KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, June 21, 2016

dinturtle

Isu RM12 Juta Wang Tebusan - Perlukah Abu Sayyaf Buat Surat Sumpah Kata Terima Kurang RM3.2 Juta ?

Mkini
Seperti yang diduga, isu wang RM12 juta wang tebusan Abu Sayyaf memang menarik. Sebelum ini cerita tergantung selepas Zahid kata duit itu diberikan kepada badan 'agama' di Filipina bagi tujuan kebajikan. Duit itu tidak dibayar sebagai wang tebusan kerana kerajaan tidak iktiraf peras ugut sebegitu. ( KLiK )

Pagi semalam, KBAB cuba menutup kes ini dari berpanjangan dengan kenyataannya -

"Pasal apa pula kita nak buat inkuiri, saya dah jelaskan apa jadi dengan duit itu.

"Tak ada sebab untuk kita buat apa-apa inkuiri kerana kita (polis) tidak terlibat,"

"Saya tak tahu, tapi polis tidak akan menyiasat kerana kita tahu mana pergi duit itu. - Mkini.

Pendek kata, KBAB kata Polis tahu pergerakan wang itu tapi tidak ada keperluan nak siasat lebih lanjut. Kes tutup.

Bunyi macam KBAB menggunakan authoritynya untuk tutup kes supaya kes ini tidak lagi menjadi bualan rakyat. Yalah, kalau pihak yang berkuasa menyiasat kata mereka tidak mahu siasat, rakyat nak kata apa lagi dah ? Sampai sudah kita tidak akan tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada duit itu.

Zahid pula tidak akan dedahkan nama badan amal yang terima duit itu ..... kononnya.

So ...... ke mana kita ? Takkan wartawan pula nak pi tanya Abu Sayyaf apakah benar mereka lepaskan rakyat Malaysia yang diculik itu tanpa sebarang pembayaran wang tebusan ! Tak pasal2 wartawan pula kena culik hahahaha ...

Rupa2nya perkembangan paling menarik, yang tidak disangka2 berlaku malam sebelumnya iaitu pada 19 Jun jam 9:30 malam ( mengikut waktu artikel dikeluarkan )

Manila Times Online

Ada dilapor oleh Mkini tengahari semalam - Abu Sayyaf hanya terima wang tebusan RM8.8 juta ?

Kumpulan militan, Abu Sayyaf didakwa hanya menerima hanya P100 juta atau RM8.8 juta sahaja sebagai bayaran tebusan bagi membebaskan empat mangsa culik dari Sarawak, walaupun laporan sebelum ini menyebut sebanyak P130 juta (RM12 juta) akan dibayar sebagai wang tebusan, lapor Manila Times, semalam.

Pulak dah ..... Penculik pula keluarkan kenyataan beritahu jumlah yang mereka terima sebagai wang tebusan !  Hahahahaha ......

Ayat dari Manila Times ini pasti buat Zahid tak lena tidur -

According to two highly placed senior Philippine government officials, the payment of ransom was confirmed by Malaysian Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi.


Tapi Zahid cakap tidak ada wang tebusan diberikan ? Wang yang asalnya diniatkan sebagai tebusan telah ditukar status oleh pihak tertentu kepada wang derma. Ia tidak dibayar atau diderma kepada Abu Sayyaf tapi kepada badan amal di Filipina.

Kemudian pengakuan dari pihak penculik pula kata jumlah yang mereka terima kurang RM3.2 juta !

Fuuuuh .... menarik ni ! Kalau SPRM nak siasat, apakah pegawai SPRM kena interview Abu Sayyaf dan apakah mungkin wakil Abu Sayyaf akan dipanggil jadi saksi di mahkamah jika ada kes untuk didakwa ?

Apakah Zahid berani tuduh kumpulan Abu Sayyaf menipu ?

Oya, apakah KBAB tahu mengenai pendedahan dari Abu Sayyaf ini sebelum keluarkan kenyataan pagi semalam ?


Berita ini tambah membebankan Zahid nak menjawab .... atau nak pertahankan kenyataan awalnya. Bukan rakyat Malaysia je yang tertanya2, kini kumpulan Abu Sayyaf pun ikut sama tertanya2 ! Kemana perginya baki RM3.2 juta wang tebusan yang diserahkan oleh wakil keluarga yang diculik ?


Mkini

Media cuma melaporkan saja kenyataan2 yang dikeluarkan. Contohnya artikel ini, dari awal kita petik kenyataan2 yang dikeluarkan untuk dijadikan satu artikel. Apakah melalui kenyataan mereka telah menimbulkan kesedaran kepada pembaca ? Kesedaran apa ?

Ada atau tidak ada wang tebusan dibayar ? Jika ada, berapa banyak ? Benarkah dakwaan pihak penculik ( erk! ) yang mereka terima cuma RM8.8 juta saja , yakni kurang RM3.2 juta dari jumlah yang diserahkan oleh keluarga mangsa ? 

Errr .... pihak Abu Sayyaf tak nak buat Surat Sumpah ke ?

Kita nantikan episod seterusnya .....

PS - Nasihat saya kepada Zahid sama saja seperti sebelum ini - Ikut cara Najib kalau ada benda yang nak disorokkan iaitu OSAkan kes ini !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

23 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 21, 2016 at 12:16 AM delete

Krik..krik..krik (bunyi cengkerik)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 21, 2016 at 12:23 AM delete

Lagu dlm cita nujum pak belalang
"kami lah penyamun di dlm negeri"

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
June 21, 2016 at 1:59 AM delete

cuba bandingkan dgn cara presiden jokowi membebaskan 12 warga indon yg d culik olih kumpulan yg sama.

ultimatum yg tegas tlh d beri sementara pihak NGO/swasta berusaha berunding utk membebaskan mereka. wang tebusan tlh juga d bayar.

kerajaan kita harus berterus terang dari awal lagi utk menghindar 'confusion' yg berlaku sekarang.

se bahagian besar kawasan d selatan Filipina masih lagi bebas dari kawalan kerajaan pusat mereka n penculikan sudah pun menjadi 'full time enterprise'. satu cara pencegahan adalah utk Malaysia/Indonesia mengadakan rondaan bersama d perairan Sabah n Kalimantan.
saya percaya presiden Filipina yg baru akan memberi persetujuan.

kita juga tidak harus segan utk meniru cara Israel menghadapi keadaan yg serupa.'there is no compromise when their citizens r threatened or kidnapped.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 21, 2016 at 2:15 AM delete

Lanun pon bleh samun sesama lanun kaa???

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 21, 2016 at 4:13 AM delete

Siapa yang samun sebahagian duit tebusan ini? Dana politik ke?

Reply
avatar
amatMok
AUTHOR
June 21, 2016 at 5:11 AM delete

Abu Sayyaf atau Zahid camni kena buat sumpah junjung Qur'an kat masjid pulak la lepas ni..ha ha ha

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 21, 2016 at 7:19 AM delete

klu mcm ni..kerajaan malaysia patut hantar zahid n khalid terus p jumpa abu sayaf..hehe

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 21, 2016 at 7:36 AM delete

Assalam Bro,inilah akibatnya kerana terlalu menggunakan kuasa .Baik dari PM,TPM,KPN,AG semua dah bingung dan bengong.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 21, 2016 at 8:40 AM delete

Pakat songlap sorang sikit... macam duit 1MDB he he he!!!

Reply
avatar
Laksa Johor
AUTHOR
June 21, 2016 at 9:23 AM delete

Kerajaan Najib AlKorup telah menjadikan negara kita "a laughing stock of the world".PM dan TPM sama-sama kaki tipu.

Reply
avatar
Laguhati
AUTHOR
June 21, 2016 at 11:36 AM delete

Hari ini hari Selasa apa lagi Abu Sayyaf saman la !!

Reply
avatar
June 21, 2016 at 1:10 PM delete

Kena tanya orang Sg Besar dan Kuala...:-)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 21, 2016 at 1:29 PM delete

Hehehe... makin lama makin joke la pakcik zahid ni... muka pun dah ada iras2 joker dah tu....
dah boleh berkawan kembar ngan wajah teuku nan dah nampak.... alahai.... apa nak jadi
dengan malaysia... makin lama makin tergadai.... harta dan maruah dah takde nilai....

Reply
avatar
kampong lad
AUTHOR
June 21, 2016 at 4:25 PM delete

ringgit ditukaq ke usd komdian ke peso, jadi beza rm3.2 juta kerana exchange rate. hehehe

Reply
avatar
June 21, 2016 at 4:38 PM delete

Itu pun engkau suka.... Sabariah...!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 21, 2016 at 5:33 PM delete

Ciri-ciri nak jadi pemimpin dimasa depan mestilah mahir berputar belit dan bersedia mengkambing hitamkan orang lain untuk survival diri.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 21, 2016 at 6:18 PM delete

Kah kah agak agak la bro dah rompak duti cth 10 juta, tuan rumah balik check hilang 12 juta, pencuri suruh junjung quran tak ambik 2 juta lagi

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 21, 2016 at 7:00 PM delete

Mr 20% iaitu wakil tak rasmi Abu Sayaf dan pengganas Filipina besar kemungkinan ada dalam institusi polis khususnya mereka yang berkait rapat dengan isu2 penculikan dan tuntutan wang tebusan yang tidak henti2 di Sabah. Kelihatan kes penculikan ini tidak akan dapat ditamatkan dari berterusan berlaku kerana dipercayai terdapat pihak yang berkepentingan dan mendapat hasil dari siri siri penculikan dan wang tebusan ini. Pihak SPRM sewajarnya mula masuk dan menyiasat satu persatu bagaimana semua kes kes lepas dikendalikan dan termasuklah isu terbaru ini. Ada pihak yang gembira sebenarnya dengan permasalahan yang berpanjangan menimpa rakyat di Sabah ini.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 21, 2016 at 7:06 PM delete

Duit Abu Sangap dpt tu kira dah tolak GST+komisyen+++ termasuklah cukai pendapatan...kira2 btol la tu. Org2 Sg Besar dan K.Kangsar bagitau aku betapa bijaknya PM dan TPM cari duit utk rakyat...gi tanya sapa2 yg pangkah BN...sorang dapat rm200-300 duit haram tu utk buat berbuka pose.

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
June 21, 2016 at 8:53 PM delete

Jazlan bilang " stop the debate on the rm 12million ..the important thing is the hostages are safely return home ......."

Nanti Zahid bilang " stop debating 1MDB 50 billion debt ... Malaysia is still safe and sound ...."""

Dia orang ni sedar tak 12 juta tu duit keluarga dan derma orang ramai .

Dia orang ni sedar ke 1MDB punya pasal , EDRA di jual kepada syarikat cina ( dari cina ) serta hamper separuh Tanah kat sungei besi terjual ke syarikat cina ( dari cina ) !!

Dah jual pun harta harta 1MDB hutang masih lagi bergunung .... Lepas ni kita tunggu , apa lagi yang Najib akan jual ???

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 22, 2016 at 1:21 AM delete

Jual Gunung Tahan. Sekurang-kurangnya kita boleh ujud industri cangkul Dan boleh beri beratus ribu pekerjaan tukang cangkul. Ta nah yang dicangkul boleh dijual kepada Maldives yang berisiko tenge lam tak lama lagi. Pasti hutang MDB boleh diselesaikan dan kita boleh hidup happily ever after.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 22, 2016 at 10:10 PM delete

Jangan sampai ikut londeh seluar macam teuku nan sudahlah. hahahaha.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 23, 2016 at 2:37 AM delete

niaga orang lg untung dari niaga unta..

Reply
avatar