KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, June 1, 2016

dinturtle

Isu Surat BNM Goodstar Milik Jho Low - Mungkin OSA Telah DiSalahGunakan ! ?



Kita panjangkan lagi isu surat BNM yang telah mengesahkan syarikat Goodstar sebagai milik Jho Low kerana rata2 rakyat berasa tidak puashati akan 3 perkara -

1- Kenapa Hasan tidak tunjukkan surat itu kepada ahli2 PAC lain supaya satu keputusan konsensus dibuat untuk tindakan selanjutnya ?

2 - Kenapa maklumat bahawa Goodstar milik Jho Low itu menjadi satu rahsia kerajaan di bawah OSA ?

3 - Kenapa Hasan tidak bertindak memohon kepada Bank Negara supaya permohonan resmi dibuat agar maklumat itu tidak menjadi rahsia ? Maklumat itu menjadi rahsia adalah kerana ia didapati bukan melalui permohonan resmi. 

" Sekiranya PAC bercadang untuk menggunakan maklumat ini dalam dokumen awam, kebenaran dari negara2 terlibat perlu dipohon terlebih dahulu. "

Maknanya, maklumat itu BOLEH disiarkan kepada umum asal saja kebenaran dari pihak luar dipohon terlebih dahulu .... bukannya kebenaran dari kerajaan kita ! Jadi dari mana datangnya status RAHSIA DI BAWAH OSA itu ?

Bersandarkan peri pentingnya maklumat ini dalam mencari kebenaran skandal 1MDB,  kita harap siasatan dapat diteruskan dengan melibatkan pihak2 berkuasa seperti Bank Negara, SPRM, Polis malah PAC juga dengan mengambilkira maklumat2 dan perkembangan terkini skandal 1MDB.

Di bawah adalah pandangan mengenai isu ini oleh DS Mukhriz dan juga dari peguam Hanif Khatri yang saya rakamkan semalam, eksklusif buat anda.

Surat BNM Mengesahkan Pembabitan Jho Low Dalam 1MDB



KLiK untuk ke Youtube


- satu pendedahan yang mengejutkan. 

- Mengesahkan andaian sebelum ini Jho Low memainkan peranan secara langsung didalam pergerakan wang 1MDB

- JASA telah menafikan pembabitan Jho Low tapi tindakan Bank Negara menyaman pendedahan surat itu mengesahkan bahawa maklumat surat itu adalah sahih

- Dengan maklumat terbaru ini, semua agensi2 penguatkuasa seperti Bank Negara, SPRM dan PAC seharusnya meneruskan siasatan

- Rakyat menuntut pendedahan setulusnya

- maklumat ini tidak harus disembunyikan melalui OSA kerana kepentingan dan impaknya dalam siasatan 1MDB @ melibatkan peranan Jho Low dalam 1MDB

- 1MDB sudah bayar kompaun kepada BNM. Ini membuktikan apa yang 1MDB lakukan itu jelas salah. Tapi bagaimana dengan arahan supaya wang terbabit dibawa pulang ? 

- Pihak Peguam Negara harus buka semula kes ini dan bantu siasatan melalui MLA untuk mendapatkan maklumat2 tambahan dari pihak berkuasa luar supaya kebenaran diketahui



Isu Surat BNM Goodstar Milik Jho Low - OSA DiSalahgunakan ?



KLiK untuk ke Youtube

- Adakah ianya sebenarnya di bawah OSA ?

- Tidak ada mana2 dalam surat tersebut mengatakan maklumat itu adalah ( bersifat ) OSA. 

- Kalaupun OSA, maklumat bahawa Goodstar dimiliki oleh Jho Low adalah satu perkara yang perlu untuk disiasat berhubung dengan salahlaku jenayah 1MDB.

- Bukankah siasatan jenayah itu demi kepentingan negara ? 

- OSA adalah berhubung rahsia demi kepentingan negara bukannya untuk melindungi perbuatan jenayah. 

- OSA tidak boleh disalahguna bagi memberhentikan siasatan dalam satu jenayah yang mempunyai kepentingan kepada negara.


- Bank Negara telah memaklumkan kepada Hasan PAC bahawa sekiranya PAC merasakan maklumat dalam surat itu adalah penting untuk didedahkan melalui laporan PAC, maka permohonan boleh dibuat kepada Bank Negara, untuk Bank Negara majukan permohonan yang sama kepada risikan luar negara.

- Tapi kenapakah peluang itu tidak didedahkan kepada ahli2 PAC lain oleh Hasan ? Bukankah itu tanggungjawab dan hak ahli PAC untuk menentukan samada mereka memerlukan pelepasan daripada agensi luar untuk dipohon oleh Bank Negara ?

- Ini menunjukkan terdapat isu yang jelas bahawa siasatan PAC tidak boleh dianggap sebagai lengkap sekiranya peluang untuk memperolehi maklumat lanjut telah tidak dilakukan.


MUNGKIN Laporan Audit 1MDB DiOSA Kerana Salahlaku Jenayah Pihak Atasan ?





KLiK untuk ke Youtube

- Mac 2015 Perdana Menteri arahkan Jabatan Audit Negara untuk menyediakan laporan audit berhubung 1MDB untuk mengenalpasti permasalahan 1MDB

- Bila laporan siap, kita dimaklumkan ia diklasifikasikan sebagai OSA. 

- Waktu itu kita boleh terima alasan yang diberikan. Mendedahkan kandungan laporan audit negara pada masa PAC bersidang, mungkin memprejudiskan siasatan PAC.

- Tapi dimanakah prejudisnya selepas laporan PAC dibentangkan ?  Bagaimanakah laporan audit negara itu masih dikekalkan sebagai OSA ?

- OSA adalah untuk tujuan keselamatan negara semata2. OSA tidak boleh digunapakai selain daripada untuk kepentingan negara.

- 1MDB milik perbendaharaan negara dan perbendaharaan negara bertanggungjawab kepada rakyat. Jadi ini adalah kepentingan rakyat dan negara untuk mengetahui dengan terperinci apakah yang terkandung dalam laporan audit negara.

- Satu-satunya sebab kenapa ia masih di bawah OSA adalah kerana MUNGKIN wujudnya kandungan yang mengatakan terdapat salahlaku jenayah dipihak atasan yang terbabit dengan 1MDB !

- KALAU itulah sebabnya, maka OSA telah disalahgunakan dalam isu laporan audit negara. 

- Dan seperti itu juga, OSA sekarang ini dibangkitkan secara salah, secara khilaf dalam isu surat Bank Negara

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 1, 2016 at 9:07 AM delete

Najib sentiasa menganggap rakyat Malaysia bodoh! Bodoh adalah talibarut2 nya.
Lihat tulisan en Din membuka byk lg sifat Najib yg telah di cakap2 oleh majoriti rakyat & Tun M.
Saya terlihat asfarizam loyer Najib semalam, sdg membroker urusan di sykt pegangan awam! Gayanya hebat! Pada saya ini manusia malang & sampah!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 1, 2016 at 11:36 AM delete

Hasan wajib dipecat dari jawatan pengerusi PAC. Sudah banyak kali terbukti dia tidak menjalankan tugas dgn integriti yg sewajarnya DENGAN NIAT. dia wajar pergi cari makan jat tempat lain.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 1, 2016 at 1:10 PM delete

PM tiada minat untuk merampas kembali wang kerajaan yang ditipu oleh biawak biawak kepala hitam? Tidak masuk akal PM nie dan pelik bonar!! Keutamaan negara jangan buat main2. Please PM berikan lah keutamaan untuk menagih dan pulangkan duit yang ditipu seperti mana BNM perintahkan dulu...macam endah tak endah pulok....kenapa pelik sampai ketahap ini...

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
June 1, 2016 at 1:35 PM delete

Salam Bro

Apakah tujuan OSA? Tujuan utama OSA ialah untuk memelihara kepentingan dan keselamatan NEGARA. Apa juga orang cakap yang penting ialah NEGARA MALAYSIA. Ini sedutan dari OSA tersebut:

MALAYSIAN OFFICIAL SECRET ACT 1972 (OSA)

1) What are documents considered Official Secret under the OSA?

According to the Schedule of the OSA:

1)Cabinet documents, records of decisions and deliberations including those of Cabinet committes;

2)State Executive Council documents, records of decisions and deliberations including those of State Executive Council committees;

3)Documents concerning national security, defence and international relations.

Pursuat to section 2 of the OSA “document” includes, in addition to a document in writing and part of a document —

(a) any map, plan, model, graph or drawing;

(b) any photograph;

(c) any disc, tape, sound track or other device in which sound or other data (not being visual images) are embodied so as to be capable (with or without the aid of some other equipment) of being reproduced therefrom; and

(d) any film, negative, tape or other device in which one or more visual images are embodied so as to be capable (as aforesaid) of being reproduced therefrom;

2) WHAT IS MEANT BY THE WORD "OFFICIAL SECRET"?

According to section 2 of the OSA:

“official secret ” means any document specified in the Schedule and any information and material relating thereto and includes any other official document, information and material as may be classified as “Top Secret “, “Secret ” ,”Confidential ” or “Restricted “, as the case may be, by a Minister, the Menteri Besar or Chief Minister of a State or such public officer appointed under section 2B.

Section 2B of the OSA provides:

“Minister, the Menteri Besar or the Chief Minister of a State may appoint any public officer by a certificate under his hand to classify any official document, information or material as “Top Secret”,”Secret “, “Confidential” or “Restricted “, as the case may be”

Dalam konteks 1MDB atau spesifiknya surat BNM tersebut...dimana letaknya kepentingan dan keselamatan Negara? Adakah ianya membabitkan keselamatan dan kepentingan Negara? Surat dan fakta tersebut merupakan "Fakta Penting" dalam siasatan penyelewengan dalam 1MDB. Adakah perlakuan JENAYAH perlu diOSAkan? Adakah itu sistem keadilan dan perundangan negara kita? Mentang mentang jenayah tersebut melibatkan Najib...Adakah semua perlakuan Najib sama ada untuk kepentingan Negara atau dalam hal ini perlakuan bersifat Jenayah peribadi perlu di OSA dan dibiarkan. Banyak cantik!...

Bro...kalau rakyat marah dan menyumpah seranah Najib, malahan kalau rakyat membuat laporan polis tentang salah laku Najib...orang itu pulak di siasat. Apa punya perundangan itu bro?

Kita malu bro...marah tak usah nak cakap lagi.

BODOH, BANGGANG punya manusia...NAJIB, HASSAN, KHALID ABU BAKAR, APANDI...
Kamu semu pengkhianat Negara. Patutnya kamu diambil tindakan kerana KHIANAT dan mengugat kepentingan dan keselamatan Negara!

Paloi, Tuyuk.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 1, 2016 at 2:21 PM delete

IGP akan siasat samada surat BNM tu sahih atau dak. Lawak nya. Kalau jolok betui pemilik goodstar, kesahihan surat tu dah xdak makna pun.
Xpayah susah2 lah IGP. Kami dah tau pun hasil siasatan tu. Surat tu confirm x sahih. Samada jolok tu pemilik goodstar atau dak tu bukan bidang siasatan pulus. Dei.... Pooodah.

Reply
avatar
sham zam
AUTHOR
June 1, 2016 at 8:39 PM delete

wan hasfarizam n co adalah si gampang yg membury faedah kewangan dgn manipulasi maklumat dalaman. maka tak hairan lah SC xprnah kuarkan suratcelaan kerana gabenor bank negara sendiri adalah proksi ah jib. kau faham? rakyat tahu dan faham apa yg sedang mereka lakukan. tuhan maha adil!

Reply
avatar