KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, June 25, 2016

dinturtle

Najib Hanya Mahu Ahli Yang Taat BabiButa Saja Kepadanya - Itu Alasan Sebenar Pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz

Saya malas sebenarnya nak ulas pemecatan keahlian Muhyiddin dan Mukhriz dari Umno semalam. Sebab benda ni semua orang dah tahu akan berlaku lebih2 lagi selepas BN menang dua Prk baru ni. Hanya menunggu waktunya saja. 

Kedua Muhyiddin dan Mukhriz juga telah lama sedar akan risiko pemecatan itu ketika mereka mula bersuara lantang mempersoalkan skandal2 yang mempalitkan nama Presiden. Dan mereka tetap juga bersuara dan terus bersuara. Untuk itu saya TABIK! kedua mereka.

Terbukti mereka berdua merupakan pemimpin yang punya prinsip menegakkan Kebenaran dan meletak perjuangan asal Umno iaitu demi Agama, Bangsa dan Negara didepan, lebih tinggi dari kesetiaan membabi buta kepada pemimpin.

Umno .... jika ikhlas kepada perjuangan asal, merupakan pihak yang rugi dengan kehilangan kedua permata ini. Siapa lagi yang berani menegur kesilapan Presiden selepas ini ? Di mana salahnya kenyataan Tun Mahathir bahawa Umno kini sudah menjadi Parti Najib ? 

Menjunjung Najib dan Rosmah mengatasi segalanya, Najib dan Rosmah maksum tidak akan melakukan kesalahan merupakan perjuangan Umno kini.

Cuba fikirkan balik.... apa kesalahan besar yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Mukhriz sehingga dipecat dari Umno ?  


Mereka hanya mempersoalkan skandal 1MDB diikuti dengan skandal RM2.6 bilion .... itu saja. Dan persoalan2 sama turut ditanya oleh rakyat dan juga masyarakat antarabangsa. Sehingga kini, Najib masih tidak dapat menjawab persoalan2 yang dibangkitkan. 

Demi menjaga maruah Umno dari terus disapu arang oleh Najib dan Rosmah, Muhyiddin dan Mukhriz merasakan mereka terpaksa bercakap di pentas rakyat pula bilamana suara mereka tidak diperdulikan oleh Umno. Kerana Najib tidak mahu jawab. Kerana Najib tidak mampu untuk menjawab !

Umno dipaksa sokong buta Najib. Sesiapa yang tidak sokong akan dipecat. Najib jawab tidak juga ....

Alasan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz seperti diumumkan Najib semalam adalah -

"MT ambil keputusan sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz atas pelanggaran disiplin, lebih-lebih lagi berada atas pentas bersama pemimpin pembangkang serta serang pimpinan dan parti... itu satu kesalahan besar,"

Najib merujuk kepada majlis Deklarasi Rakyat dimana pemimpin2 pelbagai Ngo dan Parti Politik bergabung dan menandatangani Deklarasi Rakyat menuntut Najib meletakkan jawatan.

Muhyiddin dan Mukhriz serta kesemua pemimpin hadir atas kapasiti mereka sebagai RAKYAT MALAYSIA. Mereka menandatangani deklarasi bersama lebih sejuta rakyat Malaysia lain .... kerana mereka adalah RAKYAT.

Apakah ahli Umno tidak boleh bertindak sebagai seorang RAKYAT ? Apakah Umno merasakan ahli Umno itu LEBIH BESAR dari rakyat ?

Sehingga kini Najib masih belum jawab persoalan2 yang ditimbulkan ...... Umno merasakan tidak penting untuk mencari jawapan kepada skandal 1MDB dan RM2.6 bilion kerana nama Presiden mereka terpalit. Tidak ada pentingnya kehilangan berpuluh bilion ringgit wang rakyat kalau dibandingkan dengan mempertahankan Presiden Umno. Tidak ada keperluan membawa Jho Low ke muka pengadilan atas tuduhan kencing wang rakyat kerana takut nama Presiden akan turut sama diheret.

Makanya tidak salah kalau kita anggap Jho Low itu lebih penting dari Timbalan Presiden Umno !

Itulah alasan sebenar Najib pecat Muhyiddin dan Mukhriz iaitu Najib mahu ahli Umno patuh membuta tuli kepada dirinya sebagai Presiden. Najib tidak perlu jawab kepada sesiapapun. Sesiapa yang engkar akan dipecat.


KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya. 

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.

Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. 

Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara. 

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba. 

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini. 

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal UMNO.
Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
25 Jun 2016

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

14 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 25, 2016 at 10:35 PM delete

Babi dah BUTA nak wat camna, sondol jelah masuk lubang taik pun dia redah.......

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 25, 2016 at 11:32 PM delete

Sesungguhnya umno tidak relevan lagi. Harap disenaraikan semua ahli MT kerana ternyata mereka hanya pentingkan diri sendiri. Jangan undi mereka pru akan datang melainkan mereka letak jawatan MT sekarang sebagai membantah tingkah laku presiden mereka yang tidak langsung demokratik dan gagal menjawab segala persoalan penyelewengan dan salahguna kuasa yang dibangkitkan sekian lama. Tolonglah senaraikan nama mereka satu persatu utk rujukan bersama menjelang pru banti

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 26, 2016 at 1:42 AM delete

UMNO ni dah bongkak dah.Diorang tak sedar ke ramai bukan ahli UMNO yang dok atas pagar ni dah muak dgn bacul2 ni yg bukan setakat mkn dedak jer,tapi dah kena nasi kangkang agaknya.Kami pun ucap kan selamat tinggal UMNO.Dah tak der apa nak diharapkan lagi dari parti macam ni. Cerdik pandai pun dah menjauh kan diri.Cuma yg bodoh kaki jilat jer yang tinggal.Najib dah kena londeh pun diorang masih jilat lagi.Memang tak paham dgn species2 yg tinggal dlm UMNO ni.

Reply
avatar
June 26, 2016 at 1:43 AM delete

Mungkinkah 'political career' TSMY dan DSMM telah berakhir? Adakah mereka masih lagi Wakil Rakyat BN sekepas ini?

Sama-samalah kita nantikan tindakbalas ahli-ahli UMNO dari kawasan TSMY dan DSMM khasnya. Namun jika ikut budaya parti semua akan senyap dan disenyapkan. Yang jatuh atau dijatuhkan akan dipinggir dan dibenamkan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 26, 2016 at 3:57 AM delete

teringat semasa kempen pemilihan MKT yang lalu..dengan semangat dato tajudin kata kami yang tua inilah antara yang berani menegur najib. sekarang pe citer dato?? diam menikus nampaknya !!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 26, 2016 at 4:12 AM delete

Pemakan `dedak' yang dimaksudkan atau ditujukan itu sebenarnya yang lebih hina.Jangan cuba kaitkan `dedak' dengan meletakkan hinaan itu ditujukan kepada rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 26, 2016 at 5:35 AM delete

Banyak mata gak serampang yang najib gunakan ni.... yg tersirat nak bagi tau kat pemegang-pemegang peti besi yang najib masih lg umphhhh... so jangan macam-macam.... hehehehe....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 26, 2016 at 6:01 AM delete

Dahulu...pemimpin dan ahli umno sanggup mengadai harta benda untuk Agama, bangsa dan negara....tetapi sekarang ini...terdapat pemimpin dan ahli umno sanggup mengadai Agama, bangsa dan negara demi untuk harta benda...fikir2kan lah wahai ahli umno...sayangilah umno....kita tidak mahu nanti najib digelar Bapa Pemusnah Umno...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 26, 2016 at 7:14 AM delete

Lembu-lembu yang dicucuk hidung senang ditarik bawa berjalan.Inilah perpatah Melayu yang maseh segar.Tunggulah saat-saat kehancuran /khiamat buat UMNO.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 26, 2016 at 7:19 AM delete

politik adalah satu seni yg serba boleh..
sejarah berulang kembali..
musa hitam kecundang..
ghafar baba kecundang..
anuar ibrahim kecundang..
tsmy kecundang..
apa yg peliknya..
anuar dgn skandalnya(kononnya la)..
tsmy dgn skandalnya juga(kononnya la)..
tun m pernah kena buang dari umno..
mukriz(anak tun m) pun kena buang dari umno gak..
apa yg peliknya..
satu seni yg serba boleh..
tak pyh kusut2 fikir..
ini semua bukan kebetulan..
tunggu ketentuan allah..
kalau kamu org yg beriman..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 26, 2016 at 12:07 PM delete

gst..
pembasmian cartel dadah,pelacuran,mesin judi haram,
pelarasan matawang ringgit(hingga 4.30++)
kebetulan..
aku rasa tidak..
it s a grand design
selepas penolakan total chauvenis cina kpd bn
sebagai hukuman..
kerana siapa yg lebih terkesan dgn perkara2 di atas..
jgn underestimate tun m..
lihat apa berlaku kpd dap,pkr,pas sebelum prn sarawak,k.k dan s.b..
pembangkang semangkin huru hara..
tsmy..blh lupa kan utk jadi pm..
kalau tengok senarai tpm yg kecundang di atas kesemuanya mereput mcm tu saja..
dan sekali lagi sejarah akan berulang..
mukriz..mungkin akan ada peluang mcm tun m yg pernah melalui perkara yg sama

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 26, 2016 at 8:00 PM delete

Din, masanya dah tiba Tun M dan pejuang melayu membariskan kabinet bayangan. Utk menggantikan pemerintah sekarang. Rakyat mahu tengok siapa kerajaan yg akan menggantikan. Pastikan DAP tak ada dlm kerajaan bygan. Selagi ada DAP selagi itu melayu akan terus berpecah. Percayalah cakap aku. PAS dan NgO NGO melayu yg ramai ni dah muak dgn UMNO tapi tak akan terima DAP. Sbb dAP adalah musuh negara lebih merbahaya berbanding najib dan pencacainya. Kalau tak terima, tunggulah sampai kiamat pun melayu tak akan menangkan parti lain.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 27, 2016 at 6:04 AM delete

3M buat parti baru tapi berpakat dengan pakatan harapan. wujudkan pakatan perpaduan antara 2 gabungan ini. parti 3M lawan di johor, pahang dan kedah. dap lawan di penang, pkr di selangor dan perak, amanah di kelantan, terengganu tp bawah husam. n9,perlis,melaka bergabunglah.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
June 27, 2016 at 8:38 PM delete

Salam Bro

MELAYU MAKAN BABI!

Marah ko Melayu bila orang cakap ko makan Babi?...Marah?...Marah Lagi?
Memang Melayu marah...Sape tak marah?....BABI adalah HARAM...jangan cakap pasal "makan" babi...dengar aje pon dah naik loya tekak...

MELAYU MAKAN RASUAH!

Marah ko Melayu bila orang cakap ko makan Rasuah?...Marah?...eh tak de lah...kan biasa tu...jangan cakap "rasuah"...tak manis...cakap sodekah...pelincir...macam tak biasa?...

Antara makan BABI dengan makan RASUAH...mana satu yang Allah boleh terima?
BABI ada masa dan ketikanya Allah mengharuskan kita memakannya...masa darurat.
RASUAH....walau apa jua keadaan dan kaedahnya...Allah tetap mengHARAMkannya. Tak ada masa dan ketika diharuskan. HARAM dan TETAP HARAM.

Nampaknya Melayu memilih MAKAN RASUAH....Tapi tetap tak makan BABI.
Memang kuat iman dan akidah orang Melayu.

Bangga jadi Melayu!...



Reply
avatar