Semalam Team Deklarasi Rakyat bergerak untuk kali terakhir sempena PRK Kuala Kangsar, dibantu oleh Datuk Khairuddin, Puan Anina, Akhramshah dan Mejar Anuar. Sempatlah kami berpecah dan bertemu rakyat Kuala Kangsar di beberapa tempat dan berakhir di Kampung Senggang dimana keempat2 penceramah DR bersatu.
Apa yang kami buat adalah sebagai support kepada Main Event iaitu kehadiran Tun Mahathir sebanyak dua kali di sini. Kami mengambil pendekatan bertemu rakyat secara terus dan dalam kumpulan2 kecil agar penjelasan kami tentang agenda DR dapat difahami sejelas2nya.
Perjuangan DR tidak berhenti dengan berakhirnya PRK, ia tetap diteruskan. Maka kami mengambil kesempatan PRK ini untuk bertemu seramai mungkin rakyat dan mengumpulkan tandatangan sebagai tanda sokongan mereka kepada Deklarasi Rakyat.
Seperti biasa saya siarkan segmen2 menarik dari ucapan mereka -
Hampir2 Rakyat Terus DiTipu Secara Mega Oleh 1MDB - Mejar Annuar
KLiK untuk ke Youtube.
Tabung Haji Bersekongkol Amalan Riba Yahudi Melalui 1MDB - Akhramshah
KLiK untuk ke Youtube
Najib Takut Kerana Salah ? - Anina
KLiK untuk ke Youtube
Jangan Undi BN Kerana Presidennya Penyangak, Penyamun, Perompak ! - Anina
KLiK untuk ke Youtube
1MDB Curi Tabungan Rakyat ! - Khairuddin
KLiK untuk ke Youtube
Melihat kepada keberkesanan cara bertemu rakyat dalam kelompok kecil, mungkin Team DR akan teruskan lagi usaha ini di tempat2 lain di seluruh negara ! Masih ramai rakyat yang tidak mendapat penjelasan sepenuhnya akan agenda DR terutamanya dikampung2.
Dan yang pastinya, kami juga telah mengenal pasti mereka yang benar2 ikhlas dalam perjuangan ini, mereka yang sanggup melangkah ke depan tanpa mengharapkan apa2 balasan atau niat peribadi sampingan. Bab ini akan saya nukilkan kemudian hari ....
Apapun keputusan Prk esok, Perjuangan diteruskan ......
PS - Jutaan Terimakasih kepada Team Deklarasi Kuala Kangsar yang diketuai oleh En Ebi yang banyak membantu sepanjang team kami di sini. Tidak lupa juga kepada Datuk Hamidah ..... Terima Kasih !
4 comments
Write commentsSaudara Din,kental betul perjuangan korang.Terus berjumpa penduduk walaupun dgn bilangan sedikit.Org bandar dgn komunikasi yg banyak ni,kita tahu dah tahap kesedaran diorang.Cuma nak tahu dari pengamatan dengan pendekatan terus masuk ke kampung2 ni,apakah pulak tahap kesedaran/pemahaman dan pendirian org kuala tentang isu 1MDB ini?
ReplyBerkat bulan ramadhan ni ya Allah..mudah2an calon Amanah menang di ke2 2 prk.aameeen...
ReplyTun M bersusah payah bina negara,mengeluarkan sebahagian besar Melayu dari belenggu kemiskinan tapi Taukey Dedak dan pemakan dedaknya merosakkannya.
ReplyBetapa jelas jurang pemikiran Tun yg dikasihi,namun bangsa melayu terus memilih utk menjadi bodoh dan hina. Jgn salahkan pihak lain,salahkan lah diri sendiri yg masih lena diulit mimpi!
ReplyKita dipimpin oleh pengkhianat bangsa,masih perlukah utk di banggakan? Maruah negara hancur tergadai,harta lebur bertukar tangan,apa yg masih tinggal buat cucu2 kita tersayang?
Jika mampu fikirkan lah,jika tidak terus lah bersama lena yg menyakitkan.