KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, June 9, 2016

dinturtle

Isu Rosmah Naik Jet Kerajaan - eeerrr... Kalau Tidak Ada Jadual Ketat, Apakah Rosmah Akan Naik Komersil ?


Dari semalam lagi kecoh dengan isu Rosmah boros kerana naik jet kerajaan ke Istanbul, semuanya gara2 dakwaan Rafizi ( KLiK). Seronok baca artikel Rafizi tu .... siap ngan gambar Airbus A-319 dan jadual penerbangan jet berkaitan pada tarikh2 yang disebut.

Kemudian ditunjuk 4 keping gambar macam ni -

Apakebendanya pun saya malas nak ambil tahu ! Hahahahaa .... tapi impaknya gambar2 itu semua kepada artikel Rafizi tidak boleh dinafikan. Semua itu bagi nampak 'real' sikit dakwaan beliau.

Ceritanya begini - Pada 27 Mei lalu Permata diberi anugerah oleh Global Good Governance (3G) di Istanbul. Rosmah sebagai penaung hadir untuk menerima anugerah dan berita mengenainya ada ditulis oleh paper. ( oya, selain Permata, turut menerima anugerah mengikut kategori masing2 di majlis sama adalah juga Agrobank, Amanah Ikhtiar,  Academy of Contemporary Islamic Studies UiTM dan Program Transformasi Nasional kerajaan )

Rafizi dapat tahu yang Rosmah pakai jet kerajaan untuk pergi balik Istanbul itu dan beliau pertikaikan kelayakan Rosmah untuk kemudahan jet berkenaan.


3 soalan dikemukakan oleh Rafizi dan dijawab dengan segera oleh pembantu Rosmah- ( jawapan saya copy dari FB Rizal Mansur )

1. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?

JAWAPAN
Kerajaan tidak menyewa pesawat tersebut khusus untuk Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Pesawat ACJ319 No. Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh Kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan Negara termasuk Yang Di Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan lain-lain kenamaan. Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. Beliau bergegas pulang selepas majlis tersebut kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mana mungkin Datin Paduka Seri Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil.
 


2. Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan tersebut?

JAWAPAN
Pesawat tersebut disewa oleh Kerajaan untuk sementara (2 bulan) sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang kini dalam tempoh penyelengaraan.


3. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini?

JAWAPAN
Pesawat tersebut adalah pesawat gantian Kerajaan maka atas sebab itu penerbangan ini menggunakan Pengkalan Udara Subang. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah Isteri Perdana Menteri Malaysia dan kedudukan beliau dari segi protokol adalah layak. Kita tidak memerlukan lepasan MCKK untuk bertanya soalan sedemikian



Ooooo.... rupanya Rosmah terpaksa naik jet tersebut kerana jadual yang ketat. Omputih kata back-to-back appointment. Lepas majlis anugerah di Istanbul, ada pula majlis Pandu Puteri bersama Permaisuri Agong.

Jadi itu merupakan alasan utama kenapa Rosmah terpaksa naik jet kerajaan ( “Pesawat ACJ319 No Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan kenamaan lain,” )

Banyak komen telah ditulis mengenai isu ini dan ramai yang secara sengaja atau tidak cuba mengalih isu. Contohnya ramai yang pro Rosmah berhujah akan pentingnya program Permata bla bla bla.... ini bukan soal Permata, ok.

Ada yang kaitkan dengan pembaziran jumlah kos sewa jet berkenaan selama dua bulan iaitu RM86 juta seperti dakwaan Rafizi .... Agak2lah juga Rafizi.... anda guna angka kos sewaan untuk satu jam kemudian didarab dengan 24 jamx60hari ...... secara logiknya, kalau kita nak sewa untuk dua bulan, pasti ada pakej lain bukannya mengira berdasarkan kos per jam !

Lagi pun dalam kes ini, Rosmah cuma pakai untuk beberapa hari saja bukannya untuk dua bulan terus.

Kemudian tak perlulah timbulkan soal 13 jam dalam penerbangan ...... saya percaya kalau jet itu punya kemudahan seperti gambar di bawah siap ngan pelayan lagi .... ramai yang sanggup alami 'penderitaan' itu, lebih dari 13 jam pun sanggup !



Jadi ada baiknya kita tumpukan perhatian kepada 3 persoalan yang ditanya Rafizi dan jawapan yang diberi pembantu Rosmah.

Saya percaya kalau kita buang isu2 sampingan semua, persoalan utama yang ditimbulkan sebenarnya adalah - Apakah Rosmah Layak Naik Jet Kerajaan ?

Mudah jer kan ... sebab Rosmah cuma ISTERI seorang Perdana Menteri. Beliau tidak ada sebarang jawatan yang diiktiraf oleh kerajaan. Jadi sebagai seorang SURIRUMAH kepada Perdana Menteri, apakah Rosmah layak naik jet kerajaan ? ( selain dari menemani suaminya dalam urusan kerja sebagai seorang Perdana Menteri )

Jadi alasan utama yang diberikan oleh pembantu Rosmah iaitu dek kerana jadual yang ketat, sebenarnya tidak menjawab soalan pokok - adakah Rosmah layak menggunakan kemudahan jet kerajaan ?

Oya, alang2 itu alasan yang diberikan, suka saya tanya juga  - Kalau tidak ada majlis Pandu Puteri itu atau jika tidak ada jadual yang ketat, apakah Rosmah akan naik komersil ?

Saya percaya Rosmah akan tetap juga naik jet kerajaan itu dan alasan lain pula yang akan diberikan. Sebab itu saya katakan jawapan yang diberikan itu tidak tepat menjawab persoalan utama iaitu adakah Rosmah layak guna kemudahan jet kerajaan ?

Pembantu Rosmah ada jawab kepada soalan no 3 di mana beliau kata - dari segi protokol adalah layak. Maksudnya apa tu, Rizal ? Dari segi protokol ?

Peguam Hanif Khatri ada bertanya soalan sama di status FBnya -

1. Tunjukkan Regulasi Bertulis mahupun Arahan Pekeliling mana sekalipun, yang menzahirkan apa yang Rizal Mansor cakap, iaitu, sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor tersenarai sebagai orang yang layak dan/atau dibenarkan dan/atau tergolong sebagai "...orang kenamaan Malaysia..." bagi tujuan penggunaan peribadi jet ACJ319 kerajaan, walaupun untuk majlis-majlis yang disenaraikan oleh Rizal Mansor itu, sekalipun ;

ATAUPUN

2. Tampilkan bukti lengkap bahawa segala kos penggunaan jet ACJ319 itu, telah dibayar sepenuhnya oleh Rosmah Mansor, sesudah jet itu diguna-pakai untuk perjalanan " terdesak " Rosmah Mansor itu.
Sekiranya TIDAK, wahai rakyat Malaysia yang prihatin, ini adalah SALAH GUNA HARTA KERAJAAN bagi tujuan peribadi !


Senang jer kan kalau nak jawab persoalan yang ditimbulkan oleh Rafizi - Buktikan di mana ada tertulisnya dalam Arahan Pekeliling atau apajua medium yang kerajaan gunakan bagi tujuan sebegitu, bahawa isteri PM berhak guna jet kerajaan.

Ketua Umno Chera cuba pertahankan Rosmah tapi beliau juga tidak mampu jawab persoalan utama di atas selain dari jawab secara umum -

"Rosmah adalah isteri Perdana Menteri Malaysia dan kedudukan beliau dari segi protokol adalah layak," ( Mkini

Dari segi protokol .... lagi.  Maksudnya tidak ada secara bertulis ? Kalau ada disebut di mana2 pekeliling kerajaan, rasanya awal2 lagi pembantu Rosmah dah keluarkan.


Itu saja yang perlu pembantu Rosmah dan cai2 lain perlu lakukan untuk jawab kes ini - yakinkan rakyat bahawasanya Rosmah selaku isteri kepada Perdana Menteri, LAYAK untuk menikmati kemudahan jet kerajaan selain dari menemai suaminya atas urusan resmi.

PS - Sementelah Rizal begitu cepat jawab, apakata kita tanya kembali pendedahan perbelanjaan mewah Najib Rosmah seperti yang didedahkan SR dan WSJ terutama di Itali dan di Hawaii ketika rakyat berdepan musibah banjir besar dulu ..... BETUL KE ? 

Jika betul, dari mana datangnya duit berpuluh juta ringgit itu ? Kenapa isu ini tidak dijawab langsung ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

15 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 9, 2016 at 8:40 PM delete

Kalau nak berjimat,banyak benda boleh buat.ni..menhabuskan duit rakyat

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 9, 2016 at 9:36 PM delete

Mengikut Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No. 2 P.U. (B) 29 bertarikh 22 Januari 1998, isteri Perdana Menteri tidak ada termasuk pun dalam senarai kekananan Persekutuan. Tak tahulah dari mana Rizal Mansor petik jawapan tu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 9, 2016 at 11:26 PM delete

Aduss.. takde pentingnya ambil anugerah tu. Kalau anugerah Grammy Awards ok gak Din.
hehehe.. kita enjoy!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 9, 2016 at 11:42 PM delete

Bro jawapan dr Rizal adalah jawapan menjaga periok nasi... Janji jawab Itulah tugasnya... Muka tebal mcm pm

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 10, 2016 at 12:26 AM delete

Din, PM Malaysia yang sebenarnya bukan Najib, tapi suami beliau...kihkihkihkih

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 10, 2016 at 2:08 AM delete

ambil ke tak anugerah untuk permata tu tak ada bagi kesan apa2 pun kat program permata. kalau rosmah betul2 sibuk boleh hantar pembantu dia jadi wakil. sedangkan jho low boleh jadi wakil keluarga diraja arab saudi. benda ni macam habiskan duit beribu untuk ambil hadiah yg beberapa ringgit je. cuba kalau rosmah sendiri yg tanggung kos pergi balik. agak2 dia nak ambil tak anugerah tu. najib pun diam je sebab dia tau mak dia sendiri pun tak buat macam rosmah.

Reply
avatar
Jay
AUTHOR
June 10, 2016 at 7:27 AM delete

Macam adik & kakak jer depa dua orang ni. Seorang bernama Rosmah Mansor seorang lagi Rizal Mansor. Mungkin kebetulan saja. Wallahhu'aklam.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 10, 2016 at 12:06 PM delete

Sejak start ramadhan,sy ke bazar ramadhan bru sekali, kelmarin. Itu pun bajet beli rm30 ke bwh. Zaman skrg ni bkn sng nk cari duit.. Bila bc artikel ni rs heartbroken sgt. Mudah2an di bulan yg mulia ni Allah makbulkan doa org2 yg teraniaya. Aameen..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 10, 2016 at 3:20 PM delete

Jawapan yang sebenarnya ada lah si isteri berjawatan nombor satu dan si suami berjawatan no 2 dalam Kerajaan..... lu fikir la sendiri?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 10, 2016 at 3:54 PM delete

Protokol? Protokol? Protokol?
Bagus diketengahkan perkara begini. Termasuk salah guna kedudukan oleh talibarut2 Najib pun bagus juga di ketengahkan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 10, 2016 at 4:34 PM delete

Kenapa xsuruh duta ja amik anugerah tu sbg wakil...kan sibuk nak mesyuarat pandu putri lg...kang penat 13jam dlm flight.
(Ayat kesian supaya xnampak sgt)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 10, 2016 at 8:40 PM delete

Laki takut bini weeeeeh!!!!!

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
June 11, 2016 at 12:35 AM delete

Tak apalah . Bagi lah chance kat nenek kebayan ni guna sedikit kemewahan pemberian rakyat Malaysia .

Bertahun tahun lamanya si nenek kebayan ni berusaha utk mendapatkan si Najis ni ... mcm mcm tangkal , bomoh dan jampi serapah dia guna . Dari bomoh berkulit sawo matang hinggalah yg hitam legam .

Lagi pun jika terbang menggunakan penerbangan komersial , nanti tergopoh gapah pula . Silap langkah bolih jatuh terguling guling . Nanti orang ramai sangka si badut mana pulak buat lawak .

Si nenek kebayan ini terlupa di penghujong nyawa dia , dia tetap masuk 'rumah ' 3 x 7 x 7 !!

Reply
avatar
sham zam
AUTHOR
June 11, 2016 at 4:28 AM delete

mmg btul saling berkait. bini rizal mansur tu bekas pengacara rtm. lps mnta cerai, dia kawin rizal ni. buka biz kosmetik tp yg aku tau biz tu xbrp laku. jd duit byk2 asal dari mana kalau lihat gaya hidup mewah laki bini yg hanya su akhbar najib tp pembantu khas rosmah sklgus? kau faham2 lah knp dia beria2 nk lindungi bos besar dia. bygkan klu xkerja dgn bos ni, ada duit k nk tampung hutang biz xlaku tu

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 13, 2016 at 12:43 PM delete

dah hampir pasti bahawa suami tidak berkata TIDAK pada isterinya.

Reply
avatar