingkan Diri Sendiri...

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
May 27, 2016 at 11:33 PM delete

Sokong calon BN di PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar bermakna sokong Jho Low. Rakan penyamun Najib.

Ini bermakna juga sokong aktiviti jenayah penggubahan wang haram yang dipelopori oleh Jho Low & Najib serta sekutu mereka dalam meruntuhkan ekonomi dan maruah negara Malaysia yang kita cintai ini.

Juga menyokong aktiviti memufliskan rakyat oleh Najib dan geng penyamunnya.

Seluruh dunia sedang memerhatikan kita. Maruah negara kita perlu dipulihkan.

Reply
avatar