KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, May 6, 2016

dinturtle

Siapa Kata 1MDB Cuma Rugi RM1 Juta Jer ? ( Moh Orang Perak, Kita RaiKan Tun Mahathir Di Manjoi Malam Ini ! )

Cai2 Najib dalam mempertahankan kerugian 1MDB ( ya, sekarang mereka sudah terpaksa menerima hakikat yang 1MDB sememangnya RUGI ! ) akan berkata bahawa jumlah kerugian cuma RM1 juta saja .... yakni modal asal 1MDB.

Mana ada bilion2 ? , kata mereka. 

Kononnya sebanyak RM1 juta itu sajalah suntikan modal kerajaan ke dalam skandal 1MDB. Benarkah ? Habis tu yang Tun Mahathir dan ramai rakyat duk kata bilion2 rugi tu datang dari mana ?

Kalau nak tahu berapa banyak kerugian 1MDB, cuba tengok berapa banyak hutang 1MDB yang masih tertunggak ketika ini SELEPAS semua aset2nya dijual. 

Dulu 1MDB berhutang kononnya sebab nak beli IPP ..... sekarang IPP semua dah habis dijual tapi kenapa hutang masih berbilion walaupun selepas ditolak dengan hasil jualan IPP itu ?

Mudah jer .... kita buka satu bisness dengan modal 1ribu dan pinjaman 10 ribu, jadi jumlah modal kita 11 ribu. Bila kita tutup bisness dan jual semua aset yang ada, kita dapat 4 ribu dan kita bayar hutang dengan hasil jualan itu ..... ada baki hutang 6 ribu campur modal kita 1 ribu. RUGI namanya tu sebanyak 7 ribu !

Mana nak cekau duit nak bayar baki hutang itu ?

Samalah dengan 1MDB. Lepas jual IPP, kenapa masih ada hutang dengan Goldman Sachs USD3.5 bil atau RM14 bilion dan bon RM5 bilion ? RUGI lah namanya tu ! 

( ada lagi hutang2 lain tapi saya nak mudahkan cerita. Contohnya ada lagi pinjaman USD3 bil tapi kononnya setengah darinya  dibuat pelaburan GIL bla bla bla. Point artikel ini cuma nak tunjukkan yang 1MDB rugi bilion2, tanpa perlu bebankan otak so tak perlu tepat angkanya )

1MDB nak bayar dengan apa kalau satu2nya aset yang bernilai sudah dijual ?

Sekarang ni memang tak nampak lagi sebab hutang itu masih belum matang. Tapi kalau interest hutang itu pun 1MDB terhegeh2 nak bayar, macamana nak bayar pokok ! ?


Tanah TRX dan Bandar Malaysia kan ada ......

Haaa.... satu soalan yang bagus. Sebab soalan ini akan dikaitkan dengan perenggan pertama di atas tadi. Kedua tanah itu adalah juga satu bentuk modal bernilai puluhan bilion yang disuntik oleh kerajaan dalam 1MDB.

RM1 juta itu dalam bentuk tunai. Selain dari itu, kerajaan juga beri modal dalam bentuk tanah yang 1MDB boleh jual untuk dapatkan tunai lebih dari RM25 bilion !

Contoh lagi - Bijan nak berniaga tapi tak cukup modal. Bijan minta tolong ayahnya dan ayah Bijan berikan sebidang tanah bernilai RM1 juta kepada Bijan. Nak cukupkan syarat jual beli supaya adik beradik lain tak bising, maka ayahnya jual tanah itu kepada Bijan dengan harga RM50 ribu. Dan Bijan pun gadaikan tanah itu bagi tujuan modal perniagaannya.

Adakah modal perniagaan Bijan RM50 ribu atau RM1 juta ? Jika bisness Bijan bangkrap dan tanah terpaksa dijual untuk bayar hutang, apakah Bijan rugi 50 ribu atau 1 juta ? Keluarga Bijan pula kerugian 1 juta - 50 ribu = RM950 ribu sebab kalau Bijan tak gatal nak berniaga walaupun dia bebal, keluarga Bijan masih punya tanah bernilai 1 juta itu.

Samalah dengan kes 1MDB ! 


Dari artikel terbaru Chedet - Saga 1MDB ( Bahagian 2 )

1. 1MDB, kemungkinan atas nasihat penasihat syarikat it, iaitu Perdana Menteri telah membeli tanah Kerajaan di Kuala Lumpur pada harga RM60 setiap kaki persegi di kawasan mana tanah telah dijual pada harga mencecah RM7,000 setiap kaki persegi. Najib yang juga Menteri Kewangan sepatutnya menjual tanah Kerajaan pada harga hampir harga pasaran. Dengan menjual pada kadar RM60 setiap kaki persegi, Kerajaan telah kehilangan banyak wang.

2. Jelas terdapat konflik kepentingan apabila Menteri Kewangan adalah juga penasihat kepada 1MDB. Jika bukannya Najib yang meluluskan penjualan ini, maka siapakah yang melakukannya? Pegawai yang meluluskan penjualan ini harus didakwa atas kehilangan wang Kerajaan.

3. Tanah ini telah dinilai semula ke atas supaya nilai aset 1MDB meningkat menjadi RM50 bilion.


Ingat tak ayat favoret cai2 Najib bahawa Aset melebihi Liabiliti ?  Aset konon 50 bilion dan Liabiliti 42 bilion ....... Aset itu melebihi 50 bilion disebabkan nilai tanah yang hampir percuma dari kerajaan. 

Dari artikel chedet tahun lepas -

27. Clearly 1MDB is not getting any return from its investments. Not only is it losing money but the Government has lost money when 1MDB paid only RM683 million for TRX and Sungai Besi. Total loss incurred by the Government is approximately 25 billion Ringgit.

Jumlah kerugian yang kerajaan atau rakyat ( kalau ikut contoh di atas, keluarga Bijan ) tanggung adalah 25 bilion ringgit sebab kerajaan jual tanah dengan begitu murah sekali.

Tapi tanah2 tu masih ada lagi .... kata cai2 Najib. Yalah, dan hutang berbilion2 pun masih belum settle lagi ! Nak settle macamana selain dari jual tanah yang ada. Apalagi aset yang 1MDB ada tinggal selain tanah2 itu ?

Dan untuk pengetahuan, tanah2 itu sudah beberapa kali dinilai semula mengikut harga pasaran dan perbezaannya dianggap sebagai untung dalam akaun 1MDB. Kalau tidak disebabkan keuntungan 'tipu' sebegitu, akaun 1MDB sudah pasti mencatatkan kerugian BILION2 setiap tahun !

Jadi balik kepada persoalan awal tadi - Benarkah modal 1MDB cuma RM1 juta saja ? Dan kalau 1MDB bangkrap sekalipun, kerugian kerajaan hanya RM1 juta saja ?

                             ************************

Ginilah, apakata kepada rakyat yang tinggal sekitar Ipoh dan kawasan2 berdekatan, anda turun beramai2 ke Kampung Manjoi, Ipoh malam ini jam 8:45 malam dan dengar sendiri apa kata Tun Mahathir.


Turut hadir dan berucap sama adalah anaknya Mukhriz. Turun beramai2, dan dengar sendiri. Dapatkan juga penjelasan mengenai Deklarasi Rakyat dan jika anda bersetuju dengan Tun, turunkan tandatangan anda di borang Deklarasi Rakyat malam ini.

Borang2 itu semua nanti Tun Mahathir akan persembahkan ke bawah duli Yang DiPertuan Agong sebagai satu bentuk memorandum dari rakyat yang menggesa pihak istana bertindak demi menyelamatkan Malaysia.





KLiK untuk ke Youtube

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 6, 2016 at 7:24 AM delete



Beginilah Encik Din ooiii...

Memang benar menurut cai-cai Encik Bijan kerugian 1MDB hanya RM1 juta sahaja.

Pemakan dedak dan penjilat tegar punggung Encik Bijan mana tau mengira.

Setakat satu juta diorang tu faham lah.

Lebih daripada angka itu mulalah diorang garu kepala.

Apatah lagi angka berbilion-bilion.

Diorang ingat itu nama pasaraya kot.

Dah memang bebal, hasil makan dedak dah jadi darah daging.

Yang belajar tinggi-tinggi pun dungu dia sama macam yang belajar setakat SRP saja.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 6, 2016 at 9:26 AM delete

Itu kisah jumlah kerugian 1MDB. Kena ingat juga, negara turut rugi banyak lagi sebab harta negara (tanah) jual kat 1MDB dgn harga below cost.LGE beli banglo below cost sikit yg kerajaan x rugi directly riuh sekampung...ini apa cerita?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 6, 2016 at 12:34 PM delete

Aduss, en Bijan lagi..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 6, 2016 at 2:15 PM delete

UMNO semakin layu. Segera bertindak t/tangan Deklarasi Rakyat.

Reply
avatar
Ahmad Faizul
AUTHOR
May 6, 2016 at 4:54 PM delete

Belajar bertingkat2, jd bebal berlapis2. Makan dedak byk sgt. Betul x cai?

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 6, 2016 at 8:01 PM delete

Salam Bro

Ko salah spelling "Bijan" tu sebab dalam skandal 1MDB yang dah tonggeng terbalik ni, ejaan orang yang berkenaan pon kena tonggang terbalik jugak.

"bijaN" baru betul.

Dalam kempen dan desas desus PRN Sarawak nama bijaN memang senantiasa dibibir rakyat. Begitu jugak dengan nama Najib. Tak pernah pemimpin pemimpin pusat menjelajah keceruk rantau bumi kenyalang sebegitu beriya iya. Bukan kerana kerajaan Sarawak dibawah KM Adenan lemah dan perlukan sojar kempen dari Malaya...malah sebaliknya...pemimpin pemimpin pusat datang berdoyon doyon sebab nak tumpang GLAMOR...Datang dan terbang kesana kemari bukan main lagi...munkin seronok dapat naik helikopter kot...maklum kalau di malaya susah nak terbang heli ni...cuma VVIP mafia je dapat.

Tup..tup...kan sudah berlaku trajedi...walaupon kita pasrah segala yang berlaku itu ketentuan Allah.

Satu lagi...sape bayor semua tu?...Najib banyak duit lagi ke?...kan dia kata dah bagi balik kat arab?...atau ade banyak lagi duit yang masuk akaun dia yang dia tak tau...tapi bedal belanja bukan main?...tak heran kan?...

Munkin belanja kesana kemari sojar kempen ni Kerajaan yang tanggung...atau GLC. dari dulu lagi aku tak setuju kalau kempen parti ditaja oleh kerajaan(duit rakyat) atas alasan urusan rasmi kerajaan sebagai menteri atau penjawat awam. Pi mampos!...itu memang salah guna terang terangan.

Ikut dasar negara barat...macam USA...kos kempen pilihanraya semua ditanggung secara peribadi...tak guna dana kerajaan langsung. Calon boleh mintak sponsor...tapi semuanya diambil kira...telus dan terang...dan semua derma dimasuk akaun tabong kempen....tak dak masuk akaun peribadi.

Kita di Malaysia...zaman Najib ni..."Derma" masuk akaun peribadi....tu pon senyap senyap...dah terbongkar pon masih tak ngaku...tunjuk bukti baru cakap ade "derma"...parti langsung tak tau...tak masuk akaun parti pon...cuma anjing bongok parti yang berbuih mengatakan semua untuk parti. Yang pandai menyalak kena jolok 1juta 2 juta...pon main diam je...

Dasar PENGKHIANAT!...

Jahanam UMNO...
Jahanam Najib...ko lah punca segalanya.

bijaN pon sama jugak.

Reply
avatar