KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, May 31, 2016

dinturtle

Untungnya Jadi Pengarah SRC ..... Nik Faisal Dan Suboh Hilang 10 Bulan Pun Masih Jadi Pengarah !

Sedikit komen mengenai isu Pengesahan Goodstar Milik Jho Low seperti artikel terdahulu ( KLiK ). Bagi saya senang je nak settlekan, tak perlu nak dipanjangkan polemik sesuatu yang kita mampu selesaikan secara tepat dan cepat. Jika benar kerajaan dan Hasan mahu selesaikan, buat saja permohonan melalui AG minta pengesahan secara resmi dari kedua pihak berkuasa berkenaan. Senang kan ?

Bila terima jawapan resmi, tidak timbul lagi apakah status maklumat itu untuk risikan atau samada boleh atau tidak digunakan bagi tujuan sebaran umum.

Malahan saya tertanya pula, kenapa selepas hampir dua bulan Hasan menerima surat BNM itu dan setelah laporan Pac dibentangkan, tidak ada usaha untuk berbuat demikan ?

Begitu juga kes Aabar BVI yang dilaporkan oleh WSJ sebagai palsu dalam laporan mereka TAHUN LEPAS lagi. Kenapa tidak ada usaha langsung untuk mendapat kepastian dan pengesahan dari IPIC tentang laporan WSJ itu ? Bukannya susah pun dan tidak melibatkan kos langsung. 

Tapi seperti biasalah , apa saja berkaitan 1MDB semuanya pelik2. Langsung tidak ada kesungguhan untuk mendapatkan pengesahan dari pihak terlibat. Kenapa ek ?

                                             ********************************

Tak ramai yang nak komen satu artikel Mkini yang melaporkan jawapan bertulis Parlimen semalam berkaitan dua pengarah SRC yang cabut lari tahun lepas.


Mkini

Nik Faisal Ariff Kamil dan Suboh Md Yasin adalah masih pengarah firma SRC International,anak syarikat Kementerian Kewangan. - begitulah jawapan bertulis parlimen dari Kementerian Kewangan.

Kedua mereka cabut lari bila pihak SPRM cari untuk membantu siasatan dalam kes RM42 juta SRC yang masuk akaun peribadi Najib. Notis dikeluarkan oleh SPRM mengenai kehilangan mereka berdua pada bulan Ogos tahun lepas.

Tidak pula kita dengar pihak Polis dan AG membantu dalam misi mencari Nik Faisal dan Suboh  sepertimana bersungguhnya pihak berkuasa kita cuba mendapatkan waran interpol ke atas penerbit Sarawak Report. Atau kesungguhan sama juga kita tidak nampak sepertimana pihak Polis cuba mendapatkan kenyataan dari Xavier Justo. Mungkin pihak Polis ada alasan mereka cuma rakyat tidak tahu jer .....


Pada bulan Oktober tahun lepas, Najib jawab di Parlimen mengenai perkara yang sama -

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin sedang membuat perancangan untuk ditemu ramah oleh SPRM dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,"


Najib berkata demikian ketika menjawap soalan bertulis Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang meminta penjelasan sama ada pelantikan kedua-dua pegawai kanan SRC itu akan ditamatkan kerana mereka enggan bekerjasama dengan SPRM.


"Justeru itu, persoalan mengenai kedudukan mereka sebagai ahli lembaga pengarah SRC adalah tidak timbul sama sekali," katanya. - Mkini.


Itu selepas hampir 3 bulan Nik Faisal dan Suboh cabut lari entah ke mana, mereka masih lagi mengekalkan jawatan pengarah dalam SRC. Difahamkan SPRM sudah bertemu mereka untuk disoalsiasat.

Kini selepas hampir 10 bulan, kita masih tidak tahu mereka berada di mana, sudah masuk pejabat atau tidak tapi telah disahkan oleh kerajaan yang mereka berdua masih lagi pengarah dalam SRC. Untungnya nasib badan ......

Tidak disebut apakah mereka sudah kembali ke tanahair dan masuk kerja semula di SRC, jadi kita anggap masih hilang la.

Sebagai rekod, kes SRC itu diarah tutup oleh AG atas alasan Najib tidak tahu menahu tentang kemasukan duit itu. Jadi kita tidak tahu sejauh mana penglibatan Nik Faisal dan Suboh mengikut kenyataan mereka, dalam kes SRC.

Yang kita tahu selain dari menjadi pengarah SRC,  Nik Faisal mempunyai kuasa perundangan berhubung akaun Najib dan Suboh pula dilaporkan adalah pemegang saham Gandingan Mentari, antara firma yang dikaitkan dalajejak aliran wang SRC International.

Penting tu hubungkait mereka dalam kes SRC kerana kalau mengikut laporan media, mereka berdua terlibat secara langsung.

Persoalan yang menjadi tandatanya rakyat adalah - Kenapa mereka cabut lari ? Di mana mereka sekarang ? Apakah tugas yang mereka lakukan selama 10 bulan untuk terus kekal sebagai pengarah SRC ? Dan bila mereka mahu tampil kembali ?

                                             *********************************

Artikel Mkini bertarikh 14 Mei lalu menyebut -


Mkini 14/5
Siasatan pihak berkuasa Singapura didakwa mendapati bahawa Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, meluluskan pemindahan AS$11.95 (RM48 juta) dana syarikat itu kepada sekutu Jho Low - Tan Kim Loong.

Tan, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), adalah benefisiari asal syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands, Tanore Finance, yang telah menghantar AS$681 juta ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tanore Finance dilaporkan menerima dana, melalui perantara, dari syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands, Aabar Investments PJS Limited di mana AS$3.5 bilion dana 1MDB didakwa dilencongkan.

Business Times Singapura melaporkan bahawa penemuan pihak Singapura itu terkandung dalam dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah Singapura pada hari Khamis sebagai sebahagian daripada pertuduhan ketujuh terhadap bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei.

Pertuduhan terbaru terhadap Yeo itu adalah kerana mempermudahkan, melalui cara penipuan, pemindahan AS$11.95 juta dari SRC International kepada Affinity Equiti International Partners Ltd, sebuah syarikat yang dimiliki Tan.

"Pemindahan dana kepada Affinity Equiti International Partners Ltd dilakukan melalui Pacific Harbour Global Growth Fund AA4 - dana yang SRC International Malaysia langgani.

"(Ia) diselia oleh Pengarah Eksekutif Kewangan 1MDB Terence Geh dan diberi kuasa oleh Nik Faisal Ariff Kamil, pengarah urusan SRC International Sdn Bhd dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB, dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pendakwa raya Singapura mendedahkan," kata laporan itu.

'Surat ditandatangani Nik Faisal'

Business Times juga melaporkan bahawa antara dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah termasuk surat yang ditandatangani Nik Faisal bagi pihak SRC International Malaysia mengakui bahawa Pacific Harbor Global Growth Fund telah menyalurkan AS$11.95 juta kepada Affinity Equiti.

Kes SRC ini masih tergantung tanpa sebarang penjelasan walaupun AG arah tutup kes atas alasan Najib tidak tahu menahu. Duit tetap masuk akaun Najib. Belanja tetap belanja. Tapi kenapa dimasukkan tidak ada penjelasan. Apakah Najib berhak ke atas wang itu ? 

Jika tidak berhak, apakah sudah dipulangkan ? Kenapa SRC sendiri juga senyap ? Bukankah duit SRC dah hilang berpuluh juta ringgit ..... apakah itu bukan satu isu yang perlu diselesaikan ? Duit rakyat kan ?

Macam biasalah ..... asal berkaitan dengan 1MDb atau Najib, mesti pelik2 ! Hilang bila SPRM cari pun takde siapa yang berbunyi. Hilang 10 bulan pun masih jadi pengarah SRC. HEBAT !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 31, 2016 at 6:49 AM delete

Din memang pelik dan jilake betullah 1MDB niee.. memang dari awal diorang dah rancang nak songlap duit sebanyak mungkin. Memang rakyat kena bodohkan je selama ini. Betul kata TMJ biar rakyat belajar tak tinggi sebab politik dan senang nak diperbodohkan.

Tapi diorang ingat kita bodoh ke??

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 31, 2016 at 8:35 AM delete

Tapi timb menteri kew dah kata semua saranan pac dah diambil tindakan termasuk membubarkan B.O.D.. tolonglah percaya pada menteri ni... kalau tak bermakna korang akan dicop pro TUN... kalau tak caya pd menteri, korang nak percaya siapa lagi???

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 31, 2016 at 9:12 AM delete

Tuan DT, sebenarnya semua yang ada kaitan dgn NajibalRosmah akan mendapat untung, sentiasa untung (didunia ni je kot?) .... dan contoh terbaik adalah Jho Low si cinabeng gemuk tu...
apa taknya, sesiapa yang cuba nak sentuh nya walaupun melalui pena, akan diserang balik oleh seluruh menteri kabinet... seluruh kekuatan kerajaan baik dari segi saluran komunikasi (pemberitaan) sistem pertahanan militer dan polis telah dikerah mempertahankan Jho Low (secara langsung dan tak langsung)
siapa tanya bab Jho Low akan digelar pengkhianat termasuklah TUN... mulianya Jho Low dimata kabinet Najib telah mengalahkan kes isu penggunaan nama Allah oleh gereja... tiada sebarang komen dari kabinet sebagaimana komen mereka jika Jho Low disentuh...
Negara sanggup dibiar muflis kerana Jho Low,
Kerajaan BN rela dan sanggup dijatuhkan demi Jho Low,
Muka najib sanggup ditebalkan didalam, diluar negara dan diparlimen dgn sumpah makian, demi Jho Low.....

Reply
avatar
May 31, 2016 at 10:32 AM delete

Bila mati masing-masing bawa kain kapan putih tak berjahit pun. Harta dan wang bagaimana banyak pun satu sen tak ikut.

Di sini yg dah lakukan bermacam bentuk jenayah semuanya boleh lepas dan lari menghilangkan diri kerana ada perlindungan kuasa dan jawatan.

Di Alam Barzah dan Akhirat kelak siapakah yang ada kuasa? Adakah segala kuasa, harta dan wang yang diperolehi di sini dengan cara jenayah dan haram dapat membantu kita kelak?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 31, 2016 at 2:41 PM delete

Duit kwap mana

Reply
avatar
razman
AUTHOR
June 1, 2016 at 1:09 AM delete

Din, kita buat laporan polis ramai2.. macam deklarasi rakyat.. 1 juta laporan?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 1, 2016 at 1:15 AM delete

aku ingat plan diorang ni agak lama dah.selepas najib jadi pm.geng2 ni wat plan macamne nak songlap duit gomen cara mudah.yelah masa 2 rakyat disibukkan dgn hal2 politik tempatan.akhir sekali dpt idea rakyat disogokkan dgn brim.......sejak 2 rakyat jadi leka,dtglah 1lovepm.mmg betullah selamani rakyat disibukkan ttg isu2 politik semasa hinggakan malaun2 ini sedar tak sedar abis wang gomen disonglap mereka.akal kata malaun2 ini mesti disabitkan bukti kesalahan dan diheretkan ke muka pengadilan mahkamah rakyat.enough is enough.

Reply
avatar