KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, June 10, 2016

dinturtle

Apakah Pengundi SB dan KK Tidak Kisah Negara Punya Pemimpin Rasuah Dan Songlap Wang ?

Isiu dalam  PRK SG besar dan Kuala Kangsar ialah kepimpinan negara yang rasuah. lambang segala rasuah ialah 1MDB. 1MDB mendedahkan ada permuafakatan jahat antara PM Najib dengan budak suruhan nya Shahrol Azral, Jho Low dan lain2. 1MDB ialah moyang kepada cucu cicit rasuah.

Ianya pakatan jahat yang tidak Islamik. Sebab Quran kata kita berkerjasama untuk kebajikan dan perbuatan baik dan meningkatkan taqwa, bukan berkerjasama dan berpakat melakukan kejahatan. Lihat Al Quran 5:2

Jadi PAS  jangan hendak kelentong orang Melayu lagi. Cuba terangkan- tidakkah permuafakatan dengan UMNO ialah untuk melakukan kejahatan? DAP tidak ada kena mengena dengan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Ada pecah amanah, pemindahan wang secara haram, penipuan, cubaan untuk menyekat penyiasatan dan menyekat keadilan, penggunaan kuasa secara salah. Ianya bukan satu isiu sahaja tapi isiu yang mengandungi pelbagai salah laku dan pelanggaran undang2. Arkitek utama dalam skim penipuan ini ialah Najib Tun Razak.

Ini bukan kes zina yang memerlukan 4 saksi yang betul2 melihat persetubuhan sedang berlaku atau antan masuk lesung. Kalau kebarangkalian Najib melakukan itu lebih dari kebarangkalian tidak melakukan nya, Najib melakukan nya. Bukti salah laku pula ada dari seluruh dunia.

Haji Hadi dengan pemimpin PAS boleh terus hidup dalam awan kayangan memilih untuk berpihak kepada Najib. Mungkin Najib telah bayar mereka dalam pelbagai bentuk. Najib ialah cash is king punya orang. Dia selesai masaalah dengan memberi rasuah kepada trouble makers.

Orang Islam jenis apa yang memuliakan pencurian, pecah amanah, penipuan, pemindahan wang haram? Antum jangan ingat anta semua ustaz, ana semua akan ikut babi buta.

Isiu orang Melayu ialah bukanya DAP punca permasaalahan orang Melayu;  akan tetapi kita kena tanya, seperti Zaaba tanya dalam tahun 1927, kebuasan pemerintah daripada bangsa mereka sendiri keatas diri mereka sebagai punca musibah bangsa Melayu.

Kenapa setelah bertahun orang Melayu memerintah dan jadi penguasa, nasib orang Melayu belum dibaiki? Dari segi pendidikan mereka ketinggalan. Dari segi perniagaan mereka ketinggalan. Dari segi pendapatan, orang Melayu terkebelakang. Ini semua berlaku ketika negara kita diperintah oleh bangsa Melayu kita sendri. Pernah kita fikir perkara ini?

Yakni mengapa sementara kuasa berada dalam tangan orang Melayu, bangsa kita masih di belakang? Kepada saya, ertinya ialah penguasa Melayu tidak menolong bangsa kita sendiri dan kita sendiri tidak ada prinsip yang menyokong kemajuan yang sebenar.

Pemimpin Melayu rasuah dan orang Melayu pula lupa bahawa selagi kita tidak mengobah apa yang ada dalam dii kita, maka Allah tidak mengubah nasib bangsa Melayu. memuliakan kemungkaran dan kejahatan adalah perbuatan tidak Islamik.



KLiK dan Baca seterusnya di blog baru -  SenapangSakti

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 10, 2016 at 11:12 PM delete

Sebab GST belum naik lagi...dengar ura-ura ia akan naik ke 8% selepas PRU.

Sebab Melayu kan miskin. Kalau jatuh miskin lagi tu, takdir Tuhan.

Sebab negara masih belum bankrap. Bila dah muflis barulah Melayu akan sedar. Tapi malang, sudah lambat. Hanya Hudud sebagai pengubat. Tunggu je dunia akhirat.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
June 11, 2016 at 1:02 AM delete

Salam Bro

Malaysia adalah sebuah negara biri biri yang diketuai oleh gerombolan serigala.(Nation of Sheep lead by a pack of Wolves)

Rakyat jadi mangsa kepada pemimpin durjana.
Saya tetap menyalahkan Melayu.
Melayu hidup dengan kebergantungan kepada Kerajaan.
Kerajaan pula diketuai oleh Melayu yang memang mahukan keadaan tersebut agar dia dapat mencengkam rakyat buat selamanya. Alasan Hak Istimewa Melayu dalam Perlembagaan Negara rupanya menjadi senjata makan tuan. Mentaliti Melayu menjadikan melayu bangsa yang suka disuap. Ketuanan Melayu jadi kebanggaan namun hakikatnya ekonomi Melayu setakat kais pagi makan pagi. Zaman Tun Mahathir, pelbagai peluang ekonomi diberi kepada Melayu namun Melayu mengambil jalan mudah dengan menjual kepada bukan melayu untuk memuaskan tembolok sendiri pada masa itu sahaja...dan kerana ia berjaya berbuat demikian maka ianya berulang dan berulang...Political Patronage punya business. Apa yang melayu dapat?

Melayu juga amat taksub dengan perbuatan KHIANAT...ilmu syaitan jadi amalan. Ini perkara nyata dalam masyarakat Melayu. Islam agama Melayu tapi anutan syaitan jadi amalan. Saya cakap macam ni bukan apa...ianya terjadi kepada saya sendiri. Walaupun saya sangsi dan menolak kemunkinan amalan sihir dalam masyarakat moden masakini...rupanya saya salah. Namun Allah SWT memberi perlindungan kepada mahluknya yang teranaiya...Sejak peristiwa itu saya tak percayakan Melayu dalam perniagaan...terutama dalam perniagaan kedai makan dan yang seumpamanya...Jangan kita hairan Melayu diperingkat yang berpendidikan masih lagi mengamalkan amalan syaitan ini. Melayu tak kan tolong Melayu. Berapa banyak koperat melayu yang memilih dan membimbing melayu dalam perniagaan mereka. Contohlah...dalam pembinaan rumah...tak kan tak boleh bagi melayu untuk mengecat bangunan?

Bro...ini bukan cerita rekaan...tanyalah dengan orang yang tinggi ilmu agama...malahan ilmuan agama yang menjadi rujukan saya...juga mengesahkan.(Bukan Ustaz gelaran) Selagi nama manusia...lebih lebih lagi yang beragama Islam...syaitan akan tetap berusaha menyesatkan kita. Pokok pangkalnya diri kita sendiri...kalau kita jujur dan ikhlas, terutama dengan diri kita sendiri...mudah mudahan kita akan dilindungi Allah senantiasa.

Makanya saya tetap berpegang....MELAYU mesti berubah. Jangan salahkan bukan Melayu. Lihat diri sendiri....dan bergaul dan berkawan dengan bukan melayu...lihat keadaan dari pespektif mereka...maka kita akan insaf dan tidak menyalahkan orang lain dengan apa yang menimpa kita masakini. Bukan Melayu maju dalam ekonomi bukan setakat mereka tekun dan mahir, tetapi kerana mereka tertekan...tiada layanan istimewa Kerajaan...mereka maju atas daya usaha gigih mereka sendiri. Ianya menjadi soal "Survival" kepada mereka. Tidak seperti Melayu yang minta "KUOTA" Petaling Street, Low Yat dsb. Itulah mentaliti melayu yang taksub dengan KETUANAN MELAYU...malas berusaha dan mahu merampas usaha orang lain. Apa kahabar Low Yat 2?..Tak malu ke?...Pemimpin Melayu juga masih berfikiran bahwa Melayu itu lemah...perlu disuap sepanjang masa...BR1M bantuan rakyat konon!...itu sebenarnya adalah gula yang rasanya manis tapi memudharatkan badan. Berapa banyak BR1M dan lain lain bayaran seumpamanya dari mula sampai sekarang?....saya kira lebih dari RM 20 billion. Apa yang rakyat dapat...semuanya jadi taik...dan akibatnya GST dan penarikan subsidi yang terpaksa rakyat tanggung. Kalau RM 20 billion dibelanjakan untuk buat sekolah dan kelinik alangkah baiknya. Rakyat dipukau oleh Najib dengan "CASH IS KING"....dan rakyat terus tertipu...

Inilah Melayu hari ini.

PEMIMPIN KORUP...masihkah kita mahu mendokong mereka?
PEMIMPIN TIDAK AMANAH dan TIDAK JUJUR...masihkah kita percayakan mereka?
PEMIMPIN KHIANAT...masihkah kita menyerahkan nasib negara kepada mereka?

Atau kita juga serupa dengan mereka?

Reply
avatar
alisya abie
AUTHOR
June 11, 2016 at 1:53 AM delete

tadi aku berbual dengan orang kampung .. dia kata ok aje .. selagi tidak satu kelambu dengan najib dia tak percaya najib jahat .. itu semua fitnah ... tengok .. mentaliti orang kampung .. itu pun yang najib mahu ... Najib menang dikampung ... yang penting bagi mereka harga getah dan sawit stabil .. Kesian orang kampung kena doktrin sampai macam tu sekali ..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 11, 2016 at 5:25 AM delete

Saudara/saudari, Anon 1:02

Jujur saya katakan, perkara dasar yang saudara/saudari telaah/amati/hayati dan lalui adalah benar belaka dan tiada satu pun yang salah.

TAPI, sebagai orang Melayu yang kaya dengan AILMU(dengan huruf ain dalam bahasa Arabnya bukan alif dalam sebutannya) saya "melihat" perkara yang saudara/saudari nyatakan tanpa batas dimensi dan 3dimensi sahaja. Dan bukan terhad kepada Melayu sekarang ianya ada dalam roh dan genetik kita dari zaman-berzaman. Sebelum TAR pun. kita bukan bangsa yang sukakan konfrontasi, bertikam sesama sendiri, atau segala perkara yang buruk yang saudara/saudari nyatakan tentang Melayu.

Kita memang telah diajar begitu sejak sekian lama. Syukur, Najib buat hal, kalau tidak bangsaku tidak akan sedar.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 11, 2016 at 10:30 PM delete

Kadang2 fed up juga bila dengar tazkirah ttg nilai2 islam apabila PM, pemimpin & org2 besar & berkuasa buat pekak, eksyen macam alim. Tidak lah salah, mgkn kebaikannya belum nampak lagi. Tapi dah sampailah masa para ilmuan & ustat2 bangkit! Nyatakan dgn perbuatan penentangan kpd golongan ini. Berdegar2 cakap seolah2 jemaah yg dengar disindir2 buat apa...Khususkan kpd yg empunya badan lah, barulah jelas terjemahan nasihat tu atau masih takut dgn manusia lagi?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 11, 2016 at 10:54 PM delete

Memang UMNO banyak buat onar dan maksiat. Mmg umno byk palit rasuah tapi DAP jgn lupa adakah matlamat penubuhannya untuk kebaikan melayu?

TOLONGLAH jgn sembunyikan fakta. Bahaya UMNO mmg bole rosakkan negara tp bahaya DAP lebih dahsyat. DAP jelas Menyokong hapus hak melayu, mahu menukar martabat islam jadi setaraf agama lain. Mahu kuasai negara dan menyokong evengelist kristian.

Dosa menyokong DAP juga adalah besar. Jgn tertipu dengan kepura-puraan DAP. Depa dah tau Tun M mahu gunakan PAN utk jatuhkan SiNajib bibir pink tu, adakah DAP ni naif?

DAP dah buat kiraan, DAP akan dpt keuntungan drpd krisis UmNo ini iaitu pengiktirafan rakyat, lonjakan baru sokongan rakyat setelah mereka menghadapi masa sukar akibat Anwar dipenjara dan PAS meninggalkan PAKATAN. DAP memerlukan ini utk tangguk di air keruh supaya org melayu akan lunak dan percaya DAP adalah berniat baik dan tak bahaya.

Reply
avatar