KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, June 15, 2016

dinturtle

IPIC Tuntut RM26 Bil Hutang 1MDB - Apakah Ini Jaminan Najib Konon Isu 1MDB Akan Selesai Akhir 2015 ?

Mkini

Berita gempar semalam dan masih hangat diperkatakan - IPIC heret 1MDB dan Kerajaan Malaysia ke Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London menuntut USD6.5 bilion !

IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.

"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.



Kalau ikut kadar tukaran wang x 4, jadi RM26 bilion ! !

Tu dia ...... Siapa kata 1MDB dah settle hutang ? Lebih setengah daripada jumlah hutang 1MDB tuh... padahal IPP semua dah jual. So, apa lagi nak jual untuk bayar hutang RM26 bilion ni ?

Ingat saya pernah tulis sebelum ni, kalau nak tahu berapa banyak kerugian, jual semua aset yang ada dan gunakan hasil jualan itu untuk bayar hutang dan kalau masih ada hutang lagi, itu RUGI lah namanya !

Tapi kan .... kan ada lagi Just Unit ? Kemudian ada pelaburan dalam GIL apakebendanamanya tu  ? Well, inilah masanya nak tebus semua tu, dan gunakan duit itu ( kalau benar semua benda tu ada nilai ) untuk bayar hutang IPIC.

Tak malu ke 1MDB sampai IPIC terpaksa bawa kes ke mahkamah antarabangsa sebab nak kutip balik hutangnya dari 1MDB ? Ni satu dunia tahu ni.... dan satu dunia memantau perkembangan kes ini.

Orang bila dah bawa kes ke mahkamah, itu menunjukkan orang itu serius, dan mereka punya hujah atau alasan yang kukuh. Dan itu juga menunjukkan yang orang itu dah fed-up nak berbincang lagi.

Faktanya, memang 1MDB berhutang USD6.5 bilion melalui pinjaman bon Goldman Sachs. USD3.5 bilion dijamin oleh Aabar/IPIC dan USD3 bilion lagi juga melalui Goldman Sachs kononnya sebagai modal permulaan usahasama untuk Abudhabi Malaysia Investment Co Ltd ( ADMIC ) bagi projek TRX.

Ikut perjanjian Aset Swap yang heboh dijaja oleh Najib dan 1MDB sebelum ini, IPIC akan ambilalih/tolong bayarkan dulu semua hutang itu serta bunga2nya dan 1MDB akan settlekan semuanya selepas setahun ... iaitu pada bulan ini.  Dan perjanjian itu adalah antara IPIC dengan 1MDB DAN Kerajaan Malaysia.

Nah, tak pasal2 hubungan akrab yang selama ini terjalin antara kerajaan Malaysia dengan Abu Dhabi telah dicemari dek skandal 1MDB !

Ini satu lagi kesan sampingan ( collateral damage ) akibat 1MDB yang tidak melibatkan wang ringgit tapi membawa kesan yang amat negatif kepada nama baik negara.

Apa faedahnya 1MDB ini kepada negara dan rakyat Malaysia ? Untung tarak, hutang keliling pinggang, aset negara tergadai, nama negara busuk ......  semuanya sebab Najib, 1MDB dan Jho Low.

1MDB adalah HAMPEH ! Ini juga satu fakta yang tidak dapat disangkalkan oleh sesiapapun. Tapi Umno masih nak pertahankan, tak ke bodoh namanya ?

Umno yang tak terlibat apapun terpaksa diheret sama gara2 tindakan Najib. Hancur nama baik dan legasi cemerlangnya dek kebodohan kepimpinan Umno yang merelakan nama parti juga kerajaan dipalitkan dengan skandal 1MDB.

Apa hasilnya yang Umno dapat melalui 1MDB yang begitu bersungguh sangat nak pertahankan ?


Bharian 14/6/2015

Najib beri JAMINAN isu 1MDB akan selesai sebelum akhir tahun 2015 !

Ada Najib tampil memohon maaf kerana tidak mampu tunaikan jaminannya kepada rakyat Malaysia ?

PS - Pernah tak terfikir di peringkat awal lagi, kenapa perlu 1MDB minta IPIC jadi penjamin kepada pinjaman Goldman Sachs ? Kenapa tidak kerajaan Malaysia saja yang jadi penjamin ?

Tak pasal2 kena bayar depositlah, bayar Option lah .... dah lah perjanjian itu semua tidak masuk akal !  Kalau kerajaan jadi penjamin, satu sen pun 1MDB tak perlu bayar kos.

Fikirlah .....MESTI ADA SEBAB kenapa jalan bodoh itu yang dipilih.  

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
June 15, 2016 at 6:39 PM delete

Kelas la IPIC. Sampai hari selasa terus saman!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 15, 2016 at 7:16 PM delete

Untung 1mdb ialah segala najis najib dijilat projibo. Rakyat media dibodohkan terutama ahli umno terus dibengongkan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 15, 2016 at 8:16 PM delete

Takkan para pengundi PRK Sg Besar dan K Kangsar tidak tahu hal Najib dn 1MDB ini. Kalau tak tahu juga betullah mereka duduk di planet lain, bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut akibat banyak makan dedak agaknya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 15, 2016 at 8:38 PM delete

GIL in the terms of MDB could not be Growth Innovation and Leadership but certainly Gross Incurred Losses .. Long Term Debt expecting bail out

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 16, 2016 at 11:44 AM delete

kalau IPIC tak jadi penjamin makan tak boleh la tersilap bayar pada Aabar BVI.. tak gitu tok din?

Reply
avatar