KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, June 8, 2016

dinturtle

Jho Low Hadir Mesyuarat 1MDB Atas Jemputan Pengurusan 1MDB Bukan Pak Arab Yang Lantik Jadi Wakil !


Saya percaya hanya beberapa kerat saja rakyat yang telah habis baca file2 hansard PAC mengenai siasatan 1MDB yang didedahkan kepada umum. ( ada file yang tidak didedahkan kerana menurut kata Tony Pua, ada terkandung beberapa maklumat rahsia seperti yang ada dalam lapuran Ketua Audit yang masih dirahsiakan dibawah OSA yang sehingga kini tidak diberikan sebarang penjelasan kenapa masih dirahsiakan oleh kerajaan )

Saya sendiri nak kena ada mood baru boleh layan, itu pun belum tentu boleh kekalkan tumpuan sehingga habis sebab setiap satu file itu amat panjang ....

Kebetulan siang tadi saya baca file PAC-11022016 Bil 2 yakni yang bertarikh 11/2/2016 di mana PAC menyoal TS Bakke pada sebelah pagi dan bersambung dengan Shahrol pada sebelah tengahari. Shahrol sudah pun dipanggil pada sesi 25 dan 30 November 2015, yang ini adalah kali ketiga Shahrol dipanggil dan beliau masih tidak mampu berikan dokumen2 yang dipinta pada sesi sebelumnya.

Selain dari isu bayaran USD700 juta kepada Goodstar yang banyak dibincangkan ( yang ini mungkin saya tulis di artikel lain ) dalam sesi kali ini, turut dibincangkan adalah mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 26 September 2009.

Perlu diingat, perjanjian 1MDB-Petrosaudi Cayman ditandatangani pada 28 September 2009, iaitu dua hari selepas mesyuarat berkenaan. Jho Low dijemput untuk beri penerangan mengenai cadangan usahasama itu !

mukasurat 34 dan 35 -




Dah baca ? Cuba baca sekali lagi dengan penumpuan diberikan kepada persoalan SIAPA YANG JEMPUT JHO LOW untuk hadir mesyuarat lembaga pengarah 1MDB itu.

Jelas sekali dari ayat Shahrol sendiri -  When that couldn't happen, we invited Jho Low to actually come and represent the interest on the other side to explain.

.... WE  INVITED  JHO  LOW .... Kita ( pihak Pengurusan 1MDB ) yang menjemput Jho Low sebagai mewakili Prince Turkey BUKAN anak raja Arab itu yang lantik !


Saya segera teringat kepada satu artikel Mkini yang melaporkan satu jawapan bertulis Parlimen oleh Menteri Kewangan yang menjawab soalan dari Tony Pua mengenai perkara ini -


"Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB. 

"Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB. 

"Walau bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB," kata kerajaan. - KLiK.


Menteri Kewangan jawab di Parlimen bahawa pihak keluarga diraja Arab Saudi yang telah meminta Jho Low untuk mewakili mereka dalam mesyuarat penting itu TAPI jika anda baca petikan hansard di atas, jelas bahawa yang jemput Jho Low adalah pihak pengurusan 1MDB sendiri !

Adakah Menteri Kewangan terkhilaf atau sengaja mahu menipu dalam Parlimen ?


Dan tujuan Jho Low dijemput adalah untuk memberi penjelasan kepada projek usahama 1MDB-Petrosaudi. 

Ini bukti keterlibatan penuh Jho Low dalam projek usahasama itu sehingga khidmat beliau ditagih untuk beri penjelasan kepada ahli lembaga pengarah 1MDB.

Apakah ada beza Jho Low terlibat atau tidak dalam projek usahasama itu ? 

Hmmmm .....apa yang saya tahu, perkara ini tambah menyakinkan saya bahawa semua ini adalah satu SCAM ( mengambil kata Muhyiddin ) dari awal lagi ! Tidak hairanlah kenapa 1MDB boleh bayar USD700 juta itu kepada Syarikat Goodstar milik Jho Low sebab dia lah arkitek utamanya !




Ingat lagi gambar percutian di atas kapal mewah Tatoosh di atas ? Adakah satu kebetulan pemain2 utama skandal awal 1MDB berada di dalam gambar di atas yang diambil pada bulan Ogos 2009, satu bulan sebelum skandal 1Mdb bermula .

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 8, 2016 at 2:10 AM delete

DS Najib mungkin boleh di rujuk kpd JK Hak Hak Istimewa Parlimen kerana mengelirukan Parlimen. Kita ketiadaan ahli Parlimen Melayu yg bersungguh-sungguh membangkitkan skandal 1mdb dan Najib di Parlimen hanya kerana dilarang membincangkan isu tersebut.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 8, 2016 at 5:41 AM delete

Najib budak suruhan Jho Low. Bila dia nak datang ke tidak ke suka hati. Janji Najib bank in duit. Tak bank in, jawabnya rahsia bocor la.

Reply
avatar
Abdul Aziz
AUTHOR
June 8, 2016 at 8:09 AM delete

Salam Ramadan semua pembaca,
Kalau kita cakap bohong kalau takdir membongkar ianya tak betul kesannya adalah terhadap org yg bercakap tersebut dimata rakyat.Saya tak reda pemimpin yg saya pilih sebelum ini "behave like this".Apakah pemimpin ini menganggap rakyat begitu boooooodoooooooooh.Wallahuaklam.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 8, 2016 at 10:57 AM delete

ramainya Pembohong bersiri kat Malaysia...

Reply
avatar
man_turtle
AUTHOR
June 8, 2016 at 11:19 AM delete

Banyak persoalan yang tidak dijawab.

Reply
avatar
Wak kentut
AUTHOR
June 8, 2016 at 12:32 PM delete

Pun PERNAH KATA Tak kenal, Tak PERNAH jumpa....... Alia alih keluar gambar bersama pulak !
Hmmmmh bolih percayakah ?

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
June 8, 2016 at 1:41 PM delete

Assalamulaikum

Selamat berpuasa semua. Dibulan Ramadan ni sebenarnya malas nak berceloteh, lebih lebih lagi mengenai 1MDB dan Najib. Tak guna cakap pasal mereka lagi...1 Malaysia Dah Bangsat.

Kali ini saya nak sentuh pasal orang Melayu.

Najib seorang Melayu
UMNO asasnya Melayu
Menteri Menteri Najib banyak yang Melayu
Walaupun tak ubah macam kabinet kayu

PAS juga Melayu
PKR juga Melayu
Amanah juga Melayu
Banyak lagi kumpulan Melayu

Sultan dan Raja Raja Melayu
TYT juga Melayu
Kerajaan juga Melayu
Rakyat majoriti Melayu di Tanah Melayu

Melayu tipu Melayu
Melayu rompak Melayu
Melayu sumpah seranah Melayu
Melayu khianat Melayu

Yang hipokrit juga Melayu
Yang sombong juga Melayu
Yang bongkak juga Melayu
Yang taksub juga Melayu
Yang ragut juga Melayu
Yang buang bayi juga Melayu
Yang rempit juga Melayu
Yang dadah juga Melayu

Najib bugis juga Melayu
Dijunjung oleh Melayu
Dipuji oleh Melayu
Disanjung oleh Melayu

Melayu oh Melayu
Jangan ko salahkan bukan Melayu
Yang menipu kamu itu Pemimpin Melayu
Yang merompak hartamu itu Pemimpin Melayu
Yang menyusahkan kamu itu Pemimpin Melayu
Yang memberi malu kamu itu Pemimpin Melayu
Yang menjatuhkan maruah kamu itu Pemimpin Melayu
Yang mejual Agamamu itu Pemimpin Melayu

Masihkah kamu bangga wahai Melayu?

Aku juga Melayu...
Kecewa dengan Melayu.



Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 8, 2016 at 1:59 PM delete

Najib PM aka penyamun ini layak diterajang ke laut berjerung saja. Penipu dan pembelit besar. PM jenis auta dan pembohong begini tidak layak langsung diberi penghormatan walau pun sedikit. Rakyat Malaysia yang masih hormati manusia jenis begini adalah sebangang dan sebebal bebal manusia di Malaysia abad ini. Yang dah termakan dedak...dah terpaksa mengampu dan menyembah "penyamun bertaraf tuhan" kepada mereka ini yang menjadi sumber dedak untuk survival anak bini dan keluarga masing masing. Halal haram tak penting asalkan boleh hidup senang lenang. Pimpinan jenis puak haram jadda begini pun wajar disepak keluar sekali tak peduli apa pun gelaran dan anugerah mereka dapat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 8, 2016 at 2:50 PM delete

Hari-hari di hina, disumpah seranah.Tak faham-faham lagi ke?

Reply
avatar
June 8, 2016 at 3:55 PM delete

Kita tengok apa 'Melayu' akan lakukan pada PRK Sg Besar dan K kangsar nanti.

Reply
avatar