KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, June 30, 2016

dinturtle

Perletakan Jawatan Husni Just Unit Hanadzlah - Layakkah DiBeri Pujian ?

Hari ini dah 30 Jun 2016. Kalau mengikut Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB, pada hari inilah SEGALA masalah hutang 1MDB akan selesai. Yang tinggal cuma hutang2 tempatan, hutang2 luar semua kira settle hari ini.

Hutang2 luar atau bon pinjaman melalui syarikat Yahudi Goldman Sachs akan diambilalih oleh IPIC. 

( Ya, Goldman Sachs adalah syarikat Yahudi yang telah buat beberapa negara lain bangkrap melalui pinjaman bon yang diuruskannya. Dan Najib telah buat perjanjian dengan syarikat Yahudi yang sama atas nama 1MDB. Dan kini negara berdepan masalah hutang berbilion2 ringgit dek kerana urusniaga dengan Goldman Sachs. Cuba tanya cai2 Najib - Hutang berpuluh bilion ringgit itu, apakah hasilnya ? Di mana aset2nya ? 

IPP semua dah jual. Apa yang tinggal ? Kita kalau berhutang banyak pun, nampak bendanya contoh- rumah, kereta atau tanah ...  Tapi Najib pinjam USD6.5 bilion atau RM26 bilion ( belum campur bunga ) - Apa asetnya ? 

Tanah TRX dan Bandar Malaysia BUKAN dibeli dengan duit hutang Yahudi itu. So jangan masukkan dalam perkiraan. Tunjukkan apa dia aset yang ada melalui hutang RM26 bilion dengan Yahudi itu. )

Mengikut perjanjian asal dengan IPIC, 1MDB DAN Kerajaan Malaysia akan gantikan kepada IPIC jumlah yang sama. So kira settle la !

Antara aset yang akan diberikan kepada IPIC adalah -


Aabar Deposit itu dah terbukti hangus sebab diberikan kepada syarikat palsu. 

Tinggallah duit RM6.1 bil Brazen Sky dan RM5.1 Bil 1MDB GIL Fund yang jumlahnya 11.2 bil. Termasuk dalam tu adalah benda misteri yang bernama Just Unit.

Semua itu tidak dibawa balik atau ditebus dengan alasan kononnya sudah direzabkan untuk IPIC. Itu juga antara alasan yang diberikan kepada Bank Negara untuk mengengkari arahan supaya wang pelaburan dibawa balik, yang mana 1MDB telah menipu akan tujuan dana itu dibawa keluar pada asalnya.

Sebab dah direzabkan untuk bayar IPIC .....

Sebelum ini IPIC telah umumkan bahawa perjanjian IPIC-1MDB telah terbatal kerana 1MDB gagal memenuhi syarat perjanjian bayar sebahagian hutangnya. Kemudian 2 minggu lalu, IPIC telah umumkan bawa kes tuntutan hutang 1MDB kepada Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa. Kes mungkin berlarutan lama ......

Ini bermakna masalah hutang 1MDB masih belum selesai !

Ini juga bermakna 1MDB sudah tidak punya alasan lagi untuk tidak bawa balik atau tebus pelaburan luarnya termasuk pelaburan Just Unit ! Sebab sudah tidak wujud lagi Perjanjian Aset Swap antara 1MDB-IPIC.

Tebus dan buktikan segala pelaburan bertaraf Asset Level 3 oleh Juruodit Delloite itu benar2 wujud dan mempunyai nilai sepertimana didakwa.

Dan akhirnya misteri Just Unit akan terungkai ....... kalau benar ia wujud.

                                              *******************************

Sebut tentang Just Unit kita pasti teringat kepada orang yang menyebutnya tahun lepas iaitu Husni Just Unit Hanadzlah.



Khabarnya 3 hari lepas Husni sudah meletak semua jawatannya dalam kerajaan dan juga dalam Umno.Pelbagai spekulasi timbul akan alasan sebenar beliau berbuat demikian. Tidak kurang juga ramai yang memuji2 tindakan Husni konon kerana tidak mahu bersekongkol lagi dengan Najib.

Ada juga alasan konon Husni merajuk sebab tak dapat jawatan yang diingininya bla bla bla .....

Tapi pelik kenapa sampai jawatan dalam parti pun dia letak ? Bendahari Umno BN, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Perak termasuk Ketua Umno Bahagian Tambun !

Tahap gaban punya merajuk tuh ....... takkan sebab isu jawatan kabinet, dengan jawatan Ketua Bahagian pun Husni letak ?  Ni kira cuci tangan habis ni .....

Semua orang tahu jawatan Ketua Bahagian adalah lubuk emas ! Bukan sedikit modal dikeluarkan untuk dapatkan jawatan itu. Tapi itupun dilepaskannya. Pelik .....

Adakah kerana selain dari isu 1MDB ( kerajaan ) juga adalah kerana isu RM2.6 bilion ( parti ) ?

Bagi saya, KALAU pun benar perletakan semua jawatan Husni itu ada kaitan dengan 1MDB dan 2.6 bil, saya masih tidak akan puji beliau. Kerana tindakan itu adalah lebih bersifat peribadi. Kerana tidak mahu bersekongkol.... kononnya. Itu hanya mahu lepaskan dirinya saja.

Husni hanya layak dipuji sekiranya beliau come clean, tampil menjelaskan duduk perkara sebenarnya ! Sebagai jurucakap resmi kerajaan dalam isu 1MDB, Husni pastinya tahu banyak hal mengenai apa yang berlaku sebenarnya terutama isu Najib tipu Parlimen konon duit Cayman ada di Singapura padahal yang ada cuma Just Unit.

Banyak lagi kenyataan2 Husni mengenai 1MDB yang kita telah pertikaikan kebenarannya. Begitu juga selaku Bendahari Umno .... apa sebenarnya yang beliau tahu tentang RM2.6 bilion ?

Selagi Husni tidak dedahkan perkara sebenar, beliau tetap dianggap bersekongkol dengan Najib dan Jho Low dalam skandal 1MDB !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

18 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 30, 2016 at 3:44 AM delete

salam bro din..
husni berpolitik untuk menjalankan tugas dengan caranya. sebab itu dia kurang bercakap politik yang merapu. apapun husni mungkin tahu segalanya yang tersirat dan tersurat berkaitan najib razak selama ini dan begitu juga anwar. sikap beliau yang kuat menyimpan rahsia adalah sukar untuk kita mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam 1mdb dan kerajaan najib. hanya orang terdekat saja yang tahu hasrat hatinya. apapun telur ayam sudah berada dalam genggamannya..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 30, 2016 at 5:31 AM delete

telur dlm genggamannya...?? jangan telur tembelang sudah lerrr....

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 30, 2016 at 6:18 AM delete

Mana mungkin dia nak dedahkan 'rahasia kerajaan' din, nanti kena laknat Allah bak kata zahid hamidi.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 30, 2016 at 6:21 AM delete

Adakah dia terlalu BODOH sehingga dia tak tahu apa yang berlaku atau dia buat2 bodoh?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 30, 2016 at 6:32 AM delete

Pak Din,mungkin banyak-banyak beg yang dibawa oleh Rosmah naik k.terbang tempoh hari isinya diketahui oleh Husni kut,tak tahan nak tanggong dosa lagi dengan apa yang terjadi menyebabkan beliau lepas jawatan.

Reply
avatar
ibrahim darus
AUTHOR
June 30, 2016 at 8:49 AM delete

Encik Din
Pada pandangan saya Dato' Husni jangan naik helikopter dalam masa beberapa tahun ni. Kalau naik kapalterbang pun jangan naik MAS. Kalau sakit pergi jumpa doktor peribadi. Kalau keluar ke tempat awam bawa pengawal peribadi.
Jaga diri !

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 30, 2016 at 9:34 AM delete

Husni takut end up kt tong simen....terlalu banyak rahsia sampai tak muat nak simpan...kalau siasatan luar menjurus ke Malaysia sah2 dia kena cover Najib gi.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 30, 2016 at 11:07 AM delete

memang aku pun tak nampak apa apa yang boleh di puji atas sikap Husni Hanadzlah ini. sikap dia yang lampau dan sekarang menunjukkan pola pemikiran yang tidak jujur untuk mentadbir negara. Seorang pemimpin rakyat, wajib mendahului kepentingan rakyat dari kepentingan peribadi, namun pemikiran Husni adalah unutk melindungi seorang peribadi daripada berjuta jiwa. Itu satu masa dahulu. sekaramg ini, ada dia tunjuk perasaan menyesal? nothing. habuk pun tak ada. Makanya, aku berkata, dia tidak harus di puji, pola pemikirannya seperti dahulu juga...........piiiiraaaaah

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 30, 2016 at 11:20 AM delete

Better late than never.....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 30, 2016 at 12:58 PM delete

Betul Pak Din, buat apa nk puji org yg bersekongkol. Kalau dia bertaubat, Allah ampun juga. Tapi seandainya ada dosa dia bersekongkol menyebabkab kesengsaraan ekonomi, jiwa dan raga rakyat biasa ni, sy tak maafkan selagi dia tidak mengumumkan citer yg sebenar. Pi gi dah.... Bersubahat cover line.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
June 30, 2016 at 1:48 PM delete

dosa n melindungi perkara2 mungkar perlu d pikul olih ds husni sendiri.

banyak versi mengapa beliau meninggalkan UMNO/BN secara total. lambat laun beliau perlu memberi pencerahan.

apa yg saya dpt tahu bahawa beliau tlh membersihkan kantor nya d putrajaya pd mlm hari n sahinnga kini tidak muncul lagi d kem kewangan.

bag kata orang 'd parting of ways must hv been very nasty'.

mengenai ts Wahid pula kita mungkin perlu tahu juga sebab mengapa beliau memilih utk bersara. saya tahu dia sebagai seorang yg amat alim n taat kpd suruhan agama.

alangkah baik nya jika kedua mereka mengadakan joint press conference.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 30, 2016 at 2:18 PM delete

Kena ambil kira sebab-sebab kelaziman UMNO apabila seseorang meletakkan jawatan.

Selalunya kecewa kerana pada prinsipnya tidak dapat apa yang dihajati. Jarang sekali mereka berpendirian seperti TSMY: pegangan teguh kepada prinsip-prinsip fundamental walaupun latarnya berbeza sedikit daripada Husni.

Berbanding TSMY, Husni pasti lah mengetahui lebih maklumat tentang 1MDB, tetapi hakikatnya ialah seolah-olah dia tak tahu apa-apa pun sebab cakap-cakapnya tanpa substance dan mirip ke arah tapisan berbanding TSMY. Semasa bercakap dia seolah-olah berasa takut kot-kot rahsia-rahsia 1MDB tanpa sedaran tiba-tiba terkeluar daripada mulutnya.

Seperti juga Arul, kalau dia pergi ke pasar Ramadan pun ada je orang yang akan memantaunya macam dalam filem Holywood.

Alahai, setakat ini sahaja lah sebab saya posa.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
June 30, 2016 at 8:15 PM delete

Salam Bro

Hoi Boss!...wa tak mau lagi dalam geng penyamun ni. Wa nak bersara...itu je.

Itu je ke?
Sdra Husni...kalau anda masih ada "conscience" dan bertanggung jawab, bagi tau kepada rakyat apa yang anda tahu. Kalau lurus kata lurus kalau bengkok kata bengkok. Jangan nak selekoh selekoh. Jangan pulak ko membisu...itu lebih lagi khianat namanya.

1MDB menjadi beban negara (rakyat) dan telah menggadaikan maruah serta juga harta negara.
Jangan berselindung dengan OSA...apa yang yang nak diselindung lagi...Hutang 1MDB tak dapat nak diselindung lagi....Principal tak berkurang malahan bunga hutang betambah setiap detik. Jelas salah tadbir urus dan elemen penyelewengan telah berlaku....kalau tidak masakan semuanya berkaitan 1MDB perlu di rahsiakan. Sampai Parlimen pon dibohongi...dan yang sedihnya Wakil Rakyat yang sepatutnya mewakili kepentingan rakyat berdiam diri malah menyokong tindakan pesalah laku tersebut. Anda juga sebahagian dari mereka. Jangan fikir dengan bersara...anda lepas segalanya.

OSA demi kepentingan Negara...tapi 1MDB bencana Negara buatan manusia yang tidak bertanggung jawab....Peduli dengan OSA...ini bukan tempatnya.


Bak kata orang tua...jangan ko mati mata terbeliak kerana hajat tak sampai.

"CLEAR YOUR CONSCIENCE" Saudara Husni.
You owed it to the PEOPLE!

Reply
avatar
June 30, 2016 at 10:18 PM delete

Takda apa sangat nak puji dia. What can you get from him now? Nothing, absolutely nothing! Very soon kemungkinan besar dilantik memegang satu jawatan besar seperti our former AG, terkunci teruslah mulutnya nanti.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 8:02 PM delete

hahaha...yes btul tue tuan anon 531am

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 8:07 PM delete

kenapa kita harus puji org yg menjayakan penipuan kes 1mdb dan juga merealisasikan gst kpd rakyat marhaen...org sebegini tidak layak dipuji yg brskongkol bersama jibby....husni adalah salah satu penyumbang kehancuran ekonomi malaysia

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 10:59 PM delete

setuju.
alasan nak belajar tiga bulan hafazan quran di negara luar hanya alasan atau escapism.
husni mesti ceritakan dan selamatkan malaysia. demi quran yang akan dihafalnya kelak.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 4, 2016 at 1:53 AM delete

Jual agamalah bro nak lepaskan diri. Takut nanti tak hafal2 ayat suci pasal lidah selalu menipu.

Reply
avatar