KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, June 14, 2016

dinturtle

Najib Nak Resmi Proton Perdana Pun Nak Hentam Tun Mahathir Dalam Ucapan ? Tak Professional Langsung !

Mkini
Biar betul Najib ni ! Apa barang pi sebut nama Tun Mahathir dalam satu ucapan resmi didepan rakyat dan wartawan ? Nampak sangat yang Najib ni gentar dengan Tun Mahathir ! 

Rasmi jerlah kereta Proton Perdana yang baru tu, tak perlulah libatkan politik atau meluahkan perasaan dendam peribadi terhadap Tun Mahathir dalam ucapan. Professional lah sikit.

Kalau nak dibandingkan sumbangan kepada negara antara Proton dengan 1MDB, terlalu jauh bezanya umpama langit dengan bumi ! Beratus ribu rakyat telah mendapat manafaat dan bergantung hidup dengan Proton tapi 1MDB ?

Kalau rugi pun, kerugian Proton selama lebih 30 tahun beroprasi tidak akan mampu capai kerugian 1MDB selama 6 tahun beroperasi.

Proton masih beroperasi, masih menampung kehidupan berpuluh ribu rakyat dan masih punya aset2 berbilion ringgit dan masih mampu dipacu untuk berjaya ..... tapi 1MDB ?

Selain mengkayakan Jho Low, Goldman Sachs, Najib, beberapa orang luar dan tak sampai 40 pekerja, apa sudah jadi pada 1MDB ? Sudah bangkrap ! Usaha2 1MDB sekarang lebih kepada nak selesaikan hutang dan menyelamatkan harta negara dari tergadai.

So .... apakata kita terjemahkan ucapan ringkas Najib di bawah untuk disesuaikan dengan 1MDB ....

                          ***********************


At times, there was a sense of hubris ( maknanya - perasan lebih ), that Proton could do anything because the government would always backed it. Two factories were built capable of producing 400,000 units a year but last year Proton sold only 102,000 cars.

Suatu ketika kita perasan hebat, bagus sangat macam dunia ini kita yang punya.... konon 1MDB mampu lakukan apasaja sebab PM 100% di belakangnya. Berhutang keliling pinggang berbilion2 ringgit tak hengat dunia dengan jaminan oleh kerajaan, beli IPP buruk dengan harga mahal, punya tanah mahal yang dihadiah oleh kerajaan .... tapi tahun lepas semua IPP dah kena jual dan hutang berlambak belum settle.


There has been too much political interference in Proton's strategy, management including of personnel and business model.  We saw the results of that early this year. A manufacturer which should be a source of national pride was facing a very difficult situation. The government stepped in again.

Terlalu banyak campurtangan PM dalam strategi, urustadbir dan model bisnes yang terlalu idealistik ini. Kita dapat lihat kesannya dari tahun lepas lagi. Sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang menggunakan nama Malaysia yang sepatutnya menjadi kebanggaan negara telah berdepan dengan masalah yang meruncing. Kerajaan yang dah banyak kali tolong bagi jaminan hutang dan bagi tanah murah terpaksa masuk campur lagi untuk menyelamatkan keadaan 1MDB.

We stepped in to protect Malaysian jobs, to protect Malaysian families who rely on Proton and to ensure the future success of Proton. We stepped in because the well being of the people is always our first concern. We will never fail to support Malaysian workers and Malaysian suppliers. We will always fight to ensure that no one is left behind.

Kita masuk campur untuk menjaga kepentingan tak sampai 40 pekerja Malaysia, demi mempertahankan Jho Low, beberapa orang pak Arab dan omputih yang terlibat dalam urusniaga 1MDB demi memastikan rahsia tidak bocor. Kita masuk campur agar semuanya tampak ok di mata rakyat. Kita tidak akan gagal menjaga 40 pekerja Malaysia dan mereka yang terlibat. Kita akan terus berjuang mempertahankan segala maklumat terperinci mengenai transaksi2 mencurigakan tidak akan bocor kepada rakyat. Kesejahteraan PM, isteri dan anaknya serta Jho Low tidak akan dilupakan.

Now I am pleased to say there have been significant changes at the top levels of Proton. 

Sekarang suka saya umumkan beberapa perubahan besar sudah berlaku di 1MDB dengan pertukaran ahli lembaga pengarah yang baru .... walaupun 1MDB sudah tidak lagi punya sebarang aset. Artikel 117 yang mengaitkan nama PM juga sudah diubah.

Tun Mahathir's era of political inteference has come to an end. Now its time for lessons to be learnt and for serious measures and reforms to be put in place for the company to get back on track and realize its potential once again. 

Namun era campurtangan PM tetap kekal. Sekarang masanya untuk menutup segala kesalahan dari diketahui umum. Semua maklumat akan di rahsia kan di bawah OSA. Apajua siasatan akan dihentikan oleh Peguam Negara. Tun Mahathir yang banyak kritik akan terus disoal siasat oleh Polis bagi menakutkan rakyat dari banyak bertanya. Di harap tidak ada lagi yang akan banyak soal mengenai 1MDB dan kita boleh tutup kes sepenuhnya.

This starts with assistance provided by the government, in conditional on Proton meeting stringent standards of professional management going forward. Ensuring the company as a model for long term sustainability and immediately identify its strategic foreign partner.

Selepas kes ditutup dan rakyat sudah lupa akan isu2 1MDB, kita akan buka satu lagi projek bilion2 menggunakan konsep dan idea idealistik saya dan secepat mungkin mengenal pasti rakan2 strategik luarnegara yang baru.





dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

21 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 14, 2016 at 4:03 PM delete

Assalam Bro,seorang perdana menteri yang bangang !

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
June 14, 2016 at 4:04 PM delete

saya amat bersimpati dgn ds najub olih kerana 'credibility' nya semakin terhakis.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 14, 2016 at 4:47 PM delete

Kagum la dgn najib sebab masih mampu berkata2 nista berlatar belakangkan dgn lambang Proton...seolah2 mcm 1MDB punya dosa takde kesan apa. Apa punya dajal la pm kita sekrang ni sampai saya tak tau nak kata apa dah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 14, 2016 at 5:33 PM delete

Jangkahayat politik Najib dah makin nipis.Tak lama jer lagi,paling tidak pun next PRU jer.Rata2 org M'sia dah naik menyampah.Dah banyak skandal pun masih bini buat perangai buruk naik jet kerajaan pegi Turki.Terpaksa pulak menteri2 pemakan dedak berhempas pulas nak pertahankan bini yg tak ada jawatan dlm kerajaan dan kabinet! Kesian sungguh dgn kerajaan BN ni. Kalau masih ada lagi yg fikiran waras dlm
BN tu patut tendang keluar jer la biawak2 hidup ni,buat apa nak pikul lagi:-)

Reply
avatar
FanTun
AUTHOR
June 14, 2016 at 6:23 PM delete

Takut kan situa 91 tahun
Masih menghantui mengacau daun
Macamana tak kacau perangai melaun
Harta negara semua nak balun

Proton sinonim Tun Mahathir
Tanpa Tun proton tak hadir
Datang pulak si pak pandir
Konon pembangunan dia yg ukir

Dia ingat rakyat ni bodoh
Satu dunia skandal nya kecoh
Cuba sembunyi perangai yang hodoh
Negara jernih dilanyaknya keruh



Reply
avatar
June 14, 2016 at 6:28 PM delete

Najib patut d panah petir
Proton berjaya Sebab Mahathir
Bila ada debat Najib Tak hadir
Takut dengan Tun Dr Mahathir

Reply
avatar
Fik Harun
AUTHOR
June 14, 2016 at 7:15 PM delete

Masa berlegar.Masa berjalan.Hari ini di atas roda, besok di sebelah roda,minggu depan tiada siapa yang tahu.hakikat kehidupan

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 14, 2016 at 8:01 PM delete

Setiap majlis yg aku hadiri,org ramai tak pernah henti membincangkan scandal Najib yg menghabiskan suit rakyat

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 14, 2016 at 8:35 PM delete

Bila anjing tersepit hendaklah berjaga-jaga,salah-salah kita kena ngap balik.Bersembang lagak macam jaguh tetapi kelentong lebeh.Ikatlah kakitangan musuh dan baru pukul ada betulkah.Mungkin selepas ini proton mempunyai pentabiran baru terdiri dari mat saleh sebagaimana mas.punah segala=galanya oleh nafsu iblis.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 14, 2016 at 10:48 PM delete

Tiada kata-kata yang dapat ku ungkapkan selain ini - semoga Allah bukakan segala perbuatan Najib ini kepada umum sehingga beliau tidak dapat lagi lari ke mana-mana dengan segala tipu dayanya mencuri dan memeras rakyat jelata. Makian dan cacian tidak cukup untuk manusia yang tidak tahu erti malu ini. Memang tak profesional langsung seorang yang berjawatan Perdana Menteri ini memperli memburukkan seorang individu lain di depan umum. Inilah dia diri Najib yang sebenarnya. Setuju sangatlah dengan komentator di atas - may the lightning strike white hair and hippo.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
June 14, 2016 at 11:11 PM delete

Salam Bro

Inilah mulut celupar siNajib. Kehulu kehilir membawa NAJIS 1MDB dan RM2.6bil.
Apakah sumbangan Najib kepada rakyat dan negara selama beliau menjadi Perdana Menteri?
Jangan nak banding dengan Tun M...tiada tandingan langsung...terlalu jauh...Sumbangan nyata Najib selama menjadi Perdana Menteri hanyalah HARTA DAN MARUAH NEGARA tergadai. Rakyat ditipu dan ditindas dengan GST dan penarikan subsidi...Kewibawaan kerajaan hancur sama sekali. Ekonomi rakyat tak usah nak kata...RASUAH dan HIPOKRIT itulah Najib. Semakin banyak Najib bercakap semakin meluat rakyat.

Wahai Najib...jangan mengaku jantan tapi tak de teloq. Tak usah nak cerca Tun M yang terbukti sumbangan kepada Bangsa dan Negara. Yang rakyat mahu ialah jawapan kepada soalan yang rakyat tanya...kalau tak dapat jangan cakap macam macam...BERUNDUR je...

Yang pastinya...
NAJIB adalah Perdana Menteri paling KORUP...PEMBOHONG, PEROMPAK dan HIPOKRIT!

Saya ulang lagi...
NAJIB adalah Perdana Menteri paling KORUP...PEMBOHONG, PEROMPAK dan HIPOKRIT!

dan ulang lagi
NAJIB adalah Perdana Menteri paling KORUP...PEMBOHONG, PEROMPAK dan HIPOKRIT!

Apa?...salahke?...samanlah!..kalau anak jantan dan ada teloq!...tak payah tunggu hari Selasa...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 15, 2016 at 1:10 AM delete

Kalau dgn bini dia pun dia dah kecut.. apatah lagi dgn TDM

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
June 15, 2016 at 1:18 AM delete

Ini lah bab perdana menteri yang tak reti cerita hujung pangkal nya . Sedar ke dia model proton perdana yang dilancarkan itu adalah hasil kerjasama proton/Honda ?

Olahan kerjasama itu adalah inisiatif Tun Mahathir apabila beliau di lantik pengerusi .

LIHATLAH BETAPA CUPLAS NYA PERDANA MENTERI KITA ???
DIA HANYA TAHU MACAM MANA NAK PENUHKAN KANTUNG DIA ,ROSMAH , RIZA AZIZ SERTA BADUT BADUT DIA SAHAJA !!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 15, 2016 at 1:48 AM delete

Lansung mcm bangang...perasmian perasmian je la...ni sampai kata era mahathir dh tamat la...rakyat dh bangga ngan Proton...sekurang kurang nya tun dh buktikan dimata dunia ngan terhasil nye kereta nasional (proton)...kau hanya pengisian je...ape yg kau dh bwk Malaysia kemata dunia...cye ctr...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 15, 2016 at 5:52 AM delete

Tun M bina kilang Proton beri manaafat banyak kepada rakyat dan negara berbanding orang yang membina kilang dedak yang hanya bermanafaat kepada haiwan sahaja.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 15, 2016 at 8:16 AM delete

dah sah AH JIB GOR tak baca tulisan tun tentang proton dalam chedet.cc. Berlambak tulisan tun. Tun amat sayang pada proton sehingga pada hari letak jawatan pengerusi proton pun tun masih menulis agar rakyat menerima proton.

Campurtangan (intervention)bagaimana maksud najib? JIka untuk kebaikan keuntungan mmg perlu. Jika untuk merosakkan merugikan mmg tak patut. Tun campurtangan yang mana satu?

AH JIB GOR semalam mengaku kerajaannya yang membantu memulihkan proton.Tuan tuan ingat ini..LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA. SAMPAI MATI PROTON=TUN AND VICE VERSA.jangan harap ah jib gor nak selit namanya. Kecuali pengurusan baharu buat u-turn dan namakan salah satu kereta proton masa depan dengan nama ah jib gor.

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
June 15, 2016 at 1:28 PM delete

Salam brader Din... Asyik makan makanan 'percuma' sahaja, maka segala organ luaran & dalaman seseorang tu sangat rendah la tahap kualiti & fungsinya.

Sama-sama la kita lihat sejauh mana Perdana ini yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kini boleh pergi setakat mana. Akhirnya, 'maybe' akan dibeli oleh kerajaan untuk kegunaan Jabatan Kerajaan sahaja la kot.

Masalah Proton bukan semata-mata punca dari pengurusan tertinggi seperti kata our PM now. Terlalu rumit dari pelbagai sudut puncanya. If our PM hebat sangat then tawar la diri sendiri jadi Pengerusi or CEO Proton then buktikan...

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
June 15, 2016 at 1:34 PM delete

Sangat tepat pendapat Tuan... Perdana ini as 'Perdana-Honda' yang memang lama berada dalam pasaran yang almost hanya Menteri yang guna. Persendirian memang payah nak jumpa. Secara logik akal saya yang SPM pun tak lulus ini, Tun baru beberapa bulan keluar dari Proton then tak kan la secepat itu, sebijak itu Perdana terhasil...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 15, 2016 at 3:05 PM delete

Saudara Din,

Ini rasa hati sy. Boleh jd berbeza bg org lain.. Secara peribadi sy malu nk tgk najib berucap dlm mn2 mjlis, same goes to zahid hamidi.

Diorang berdua ni sy rs cukup xlyk bcakap dpn rkyat@audien lantaran lemahnya IQ,emosional xbtempat n plg truk..penipu n zalim!

Klu sy lah yg dijemput brucap..rs malu bkn kepalang bila tringatkn audien yg berbagai latar blkg jauh lbh bagus dr sy.. Sdgkan sy dibelenggu skandal terbesar dlm sjrh ngra. Sy naik jd PM pn atas rs thutang budi org pd arwah ayah..ohh,sggh sy xlyk..apa kata DATUK SERI balik pi kencing lam tempurung,pahtu ajak DATIN SERI skali belek muka masing2. Naik jet peribadi konon..sedaq lah diri tu cket!



Reply
avatar
john doe
AUTHOR
June 15, 2016 at 6:38 PM delete

Aamiin
(Bhgn atas ja, doa panah petir tak diaminkan)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2016 at 11:08 AM delete

Betul sangat kata anda! Najib dgn zahid sama, IQ rendah takde ciri jadi pemimpin. Lagipun dorang ni takde rasa malu dalam diri, dah buat salah pon muka selamba badak ajer!

Reply
avatar