KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, May 9, 2016

dinturtle

Tun M - Skandal Kewangan Najib Telah Memalukan Malaysia DI Seluruh Dunia !


Di bawah adalah sedutan paling penting dari ucapan Tun Mahathir di Manjoi Ipoh yang wajar kita kongsikan dengan yang lain.





KLiK untuk ke Youtube

- sehingga sekarang ini dia tidak berani mendakwa WSJ ataupun SR yang mengisytiharkan dalam akhbar2 di luar negara bahawa Najib mempunyai wang yang banyak dalam akaun persendiriannya . Kalau laporan ini tidak benar, Najib tentu boleh mengambil saman malu kepada SR dan WSJ. Dia hanya menulis kepada SR bertanya, kenapa dia mengeluarkan kenyataan itu. Dan jawapan daripada SR ini ialah, kerana ini perkara benar yang dilaporkan dan Najib senyap ...

Bermakna dia terima hakikat bahawa wang itu bukan duitnya, bukan duit derma tetapi datangnya daripada 1MDB. Inilah wang yang dipinjam dengan banyaknya,  42 ribu milion ringgit. Bukan main banyak... kalau nak simpan didepan ini, saya ingat sampai ke bumbung.

Tetapi duit itu bila dipinjam, tidak diurus dengan baik dan banyaklah daripada duit ini sudahpun hilang. Dan apabila kita minta bukti di mana adanya duit ini, selain daripada Arul Kanda membuat kenyataan bahawa dia sudah lihat duit ini. Lepas itu bila bank kata duit ini tidak ada dalam bank mereka, maka dia tukar dan berkata bahawa, bukan duit tapi Unit. Apa dia unit ini, sampai sekarang kita tak tahu apa dia.

Inilah perkara yang terjadi di zaman Najib. Tak pernah berlaku dalam sejarah negara Merdeka kita ini, PM terlibat dengan satu skandal kewangan yang sebegitu besar, Bukan 1-2 ringgit, bukan 1-2 ribu, bukan 1-2 juta tetapi 42 ribu milion ringgit !

Sekarang 42 ribu milion ringgit ini sudah ada di mana kita pun tak tahu dan dia pun tak dapat jelas. Selain daripada berkata wang ini ada, dia ingat kita boleh kata ada lah. Tetapi kalau ada betul2, tunjuk bukti.

Kalau kita simpan duit dalam bank, bank memberi satu dokumen yang menunjuk bahawa duit yang kita simpan itu ada dalam bank. Tetapi ini 42 bilion ringgit yang bertaburan di seluruh dunia, yang tentu berada dalam bank jika ada, tentu ada dokumen2 yang menunjuk bahawa wang ini memang pun ada dalam bank.

Tapi sehingga kini, tidak ada satu pun dokumen yang menunjuk bahawa duit ini ada pada 1MDB. Yang kita tahu ialah, dan ini Najib sendiri mengaku bahawa 2.6 bilion ringgit ada dalam akaun peribadi Najib. Dan dia tidak boleh jelas supaya kita percaya wang ini datang daripada mana.

Sangkaan kita ialah, ini diselewengkan daripada 42 bilion ringgit yang dipinjam untuk kononnya pelaburan 1MDB.

Inilah sebabnya yang kita perlu menjatuhkan Najib. Tak pernah jadi Perdana Menteri dipandang hina oleh seluruh dunia. Dan laporan2 yang dibuat berkenaan dengan PM kita begitu buruk sekali sehingga apabila kita berada di luarnegeri dan kita mengaku bahawa kita daripada Malaysia, mereka bertanya - Apa sudah jadi kepada negara kamu ? What has happended to your country ?

Demikianlah buruknya keadaan Malaysia sekarang ini... kerana DS Najib. Bukan kerana kerajaan, bukan kerana parti tapi kerana DS Najib yang telah menyelewengkan wang yang begitu banyak dan tidak dapat menjelaskan kepada kita di mana ada wang itu.


Tuan2 dan Puan2, kalau kita nak selamatkan Malaysia ini, Najib perlu disingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 9, 2016 at 3:50 PM delete

Sekarang bukan imej pm saja yg merudum di luar negara. Imej kerajaan juga terpalit sama. Dari kacamata neutral, sistem kita dah gagal kerana centralization of power towards one single person, and that oerson seems to be untrustworthy. Nak bawa masuk quality FDI memang susah lepas ni, especially dgn dasar2 ad-hoc gomen yg sering membebankan industri utk cover budget short term gomen. Semua perancangan nampak utk short term semata-mata. Tak tahu apa yg akan tinggal utk generasi masa depan

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 9, 2016 at 4:10 PM delete

Kemenangan PRU di Sarawak bukan ukuran Najib diterima. Budaya politik Sarawak berlainan dengan Semenanjung. Kita tunggu pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti.Undi protes...

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 9, 2016 at 7:30 PM delete

Salam Bro

Where is the money?...The international agencies are tracking back all the money trails. Mana dapat lari bro?...kalau dalam Malaysia pun tak dapat lari...inikan pulak international banking network. Najib boleh tutup mulut, pulas tangan dan telinga bank bank tempatan...hakikatnya BNM telah memainkan peranan dan menghukum Ambank dan 1MDB...mereka akur dengan kesalahan tersebut dan membayar denda.

APANDI mana ko?...Najib adalah ketua penyamun dan kamu menutup segalanya. Mana ikrar sumpah setia jawatan kamu?...You are worse than Najib!...Bongok!...Najib dapat berbillion...berapa dia kasi sama kau?...setakat jawatan AG dengan ahli lembaga pengarah aje ke?...Bongok dua kali kamu Apandi!...Memang tak de maruah langsung. Kau kata tak de kes tapi kau tunjuk bukti ditangan...dah tu kau luluskan pulak kompoun keatas 1MDB oleh BNM...Mana logiknya Pandi?...Kamu tu bekas Hakim...bukan setakat Tuan Majistret....macam ni ke rupa dan integriti hakim Malaysia?...Kalau rakyat tak nak percaya sistem Kehakiman Negara sebab pengkhianat macam ko ni Pandi....Apa nak jadi?...Dahlah Ketua Polis pon sama jugak...lembu cucuk hidung...anjing belaan Najib...

Kalau Kerajaan mengalami "Trust Deficit" Polis, PAC dan AG Chamber adalah antara puncanya selain dari si gila Najib the dumbest PM in the world sebagai punca utama.
Kalau Mat Maslan, Rahman Dahlan, Zahid Hamidi, Nazri Aziz, Salleh Kruk, Poad Zakar, Azalena dll tu...kita tak heran...sebab mereka orang politik UMNO...memang sah bahalol dan bongok...bila sampai masa rakyat boleh buang kelongkang...habis cerita....Tapi kamu Pandi dengan Khalid IGP....kamu tu kakitangan awam....tanggung jawab kamu menegakkan undang undang dan keadilan...mana akal kamu?

Najib and UMNO is a rotten case. Tiada lagi buang yang keroh ambil yang jernih!...sebab bukan setakat keruh...dah berbau....tersangatlah berbau...diolah macam mana pon tak kan dapat buang bau busuknya. Jadi...Najib mesti berambus!...dan beliau mesti dipertanggung jawabkan keatas segala salah lakunya...begitu juga konco koco...tiada maaf bagi mereka semua.

RAKYAT BERHAK DAN MENUNTUT KEBENARAN.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 9, 2016 at 10:15 PM delete

Teringin jugak nak dengar menteri luar buat komen. Dulu kutuk Tun konon memalukan Malaysia. Oh saya lupa, dia pun talibarut jugak!
Hujung minggu haritu nampak jugak shahril samad di mutiara hotel jb, mundar mandir hisap rokok berserta macai2...ingatkan maskot mc donald...ha Ha...sori en Din, saja melawak bodoh sbb meluat sangat dgn talibarut2 Najib ni.

Reply
avatar