KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, June 25, 2016

dinturtle

Kenapa Begitu Mudah Cameron Mahu Lepaskan Jawatan PM Britain ?

Mkini
David Cameron mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum Oktober ini selepas rakyat Britain mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dalam referendum diadakan.

“Saya tidak fikir saya sesuai menjadi kapten untuk memimpin negara ini ke destinasi seterusnya,”


Sebelum ini, Cameron semasa berkempen berkata akan kekal mentadbir walau apa pun keputusan diperoleh. - Mkini.
 
Keputusan Referendum samada mahu Britain kekal dalam Kesatuan Eropah adalah 51.9%  mengundi keluar dan 48.1% mengundi kekal. Peratus mengundi adalah 71.8% atau lebih 30 juta rakyat.

Cameron yang menyokong Britain kekal dalam EU merasakan yang beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti rakyat dan membuat keputusan mengundur diri.

KLiK
Ayat beliau yang dipetik oleh paper Britain - 'I love this country and i feel honoured to have served it '


Kita bukannya tahu pun macamana Cameron memerintah, baik ke buruk ke tapi cara beliau menerima keputusan Referendum itu sungguh gentleman ! Tabik !

Bukannya referendum mengukur populariti dirinya sebagai PM tapi sebab pandangannya tidak diterima majoriti rakyat, Cameron merasa tercabar.  Bukannya banyak pun majoriti yang beliau kalah, cuma 4% jer tapi itulah namanya Demokrasi.




Komen Najib dalam Twitter - Pengundi UK telah bersuara. Sebagai demokrat ( pengamal demokrasi ), kita mesti hormat keputusan itu.

Hmmmm ...... Najib mengaku sebagai pengamal demokrasi ya ....

Apakah Najib mengiktiraf amalan Referendum atau pungutan suara atas sesuatu isu penting ?

Apakah Najib menerima kritikan atau teguran dan menganggap sebarang kritikan itu sebagai satu amalan demokrasi ? Yakni meraikan apajua pandangan rakyat ?

Bandingkan cara Najib menangani kritikan dalam parti dan cara Najib berdepan dengan Deklarasi Rakyat atau apasaja usaha yang cuba dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum ini seperti Undi Tak Percaya.

Bagi saya cara Najib senang jer dirumuskan - TIDAK BOLEH ADA KRITIKAN ! 

Hanya melalui PRU saja boleh Najib turun, bermakna Najib mengheret sama Umno BN dalam usahanya mahu mengekalkan kuasa. Najib adalah Umno BN, mahu turunkan Najib kena turunkan Umno BN.

Usaha Tun Mahathir yang mahu menurunkan Najib juga dijaja cai2 Najib sebagai usaha mahu menjatuhkan kerajaan. Deklarasi Rakyat tidak sentuh pun kuasa kerajaan tapi difitnah sebagai usaha menjatuhkan kerajaan.

Najib berselindung disebalik kekuatan Umno BN. Apakah Najib sendiri punya pengaruh ? 


Entahlah ....    masa kempen PRU13, kempen I Love PM dan muka Najib penuh semak di merata poster, BN hampir2 tewas. Kemudian masa PRN Sarawak dan dua PRK baru ni, tidak ada pula muka Najib di mana2 poster. Jadi nak ukur populariti Najib ni payah sikit.

Sebab Najib takut  ......

Apapun, tindakan Cameron memang kita kena tabik. Walaupun referendum itu bukan satu pilihanraya dan ia bukan mengenai isu populariti dirinya sebagai PM tapi sebab ia mewakili suara seluruh rakyat dan pandangannya ditolak majoriti pengundi, beliau tetap juga menerimanya sebagai penolakan dirinya sebagai PM.

Kenapa begitu mudah Cameron mahu meletak jawatan ?

Besar kemungkinan kerana Cameron tidak punya apa2 kepentingan yang perlu dipertahankan .......  Tidak ada skandal2 yang perlu disorokkan .... Tidak bergantung kepada jawatannya untuk meraih laba bagi membiayai gaya hidup mewah yang melampau .... tidak risau bakal diheret ke muka pengadilan sekiranya tidak lagi berkuasa ......

Pendek kata - Cameron bebas dari semua itu, makanya beliau senang untuk buat keputusan mengundur diri.

Tapi kalau salah satu atau semua kemungkinan2 itu ada, rasanya tidak mungkin Cameron akan letak jawatan semudah itu !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 25, 2016 at 4:31 AM delete

Kamu tahu tak beza Great Britain dan Malaysia?

Tak tahu. Tolong beritahu aku.

Mmmm begini. Kat Malaysia begitu banyak sekali isu berbangkit hingga isu-isu itu boleh jadi bahan ketawa. Sebagai contoh Zunar dan kartun-kartunnya, leluasan gambar-gambar karikatur badut, malah Boboi pun mampu buat rakyat Malaysia gelak dekah-dekah dengan hanya memakai hairdo RM1200. Tapi kat Great Britain tu tak banyak isu yang berbangkit, jadi ruang untuk isu-isu itu jadi bahan gelak ketawa langsung tak wujud. Itulah beza antara Great Britain dan Malaysia.

Alahai, kat Britain tu mestilah boring tak macam Malaysia yang penduduk-penduduknya mampu gelak dan ketawa kan?

Ya, memang boring betul lah kalau tiada bahan ketawa untuk Great Britain gelak. Namun begitu gomen Great Britain ada ikhtiar untuk mengisi kegersangan bahan gelak-ketawa mereka. Kamu nak tahu apa depa buat?

Apa depa buat?

Depa impot RPK.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 25, 2016 at 4:44 AM delete

Kenapa TPPA tak mahu buat referendum ?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 25, 2016 at 7:07 AM delete

Tepat sekali apa yg saudara din cakap tu. Sy cuma ada sdikit rasa xpuas hati bila si tua beruban tu balas acah2 dia pn democrat. Sepatutnya dia jgn komen apa2pn.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 25, 2016 at 10:21 AM delete

Din,Muhyiddin and Mukhriz pun dah kena buang.Semua legasi Tun M pun diorang nak padamkan dari sejarah Malaysia ni.Punya la buruk perangai budak2 UMNO lepas makan minum bawah tangan Tun.Aku pun nak tinggalkan UMNO dan will never vote for UMNO lagi dah.Sekian.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 25, 2016 at 10:26 AM delete

...itulah dikatakan tindakan yg bukan islam lebih Islamnya lagi. Bandingkan Najib & talibarut2 nya sini berjubah putih bagai, tunduk berdoa, siap lentok kepala khusyuk...perghhh...!!!

Reply
avatar
Mat Spanar
AUTHOR
June 25, 2016 at 3:04 PM delete

Najib nak bawak umno ibarat keranda ikut dia, sama2 kita lihat nyawa umno panjang atau pendek, yg jelas orang cerdik makin kurang dan yg Bodoh sekarang rebut jawatan dan harta

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
June 25, 2016 at 8:51 PM delete

Salam Bro

David Cameron tu sebenarnya seorang pemimpin. Beliau tahu tanggung jawab dan berwibawa. Apabila rakyat tidak sehaluan dengan pendirian beliau dengan senang hati beliau melepaskan jawatan.“Saya tidak fikir saya sesuai menjadi kapten untuk memimpin negara ini ke destinasi seterusnya,” Simple kan? Itulah pemimpin yang tahu bahwa menjadi pemimpin itu adalah satu tanggung jawab dan amanah dari rakyat.

Di Malaysia amat berlainan sekali. Seorang pemimpin itu merasakan bahwa pemimpin adalah kuasa dan perlu dikekalkan walaupun beliau hilang kelayakan sebagai pemimpin. Kepentingan rakyat dan negara langsung diketepikan. Kuasa adalah segalanya. Dengan kuasa pemimpin berbuat apa sahaja untuk kepentingan diri dan golongan pemimpin dibawahnya.

Rakyat adalah bangsat yang mengacau dan menganggu gugat kepentingan pemimpin.
Rakyat memang sebenarnya bangsat kerana percayakan pemimpin yang telah membangsatkan mereka.

Malaysia adalah sebuah negara yang amat bangsat. Hipokrit, rasuah, pecah amanah, penipuan, penyelewengan adalah ciri ciri kepimpinan yang menjadi amalan dan ikutan. Rakyat menyokong semua ini. PRU 14?....susah nak cakap bro...kerana rakyat Malaysia memang pekak dan tuli terhadap isu besar yang mengugat negara dan rakyat semuanya. Mereka mudah terpedaya dengan suapan dan janji syurga serta "laknat" dari Allah. Jumud dan amat keji mentaliti mereka.

Hipokrit, angkuh, sombong dan bongkak.

"Zahid to Muhyiddin and Mukhriz: There's a price to pay for being disloyal"

http://www.thestar.com.my/videos/2016/06/25/zahid-to-muhyiddin-and-mukhriz-theres-a-price-to-pay-for-being-disloyal/

Zaman kegemilangan Malaysia hanya tinggal sejarah. Tun Mahathir adalah contoh pemimpin dan negarawan yang sukar kita temui. Legasi beliau bukan setakat bangunan dan infrastruktur tingalan beliau tetapi pemikiran dan wawasan yang membuka minda rakyat. Jasamu tetap dikenang dan dalam usia 91 tahun beliau masih berjuang dan memikirkan hal rakyat dan negara yang tergelincir kelembah kehancuran oleh Najib.

Semoga Allah melindungi dan melimpah kurniakan kesehatan dan kecekalan kepada Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah. Juga kepada Tan Sri Muhyidin, teruskan perjuangan anda walau anda telah dipecat dari UMNO. Celikkanlah mata rakyat, tunjukanlah jalan menuju kebenaran.

Perjuangan demi kebenaran tiada penghujungnya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 25, 2016 at 9:12 PM delete

#RespectTheirPM

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
June 27, 2016 at 1:37 AM delete

Alamak , janganlah bilang situa beruban . Terasa pula saya sebab jangka waktu hidup saya dengan situa beuban tu hamper hamper je ....

Tapi alhamdullillah , saya belumlah lagi beruban putih molek . Bolih jadi cara hidup saya agak simple dan tak banyak berfikir macam mana nak bolot dan songlap harta yang bukan saya punya .

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
June 27, 2016 at 1:52 AM delete

Najib ni kena fahamkan perangai dia ... bukan nya dia ni hebat sangat . Belajar pun saya pasti lulus pakat pakat lepas ( dari tenggelam je ) .

Dia ni hanya bersandarkan pada nama bapak dia .

Sebab tu , kalau bolih semua projek projek mega dia nak di namakan Tun Razak !

Bandar Damansara Kuantan ketika di rasmikan olih Najib terus di tukarkan nama ke Bandar Tun Razak Kuantan .

Tak cukup , di rancangnya TRX atau Tun Razak Exchange ..kita lihatlah apa akan jadi nya ???

Kita masih bernasib baik , Bandar Malaysia tidak dinamakan Bandar Tun Razak kerana di KL sudah terdapat Bandar Tun Razak . Yang sedihnya Bandar Malaysia hanya nama saja Malaysia , hamper separoh dah tergadai kepada syarikat dari Republik Cina .

Bandingkan dengan Mahathir .... walaupun menerajui Negara selama 22 tahun dan banyak projek projek ikonik di laksanakan , satu pun tidak di namakan Mahathir ( kalau tak silap saya ) .

Reply
avatar