KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, June 14, 2016

dinturtle

PRK Kuala Kangsar - Ramalan Saya Bakal DiMenangi Oleh .....

Ramai yang bertanya pandangan saya mengenai keputusan PRK Kuala Kangsar .... apakah team Deklarasi Rakyat yang mempertaruhkan calon dari Parti Amanah mampu menewaskan BN dan apakah Pas mampu menggagalkan usaha DR ?

Susah sebenarnya nak jawab soalan itu. Bukan hanya team DR yang pro Tun Mahathir saja yang berkempen di sini, malah yang tampak lebih aktif kerana mereka memang sudah punya jentera sendiri adalah Pakatan Harapan.

Ramai yang melihat keputusan banyak bergantung kepada berapa ramai yang sebelum ini mengundi BN akan beralih arah menyokong Amanah. Tapi harus ambilkira juga jumlah undi yang mampu diraih oleh Pas. Makna kata, jumlah undi yang lari dari BN harus melebihi pengundi Pas.

Berat tuh ..... makanya saya cuba mengelak dari menjawab soalan ramalan itu. Yang penting kita berusaha. Bab membuat analisa dan congak mencongak kita serahkan kepada pakar2 analisis.

Tapi ada yang berkeras minta pandangan saya juga. On the ground lah kononnya ... padahal kita baru dua hari di sini. Anyways ..... berdasarkan apa yang saya alami campur maklumat rakan2 dan sedikit congak mencongak, pandangan saya ..... sehingga jam 12 tengahmalam tadi, saya katakan .... BN bakal menang !

Hah ? ? ? Terkejut ? Bukan ke mengikut pembacaan wassap dan FB yang pro Tun, nampak macam Amanah boleh sapu licin sehingga BN pun boleh hilang wang deposit ( mengikut harapan Tun Mahathir hehehe ) Bukan ke semua isu2 panas yang membelenggui Najib masih belum mampu dijawab oleh BN ?

Well .... itu di dunia internet dan media sosial. Bukan semua mengikuti perkembangan isu2 semasa di media sosial. Mereka di kampung2 masih lagi menonton TV3 dan baca Utusan.

Seperti dikatakan di atas, faktor utama adalah berapa ramai mereka yang sebelum ini mengundi BN akan protes dan undi Amanah atau protes terus tidak keluar mengundi ? Senang cerita lah, berapa ramai yang pro Umno akan bangkit protes melalui undi mereka ?

Saya jawab dalam bentuk soalan kembali - Sejauh manakah usaha Team DR untuk bertemu pengundi terutama mereka yang pro BN semasa PRU13 lalu ?

Bagi saya - BELUM CUKUP  usaha itu ! Kerana Team DR setakat inilah, lebih ramai pakar analisis dari askar. Lebih ramai Wassap Warrior dari Jentera Pilihanraya.

Ya, kita semua punya alasan masing2. Bukan saya nak pertikaikan itu kerana anda lebih tahu diri anda sendiri. Saya sekadar menyatakan keadaannya sebagaimana yang saya lihat, iaitu -

Sehingga 13/6, kemenangan berpihak kepada BN.

Masih ada 4 hari untuk berkempen. Terpulang kepada kita untuk bertindak melakukan sesuatu, masih belum terlambat.

I mean, lebih saya berterus terang sekarang sementara masih ada masa untuk bertindak daripada saya buat analisa selepas keputusan diumumkan.

Apapun saya tabik kepada team Deklarasi yang telah menyumbangkan tenaga, wang ringgit, keselesaan  ... segalanyalah, demi memperjuangkan agenda DR dalam memberi mesej kepada kepimpinan Umno dan kerajaan bahawa Najib wajib berundur. 

Bazar Ramadan, depan bank, depan pasaraya, ikut ceramah2 .... semua diredah.

Teruskan usaha anda ! Dan yang lain2 pula .... ayuh turun padang ! Sementara masa masih ada .... hendak seribu daya .... Turun padang pun anda masih mampu menjadi pakar analisis dan wassap warrior.  Anda mampu melakukan sesuatu untuk memastikan kejayaan !


dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 14, 2016 at 4:22 AM delete


BN tetap menang di K Kangsar dan Sg Besar ,cuma undi Pas+Amanah+Bebas akan melebihi Undi BN.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 14, 2016 at 5:29 AM delete

SG besar kalah....kuale tetap milik b.n....mengikut pandangan aku...tapi undi merosot

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
June 14, 2016 at 9:10 AM delete

Saya ni jauh di pulau Borneo. Kalau PRN Sarawak dulu memang saya yakin tapi di KK dan SB ni saya cuma dapat ramalkan mengikut perangai pengundi setempat.

Kedua dua KK dan SB adalah majoriti Melayu. Ini bulan Ramadhan...Melayu gila nak raya. Itulah kegilaan Melayu. Melayu ni selalunya pendek akal...suka ambil jalan singkat dan kurang memikirkan sesuatu menjangkaui persekitaran yang ada di sekelilingnya. Boleh dikatakan pemikiran DALAM KEPOMPONG sahaja...Ini adalah mentaliti Melayu...hanya segelintir yang menyedari dan berganjak dari mentaliti kepompong ini.

Saya perhatikan...musim berbelanja masyarakat Malaysia. Yang mendahului dari segi keghairahan dan jumlah yang dibelanjakan adalah masyarakat Melayu. Tidak ada tolok bandingnya...lebih lebih lagi golongan mereka yang ada kemampuan KECIL...mereka berbelanja BESAR...sanggup berhutang untuk beli perabot dan langsir...Baju pon sekarang ada yang boleh bayar ansur....HEBAT PESTA MELAYU menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tak kira di Sabah, Sarawak dan juga di Semenanjung...Melayu tetap melayu. Di Brunei Darussalam pon begitu. (Ini adalah pemerhatian peribadi semasa saya berada/tinggal di tempat tersebut)

Jadi untuk PK SB dan KK ni...saya kira BN akan menang. Kenapa?...Najib banyak dedak boleh ditabur...Melayu pulak terdesak nak sambut raya...RM RM RM RM RM....umpan yang ampuh untuk pilihan raya kecil kali ini.

Maaf bro...saya sebenarnya bukan menghina melayu....saya juga melayu asal Johor. Tapi saya suka "provoke" bangsa saya sendiri untuk menyuntik kesedaran dan membuka minda mereka. Melayu selalunya dah terhantok baru tengadah. Melayu ni Islamnya kuat tapi luaran sahaja...berjubah, bertudung, berjanggut....tapi sering terpapar di supermarket sebagai shoplifter yang keluar CCTV...

Dan yang paling mengecewakan...Melayu masih gagal memahami malapetaka yang menimpa Negara sekarang ini berpunca dari ke DURJANAAN NAJIB dan sekongkolnya. 1MDB mereka tak faham...Berita luar negara mereka tak baca dan dengar (susah nak paham...English)...hanya berita dari TV3, RTM dan Utusan. Bukankah itu dalam kepompong namanya?

So...BN dijangka menang....DEDAK RAYA sape tak nak?

Reply
avatar
ANAK MELAKA
AUTHOR
June 14, 2016 at 10:35 AM delete

Pas dah tentu kalah. Sebab Pas zaman dulu pun kalau berseorangan memang kalah. Apatah lagi bila ramai ahlinya telah lari ke Amanah.
Pengundi atas pagar akan undi Amanah sebab kesusahan hidup sekarang.
Majoriti cina dan india takkan undi Bn. PRU yg lepas telah membuktikan begitu.
Orang Umno sendiri ramai yg menyokong Tun.
Orang Amanah dah tentu undi Amanah. Dap? Pkr?......well.

Reply
avatar
Cik Minah
AUTHOR
June 14, 2016 at 11:33 AM delete

Saya berserah kepada LLAH.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Reply
avatar
Cik Minah
AUTHOR
June 14, 2016 at 1:57 PM delete

Janganlah hina Melayu.
Mereka cuma ikut perangai Perdana Menteri dan bininya.
Dua-dua suka berbelanja mewah, naik jet Pribadi.
Sanggup berhutng berbarih - biar papa asal bergaya.
Ke mana kuah, kalau tak tumpah ke nasiknya.
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Pemimpin kencing berdiri, rakyatnya kencing berlari.
Begitulah kebiasaan Melayu.

Reply
avatar