KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, May 15, 2016

dinturtle

Prk Sungai Besar dan Kuala Kangsar - Kita kena Kalahkan BN ! Sebagai Mesej Kepada Najib - Tun Mahathir



Kebetulan hari ini saya bertanya kepada beberapa rakan seperjuangan, di manakah pendirian kita untuk dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini .... apakah kita akan aktif atau berdiri ditengah2.

Agak berbelah bahagi juga jawapan2 yang diterima .....

Tadi Tun Mahathir telah berikan pendiriannya secara tegas dan jelas ketika berucap di pentas Selamatkan Malaysia di Stadium Malawati  - Kita kena kalahkan BN di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar !




 KLiK untuk ke Youtube.

 -  Saya harap kita semua akan mengalahkan BN dalam PRK ini. Jangan ambilkira siapa yang melawan BN. Kita nak cuma satu parti, satu calon saja yang melawan dengan BN ( untuk setiap kerusi ) kerana kita tahu kalau kita letak 2-3 calon seperti yang berlaku di Sarawak, undi berpecah dan BN menang.

Kita tahu bahawa kalau kita ada hanya satu lawan satu, kita boleh tentukan kekalahan BN dengan mengundi seberapa banyak mungkin kepada calon yang melawan BN. Jangan kira siapa calon ini. 

- Yang utama ialah mengalahkan BN. Untuk menunjuk kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokongnya.



So .... amacam geng ? 

Siapa menang atau kalah di kedua2 kerusi tidak membawa apa2 perubahan atau makna pun baik kepada BN atau pembangkang. So, kenapa tidak kita jadikan kedua PRK ini sesuatu yang bermakna !

Jadikan keputusan dua PRK ini sebagai MESEJ RAKYAT kepada Najib dan kepimpinan Umno BN bahawa rakyat MENOLAK BN selagi Najib di atas.

Tidak penting siapa yang lawan BN. Jangan lihat calon itu dari mana-mana parti. Tapi anggaplah siapapun calon yang lawan BN itu sebagai CALON RAKYAT. 


PS - Kredit kepada TV Selangor... mohon maaf saya rakam dari siaran langsung anda tadi :)

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

13 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 15, 2016 at 1:55 AM delete

Sokong 100 peratus. Saranan Tun patut pengundi patuhi. Berapa banyak dedak ditaburkan di kawasan parlimen tersebut... sapu aje, tapi bila undi jangan pangkah BN.Penyokong Deklarasi Rakyat sudah boleh mengadakan kempen secara senyap.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 15, 2016 at 2:10 AM delete

Mungkin PRK kali ini DS Najib akan dedahkan dokumen-dokomen yang membuktikan bahawa dia bersih dan orang yang cakap-cakap terhadap nya selama ini adalah penfitnah... Nothing to hide.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 15, 2016 at 6:52 AM delete

Salam Din

Saya rasa umpama pepatah Melayu " Berat Mata Yang Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul" apabila Negarawan Ulung kita menyatakan kata - kata "Tolak BN" Dimana BN suatu ketika dulu dibawah kepimpinan beliau.

Saya dapat rasakan kesedihan tersebut TETAPI EMOSI Tun ketepi dahulu. Yang Penting mesej terhadap DSN bahawa rakyat telah tolak beliau dan sekiranya beliau masih berdegil lagi ingin memimpin, PRU 14 ada jawapannya..

#SayangTun

Reply
avatar
May 15, 2016 at 8:47 AM delete

Mesej perlu di sampaikan umpama sayang anak ditangangan tangankan buat pengajaran kepada Najib.

Tanangan ini yang naikkan, tangan ini juga yang akan turunkan

Reply
avatar
paktho
AUTHOR
May 15, 2016 at 9:39 AM delete

Semoga Tun dianugerahkan Allah kesihatan yg baik kpd beliau
#sayang Tun

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
May 15, 2016 at 2:35 PM delete

Ini saranan dan nasihat aku utk pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar:

1. Semua pengundi berdaftar perlu keluar. Jangan sia2kan hak anda.

2. Jika ada CALON BEBAS, beri undi anda untuk mereka tak kira siapa, walaupun ada 10 calon. Insyaallah orang Kuala Kangsar dan Sg Besar lebih mengenali siapa CALON BEBAS yg terbaik di kawasan mereka. Mungkin ada rakan kita yg boleh beri maklum dalam hal ini kepada kita utk diwar2kan.

3. Jika hanya 1 lawan 1 baru kita undi BUKAN BN.

Ingatlah dua PRK ini mungkin yg terakhir buat sessi parlimen kali ini. Selepas masuk tahun keempat pada 24 Jun ini, PRK tidak diperlukan lagi, perlu menunggu PRU14 saja walopun jika ada kekosongan kerusi parlimen atau dewan negeri.

Inilah masa terbaik utk kita tunjukkan rasa meluat dan menyampah kepada BN (khususnya UMNO) selain menyatakan sokongan kita kepada Gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat. Penyokong GSM dan DR mengharap kawan2 kita di dua kawasan itu dapat menjadi wakil kita dan buktikan bahawa rakyat mahu Najib turun.

WE CAN DO IT. Tapi kalau Najib bagi duit, kebasss... tapi pangkah CALON BEBAS. Ini undi protes kita terhadap Najib. Kita mau BEBAS dari cengkaman Najib.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 15, 2016 at 3:15 PM delete

Sokong... mesej untuk DSN bukan sebenarnya untuk BN.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 15, 2016 at 3:25 PM delete

PRK K Kangsar dan Sg Besar...Mesej bukan setakat untuk DSN tetapi pemakan dedak yang membisu untuk menjaga periok nasi,pangkat dan jawatan termasuk kepada pihak yang bermulut celupar,pembohong dan penipu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 15, 2016 at 5:01 PM delete

Susah nak kalahkan BN dlm 2 prk ini kerana PAS Hadi sedia membantu BN.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 16, 2016 at 11:10 AM delete

Salam Bro

Memang kita dalam dilema. Ini PRK dalam kawasan majoriti melayu. Melayu dalam dilema.(Bukan Malay Dilemma tulisan Tun). UMNO sebuah parti melayu yang telah banyak berjasa kepada bangsa melayu dan negara. Namun UMNO pimpinan Najib telah jauh terpesong dan menggadai maruah agama bangsa dan tanahair. Bukan salah melayu. Salah pemimpin UMNO yang ada sekarang yang buta dan pekak terhadap nilai nilai murni perjuangan UMNO yang asal. Mereka gilakan kuasa, mendokong dan mengamalkan RASUAH terang terangan. Walaupun disajikan dengan bukti didepan mata mereka tetap menidakkan kebenaran dan menyokong pemimpin KORUP skala global yang sudah tak dapat dinafikan.

Dalam PRK di kedua kawasan ini rakyat mesti menyatakan kehendak mereka. Apakah rakyat akan terus menyatakan sokongan terhadap UMNO atau menghukum kedurjanaan UMNO dengan memihak kepada lawan? Anda masih dalam dilema? Yang kita kasihi Tun Mahathir menyeru kepada pengundi untuk memberi undi mereka kepada pihak lawan. Saya mengerti dan faham tujuan Tun M. Bukan Tun M tak sayangkan UMNO dan berpaling tadah kepada lawan…jauh sekali. Tun M adalah pejuang bangsa dan tanahair yang sejati. Tun M mementingkan NEGARA melebihi segalanya. Kalau kita berfikiran waras, kita tanya kenapa Tun M bersungguh sungguh mendesak Najib berundur? Adakah kerana kepentingan peribadi?...cuba fikirkan. Dalam umur menjangkau 91 tahun, kenapa tak duduk diam dan menghabiskan masa beliau dengan keluarga dan berseronok sebagai pesara yang mampu untuk bersenang lenang tanpa menghiraukan perihal negara lagi? Tapi kerana semangat juang dan sayangnya kepada Negara, Tun M sanggup dihina dan diperlekehkan oleh Najib demi masa depan kita dan anak cucu pewaris tanahair ini. Kita mengecapi kemajuan dan nikmat ekonomi yang sekarang hasil gigih dan wawasan Tun M yang telah terbukti sewaktu beliau menerajui Negara. Ini semua FAKTA.

Tun Abdullah mengambil alih pucuk pimpinan dari Tun M dalam keadaan negara cukup stabil tanpa isu dan dengan momentum menuju kegemilangan. Namun Tun Abdullah dengan slogan “Gemilang Terbilang" mula menampakan kelemahan dan menyebabkan kegoyahan kepercayaan rakyat keatas pimpinan beliau. Setelah didesak, Tun Abdullah BERKORBAN untuk mengundur diri atas kesedaran RAKYAT tidak bersamanya lagi. Peralihan pucuk pimpinan kepada Najib berlaku tanpa sebarang kontrversi.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 16, 2016 at 11:12 AM delete

sambungan

Mohd Najib terjun ke arena politik berbekalkan nama baik dan simpati rakyat terhadap bapanya. Dalam usia yang terlalu muda beliau menjadi wakil rakyat dan seterusnya memegang tampuk pimpinan Negeri Pahang. Walaupun Allahyarham Tun Razak bukan orang berada, namun kehidupan Najib sejak kecil sebagai seorang anak kepada pemimpin negara jauh lebih mewah dari orang biasa. Beliau tidak pernah hidup susah dan tidak pernah mengalami desakan kesempitan hidup seperti kebanyakan rakyat biasa. Beliau disokong oleh Tun M untuk menggantikan Tun Abdullah, juga atas dasar kepercayaan dan rasa mengenang budi Tun M kepada Allahyarham Tun Abdul Razak. Kita harapkan bapa borek anak rintik. Namun jauh panggang dari api...bapa borek anak belang. Munkin kerana zaman kecilnya dalam kemewahan dan bapanya yang sentiasa berjimat cermat dan tidak mahu menyalah guna kuasa dan wang negara, Najib gagal untuk menikmati kemewahan hidup seperti kemahuannya.

Masa berlalu dan bintang Najib terus bersinar. Dari seorang wakil rakyat menjadi Menteri Besar seterusnya menjadi Menteri Kerajaan Persekutuan dan kini berada diatas puncak kuasa tertinggi Negara sebagai Perdana Menteri. Kini beliau berkuasa dan munkin ingin mengecapi impian masa kecilnya untuk menikmati kehidupan mewah semewah mewahnya. Beliau lupa atau sengaja tidak menghiraukan pertimbangan wajar demi mengejar cita citanya. Kuasa mula memabokan dirinya dan mencapai puncak hingga kemelut sekang ini. “CASH IS KING“ menjadi tunjang kepimpinannya.

Berbalik kepada PRK dikedua kawasan ini, mesej yang jelas dari rakyat mesti ditunjukan. Dengan mengundi pihak lawan bukan setakat memberi mesej kepada Najib bahkan mesej yang lebih penting kepada UMNO. Rakyat tidak menyokong mereka lagi. Kenapa mesej kepada UMNO lebih penting? Kerana UMNO yang kita sayangi masih ada harapan untuk dipulihkan. UNDURKAN NAJIB kerana Najib sudah tiada jalan yang dapat diselamatkan lagi. Hanya UMNO yang dapat mengubah dan seterunya menyelamatkan UMNO itu sendiri dan juga negara. Ahli ahli MT, kamu ada kuasa untuk bertindak segera. Tunaikanlah TANGGUNG JAWAB kamu kepada rakyat yang selama ini memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Rakyat akan senantiasa bersama kamu selagi kamu BERTANGGONG JAWAB, AMANAH, TELUS dan JUJUR kepada rakyat.

Dalam kemelut dan skandal yang mengaibkan ini, Najib adalah punca segalanya, namun UMNO lebih lagi bersalah kerana membiarkan dan menghalalkan apa yang berlaku. Mereka memekakkan dan membutakan diri mereka kepada keadaan sekeliling dan yang lebih parah ialah mereka tidak memperduli denyut rakyat. Kalau ini berterusan rakyat pastinya mempersalahkan kamu semua dan pastinya tidak akan percaya dan memberi sokongan mereka lagi. Masih ada lagi masa untuk anggota MT merubah keadaan. Jangan sia sia kan masa yang semankin singkat ini.

Kepada pengundi dikedua dua kawasan ini terutama ahli dan penyokong UMNO, undi kepada lawan dalam PRK kali ini umpama makan ubat yang amat pahit namun mesti kita telan demi mengubati UMNO yang telah tenat ini. UMNO yang telah banyak berjasa kepada agama bangsa dan negara kini amat tenat. Tun M telah menelan ubat yang amat pahit dan berbisa dengan tindakannya seperti yang kita tahu. Maka sebagai rakyat yang cintakan tanahair ini sama samalah kita berkorban demi masa depan anak cucu kita pewaris negara ini.

BERTINDAKLAH DENGAN TERAS KEBENARAN, PASTI AKAN SELAMAT.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 15, 2016 at 2:59 AM delete

Ahli politik dah tua2, tapi belum matang. Semua parti sibuk kata mereka mengamalkan cara politik matang, tapi sarip dol semua samseng kampung. Sebab ahli politik bila kempen semua buruk2kan parti lain untuk mengatakan secara tidak langsung merekalah terbaik. Lepas tu cerita buruk je mcm batu dibaling2 antara parti. PM TPM menteri pun perangai mcm tu, malulah sikit dgn anak muda. Tak payah canang cerita buruk sebab semua rakyat boleh pikir. Dlm hidup seharian pun mulut puaka pun tak disenangi, mcm mana pula strategi mulut puaka boleh menang undi?
Arena politik masih ditakuk lama.
Kalau aku ketua sebuah parti politik, aku akan canang jasa dan sumbangan parti lawan, lepas tu aku jelaskan rancangan yang boleh meneruskan pembangunan dan sbgnya dan mungkin rancangan yg lebih baik. Tak perlu pun sebar cerita buruk.
BN lagilah tak habis2 jaja cerita buruk je kat media, jemulah seolah2 rakyat tak pandai pikir, ingat ni zaman pak kadok ke? Sekarang org tengok penjaja cerita buruklah yang nampak buruk. Lupakan cerita buruk, cakap je lah berkaitan perancangan pembangunan, tak buang masa, tak buat dosa, dan aib sendiripun ditutup Allah. Berubahlah ahli politik. Media pun sudah2lh bersubahat jaja cerita buruk. Aku sbg rakyat dah lama bosan cerita2 buruk ni tak ada faedah pun.
Yang rakyat nak adalah apa yang meraka nikmati sebelum ni dan akan dtg. Tak payah kempen berapi2 pun kalau rakyat puas hati apa mereka dah nikmati dan yakin dengan perancangan seterusnya pasti rakyat undi.

Ubahlah cara berpoliti tu, tak jemu ke mulut cakap benda yang tak berfaedah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 19, 2016 at 5:55 AM delete

Dulu kita lihat pakatan pembangkang makin kuat. Tetapi sekarang makin lemah, lemah disebabkan mereka sendiri. Kalau pemimpin umno bn seekor lembu pun belum tentu pakatan pembangkang akan menang pilihanraya.

Pakatan pembangkang tak mahu belajar dari kebodohann ego mereka sendiri. Kunci utama adalah kesepakatan dan kerjasama. Sekarang pihak yang mahu menentang BN sebaliknya berlawan antara mereka sendiri. Dah jelas bnyk kali perkara ini memenangkan BN, tp pembangkang masih tak nak sedar, sendiri bodoh sendiri tanggung. Lain kali klu pembangkang berebut kawasan baik tak payah buang duit hantar calon, biar je BN menang, klu lawan pun tak ada kesepakatan tetap kalah, buang masa rakyat je keluar mengundi. Pembangkan kena balik sekolah belajar tajuk pecahan.

Reply
avatar