KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, June 30, 2016

dinturtle

Selepas Cubaan Hijack Proton Gagal, Najib Cuba Hijack Projek LRT Tun Pula .... Low Class Punya PM !



Mkini

Macam tak percaya dengar Najib kutuk Tun Mahathir di TV3 tadi dalam soal pengangkutan awam ! Sambil merujuk kepada pendahulu saya yang memerintah selama 22 tahun ( my predecessor who ruled for 22 years ) kononnya Tun tidak beri perhatian kepada isu pengangkutan awam ..... dan beliau, Najib adalah orangnya yang terpaksa menyelesaikan masalah itu.

Saya jumpa laporan dari Mkini berkenaan luahan perasan syok sendiri Najib itu -

"(Masalah) ini kerana pendahulu saya yang memerintah selama 22 tahun, tidak banyak memberikan perhatian kepada pengangkutan awam.

"Oleh kerana itu, terdapat kekosongan, Pelaburan tidak mencukupi dan terdapat sistem yang tidak selaras kerana dimiliki oleh terlalu banyak pihak," kata Najib pada ucapannya.


Baldi hell .....

Tun Mahathir lah yang telah memulakan kesemua projek canggih yang dapat kita lihat sekarang -  LRT, Monorel, Komuter, ERL, KLIA ....  Najib hanya menambah baik apa yang tersedia ada.  

Setelah hampir 20 tahun, sudah pasti banyak pembangunan pesat berlaku, makanya penambaikan serta laluan baru perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan semasa. 

Setelah cubaan HIJACK projek kereta nasional Proton baru ni, kini sekali lagi Najib cuba HIJACK projek LRT pula ...... itu sajalah yang Najib tahu buat iaitu HIJACK projek Tun untuk ambil kredit buat dirinya !

Najib mungkin sudah sedar yang rakyat mula mempertikaikan apakah sumbangan beliau kepada pembangunan negara sejak 6 memerintah. Cakap berdegar2 ... konon Najiblah yang terhebat, duit negara berpuluh bilion dah habis dek 1MDB, lancar itu ini tapi kenyataannya - habuk pun tarak !

Nak tak nak, terpaksa Najib HIJACK apasaja projek zaman Tun Mahathir untuk diambil kredit buat dirinya  .....  Nak hijack projek Pak Lah, tak nampak apapun . 

Oya, kenapa Najib boleh buat2 lupa zaman Pak Lah yakni pendahulu beliau yang sebenar ? Boleh pulak main skip / lompat, terus ke Tun Mahathir ? !

Nampak sangat yang Najib berdendam dengan Tun.  Sama juga dengan kes Proton baru ni, amatlah tidak professional bagi seorang PM mengungkit menyalahkan PM terdahulu ( apalagi dengan melompat sorang lagi PM sebelumnya ).


Jelas Najib tidak punya idea sendiri untuk membangunkan negara. Oooops maaf, Najib ada ideanya yang tersendiri yang begitu idealistik tapi ternyata semuanya HAMPEH ! 

Maka terpaksalah Najib tumpang idea lama Tun Mahathir, namun masih relevan walaupun selepas berbelas tahun Tun bersara. Kemudian Najib cuba HIJACK idea Tun itu. Memang low class Najib ni ....

Rasanya lepas ni akan ada lagi cubaan hijack projek2 Tun Mahathir oleh Najib. Itu sajalah yang Najib mampu buat ..... 

PS - Cai2 Najib pula akan bersungguh2 memburukkan legasi Tun Mahathir, orang yang dulunya mereka amat respek ..... sebelum menjadi cai kepada Najib.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

30 comments

Write comments
June 30, 2016 at 10:26 PM delete

PLUS siapa buat? Najib ke? Orang luar bandar dn felda tak tahu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 30, 2016 at 10:49 PM delete

Najib mana penah ada class. Dah start claim kejayaan org ni petanda dia nak melingkup. Tengok zaman Dollah Badawi. Bila start nak melawan terus berenti. Kita doalah jadi benda yg sama ..insyaallah

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 30, 2016 at 11:33 PM delete

tidur pak lah ada juga terpalit dgn jambatan ke2 p.pinang..
sepatutnya najib sambung je projek ubi kayu ganti beras di zaman paklah..
zaman najib cakap besar..hutang besar. lagak besar je yang nampak..perghh

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 30, 2016 at 11:44 PM delete

Najib ni dah benar2 memperlihatkan darah haprak yg mengotorkan keturunan bugis dan maruah keturunan dia...tak tau nak kata apa lagi melainkan dia nie ibarat the dawn of the malay pariah...di tanah melayu bertuah ini.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 30, 2016 at 11:59 PM delete

Google sumbangan najib kepada Bosnia
Ada orang yg cerita betapa heroic nya Najib semasa perang bosnia-serb
Just for lols

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 12:54 AM delete

Saudara Din,

Sungguh keji seorg yg bjwtn plg tggi dlm negara mengata nista org lain utk tatapan umum. Sy bkn memuja tun m..cuma pd pndpt sy,anda xakan mjadi lbh baik dgn cara mgata dan merendahkan org lain. Menyedihkan..

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
July 1, 2016 at 1:47 AM delete

Akhirnya . Najib akan bilang masaalah 1MDB pun Mahathir punya pasal . Biarkan lah dia 'terlompat lompat ' di dunia ni ,,, dah mampus nanti taulah dia .

Bila rakyat Malaysia mula terpaksa menyelesaikan hutang hutang 1MDB , ketika itulah diharapkan para pro jibonajib turut menyumpah . Masa itu kita lihat sajalah Najib/Rosmah mati bertenggek atau mati tergolek .

Hutang 1MDB memang tidak bolih di lunaskan hanya dengan asset asset 1MDB yang masih ada . Itu sudah pasti !

Duit SRC 42 juta yang masuk akaun najib juga tidak pasti sudah di kembalikan atau belum ? atau sudah hancur lebur di guna pakai untuk bayar Jakel ??

Hutang 1MDB ... setelah tolak campur , tolak campur kira kira sampai Najib mati pun Nampak gaya tak akan selesai . Yang pasti Najib/ rosmah tak akan hidup lama setanding Mahathir/ Hasmah .

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 3:38 AM delete

Hebat kenyataan dari PENCIPTA 1MDB yang memalukan dimata dunia berbanding CIPTAAN TUN yang dikagumi dunia.

Reply
avatar
Mujahid
AUTHOR
July 1, 2016 at 3:47 AM delete

Kalau kat sekolah dulu perangai suka mengungkit berdendam merajuk begini, orang akan panggil bapuk. Meungkin sebab tu masa main bola dulu kaki dia suka terpeleot, sampai tua jalan terkepit. Mwahahaha.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 4:53 AM delete

Ini najib punya mulut lebih busuk dari kentut punya bau.... 5 tahun jadi tpm.... 6 tahun jd pm... kalau campur dah 11 tahun pegang 2 jawatan tertinggi kerajaan. kiranya dah separuh dari 22 tahun tun mahathir... apa hasil? ada nampak ? ada... musti ada punya ..... wang negara sudah lesap berbilion ringgit.... pembangunan negara ? dah tentulah tak ada.... yg ada semua saki baki dari jasa orang tua umur 91 tahun tu laaa.... lagi najib mau bising....hampeh punya najib....

(dulu-dulu masa memula dia nak jd pm aku dah tak sedap hati... sbb tengok mulut dia sentiasa berbuih masa berucap.... huhuhu firasatku benar belaka...)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 6:05 AM delete

Najib pernah gak hijact projek janakuasa bakun masa pilihanraya sarawak.kata,tun buat station,tp rumah panjang pon xdak letrik.fia syok sniri ja nih,muka xmalu

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 6:17 AM delete

Jiwa Najib sudah tidak tenteram.....nasib baik Tun dah banyak tinggalkan kemudahan ...nampak saja wajah Najib,nampak imdb....itu cop di muka Najib...Bapa pengumpul Hutang!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 6:36 AM delete

Ini macam seperti perumpamaan "Lembu punya susu sapi dapat nama",ingat saya hanya dalam tentera/pejabat kerajaan saja pekarax begini mengambil tempat,rupanya sebagai pemerintah pun ada juga sifatx begini.Banyak malu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 7:36 AM delete

dah melampau dah dia ni.lebih sudu dari kuah.lebih lajak dari laju..semua yg tun M buat, semuanya salah bagi dia.yang cai2 dia plak lagi best,semua kesalahan Tun m dulu diungkit2 n dibesar2kan.tapi semua jasa n kebaikan tun cai2 kata jasa dia..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 8:11 AM delete

Peningkatan khidmat komuter adalah bawah inisiatif Pak Lah. Masa tu Pak Lah try sendiri nak naik komuter, 3 kali komuter lalu dia tak boleh nak masuk pun sebab penuh. Lepas tu Pak Lah order komuter baru dari China. Bila komuter yang ditempah tiba, mas tu Najib PM. Lepas tu dia hijack juga letak gambar dia kat komuter baru tu cakap "Kami mendengar". Apa daa...Najib juga la PM yang jual energy company kepada China, jual tanah kepada China.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 9:58 AM delete

Pendahulu beliau dulu yang memerintah negara selama 22 tahun tak pernah stop hantar pelajar belajar luar negara walau bagaimana teruk keadaan ekonomi negara pada masa tu. Di zaman pendahulu beliau dulu, kerajaan tak pernah memotong pinjaman PTPTN bagi anak-anak Melayu untuk sambung belajar di universiti-universiti. Pendahulu beliau dulu tak pernah jual tanah-tanah bernilai tinggi milik kerajaan kepada syarikat negara China untuk bayar hutang.
Pendahulu beliau dulu tak pernah jual stesen-stesen janakuasa tenaga milik negara kepada syarikat negara China juga untuk bayar hutang. Pendahulu beliau dulu tak beli tanah-tanah kerajaan dengan murah kemudian menjualnya semula dengan harga yang mahal.Pendahulu beliau dulu tak pernah wujudkan satu syarikat dana awam yang meminjam dan berhutang berpuluh-puluh bilion ringgit untuk kumpul dana. Dana berpuluh-puluh bilion ini terpaksa disimpan di syarikat-syarikat di luar negara yang kemudian lesap entah ke mana.
Masa zaman pendahulu beliau dulu, IPIC syarikat milik UAE tak pernah mengheret negara ke proses timbang tara di London kerana mengingkari perjanjian usaha sama sekaligus mencemarkan maruah dan integriti negara. Pada zaman pendahulu beliau, kerajaan tak pernah mansuhkan subsisidi barang-barang keperluan asas seperti beras, gula, tepung, dan minyak untuk menjimatkan wang negara.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 11:17 AM delete

Rasanya dia ni ada penyakit hilang ingatan kot...ditiup malam2 oleh hantu badak...kehkehkehkeh

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 2:27 PM delete

Najib salahkan Tun, pak lah salah kan Tun...dia kata Malaysia bankrap, Anwar salahkan Tun...handal sungguh 3 ekor 'Melayu' ni...

Reply
avatar
Esa Adam
AUTHOR
July 1, 2016 at 3:16 PM delete

Tun 22 tahun jadi PM. Memanglah dia yg mula buat Kelana Jaya Line dan Ampang line. Tapi lepas itu tiada progress langsung. Warga kota berhempas pulas naik mini bus, Metrobus yang buruk. KTM Komuter yang lambat dan air-cond tak berfungsi dan sesak dengan penumpang. Sehinggalah Najib membuat transformasi menambah biak pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Tun boleh saja buat penambahan tapi dia buat KLCC, KLIA, Putrajaya, Sepang Race Circuit. Masa itu harga minyak tinggi. Boleh saja menampung perbelanjaan tapi dia tidak buat. Selapas dibuat transformasi oleh Najib kita boleh nampak hasilnya. 1) Sambungan LRT Kelana Jaya dan Ampang Line yg beroperasi semalam 2) Bas-bas baru Rapid KL yang bersih dan selesa 3) Koc2 baru KTM Komuter. Masa menunggu dari 1/2 jam ke 15 minit sahaja. Rangkaian diperluas dari Rawang-Port Klang-Batu Cave-Sungai Gadut. 4) ETS sudah pun Beroperasi dari Butterworth-Kuala Lumpur-Gemas. 5) Dalam pembinaan MRT1 & MRT2. MRT3 dalam perancangan 6) LRT3 dari Bandar Utama ke Klang pun sudah mula dilaksanakan. 7) HSR dari KL ke Singapuraa pun dalam perlaksanaan. Macam mana Pak Din ni kata Najib telah Hijak walhal inisiatif Najib ni adalah berlipatganda impaknya dari asas yang Tun buat seciput tu.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
July 1, 2016 at 4:25 PM delete

Masa Tun bersara PM, projek2 LRT itu baru siap. Progres apakebendanya ? Pemimpin seterusnyalah yang buat progress. Paklah ..... kemudian Najib ..... mengikut keperluan semasa.

So najib buat sajalah penambahbaikan itu sesuai dengan keperluan semasa..... kenapa nak burukkan nama Tun ?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 4:27 PM delete

"Cai2 Najib pula akan bersungguh2 memburukkan legasi Tun Mahathir, orang yang dulunya mereka amat respek ..... sebelum menjadi cai kepada Najib." ... memang ada kat sini terserlah kebodohannya tidak tahu apa itu idea Najib hanya tahu baik pulih hahaha.

Reply
avatar
Sabri Degreat
AUTHOR
July 1, 2016 at 7:57 PM delete

Esa Adam boleh nampak beza Tun n najib tu??? otak najib tak setaraf otak Tun bro.. tun boleh beri idea yg org belum fikir.. tgk la segala yg tun buat.. jgn dinafikan.. penambahbaikkan.. hahaha semua PM boleh buat.. najib otak low class tak de x faktor.. yg ada yg hampeh aja mcm 1mdb..

Reply
avatar
amad yafi
AUTHOR
July 1, 2016 at 10:17 PM delete

Apakah plk sumbangan org terdahulu dr tun mahathir iaitu arwah tun razak dan tun husin???

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 11:47 PM delete

Ada tuan...dua orang yg lembik n takutbini...hidup cara bermewah mewah...kumpul harta...

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
July 2, 2016 at 1:43 PM delete

Najib "high class" dalam bab menipu dan mencuri!

Dia adalah PM pertama di dunia yang telah berjaya memporak-perandakan sistem kewangan dan perbankan dunia. Malah sebuah bank berusia lebih 100 tahun ditutup dibuatnya.

Walaupun satu dunia tahu penipuan dan kes curi wang negara oleh Najib & Jho Low tapi pihak berkuasa di negara kita yang dahulunya dikenali sebagai yang terbaik didunia tidak berbuat apa2.

Najib ni umpama sapi. Lembu punya susu sapi dapat nama.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 2:56 PM delete

Bapa Penyamun Negara

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 4, 2016 at 9:26 AM delete

Ada orang beli peralatan perang ditukar ganti dengan projek membangun rakyat seperti menghantar manusia ke angkasa lepas. Adapula yang tukar ganti dengan komisyen....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 9, 2016 at 7:34 PM delete

nak tahu sapa lagi bagus mudah je.najib vs tun. klia2 vs klia. renung2kan.

Reply
avatar
Salleh Idris
AUTHOR
July 31, 2016 at 2:12 AM delete

Ello bro, darah awk juga darah mcm najib juga:))

Reply
avatar
Salleh Idris
AUTHOR
July 31, 2016 at 2:19 AM delete

Ha ha ha sesedap mulut yg takder insurance

Reply
avatar