KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, June 5, 2016

dinturtle

( PRK SB dan KK ) Undi BN = Sokong Najib, Rosmah, Jho Low dan 1MDB

Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam khasnya kepada pembaca2 blog ini. Cepat sekali masa berlalu .... kan. Rasanya baru lagi Ramadhan tahun lepas ketika mana kita dikejutkan dengan pendedahan WSJ mengenai kemasukan 2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.... weeeeehhh ... dah dekat setahun isu itu. Masih tak terjawab segala persoalan dan Najib masih mengelak daripada memberi penjelasan yang memuaskan.

Dan pemimpin2 Umno pula nampaknya sudah nekad mempertahankan Presiden mereka walaupun isu itu menjadi bahan tertawa masyarakat dunia. Hanya pemimpin2 Umno saja dalam dunia ini boleh percaya dengan alasan derma pak Arab itu, sememangnya pemimpin2 Umno ini golongan yang terpilih.  Terpilih dek keakuran mereka kepada Cash Is King yang melangkaui akal logik manusia.

Kalau mereka boleh percaya dengan sepenuh hati alasan derma RM2.6 bilion dari pak Arab, rasanya tidak ada gunanya berdebat lagi dengan mereka. 





Pagi tadi berlangsung Majlis Penamaan Calon bagi PRK Sg Besar ( 3 calon ) dan PRK Kuala Kangsar ( 4 calon ). Maka bermulalah kempen pilihanraya secara resminya. 

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Tun Mahathir bersama team Deklarasi Rakyat akan berusaha menyakinkan pengundi2 di kedua kawasan Parlimen itu untuk menjadikan undi mereka sebagai satu bentuk mesej kepada Najib dan UMNO BN bahawa rakyat menolak Najib sebagai PM.

Ini ditegaskan sekali lagi oleh Tun Mahathir hari ini -


"Saya mungkin. Jika saya diminta, saya akan pergi. Saya sokong penuh calon yang menandatangani deklarasi itu. Saya tidak akan sokong calon yang tidak (Menandatanganinya).

"Saya tidak berada dalam mana-mana parti. Saya bukan di dalam Umno kerana tiada lagi Umno. Ia cuma parti Najib, jadi itu sebab mengapa saya tinggalkan parti Najib.

"Saya tidak berkempen untuk AMANAH. Saya berkempen untuk calon yang percaya dengan deklarasi itu,"

Bagaimanapun, Mahathir berkata PAS tidak menyokong deklarasi berkenaan.

"Kalau PAS tandatangan, saya akan sokong mereka juga, tapi parti itu tidak tandatangan," katanya. ( Mkini )


Jelas sekali pendirian yang dinyatakan oleh Tun Mahathir. Siapa calon tidak penting. Parti mana tidak penting. Yang penting adalah calon itu menyokong Deklarasi Rakyat dan dalam kedua2 PRK itu, calon dari parti Amanah yang menyokong Deklarasi Rakyat.

Maka Tun Mahathir akan menyokong Parti Amanah yang mewakili perjuangan Deklarasi Rakyat. Dan satu2nya agenda utama Deklarasi Rakyat yang dipersetujui semua adalah supaya Najib mengundurkan diri dari jawatan PM.

Gerenti cai2 Najib akan cuba spin sepenuhnya pembabitan Tun Mahathir dalam kempen PRK ini sebagai menyokong perjuangan pembangkang. Tak per ....ada 11 hari masa berkempen, cukup masa untuk yakinkan para pengundi Sg Besar dan Kuala Kangsar akan agenda rakyat ini.

Oya, tidak pasti samada BN akan pasang poster bertuliskan ayat Undi BN = Sokong Najib dan Undi BN = Sokong Jho Low. Jadi ada baiknya jentera DR sendiri yang sediakan dan gantungkan sendiri. Takkan jentera BN nak marah kan ?




Biar jelas agenda utama kedua PRK ini adalah sebagai mesej kepada Najib, samada rakyat mahukan Najib atau rakyat menolak Najib.

                                                      *****************************

Cuma satu perkara yang saya khuatirkan iaitu team DR tidak sepenuh hati dan tidak bersatu dalam kempen ini.

Tidak dinafikan masih ramai pro Tun yang berasa janggal untuk berkempen mengalahkan BN, parti yang selama ini mereka pertahankan. Walaupun telah jelas diterangkan oleh Tun untuk menjadikan kedua PRK ini sebagai satu mesej kepada Najib, namun mereka masih sukar untuk terima. 

Percayalah, ini adalah demi kebaikan Umno BN juga untuk masa panjang. Dari segi status quo politik negara, tidak ada bezanya siapa yang menang atau kalah. Kerajaan pusat tidak berubah apatah lagi Kerajaan Negeri.

Yang pastinya, jika BN menang, Najib akan canangkan ke seluruh dunia betapa rakyat Malaysia masih menyokong beliau sebagai PM ! Adakah itu yang rakyat mahukan ?

Tolak tepi politik sempit kepartian, fikirkan masadepan negara yang lebih besar. Fikirkan Najib ..... Fikirkan Rosmah ..... Fikirkan Jho Low ....... Fikirkan 1MDB ......  Apakah anda mahu ketiga mereka ini punya anggapan yang anda sokong tindakan2 mereka selama ini ?



Menjadi tugas utama team DR untuk sampaikan kepada pengundi2 Sg Besar dan K. Kangsar supaya menjadikan kertas undi mereka sebagai mewakili suara rakyat Malaysia bahawa Najib di tolak oleh rakyat.

Apajua hadiah yang diberikan oleh pemimpin2 Umno BN, terima sajalah sebab itu datangnya dari poket rakyat juga. Tidak perlu ada rasa apa2. Zahid sendiri kata tadi yang kerajaan tidak mengharapkan apa2 balasan. Bukannya dari harta Umno atau BN.



Tapi bila mengundi ..... ingat muka Najib, muka Rosmah dan muka Jho Low .... jika anda suka tindakan2 mereka selama ini, maka anda undilah BN. Jika tidak suka, maka undilah parti Amanah. Jadikan kertas undi anda sebagai suara Deklarasi Rakyat demi Selamatkan Malaysia !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
Cik Minah
AUTHOR
June 6, 2016 at 8:29 AM delete

Sokong BN = sokong GST & Byar hutang 1MDB 50 billion!!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 6, 2016 at 11:57 AM delete

Besar besaran diorang ni kat Kuala Kangsar. Celebrate life and living nampak gaya famili arwah Wan. Tan Sri lembu tinggal dalam kondo pun ada. Harap pengundi Kuala bijak. Baideway, tan sri lembu duduk dalam kondo masa prk lawan budak hingusan pun tak menang, apa sumbangan dia dalam negara melainkan guna duit rakyat macam harta mak pak dia. Kluar topik pulak aku ni Din. Orang nogori nak jadi wakil orang Kola, elok sangat la birah balu dan anak anak sekali.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
June 6, 2016 at 4:28 PM delete

sungguh pun saya amat berharap parti bukan UMNO memenangi kedua prk, namun in nya amat sukar utk d capai. besar kemingkinan pembahagian undi adalah 40:30:30. jika ini berlaku UMNO kalah dari segi maruah.

PH tidak harus putus harapan n wajib teruskan usaha utk menginsafkan seluruh rakyat Tanah air tentang penyamun bugis yg telah merampok khazanah Negara.

Najib tiada langsung berminat utk melepaskan jawatan PM n dengar kata, kata pemutus pun bukan d tangan beliau.

Olih demikian saya sarankan PH mulai aktiviti perang saraf terutama sekali d parliament Pekan Pahang sebaik sahaja selesai prk nanti. ini adalah persediaan utk mengalahkan Najib dlm pru14 kelak.

sekali lagi saya selaku anak kelahiran Pekan bersedia membantu.

Reply
avatar
Cik Minah
AUTHOR
June 7, 2016 at 4:09 PM delete

Dengar cerita, anak tiri Najib yang jadi producer filem porno bernilai usd100 juta sedang bersembunyi di KL. Tak berani hidup mewah di rumah-rumah agam dan apartmen mewah di New York, Lo Angeles dan lain-lain yang dibeli menggunakan duit keringat rakyat Malaysia. Ketika hidup pun, segla harta benda dan kemewahan hidup terpaksa ditinggalkan, apatah lagi bila dah mati. Ini pun dia tak pernah fikir.
Undurlah Najib, rakyat sudah mual dengan kamu sekeluarga.

Reply
avatar