KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, June 23, 2016

dinturtle

Isu Wang Tebusan RM12 juta Dan Mesyuarat Exco Kedah Di ICU - Komen Bernas Hanif Khatri

Kali ini saya nak kongsi status FB Peguam Hanif Khatri mengenai dua isu panas ketika ini. Pasti menarik pandangan Hanif untuk kita fikirkan keLOGIKannya. Hanya untuk mereka yang masih boleh menggunakan akal fikiran untuk menilai sesuatu itu dari segenap sudut BUKAN untuk mereka yang jumud, tidak mampu berfikir sendiri serta menerima buta apa saja yang disogok oleh pemimpin sebagai yang benar sedangkan fakta didepan mata menyatakan 'ada yang tak kena'.


Isu pertama adalah berkaitan Wang Tebusan RM12 juta yang hangat ketika ini. Semalam Timbalan Menteri Luar Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa orang ramai dan keluarga mangsa culik di Pulau Ligitan, Sabah pada April lalu, menghentikan pertikaian wang tebusan RM12 juta.

"Apa yang penting sekarang, mereka sudah dibebaskan. Itu sahaja. Jangan menggalakkan aktiviti penculikan. Apabila anda mendedahkan jumlah seperti RM3 juta bagi setiap penculikan, anda hanya menggalakkan penjenayah untuk terus melakukan aktiviti penculikan.

"Hentikan beri tanggapan buruk untuk menjejaskan rundingan pada masa hadapan, jika ada. Ia hanya akan memberi impak yang buruk" - Astroawani.

Hmmmm .... Nur Jazlan minta rakyat DIAM dan jangan lagi berdebat isu wang tebusan. Kalau orang jahat tahu boleh buat duit juta2 melalui penculikan, ia akan beri impak yang buruk.

Betul juga apa kata Nur Jazlan. 

Kita tidak mahu mana2 pihak membuat anggapan yang kerajaan kita akan layan sebarang ugutan atau tunduk kepada penculik dengan membayar wang tebusan. Itu bukan polisi kerajaan.

Masalahnya .....

COME ON, My Dear Deputy Minister,

Trying to sweep the problem under the carpet, again... ??? !!!

If there are things to be answered on the ransom scandal, then IT MUST BE ANSWERED !!!

You can not keep on giving silly excuses to avoid answering the main problem !!! 

Don't you think that the fact that we have kept on giving ransoms from time to time, is the MAIN contributing factor to these continuous kidnappings ??? !!!

So, please ensure thorough fact finding exercise is done, on this scandal of the MISSING RM3 million !!! If need be, a Commission should be set up, because the Police as well as the Home Ministry (your Ministry), are reportedly implicated !!!

Otherwise, the frightening truth may be, that the kidnappers may become more daring because of the fact that they may feel having being cheated on this missing RM3 million scandal !!!! And, if that is the case, it would surely increase further concerns on future kidnappings !!!!!!!!

So, COME ON, My Dear Deputy Minister !!!

Please do SWEEP !!! But, SWEEP IT RIGHT !!! ..... DO NOT EVER SWEEP ANY PROBLEMS UNDER THE CARPET !!! IT WILL MAKE THE CARPET TO ROT FASTER !!!


Itu komen Hanif Khatri. Masalahnya benda ini dah meletup dan tidak boleh sesenang itu hendak tutup kes dan minta rakyat tutup mulut sedangkan banyak persoalan sedang bermain di fikiran rakyat ekoran kenyataan Zahid sendiri !

Apakah selama ini kita memang bayar para penculik untuk melepaskan mangsa culik walaupun dikatakan menjadi polisi kerajaan untuk tidak tunduk kepada sebarang tuntutan penjenayah ?

Bukankah itu yang menjadi faktor utama kenapa kegiatan penculikan masih berleluasa ?

Apa sebenarnya yang berlaku ? Dalam kes RM12 juta itu, bukankah kumpulan Abu Sayyaf akan berasa ditipu sebanyak RM3.2 juta dan kesannya, bakal membalas dendam dengan menculik lebih ramai lagi rakyat kita ?

Sekarang macam dah jadi trend kerajaan untuk TUTUP KES sebagai jalan penyelesaian mudah kepada apa jua isu yang tidak mampu dijawab secara telus.

Teringat kita kepada keputusan TUTUP KES oleh AG dalam kes yang melibatkan 2,6 bilion dan duit SRC yang masuk akaun Najib padahal banyak persoalan masih tergantung. Makanya tidak menghairankan bila ramai yang berasa tidak puashati ... seolah2 rakyat diperbodohkan.

Kalaupun dah TUTUP KES, kenapa Najib tidak berani tampil beri penjelasan ? Kan sudah dibebaskan oleh AG ? Nak takut apa lagi ?

Zahid juga kata, Berani kerana Benar dan Takut kerana Salah.

Ini lebih teruk dari takut ! Dah terang2 AG kata tak bersalah pun Najib masih takut nak beri penjelasan ! 


Isu Kedua pula mengenai MB Kedah yang mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di bilik mesyuarat Unit Rawatan Rapi ( ICU ) Jospital Pulau Pinang.

Peeeergh ! Mesyuarat exco di ICU Hospital tu !


Salah ? Tak salah eeeeh...... Nak buat atas kubur pun OK ! Yang hendak dipertikaikan adalah -

Wahai Perdana Menteri, 

Silalah jawab satu soalan ini dengan tepat dan jujur :

SOALAN : Kalaulah anda merestui MB Kedah yang uzur untuk memimpin Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah di bilik mesyuarat ICU Hospital Pulau Pinang, MAKA KENAPAKAH perlu anda lucutkan jawatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara Malaysia pada bulan Julai 2015, atas alasan kesihatan, sedangkan TS Gani tidak langsung berada di ICU ?? !! Tambahan pula, pada masa itu tinggal hanya 2 bulan lebih, sebelum persaraan rasmi TS Gani ??? !!!

SILA JAWAB, TANPA PUSING FAKTA !!!!

Terima kasih. ( KLiK )


Adeh, betul juga kata Hanif di atas.Kerajaan kenalah konsisten dalam bertindak kalau tidak rakyat akan mula berprasangka. 

Gani Patail elok jer masa dipecat tahun lepas. Oklah dia memang sakit tapi dia masih boleh bekerja malah dia sendiri nak kerja lagi hingga tamat tempoh  yang tinggal dua bulan. KEBETULAN kes yang sedang disiasat melibatkan duit yang masuk akaun Najib ....... Tapi tak pasal2 Najib kata Gani Patail dah tak layak bekerja sebab sakit. 

Bandingkan MB Kedah yang MEMANG SAH SAKIT dan berada DALAM HOSPITAL ..... boleh pulak dibuat meeting dalam bilik mesyuarat ICU ! Macamana tu ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

13 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 23, 2016 at 7:37 AM delete

Rileks la Din,

Ini negara penyamun.Dia boleh buat apa yang dia nak buat.

Rakyat kan suka?Bila pilihanraya,pilihan dacing jugak.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 23, 2016 at 7:41 AM delete

Assalam Bro,Bro Din takkan tak faham.Ikan kan membusuk daripada kepala.Najib mana ada telor nask jawab semua isu yang berkaitan 1MDB tu.Terkilan aku berperdanamenterikan Si Najib Bengong ni...

Reply
avatar
adzzam adzzam
AUTHOR
June 23, 2016 at 8:19 AM delete

Terbaik bro DT.

Bangkai gajah nak ditutup dgn suratkhabar gamaknya ni..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 23, 2016 at 9:52 AM delete

Teringat dulu ada satu joke. Kisah perompak bank. Mereka berdua merompak bank dan berjaya melarikan wang tersebut. Mereka sangat gembira. Bila di kira mereka dapat duit 2 juta. Gembira sungguh mereka. Bila keluar dalam akhbar esok nya dimaklumkan oleh bank,wang yang kena curi adalah 10juta. Mengeluh perompak tu. Kami teruk merompak tp orang bank ambil kesempatan ambil lagi 8 juta masuk poket sendiri. Hehehe.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 23, 2016 at 10:06 AM delete

Kalau isu wang tebusan didiamkan,alamatnya slpas ni akan berterusan lah amalan penyamun makan atas penyamun..bijak kau ya nur jazlan. Si bashah tak payah nak glamer sgt lh..loya tekak bulan2 posa ni.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 23, 2016 at 11:14 AM delete

Berkat di dalam bulan Ramadhan yang banyak fadhilat nya, Allah bagi bukti secepat nya bila timbul isu yang meragu kan! Masing2, KDN, PDRM tiada kerjasama langsung. KDN cakap lain, PDRM cakap lain! Semestinya lah keluarga mangsa persoal kan duit tu sbb mereka yg bersusah payah mendapatkan duit berjuta2 utk membayar tebusan tiba2 hilang mcm tu aje. Apa nak jadi tanah air ku Malaysia!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 23, 2016 at 12:11 PM delete

Masalahnya bro najib tak ada kuasa lucutkan kedua dua jawtan tersebut mb dan ag. Sebagai peguam beliau patut tahu itu dan tak perlu lah memanjangkan benda yg tak benar dan sebenarnya menafikan kuasa2 raja2 melayu. Cakap sahaja kenapa najib mempengaruhi raja2 kita atas jawatan tersebut. Ada sesuatu yang tidak kena kenapa goverment persekutuan terlampau berkuasa hingga mencampuri urusan government negeri dan urusan AG. Ingatlah AG itu di atas dan melampaui government. AG itu wakil kerajaan. AG bukan berkerja dengan government. AG berkerja untuk bossnya iaitu majlis raja2. Kerajaan dan government ialah entity berbeza.

Reply
avatar
Laguhati
AUTHOR
June 23, 2016 at 1:23 PM delete

Nak tunjuk semangat kuat kerja. Dah gian nak pakai kot dan tali leher. Lagi pun kalau rahsia kerajaan bocor bolehlah tuduh kerajaan LGE tidak menyediadiakan bilik soundproof untuk mesyuarat ini .

Reply
avatar
June 23, 2016 at 4:19 PM delete

Dah buang tebiat dia org ni.. tak lama lg ka tu..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 23, 2016 at 4:56 PM delete

najib-1mdb scam
1. pinjam duit dijamin kerajaan utk jv
2. buat syarikat nama hampir sama.
3. transfer duit kat syarikat palsu

zahid-abu sayyaf scam
1. culik rakyat msia.
2. rakyat buat kutipan derma @ keluarga gadai harta bayar tebusan.
3. duit tebusan dikongsi bersama dgn penculik.

mungkin kes culik akan bertambah lepas ni sbb polis pun dah bekerjasama dgn penculik.

Reply
avatar
June 24, 2016 at 10:07 PM delete

Penyamun, perasuah, perompak, penipu dll katalah apa saja, org Melayu di luar bandar dan felda tetap sokong PM Najib & konco2nya. Tengok apa jadi PRK di Sg Besar dn K Kangsar. Pelik, pelik sungguh......

Org Melayu lebih sayang PM dpd negara dan suami/isteri mereka..., agaknya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 26, 2016 at 2:13 PM delete

Org luar bandar x peduli pasal isu nasional.. depa x faham pun psl 1mdb. Yg penting depa dpt br1m. X caya? Try la g kampung2... x payah jauh2.. g je negeri sembilan, atau melaka. Basically.. BN will continue to rule the country with the support frm the rural ppl. Ini hakikatnya. Sbb aku org kg, aku tanya depa. Tol naik xde kens mengena dgn depa. Sure, anak2 mengeluh balik kg psl tol mahal. Tapi mak, pak,pak penakan, mak penakan, sepupu sepapat di kg xdak hal.. brg mahai? Kt kg dari dulu barang mahai.. ringkasnya, aku tabik usaha deklarasi rakyat. Tapi jujur aku x nmpk akan berlaku perubahan. Melainkan dgn kuasa Allah.. berlaku perubahan dr dalam.

Reply
avatar
john doe
AUTHOR
June 28, 2016 at 12:43 AM delete

Maalaysia di bawah Jibby elok saja digelar penyamunstan. Jibby ketua penyamun negara.

Reply
avatar