KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, May 8, 2016

dinturtle

TAHNIAH Team Adenan ! Bukti PRU Mampu DIMenangi Tanpa Najib.

FMT
TAHNIAH! kepada Team Adenan di atas kejayaan besar memenangi PRN Sarawak yang ke 11 !

Kejayaan cemerlang itu adalah hasil di sebalik parti tonggak BN, PBB serta Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang masing-masing menyapu bersih 40 dan 11 kerusi serta sumbang tujuh kerusi oleh SUPP, tiga oleh Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan 11 calon langsung, sekali gus melepasi ramalan 70 kerusi.

Walaupun peratusan keluar mengundi merosot teruk di mana setakat jam 4 petang mencatatkan hanya 52%  (MKini), namun kemenangan tetap satu kemenangan. Faktor kemerosotan itu boleh dikaji kemudian.

Apa yang menariknya kali ini, kemenangan besar Team Adenan membuktikan bahawa TANPA kelibat 1 LOVE PM pun, BN mampu menang !

OKlah, ada juga terbaca Najib bersungguh2 duk kempen di ceruk2 kampung Sarawak tapi rata2 orang berkata kemenangan adalah milik Team Adenan.

Kita memang dah jangkakan kemenangan Team Adenan cuma mungkin tidak menjangkakan kemenangan besar beliau, makanya kita amat alukan berita gembira ini.

Seharusnya kemenangan besar tanpa faktor ketara Najib ini membuka mata Umno dan BN bahawa ada kemungkinan besar perkara sama turut boleh diulangi pada PRU14 kelak. 

Umno ternyata terlalu bergantung kepada Najib. Umno takut kepada masa depan tanpa Najib. Najib adalah segala2nya kepada Umno ...... ternyata itu hanyalah persepsi semata2. 

Sekarang kita perhatikan usaha cai2 Najib untuk menumpang glamer Team Adenan, mereka akan cuba tempelkan nama Najib disebalik kemenangan besar Team Adenan.


MUNGKIN SAJA ..... kemerosotan peratusan keluar mengundi adalah disebabkan kehadiran Najib yang tidak berapa disukai pengundi. Kena kaji tuh.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
Nazri Mohd
AUTHOR
May 8, 2016 at 9:09 AM delete

terbaik sinikal... tunggu terengganu lepas ni..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 8, 2016 at 10:12 AM delete

Che Din, samada Najib ada atau takda, Sarawak tak akan berubah kerana rakyatnya sudah serasi dengan cara yg dibentuk sejak Taib lagi. Siapa boleh dtg dgn cash dan agenda perkauman tempatan, dialah akan menang.

Soalnya, adakah sama Sarawak dengan Semenanjung? Semenanjung mentality berbeza. Setiap isu menjadi penentu. Faktor penyelewe gan dan kegagalan program ekonomi Najib sehingga membawa syarikat milik negara kerugian beribu ribu juta sydag pasti akan memberi impak jatuh bangun parti BN.
Kita akan saksikan nanti PRU di dua kawasan Semenanjung Malaysia tak lama lagi. Selangor dan Perak ada ceritanya masing masing. Tak ada satu parti pun yg akan pasti boleh menang.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 8, 2016 at 11:00 AM delete

Salam tuan din.

Pada pendapat saya, parti politik tempatan yang berada di Sarawak patut keluar daripada BN dan mewujudkan blok mereka sendiri di PRU nanti. Mereka boleh jadi game changer kelak. Saya meramalkan BN/UMNO memang akan kalah teruk, dan sekiranya Pakatan Sarawak ini menang besar di kawasan Parlimen, mereka mungkin ada cukup kerusi untuk membentuk kerajaan dan kita akan mendapat seorang PM baru dari Sarawak. (Adenan for PM?)

Kalaulah ini boleh dilakukan, memang checkmate untuk BN/UMNO.

Ini hanyalah ramalan kasar di permukaan semata-mata, tanpa mengambil kira jumlah kerusi parlimen yang ada di Sarawak.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 8, 2016 at 1:30 PM delete

Salam Bro

Saya pengundi Kuching N8 Satok. Telah saya katakan sebelum ini...Faktor kemenangan BN adalah KM ADenan...Dalam masa yang singkat...beliau dapat merasakan denyut rakyat. A simple man with convincing words....cakap pun cakap lokal...lagi selesalah rakyat. Tak perlu nak terjerit terlolong macam yang sekor tu. Tak perlu bawak sepandok "I Love CM".
Najib dan menteri menteri UMNO sebenarnya buang duit kerajaan je datang ke Sarawak...lebih ke melancong dan menghabiskan boreh je...Impaknya tak de langsung...malah negatif...terutama Najib.

Najib bukan ape...tumpang glamor je...nak sejukkan hati sendiri...walhal dia tak dapat lelap memikirkan siasatan antarabangsa yang makin menghampiri dirinya.

Saya nak komen sikit Anon 1012.
Anda kata:
"Siapa boleh dtg dgn cash dan agenda perkauman tempatan, dialah akan menang."

Di Semenanjung tak ade macam ni ke?...cakap beralaslah sikit bro...itu tanggapan awam disetiap PRU. Tapi...saya rasa di semenanjung lagi hebat...sebab memang SAH Najib dapat RM 2.6 billion untuk PRU yang lepas. Kalau bagi sama rata dengan seluruh penduduk semenanjung(tak kira umur - semua manusia yang bernyawa) boleh dapat RM100.00 sorang!...
Bro...di Malaysia ni time PRU...kalau tak de duit berterabor...janji manis projek...tak sah. Itu dah mentaliti pemimpin dan mereka yang di pimpin. sesiapa yang tak nak...mereka adalah minoriti...Ko sebut je...ko ingat yang pegang "I Love PM" tu tak de tajaan ke?..,Perhimpunan baju merah tu?...Masanya untuk kita berubah bro!...segalanya bermula dari diri kita sendiri...Bila kena saman, jangan sibuk tanya boleh runding ke?...Kalau orang lain kita boleh komen tapi kena diri sendiri tak apa...macam tu ke?

Anon 1012...awak macam mana?
Masih terperangkap dengan mentaliti "Cash is King" ke?








Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 9, 2016 at 2:58 AM delete

lepas nie kat prk sg besar pulak..
cai najib pasti dah sedia ke dgn 2.6b??

Reply
avatar
May 9, 2016 at 6:51 AM delete

Kemenangan BN di PRN S'wak adalah bukti rakyat sokong penuh Najib. Dia tu kata kat TV3/4. Kah, kah, kah...... Sprt kata Tun M pi bagi tau kat kambing.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 9, 2016 at 10:09 AM delete

Salam Bro

Ini Kenyataan Rahman Dahlan budak bongok dari Sabah tu...bingit telinga dibuatnya.

"Rahman Dahlan: Barisan win proof that people rejected Dr M’s campaign"
The Star 09/05/2016
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/05/08/barisan-win-rejection-of-dr-m/

Kalau pencacai memang lidah mesin gun yang cakap tak dak fikir langsung....taptapatapatapatap...tak renti renti. Aku tau dia ni penjunjung teloq busuk Najib no.1...macam Salleh Kruk tu..

Ko tau ape orang Sarawak cakap bro?...Kalau Najib tak menyebok..munkin Adenan akan menang lebih kerusi dengan majoriti yang lebih lagi...Itu tanggapan rakyat Sarawak...

The Sarawak State Election was never about Najib or the Federal Government. It has always been a domestic State Level only. At the current political landscape, Najib and his UMNO entourage were actually liabilities to the State BN. Anything that is Najib and UMNO related, stink!...

Saya telah katakan sebelum ini...Orang lain jangan nak tumpang glamor kemenangan BN Sarawak. Rahman..kalau ko nak glamor...ko suruh Musa Aman bubar DUN Sabah...atau lagi baik suruh Najib bubar parlimen dan buat PRU sekarang....Alang alang ambik aura kemenangan BN Sarawak...BN memang gagah!...apa tunggu lagi?...
Rahman...kalau tempoh ari ko kempen kat area aku...pasti aku datang...bawak telor busuk bagi kat ko...bongok punya manusia.

Jangan ko nak tumpang bangga dengan kemenangan BN Sarawak...Rakyat Sarawak memilih untuk memberi mandat besar kepada Adenan demi kekuatan Sarawak keseluruhannya. Rahman..ko mesti ingat...parti BN Sarawak adalah 100% lokal...tak ade kaitan langsung dengan mana mana parti BN Semenanjung....ko punya UMNO yang berulat tu langsung tak de kena mengena. Jika ditakdir PRU nanti Putra Jaya bertukar tangan....BN Sarawak boleh "realign" bila bila masa...asalkan ianya membawa kebaikan untuk rakyat Sarawak....Tak kan pusat tak nak kan?...sebab itulah rakyat Sarawak memberi kemenangan besar kepada Adenan...Bila kita kuat...kita bersatu...orang tetap ambik berat dengan kita...whichever way, we will always win...this is politic.

Ade ko terpikir sampai kesitu Rahman?...Sabah nak buat macam tu?...tak boleh sebab UMNO Sabah adalah sebahagian dari UMNO Semenanjung dan dah jadi pembangkang.

Tun M dan Deklarasi Rakyat cuma nak buang si Najib Rasuah tu je...itu ko cakap nak guling kerajaan. Kalau Najib ko tak buang...dengan sendirinya ko dan kerajaan akan terguling!...ko paham tak?... Najib dah terlalu kotor...ko pun sama...sebab tu ko bukan main lagi pertahankan Najib...Kita tunggu dua PRK di Semenanjung...buktikanlah Najib boleh menang macam Sarawak...

Rahman...buatlah ape ko suka...tapi jangan memperbodohkan rakyat. Cukuplah ko sorang yang bodoh...








Reply
avatar