KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, June 2, 2016

dinturtle

Buat Tatapan Majlis Raja2 - Tuanku Adalah Cabang ke 4 Negara, Harapan Terakhir Rakyat ! ( Video Hanif Khatri )



Dalam artikel terbaru Chedet # 2140 - Deklarasi Rakyat, selepas Tun Mahathir menyenaraikan semula ( untuk kesekian kalinya tanpa jemu ) antara sebab2 kenapa najib perlu diundurkan. Selain dari skandal 1MDB dan duit 2.6 bilion yang dimiliki Najib tanpa penjelasan yang boleh diterima akal, Tun juga menyebut kesalahan Najib yang telah menyalahgunakan kuasanya sebagai PM di mana terhapusnya prinsip semak dan imbang ( check and balance ) bilamana 3 cabang utama negara telah dicabulinya - 

4. Pemisahan kuasa di antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman tidak dihormati lagi. Perdana Menteri seolah-olah mempunyai kuasa ke atas ketiga-tiganya. Akibatnya, beliau seolah-olah kebal dari segala undang-undang negara.

Rakyat sudah tidak punya ruang lagi untuk mengadu, maka wujudlah Deklarasi Rakyat yang mengharap cabang negara terakhir, yang selama ini kita take for granted sebagai memenuhi tugas adat istiadat Melayu dan Islam semata2, iaitu Majlis Raja2 @ Yang Dipertuan Agong.


27. Walaupun tidak ada peruntukan untuk Raja-Raja bercampur tangan, namun terdapat cara dan kaedah untuk Raja-Raja menyelamatkan negara ini dari segala penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri Najib.

Kebetulan semalam dalam temuramah saya bersama peguam Hanif Khatri di mana beliau memberi pandangan mengenai isu 1MDB @ Goodstar dan mengenai Laporan ketua Audit yang masih di OSA kan ( KLiK ) , ada satu segmen mengenai Kuasa Majlis Raja2 @ Yang DiPertuan Agong vs cabang Eksekutif. 

Saya siarkan segmen itu di bawah dan sama2 kita fahami pandangan penting dari Peguam Hanif Khatri ini -


Tiga Hujah Majlis Raja2 Berkuasa Imbangi Kuasa Eksekutif ( PM )



KLiK untuk ke Youtube

Mana2 negara punya 3 cabang kerajaan iaitu pihak kementerian atau Eksekutif, pihak penggubal undang2 atau Parlimen dan pihak Kehakiman atau Judiciari.

Ketiga2 cabang ini diharap dapat menyemak dan mengimbang ( check and balance ) kuasa masing2. Maknanya kalau ada mana2 pihak salah satu kuasa ini menyalahgunakan kuasa, pihak yang satu lagi boleh memperbetulkan kesilapan tersebut melalui kuasa2 yang ada.

Di Malaysia kita mengamalkan sistem Parlimen Beraja, di mana kuasa Raja diperuntukkan secara khusus di dalam Perlembagaan seolah2 sebagai satu lagi cabang, yang ke 4 dalam menyemak dan juga mengimbangi kuasa pihak2 lain.

Sekarang ini bila isu salahlaku kewangan atau salahlaku perjawatanan di dalam kerajaan menjadi satu permasalahan, maka kita perlu lihat samada Raja2 yang kita hormati boleh mengambil langkah2 yang perlu didalam Perlembagaan.

Daripada Perkara 36 - 42 ( dari Perlembagaan ), terserlah kuasa Majlis Raja2 dan Yang diPertuan Agong.

Pertama - mana2 Menteri terutamanya Perdana Menteri sebelum mengambil jawatan akan pergi mengadap ke hadapan Yang diPertuan Agong untuk mengangkat sumpah. Dalam sumpah tersebut beliau berikrar untuk menjamin kesejahteraan dan pemeliharaan undang2 dan peruntukan perlembagaan.

Apabila perkara ini dimungkiri persoalannya adalah, bukankah dia mengengkari sumpah tersebut ? Dan apabila sumpah tersebut dipercaya diengkari, maka semestinyalah pihak di hadapan mana dia mengangkat sumpah tersebut, mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa2 proses untuk menentukan Perdana Menteri mematuhi ikrar yang telah diambil.

Kedua - di dalam Perlembagaan dinyatakan Majlis Raja2 yang mana melantik Agong setiap 5 tahun berhak untuk berbincang hal2 yang menjadi isu, polisi kerajaan sekalipun. Iaitu isu yang di dalam bidang Eksekutif menteri sekalipun, Majlis Raja2 berhak untuk mempertimbangkan, bukan saja berbincang,

"Mempertimbangkan" membawa maksud langkah positif  yang selepas perbincangan. Mereka tidak hanya berbincang kemudian selesai, mereka boleh mengambil langkah seterusnya selepas pertimbangan dibuat, berpandukan kepada budibicara Majlis Raja2 menurut kuasa yang ada.

Mereka boleh mempertimbangkan mana2 isu yang dirasai sesuai dan penting yang menyentuh isu rakyat, boleh dibangkitkan oleh Majlis Raja2.

Dengan sebab itulah Majlis Raja2 telah mengeluarkan perintah dan titah Raja2 kepada kerajaan untuk melihat dan menyelesaikan isu 1MDB dalam bulan Oktober tahun lalu.

Titah Majlis Raja2 adalah menurut Perlembagaan. Ia bukan semata2 mengikut adat istiadat bangsa Melayu tapi telah disahkan melalui Perlembagaan. Jadi apabila Raja telah bertitah, maka di manakah tanggungjawab kerajaan untuk mematuhi titah tersebut ?

Majlis Raja2 boleh meminta Yang DiPertuan Agong untuk melaksanakan tanggungjawab dan juga kuasa Agong untuk mengarahkan Perdana Menteri mengadap tuanku untuk menjawab kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap Perdana Menteri di bawah ikrar yang dilafazkan.

Ketiga, Perdana Menteri adalah dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. Menurut perlembagaan, ianya adalah budi bicara mutlak Yang DiPertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri. Tidak ada sesiapa boleh mencemari budi bicara ini.

Satu2nya formula yang ada berhubung dengan cara bagaimana budi bicara ini dijalankan mengatakan, di dalam pandangan dan kepercayaan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, mana2 orang ahli parlimen yang baginda tuanku mempercayai mempunyai konfiden majoriti dalam Parlimen hendaklah dilantik sebagai Perdana Menteri.

Tidak ada formula yang mengatakan bahawa semestinya dia Presiden mana2 parti. Itu adalah satu adat. Kalau tidak ada masalah lain, tidak ada isu lain dan tidak ada perkara lain maka semestinyalah baginda tuanku akan mematuhi kehendak rakyat yang memilih mana2 parti yang memiliki majoriti untuk melantik Presiden parti tersebut.

Tapi jangan kita salah anggap bahawa itu ada dinyatakan dalam Perlembagaan ! Atas dasar tersebut, apabila dan sekiranya baginda tuanku berpendapat dalam budibicara mutlaknya bahawa Perdana Menteri tersebut telah hilang kepercayaan majoriti Parlimen, maka kuasa Yang diPertuan Agong untuk melaksanakan apa yang perlu di bawah Perlembagaan.

Di atas ketiga2 isu inilah saya mengatakan bahawa di bawah perlembagaan kita, Majlis Raja2 dan baginda Tuanku mempunyai kuasa untuk melaksanakan tanggungjawab dan kuasa untuk memeriksa dan mengimbangi kuasa eksekutif.


                                             **************************

28. Rakyat mengharapkan Raja-Raja untuk menyelamatkan Malaysia.

29. Saya yakin Raja-Raja tidak akan mengecewakan mereka.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

12 comments

Write comments
rahman jpc
AUTHOR
June 2, 2016 at 4:18 AM delete

saya tiada kesempatan utk menghadiri sesi ceramah tun m. apa yang d usahakan olih tun harus/wajib d beri sokongan olih semua lapisan rakyat.

ada 3 perkara yg saya ingin utarakan /cadangkan (jika ianya belum d usahakan) :

1) untuk membantu usaha tun d peringkat pusat dlm menyampaikan hasrat rakyat kpd dymm Agong, elok d tubuhkan 'pressure group' d kalangan bijak pandai (6 orang) d setiap negeri yg beraja agar mereka juga akan dpt meyembah kpd dymm raja/sultan tentang tujuan'dk'. mungkin dgn cara ini majlis raja2 akan dpt membantu agong membuat keputusan yg tepat.

2)usaha yg gigih perlu juga d ambil bagi mengadakan sesi ceramah khusus nya d kawasan parliament Pekan Pahang.( bak kata perpatah inggeris 'going into d lion's den).banyak yang tidak mengetahui isu yg melanda pentadbiran Negara sekarang. saya yakin banyak pengundi yg sudah 'meyampah' dgn karenah orang2 keliling pihak yg 'berkuasa' akan bertukar menjadi 'menyumpah'.

3)secretariat 'dk' harus juga menyiadakan 'fact sheet' yg senang d fahami dalam semua bahasa dan d sebarkan k merata pelusuk tanahair (khusus d Pekan) mengenai 1MDB serta aliran wang yg masuk k dalam akuan individu2 secara tidak 'ethical'. maklumat2 ini akan membuat rakyat lebih mengetahui serta sedar dan faham bahaya kpd Negara jika ia nya tidak d bendung.

selaku anak kelahiran Pekan, saya dato hj Abdul Rahman b hj mohd noor sedia membantu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 2, 2016 at 8:44 AM delete

Steadylah Dato..sokong100%! Masuk tok..Rakyat dahagakan perubahan.selamatkan negara!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 2, 2016 at 12:14 PM delete

Ya Allah, selamatkanlah negara kami.

Janganlah hendaknya berlaku peristiwa di mana rakyat jelata hilang kasih sayang dan taat setia kepada DYMM Raja-Raja mereka atas sebab tidak mengambil tindakan sewajarnya ke atas sesiapa saja yang bersalah melakukan penyelewengan dana negara dan bertindak melampaui batas kuasanya.

Rakyat jauh lebih penting daripada seorang dua pemimpin yang telah tidak disenangi.

Reply
avatar
Jay
AUTHOR
June 2, 2016 at 1:13 PM delete

Calon sesuai utk Parlimen Pekan PRU14.

Reply
avatar
rais abdullah
AUTHOR
June 2, 2016 at 2:33 PM delete

Syabas Dato..Biar Berputih Tulang Jangan Sampai Anak Cucu Kta akan Di Bebani HUTANG...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 2, 2016 at 8:54 PM delete

Semalam terjumpa rakan seorang Setiausaha Cawangan, beliau merungut dengan ayat yang menarik... "orang atasan buat taik,kami di bawah dipaksa cuci taik dia"

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 2, 2016 at 11:15 PM delete

TSMuhyiddin pernah bersuara .. "sama-samalah kita berdoa mohon PM dianugerah taufiq hidayah .." pastinya PM lebih memerlukan rakyat mendoakannya .. rata-rata sebilangan besar rakyat prihatin terhdp senario keberhutangan melampau negara angkara semaon lanon mdb ... sama-sama kita lihat sejauh mana majlis Raja responsif terhdp isu ini ...

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
June 3, 2016 at 12:39 AM delete

Syabas dan tahniah Dato! You'll never walk alone

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 3, 2016 at 4:16 AM delete

Daulat Tuanku !

Reply
avatar
john doe
AUTHOR
June 3, 2016 at 10:05 AM delete

Syabas Dato. Semoga diberi kekuatan menentang pemerintah yg menipu rakyat

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 3, 2016 at 1:02 PM delete

Saluran lain unruk rakyat semua dah di paku Dan disimen oleh para petualang negara yg mengkhianati rakyat

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 4, 2016 at 12:35 AM delete

Daulat Tuanku...Rakyat jelata memohon jasa baik tuanku agar dapat memulihkan kembali keadaan negara yang mana rakyat kini didalam keadaan tertekan dengan cukai gst yang tidak sepatutnya ditanggung oleh rakyat sedangkan mereka bersenang-lenang dengan kekayaan ini adalah satu penganayaan yang jelas lagi nyata dan sungguh tidak adil.Semperna ulang tahun tuanku pada tahun ini patik ingin mengambil kespatan semoga tuanku dirahmati dan dipanjangkan umur oleh allah s.w.t hendaknya aminn.. Rayuan dari hamba yang daif lagi hina

Reply
avatar