KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, June 19, 2016

dinturtle

Prk Kuala Kangsar - TAHNIAH BN! @ Wake Up Call Kepada Pro Deklarasi Rakyat.




TAHNIAH kepada BN kerana memenangi kedu PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan bergaya !

Dari semalam lagi, ramai para penganalisis telah membuat pelbagai ulasan mengenai keputusan PRK. Mengenai trend kaum2 tertentu lah .... mengenai kesan pertelingkahan Pas dan Amanah .... mengenai pemilihan calon .... termasuk mengukur pengaruh Tun Mahathir dan Deklarasi Rakyat.

Bagi diri saya, keputusan PRK Kuala Kangsar yang memihak kepada BN sememangnya sudah diduga. Dari mula saya tiba di Kuala Kangsar, memerhati persekitaran dan menilai keupayaan diri sendiri, memang saya yakin BN akan menang ( KLiK )

Hampir tidak ada perubahan atau peningkatan yang ketara kepada usaha Team Deklarasi semakin dekat kepada Pengundian malahan jentera BN pula yang semakin kuat dengan kehadiran hampir semua Menteri2 yang ada ....

Saya tanya satu soalan - Kepada mereka yang meletakkan harapan kemenangan berpihak kepada Team Deklarasi, harapan anda itu berpaksikan apa ?

Mesti ada satu perkara atau kekuatan yang kita pegang sebagai asas kepada keyakinan itu. Apa dia ? Saya yakin ramai yang tidak dapat jawab kerana ia bukan satu keyakinan. Ia tidak lebih hanyalah satu harapan kosong. Kita mengharapkan Allah akan bantu, Allah akan berikan kemenangan percuma kepada kita kerana kita di jalan yang benar, 

Kita sebenarnya mengharapkan Keajaiban berlaku tanpa mahu berusaha mencapai kemenangan itu !

Dari awal lagi kita tahu BN memang akan menang ! Kita hanya gah berperang di media sosial, bala tentera kita hanya wujud dalam bentuk Watsapp Warrior saja ! 

Pernah sesiapa bertanya apakah persiapan Team Deklarasi di medan perang ? Berapa ramai orang yang ada dalam Jentera Kempen kita ? Apakah dia peralatan perang yang kita ada ? Berapa banyak dana perang yang kita ada ?  Apa perancangan atau strategi kita ?

Kita hanya PAKAR DALAM STRATEGI saja. Ramai pakar2 strategis muncul dalam pelbagai grup2 yang ada. Malangnya tidak ada seorang pun yang mahu bertanya soalan2 berkaitan persiapan diri kita sendiri di medan perang.

Kita take for granted ada berratus2 sukarelawan DR sedang berkampung dan berjuang bagi pihak kita. Dan kekurangan utama mereka pula adalah mereka amat memerlukan kepakaran berstrategi dari kita ..... so, setakat itu sajalah sumbangan kita iaitu Kepakaran Berstrategi.

Oya, hampir lupa satu lagi kepakaran sesetengah kita yang begitu bermanafaat kepada kempen kita iaitu Kepakaran Mengiringi Tun Mahathir.

Mereka yang menjadi tugas mengiringi Tun itu kita fahamlah tapi ramai juga yang menganggap aksi mereka mengiringi Tun ke majlis2 kempen yang di atur merupakan sumbangan terbesar mereka kepada kempen ! Mereka menaruh harapan, kelibat mereka bersama Tun di majlis2 itu bakal membantu jentera kempen yang lama berkampung di medan perang. 

So .... bila Tun balik, mereka pun ikut balik sama ... dalam hati berasa puas kerana telah berjaya memberi satu sumbangan bermakna kepada kempen. Mereka perasan mereka lebih besar dari Tun Mahathir ! Yalah, sekurang2nya Tun berucap dan impak kehadiran serta ucapan Tun bukannya kecil. Mereka pengiring2 yang saya sebut di atas juga perasan kehadiran mereka MENGIRINGI TUN punya impak besar kepada kempen yang sedang berjalan.

Apakah cukup sekadar penampilan Tun Mahathir di Kuala Kangsar sebanyak dua kali sepanjang kempen untuk menewaskan BN ?


Hakikatnya mereka yang di Kuala Kangsar ramai yang tidak tahu secara mendalam atau tidak faham mengenai isu2 nasional yang kita di media sosial duk bercakap setiap hari. 1MDB, SRC, 2.6 Bilion .... semua itu mereka setakat dengar2 sedikit jer, mereka tidak faham sebagaimana yang kita faham.

Menjadi tugas kita untuk mendekati pengundi, jelaskan dan fahamkan mereka apa yang sedang berlaku. ( actually ayat ini memang ayat favoret para penganalisis yang wujud dalam grup2 watsapp )

Kehadiran Tun Mahathir membuka pintu untuk kita dekati pengundi2. Setakat ucapan tak sampai sejam dari Tun, tak cukup untuk orang kampung memahami isu2nya. Atas jentera kempen pula untuk dekati dan beri penjelasan panjang lebar dan menjawab segala persoalan2 yang mereka ada.

Jangan lupa, selama ini mereka bergantung kepada Utusan dan TV3 sebagai sumber maklumat. Tak semudah itu untuk 'Convert' pemikiran mereka yang sudah sebati dengan propaganda kerajaan Najib. 

Saya lebih suka melihat kepada diri kita sendiri sebelum kita ghairah menyalahkan pihak lain sebagai punca kekalahan kita.  

Jika kita hanya mampu bertemu tidak sampai 5% dari pengundi yang ada, bagaimana mungkin kita boleh berharap kepada sokongan lebih 40% pengundi ?



Jadi untuk mengatakan rakyat Kuala Kangsar menolak Deklarasi bagi saya adalah tidak tepat. Kerana mereka sendiri tidak faham apa itu Deklarasi Rakyat yang kita bawa ini. Salah kita sendiri .....

Untuk Najib mendakwa dirinya sebagai faktor kemenangan BN juga kelakar kerana tidak ada pun muka Najib di mana2 poster. Nama Najib juga tidak ada. Hanya Barisan Nasional yang ditonjolkan.

Mesej bahawa Undi BN = Sokong Najib tidak kesampaian langsung ! Salah kita juga ....

Apapun, menang tetap menang dan TAHNIAH! sekali lagi kepada BN.

Dan kepada Team Deklarasi Rakyat yang berjumlah 6 orang ( banyak hari hanya 3 orang saja ) dan dibantu dengan gigih oleh 3 orang Kuale ( untuk minggu kedua ), saya TABIK! usaha dan kecekalan anda. 

Ya .... seramai itulah Team Deklarasi Rakyat yang berkempen di Kuala Kangsar. So kepada pakar2 strategis di luar sana, cuba berikan strategi paling ampuh bagaimana nak kalahkan ribuan askar BN di Parlimen Kuala Kangsar dengan hanya 6 orang jentera yang kita ada. Bajet dana nak cerita tak ? Menangis oooo .....

Terimakasih juga kepada Datuk Khairuddin, Puan Anina, Syed Saddiq dan Akhramshah yang tampil membantu Team DR dalam bertemu dan memberi penerangan kepada pengundi.


Oya, kenapa Team DR teruskan juga usaha kempen yang boleh dianggap sebagai sia2 itu ? Well.... ia adalah serampang dua mata, selain dari kempen PRK, ia juga adalah usaha menjelaskan Deklarasi Rakyat kepada rakyat. Tidak dinafikan juga. kita pun ikut sama mengharapkan satu keajaiban berlaku .....

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

20 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 19, 2016 at 4:20 PM delete

Din, org kampung aku bukan tak nak sokong tp tak yakin atau belum.cukup dgn parti PAN ni.
PAN parti baru. Harap kpd pengundi yg dah mmg ikuti perkembangan politik semasa iaitu cina dan melayu yg mmg penyokong pembgkg.

PAS pulak dah mmg ada penyokong tegar dan tak.bertambah mana pengundinya. Maknanya tak berganjak pengundi BN kpd parti lain.

Kena tau sbb mrk tak mau berganjak. Mrk tak yakin. Parti selain BN tak berenti bergaduh, politik serabut tak berenti sejak Anwar dipecat. Suka kocak, suka gaduh sesama sendiri. Kurang ajar dgn agama islam.

Mrk yg pimpin parti pembangkang ni mmg tak faham minda melayu. Sbb terikut cara Anwar yg suka berpolitik dan kecoh. Sbb itu pkr bergaduh sesama sendiri sampai baling kerusi Anwar biarkan sj.

Sekarang Tun M yg kita sayang pun tak mampu nak jenamakan semula parti parti ekstrimis mcm.DAP ni. Malah PKR yg suka bergaduh pun gagal Tun M nak ubah atau satukan utk perjuangkan DR.

Sekarang ni hubungan dgn PAS pun dah makin rosak sebab dua PRK ni.

Aku cadangkan jauhi DAP dr usaha nak tukar Najib. DAP adalah hancing yg sukar dicuci. Lebih baik kerja sesama parti melayu dan NGO melayu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 19, 2016 at 5:46 PM delete

Dasar bangsa pariah, RM50 ringgit dan sekampit beras bolih menghalalkan perbuatan haram pemimpin. Gelap masa depan anak cucu tidak dipedulikan. Fakir membawa kekufuran memang tepat untok menerangkan sikap kufur mereka. Berketayap, berjubah, berjanggut dan bertudung, cuma babi arak tidak disentuh.. yg lain halallun... Ini sudah besar punya haram.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 19, 2016 at 6:12 PM delete

Betul..akubsokong 100%.
Tun Mahathir kena jauhi DAP. Aku semeangnya tak setuju Tun dgn Lim Kit Siang. Tun boleh kedepan tanpa DAP.

Aku sentiasa support Tun walau aku belum sign DR atas faktor aku buat kerja dgn kerajaan dan aku ada staff yg amat bergantung kepada syarikat..tapi akudeclare awal2 pada staff aku minta mana yg sokong DR silakan.

Aku juga percaya ramai org mcm aku di luar tu. Jadi DR tetap kena teruskan.

Berkenaan plaform NGO..aku nampak perkasa atau isma adalah yg terbaik. Cadangkan kepada Tun utk bersama dgn NGO mcm Perkasa dan Isma..lupakan DAP dan PAN..lupakan PAS

Reply
avatar
roslan othman
AUTHOR
June 19, 2016 at 6:34 PM delete

Aku tgk disini cina yg untung byk,kerana dgn undi BN ketika ini byk habuan mereka dpt kerana mereka tahu prk ini kalau buat mcm mana pun BN tetap jadi kerajaan,jadi sapu saja apa di beri dan pangkah,cuma pada PRU saja baru ajar BN dgn undi DAP atau amanah sebab ternyata BN menang byk dari undi cina,undi melayu masih sama tak ada kemajuan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 19, 2016 at 7:10 PM delete

Din,aku rasa ada betul juga bila ada analysis kata undi orang cina pergi balik pada BN dan peratuas orang cina keluar mengundi meningkat.Orang melayu kena faham betul2 perkara ni.Majority diorang cukup paham 1MDB ni,tapi beralih arah pulak sokong BN.Rasanya dlm beberapa PRU lagi,melayu boleh bungkus kalau masih bangang dan punya ketua lanun mcm boogies ni.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 19, 2016 at 7:41 PM delete

muhyidin,mukhris & safie afdal tak menonjolkan diri apa kes ?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 19, 2016 at 8:39 PM delete

jagan salahkan pengundi pabila dirisendiri yang gagal menambat hati mereka!!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 19, 2016 at 9:29 PM delete

Cuba analisa semula sejak Anwar tubuh PR. Siapa byk jd kurang ajar? Siapa byk buat PR jd celaru dan serba salah? DAP.
Tapi cina Dap ni bijak pandai berlakun. Aku mula syak, apa motif sebenarnya DAP cari pasal dgn PAS. Sokong pulak PAN bila PAS tengah panas. Kemusian sokong pulak Tun M tanpa ada problem... wah senang betul cina DAP ni buat keputusan. Mmg kaki sandiwara betul.
DR tak akan berjaya dengsn adanya DAP bersama.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 19, 2016 at 11:34 PM delete

Jangan salahkan kami yang mengundi. Skandal 1MDB, GST,biasiswa ditiadakan pun takper. Anak kami semua banyak mana yang pergi sekolah tinggi. Merempit adalah jadi kami mana ada kisah..kalau selalu diadakan undi lagi baik.Bukan apa duit dan habuan pun masuk takkan korang tak tahu....apa? Tak perihatin nasib anak cucu? Apa kami kisah.

Reply
avatar
Amir Hamzah
AUTHOR
June 20, 2016 at 3:49 AM delete

Puncanya kerana Melayu kita berpecah kepada 4 Parti Dan puak.yang untungnya Vina tak Kira Parti MCA, Gerakan atau DAP. Matlamat mereka biar Melayu berpecah Dan senang mereka buat pelbagai tuntutan yang matlamatnya hanya satu untuk bangsa mereka tak Kira dari pihak mana. Kita Melayu yang ekstreem berpolitik taksub,yang untung mereka Dan kita yang terus rugi

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 20, 2016 at 4:47 AM delete

Jangan gundah gulana. Prinsip kita terima dedak itu amat dekat dengan hati kaum Melayu. Ia jalan senanag ke neraka. Bila negara dah bankrup nanti, boleh orang Melayu ramai-ramai pergi cari kerja di Indonesia, Bangladesh, Nepal dll.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 20, 2016 at 5:12 AM delete

Saya berpendapat gerakan deklarasi rakyat (DR)terlalu berpaksikan politik sehingga menenggelamkan aspirasi sebenar rakyat yg sepatutnya neutral politik. Kita tak sepatutnya menyandarkan objective2 DR kepada dominasi parti2 politik PH tetapi lebih kepada NGO2 berpengaruh seperti PERKASA supaya lebih dilihat perjuangan rakyat marhein terutama org2 melayu. Seharusnya NGO2 lain yg mewakili kaum2 lain juga seharusnya dilibatkan sama. Tun M sudah menyatakan secara terang2 yg gerakan ini adalah gerakan rakyat tanpa mengikat dirinya kepada UMNO, seharusnya lebih mendekati NGO2 malah dlm mana2 sessi penerangan. Makna kata NGO2 lebih mendominasi gerakan DR drp mana2 parti politik. Hakikat skrg ialah aura Tun M yg lebih bersifat "trustworthy statesman" telah dicampuraduk dgn kepentingan2 politik PR sampaikan persengketaan sesama PH dan ex-PR menyeret agenda2 murni yg dikepalai oleh Tun M kekancah kekeliruan masyarakat yakni adakah ini perjuangan politik parti atau sebenar2 perjuangan rakyat Malaysia berbilang kaum? Hakikat UMNO yg dah sakit tapi terlalu berkuasa cuma boleh dineutralkan oleh gabungan NGO2 secara total, neutral politik, ideologi dan dalam kesatuan yg kuat hinggakan Majlis Raja2 tidak mampu utk berpaling drp kehendak rakyat. Hanya Tun M yg mampu menggemblengkan kesatuan semacam ini...kerana beliau dianggap negarawan milik rakyat Malaysia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 20, 2016 at 10:48 AM delete

Ye betul pendapat Tuan tu. Saya pun kurang bersetuju Tun bersama dgn DAP! Harap selepas ini Tun cuba bekerjasama dgn NGO2 Islam & Melayu!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 20, 2016 at 10:52 AM delete

Betul tu! Pada pendapat saya DAP hanya mengambil kesempatan pada sesuatu keadaan..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 20, 2016 at 4:57 PM delete

Problem Malaysia ialah Najib & parti UMNO Najib. Tanahair kita mengelami masalah kerana Najib & parti UMNO. Pasal APA tunjuk jari pada DAP. Masalah sendiri tak mampu & tak cukup malu untuk memperbetulkan, nak cuba cari kesilaoan parti lain pulak. Sedarlah Melayu. Cari Maruah & Harga Diri, jauhi Dari korupsi & UMNO korupt.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 20, 2016 at 5:39 PM delete

Deklarasi Rakyat dipergunakan oleh parti politik pembangkang untuk mempromosi parti masing-masing.Ucapan-ucapan lebih banyak menjurus kepada kepartian dan bukannya berdiri atas Citizen of Malaysia.Ucapan Team DR dilihat lebih untuk menyelamatkan UMNO dari menyelamatkan Malaysia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 20, 2016 at 8:50 PM delete

Team Deklarasi Rakyat perlu juga memikirkan dan mencari kaedah sampingan selain memperbetulkan kaedah sedia ada untuk memperkemaskan matlamat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 20, 2016 at 8:53 PM delete

Mengundi ibarat bertaruh.Orang bertaruh target mesti nak menang.Bn solid kebarangkalian 50% posisi menang..sebab opposisi pecah 2 iaitu Pas & Amanah yg masing2 mewakili 25% kebarangkalian utk menang.
Org bertaruh yg bijak pasti memilih Bn sbb kebarangkalian utk menang yg tinggi disamping habuan yg dijanjikan pula cukup menawan kalbu.
Sepatutnya opposisi perlu lebih berkompromi bertolak ansur antara satu sama lain.KK calon Pas shj manakala di SB calon Amanah shj.
Ikut hati mati,ikut rasa binasa.
Apabila pertandingan satu lwn satu,org bertaruh fikiran akan berubah.
Harus diingat,ramai pengundi yg tidak berparti.
Strategi taktikal berperang pun dah ke laut,inikan pulak nak berperang di kubu Bn yg bersenjata lengkap.
Pimpinan opposisi perlu ikut akal bukan ikut ego.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 20, 2016 at 9:40 PM delete

Deklarasi rakyat mesti diteruskan.

Reply
avatar
ismadi yusoff
AUTHOR
June 20, 2016 at 11:13 PM delete

Pada fikiran saya, orang Melayu yg menyokong Umno kerana sudah berasa secured dgn Umno yg mempertahankan bangsa, agama dan negara. Orang Melayu penyokong Umno ini telah gagal mengintepretasi bahawa Presiden Umno itu telah mengkhianati Umno dan bangsa Melayu. Mereka tahu ada tuduhan kpd Presiden Umno tetapi tidak cukup sampai untuk mengundi selain daripada Umno. Alasannya ialah mereka tidak terjejas dan masih ada kuasa membeli walaupun semakin menipis. Dan team Tun M didalam Deklarasi Rakyat khususnya Tsmy, Dato Mukhriz dan Dato Shafie Apdal masih lagi mengharapkan mereka tidak dipecat dari Umno justru langkah perjuangan mereka sumbang. Mereka tidak memberi 100% dalam menarik sokongan kpd Umno.

Reply
avatar