KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, June 9, 2016

dinturtle

SUA Najib Dah Jadi Macam Blogger Jer, Hanya Mengharap Laporan Pihak Luar

Suka sangat SUA Najib bila pihak berkuasa kewangan Singapura ( MAS ) mengeluarkan kenyataan -

“MAS menyatakan tiada bank di Singapura menerima AS$3 bilion pindahan atas talian daripada Goldman Sachs dalam kaitan dengan penerbitan bon 1MDB,”

The Wall Street Journal, pada minggu ini, telah melaporkan perolehan daripada bon 1MDB bernilai AS$3 bilion telah diterima oleh bank Switzerland yang mempunyai cawangan di Singapura. - Mkini.

KLiK
Dakwaan The Wall Street Journal ke atas Malaysia terbukti lagi sebagai pembohongan, kali ini oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS), kata Setiausaha Akbar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. ( Mkini )


Untuk pengetahuan, WSJ sudah mengeluarkan pembetulan kepada laporan asal itu, dengan katalain WSJ mengaku mereka silap lapor.



KLiK
WSJ kata wang itu dihantar ke BSI di Switzerland dan bukannya kepada cawangan BSI di Singapura sebagaimana dilapor sebelum ini.

So ..... salah tetap salah, kan ? OK, tapi bagaimana dengan pembetulan yang dibuat oleh WSJ di atas ? Apa komen SUA Najib ?

Dakwaan utama WSJ masih tidak berubah. Jadi nak kata WSJ telah berbohong .... well, mereka telah mengaku silap dan telah mengeluarkan pembetulan tanpa mengubah dakwaan utama.

Apakah SUA Najib boleh buktikan dakwaan serta pembetulan WSJ ini juga satu pembohongan ?

Yang saya hairankan, kenapa SUA Najib ini hanya melompat setelah pihak MAS , yakni pihak Singapura keluarkan kenyataan ? Kenapa tidak pihak 1MDB sendiri sebagai tuanpunya badan utama dalam skandal ini, tidak keluarkan kenyataan sebelum ini ?

Bukankah 1MDB yang LEBIH TAHU ke mana wang hasil pinjaman bon itu dilebur dilaburkan ? Jadi ..... kenapa masa WSJ keluarkan artikel awal yang menyatakan wang itu dimasukkan terus ke dalam akaun BSI Singapura, kenapa 1MDB tidak tampil buat kenyataan membetulkan fakta ?

Kenapa waktu itu ( sebelum MAS keluarkan kenyataan di atas ) SUA Najib tidak segera melompat dan hentam WSJ kerana telah salah lapor ? Kenapa perlu tunggu pihak Singapura yang betulkan kenyataan baru nak melompat ?

SUA Najib ni tahu atau tidak perkara sebenar yang berlaku ? Atau SUA Najib ni pun tak jauh bezanya dengan taraf blogger yang hanya menanti laporan pihak luar baru nak komen ?

1MDB sendiri kenapa tak betulkan salahlapor WSJ sebelum ini ?

Hairan kan .......  sepertinya 1MDB sengaja lepas tangan dan membiarkan saja pihak luar buat kenyataan tanpa sedikitpun kisah untuk berikan laporan sebenar kepada rakyat yang dahagakan kebenaran.

So .... sekarang apakah SUA Najib mahu sahkan apakah benar dakwaan WSJ yang telah diperbetulkan di atas ? 

Atau SUA Najib pun sebenarnya BLUR macam Najib, tak tahu apa2 dan hanya menantikan perkembangan pihak luar yang menyiasat ? 

BUKTIKANLAH segala dakwaan WSJ dan SR sebelum ini mengenai skandal 1MDB dan 2.6 bilion adalah palsu, Jangan hanya kata semua itu adalah palsu tanpa menceritakan apa yang sebenarnya berlaku,

OK, apakah lapuran PAC itu juga palsu ? Atau benar ? 

Cuba SUA Najib tunjukkan tang mana laporan PAC itu BERBEZA dengan apa yang dilaporkan oleh WSJ dan SR sebelum ini. 


Serius .... kita nak tahu ni.  Come on, tunjukkan kehandalan anda wahai SUA Najib. 

Kita bloggers dan facebookers hanya komen berpandukan apa yang dilaporkan media dan PAC saja. Kalau salah laporan mereka, maka tunjukkanlah tang mana yang salah secara SPESIFIK. Kita pun tak nak tertipu dengan laporan salah. 

OK, saya bagi satu contoh - cuba SUA Najib buktikan bahawa dakwaan duit SRC ada masuk dalam akaun Najib adalah satu dakwaan palsu dan salinan2 bank statement yang didedahkan oleh SR sebelum ini yang menunjukkan wang keluar masuk serta perbelanjaan kad kredit Najib secara melampau itu adalah palsu.

Kalau tak mampu buktikan dan hanya bergantung kepada laporan luar sama seperti kami, baik berhenti jer jadi SUA Najib..... takde beza pun dengan kami !

Rakyat mahukan kebenaran. Bukan setakat menuding jari menuduh sipolan fitnah .....  

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 9, 2016 at 3:17 AM delete

There's no boundary to stupidity bro din..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 9, 2016 at 5:13 AM delete

Logik juga bila MAS kata "tiada" duit masuk ke Singapura BSI sebab pihak Najib sendiri banyak buat pindaan kenyataan dari "cash" ke "just unit".

Jadi, sekarang ni, hanya untuk menambah persoalan. Mana duit-duit tu semua pergi dan berada sekarang?

Swiss hanya dua transaksi transit kurang untuk mengaitkan sama ada 3Billion usd itu dipecahkan kepada 2 tranch transaksi.

1 bahagian ke Red Granite dan Riza Aziz
1 bahagian ke akaun peribadi Ambank Najib.

Atau sebenarnya duit tu ada ditangan Swiss yang bermakna kenyataan dari Najib & co semua "void" sama sekali?

Selamat Bersahur

Reply
avatar
Abdul Aziz
AUTHOR
June 9, 2016 at 7:22 AM delete

Salam ramadan,

anak saya kerjayanya di sebuah bank rahsia2 org.besar mengenai financial management mereka dgn bank dapat diketahui bukan curi tengok tapi kena tahu maklumat tersebut utk aplikasi kerja.Statement yg ditulis ini adalah ditujukan kpd sesiapa saja samada org yg dekat dng Najib atau pun org. kg yg tidak mendapat maklumat betul.Akan berlaku juga teknikal "error" tetapi masih tidak lari dari persoalan asas tentang jumlah wang terlibat dan perjalanan keluar masuk atau pengaliran wang tersebut.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 9, 2016 at 10:27 AM delete

Hairan bagaimana mereka ini semua dapat hidup dalam kehipokritan? Adakah mereka ingat bahawa penipuan demi penipuan ini semuanya akan dimaagkan sekiranya mereka bertaubat nanti? Tidakkah mereka tahu jika kalau satu orang pun rakyat Malaysia yang tidak maafkan mereka, mereka akan diseksa dengan sekeras-kerasnya nanti? Persoalannya, siapakah antara kita yang akan memaafkan mereka? Saya percaya tiada langsung orang-orang yang mempunyai otak dan akal untuk menilai tidak akan memaafkan perbuatan khianat mereka ini. Wallahualam

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 9, 2016 at 12:32 PM delete

Memang dari dulu lagi telah terang lagi bersuluh....

dengan sport light dan matahari terpacak atas kepala lagi....

malangnya dek berkilatnya dahi najib maka semua suluhan tersebut telah terpancar balik hingga

menyilau setiap mata yang memandang.....

tambahan pula dengan muntahan dedak yang menggunung....

maka dedaklah yang menjadi keutamaan para pendekar.....

tak kira dari bugis atau aceh.... termasuk juga teuku celop...

maka meloponglah rakyat jelata hanya mampu memandang tapi tak nampak....

hehehehe...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 9, 2016 at 5:37 PM delete

Ini lah sahaja Standard pentadbiran kotor Najib! Bukan saja menteri malah agensi2 kerajaan. Malah Najib & talibarut2 nya sering memutar balik statement bagi mempertahankan diri. Itu sahajalah. Hansard parlimen pun dah ibarat tak ada kredibiliti lagi, hanya temberang Najib!!!

Reply
avatar