KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, June 17, 2016

dinturtle

Isu RM12 Juta Wang Tebusan - Pening ke Zahid ? Ikut Cara Najib - OSAkan Saja Kes !

Mkini
Seronok juga layan kes RM12 juta wang tebusan ni .....  Bukan apa, sekali baca jer alasan yang diberikan oleh Zahid, kita akan segera tercium bau satu isu panas yang bakal menjadi lebih panas dalam waktu terdekat. Satu lagi yang buat kes ini menarik adalah, ia ada bau2 bacang dengan alasan derma Pak Arab Najib, iaitu - TAK MASUK AKAL !

Secara ringkasnya, keluarga mangsa culik telah membuat rayuan bantuan kepada umum melalui FB dan jumlah yang terkumpul sebanyak RM12 juta datangnya dari membabitkan sumbangan individu dan orang ramai sebanyak RM9 juta, pemberian syarikat perkapalan tempat mangsa bekerja sebanyak RM2 juta dan RM1 juta lagi hasil pajak gadai dua rumah keluarga mangsa di Pulau Li Hua, Sibu. ( Mkini 15/6 )

Pengakuan Lau itu bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa tiada wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf.

Khalid sebelum ini dilapor berkata keempat-empat tebusan itu dibawa pulang ke tanah air oleh Unit Tindakan Khas (UTK) selepas dibebaskan tanpa sebarang pembayaran.

Esoknya Zahid berkata - “Ada pihak mengatakan pembayaran telah dilakukan, jadi saya ingin sebutkan dalam rundingan yang dilakukan oleh polis dan kumpulan penculik, tiada bayaran dibuat dan tiada bayaran dijanjikan untuk membebaskan mangsa culik.

“Jadi tuduhan bahawa bayaran tertentu telah dibuat, itu bukan dalam bidang kuasa pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mewakili kerajaan Malaysia,”

 Kemudian diikuti laporan ini -

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan wang RM12 juta yang dibayar bagi pembebasan empat rakyat Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina bukan wang tebusan. 

Sebaliknya, beliau berkata, wang itu disalurkan kepada badan tertentu di Filipina yang melakukan aktiviti sah dan kebajikan di negara itu.

"Memang kita tidak bayar sebarang wang tebusan kepada kumpulan penculik, wang RM12 juta hasil kutipan orang ramai dan jualan hartanah serta aset oleh keluarga itu diberikan kepada pihak polis bukan sebagai wang tebusan. 

"Ini kerana kerajaan memutuskan tidak ada sebarang wang tebusan yang dibayar dan pihak polis mematuhi arahan itu, kita tidak mengiktiraf kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan,"

Beliau bagaimanapun, enggan menamakan badan berkenaan dan mengesahkan badan itu juga tiada kaitan dengan kegiatan jenayah dan keganasan. ( Hmetro )


Seperti juga kes 2.6 bilion Najib, bila Zahid tidak mahu menamakan badan dari Filipina yang menerima derma RM12 juta itu maka secara otomatis kita tidak boleh buat pengesahan.

- Tapi duit RM12 juta itu wujud. 

- Pihak Polis terima duit itu.

- Dan ADA PIHAK yang terima duit itu.

Kalau Zahid terus saja beritahu wang itu telah dibayar kepada kumpulan Abu Sayyaf sebagai tebusan, akal kita boleh terima. Memang logiklah.

Masalahnya bukan menjadi polisi kerajaan dan Pihak berkuasa untuk tunduk kepada peras ugut ( tebusan ). Jadi masalah lain pula timbul kalau diberi jawapan itu. Ia mungkin bakal menyemarakkan lagi kes culik kalau diketahui pihak berkuasa kita mudah tunduk kepada ugutan.

Kenapa keluarga mangsa dedahkan tentang duit RM12 juta itu ? Andaian saya, bila kerajaan kata tidak ada wang tebusa dibayar, ini menimbulkan masalah kepada keluarga mangsa kerana wang itu adalah hasil sumbangan orang ramai. Mana pergi wang itu kalau tidak ada tebusan dibayar ? Satu hal pula nak kena jawab atau bakal dituduh tidak amanah.

So keluarga mangsa dedahkan ......  dan pihak Polis tersepit nak jawab. 

Tambah menyulitkan keadaan bila Zahid beri alasan yang ..... apa ya ... susah hendak diterima akal.

Pelbagai persoalan timbul -

- Jika wang itu didermakan kepada sesiapa sekalipun sebagai syarat pelepasan mangsa, ia tetap dikira sebagai wang tebusan. 

- Apakah jika wang itu tidak didermakan kepada pihak yang disebut, mangsa2 culik akan tetap dibebaskan juga ?

- Jika begitu, kenapa Polis ambil juga wang RM12 juta itu ? Jika sudah diambil, kenapa tidak dipulangkan saja kepada keluarga mangsa selepas ianya tidak dijadikan wang tebusan ?


Bagi saya apa nama badan ugama di Filipina itu bukan isu kerana persoalan pokok di sini adalah, apa hak kerajaan / Polis untuk gunakan wang itu ( bagi tujuan derma ) jika wang itu bukan wang tebusan ?

Saya percaya ini satu soalan logik yang ramai tertanya2 juga. Jika tidak dijawab, pasti timbul beberapa persepsi nakal yang bakal memberi imej negatif kepada pihak keselamatan kita.

Yang saya hairan tu, apakah Zahid tidak terfikir akan persoalan2 susulan yang bakal ditanya rakyat SEBELUM beliau keluarkan kenyataan di atas ?

Apakah Zahid yakin yang rakyat akan terima jawapan yang sebegitu longgar tanpa sebarang pertanyaan ?

Ginilah, apakata Zahid ikut cara Najib bila dah tak boleh nak jawab tapi tidak mahu rakyat tahu cerita sebenar - OSA kan saja kes ini !


Kita ikuti perkembangan seterusnya .... menarik isu ni selepas tamat 2 PRK.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

19 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 5:25 AM delete

Keluarga kumpul 12 juta dari pelbagai sumber... katanya serah kat polis...polis kata tiada bayaran dibuat untuk pembebasan... TPM pula kata tak bayar wang tebusan punn ..... cuma 12 juta tu disalur (derma @ sumbangan ?) ke pertubuhan agama yang sah ... 4 rakyat Malaysia terbebasss.
Abu sayaf ke yang suruh bayar kat pertubuhan agama tu sebagai syarat pembebasan ? Atau Kerajaan Filipina ke suruh bayar kat pertubuhan agama tu ? Atau Keluaga mangsa ke suruh bayar kat pertubuhan agama tu. Pening,pening !! Cakap biarlah teranggg.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 6:17 AM delete

Itu duit derma orang ramai dan dari hasil pajak gadai harta..... bukan duit dari kerajaan pun...
Diberi pada polis sebagai wang tebusan... Kalau zahid dan polis kata duit tebusan tak dibayar....
pulangkan balik duit supaya boleh tebus balik harga yang digadai... dan bakinya beri pada badan kebajikan dalam negara... ada ramai rakyat malaysia yg lebih perlukan duit tu...

Takkan nak dermakan duit dari kesusahan org yg gadai harta diberi pada org luar.... kepada badan kebajikan islam pulak tu.... tak pasal2 rosakkan nama islam pulak... kalau ye nak derma sangat pakai la harta sendiri... baru betul... org kalau dah byk sgt berpura2 dan suka bermuka2... mcm nilah jadinya... hampeh betul.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 7:00 AM delete

"Duit pek tikam pek",biasakah kita dengar orang tua2 menyebut perkatan bagini.Cari makan untuk settle hutang apakah?.Ini pun boleh jadi salah satu jalan bagi mendapatkan incom nak settle kemelut agak2nya.Cuba2 sisat dulu.

Reply
avatar
Jay
AUTHOR
June 17, 2016 at 7:28 AM delete

Berkata benarlah Zahid. Hormatilah Ramadhan al-Mubaraq ini.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 7:58 AM delete

Ntah2 agensi kebajikan di Filipina lps tu hantar pulak duit ke akaun Hang Bijan utk duit raya Syawal ni buat beli baju di Jakel dan handbag...ptui ptui

Reply
avatar
malau
AUTHOR
June 17, 2016 at 8:13 AM delete

Baru beberapa bulan TPM dah mula `tertogel'

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 8:31 AM delete

Pada bulan puasa pun ada orang menipu dan melakukan khianat dan tidak amanah. Yang khianat lagi ialah orang yang kononnya tahu agama.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 9:20 AM delete

Dimana integriti kerajaan? Duit tu derma org ramai/syarikat untuk bebaskan tebusan. Bila serah kat kerajaan, guna untuk benda lain. Jujur kah berbuatan sebegini? Cam mana rakyat nak percaya pada kerajaan macam ni? Kata dah 50thn memerintah...cam ni ke bagi jawapan? Samy Vellu punya jawapan lagi best la dari ko punya jawab Zahid ooii...

Cepool

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 9:51 AM delete

maka setaraflah zahid dgn najib.
tak lama lagi akan lari dari wartawan.tak boleh tanya soalan memvahayakan keselamatan negara.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 9:58 AM delete

Saya rasa dgn memberi kepada organisasi yg lain dan dgn itu dapat melepaskan 4 rakyat yg menjadi tebusan adalah jln yg terbaik untuk semua pihak. Di antarabangsa, kredibiliti kerajaan tidak tercalar kerana terpaksa tunduk pada tekanan Penculik, walaupun terpaksa berbuat demikian untuk menyelamatkan nyawa rakyat. Ia juga untuk mengelakkan Penculik lain dari cuba untuk melakukan perkara yg sama kerana kerajaan tidak akan bekerjasama dgn mana2 Penjenayah. Ini juga untuk menyelamatkan rakyat Malaysia. Pendek kata, bersyukurlah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 10:33 AM delete

Perasan tak masa Zahid menjawab tentang kes ni, dia hanya tunduk ke bawah tidak melihat wartawan yang di hadapannya. Selalu nya jika orang bercakap tunduk ke bawah bercakap bohong! Zahid belajar dari big boss dia suka bercakap bohong!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 11:56 AM delete

Amat sedih, apabila pemimpim islam menggunakan agama sebagai alasan untuk merahsiakan sesuatu. tak patut ini berlaku.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 12:51 PM delete

Melihat syaf kepimpinan umno sejak bertahun lalu, kekhuatiran saya adalah kesinambungan jawatan PM. Saya respek TSMY tapi kalau beliau naik pun, mungkin cuma sepenggal utk pengstukturan semula. Kedua-dua naib presiden menang sorak je tapi dh terbukti lack of managerial acumens (sabah/suluk, mh370, dll).Budak oxford mungkin brilliant but we need someone with the nation at heart rather than the contracts this nation could provide to his cronies.failed to own up to that 100m fiasco is another thing.
Mukhriz...di mana kamu

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 3:12 PM delete

Dia orang dah ikut logik itu wakil rakyat Langkawi. Bila wang diberikan keypada se suatu pihak maka wang yang diberi itu bukan lagi milik si pemberi. Hehe haha. Ini logik ke atau Joli ke?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 4:30 PM delete

puasa ke idak zahid hamidi ni???

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 6:17 PM delete

Kentot yg dilepaskan tak boleh ditarik Balik...nak cari sumber bau yg tak sape sanggup buat....terpaksa dapat bau dlm senyap. Nyatanya keselamatan perairan mesia sentiasa diceroboh bukti gagalnya mesia. Rakyat jd collateral damage dan pay the price.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 7:21 PM delete

apa punya sinopsis daa.abu sayaf culik orang pasal nak duit...dah klu penat penat abu sayaf culik org lain yg dpt duit tebusan apa kejadahnya abu sayaf buat keje...culik runding bebas...duit org lain dapat..ada akal pk beb

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
June 17, 2016 at 11:50 PM delete

Mengikut istilah dan falasaf kuncu kuncu Najib , duit yang dah masuk kantong kerajaan adalah milik kerajaan secara total . Apa haram jadah nak dia orang buat dengan duit tu dia orang punya pasal , orang lain/rakyat tak perlu dan tak bolih tahu .

Betul ke Ketua Polis dari Kg . Gebok bilang , tebusan tebusan itu Unit Tindakan Khas (UTK) yang uruskan ?
Harian Metro semalam , Khamis 16 Jun 2016 terpampang di muka depan gambar En. Halim Ishak , pengerusi Malaysian Community Care Foundation . Beliau adalah individu yang mengepalai rundingan pembebasan keempat empat tebusan .

Jadi yang mana satu betul ni ?? Poning poning kepalo aeden !!!

Tolonglah Zahid , jangan peningkan lagi kepala otak rakyat statement bodoh siot . Kepala majority rakyat dah pening tahap kronik ni ....

Reply
avatar
June 19, 2016 at 12:58 AM delete

Penyakit bodoh dan penipu Najiblis dah menjangkiti Zahid dan mungkin semua anggota Kabinet Malaysia! Zahid ingat duit tu bapak dia punya. Tidak diguna sebagai wang tebusan, pulangkan balik BODOH! Kau suka2 derma kepada orang buat apa BODOH! Bebal sangat Zahid Hamidi ni!!!

Reply
avatar