KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, June 12, 2016

dinturtle

Tun Mahathir di PRK Kuala Kangsar - ( Full Video dan Sedutan )


Hari ini Tun Mahathir sempat hadir di dua majlis kempen PRK Kuala Kangsar. Di bawah adalah sedutan dan full video ucapan Tun di majlis yang pertama sebelah pagi yang diadakan di Dewan Restoran Chun Ji.

Mohon sama2 kita sebarkan di Wassup dan FB.


Mereka Yang Terus Sokong Najiblah Yang Bodoh !



KLiK untuk ke Youtube.

Semalam saya berada di Sungai Besar, ada laporan yang berkata orang Sungai Besar ni bodoh, tak faham apa yang saya katakan. Tetapi saya fikir orang yang buat laporan itulah yang bodoh. Kerana dia tahu apa yang Najib lakukan, tetapi dia masih sokong Najib.

..... walaupun calon disini terdiri dari Parti Amanah, tetapi kita bergerak sebagai rakyat Malaysia, yang sayang kepada negara kita ini. 

Saya bukan dari mana2 parti. Dulu saya berada dalam Umno tapi Umno sudah dihijack oleh Najb. Sekarang ni Umno tugasnya bukan untuk bangsa, agama dan negara tetapi untuk mempertahankan jenayah yang dilakukan Najib.

... masih ramai lagi yang berada dalam Parti Najib ini yang memikir bahawa mereka berada dalam Parti Umno. Sebenarnya mereka sudah ditipu, ataupun mereka tidak faham, tidak ketahui ataupun sengaja tidak hendak tahu tentang apa yang sudah terjadi kepada parti mereka di bawah kepimpinan Najib.


PAS Tak Boleh Jadi Kerajaan, Tak Usah Cakaplah Nak Ubah Dasar



KLiK untuk ke Youtube

Pilihanraya kecil bukan untuk tukar kerajaan, bukan untuk tukar dasar kerajaan. Parti Pas umpamanya, bercakap macamana dia nak jadi satu kerajaan yang boleh ubah itu dan ini .... (tapi) parti Pas tak boleh jadi kerajaan.

Pas dulu keseorangan, bilangan wakil rakyatnya amat kecil. Tetapi apabila dianya bersama dengan Pakatan, barulah bilangan wakil rakyat Pas meningkat. Tetapi kurang daripada rakan2nya dalam Pakatan bermakna Pas tak mungkin jadi kerajaan. Tak usah cakaplah  berkenaan nak buat dasar itu dasar ini ... kerana tak boleh,

... saya dah terang kepada Haji Hadi personally tentang kesalahan Najib. Tetapi dia nampak dedak ....


Sokongan DS Najib ni memang baiklah, kalau kita tak kaya , kita boleh jadi kaya !


1MDB Di Adakan Untuk Najib Selewengkan Duit !



KLiK untuk ke Youtube.

- Harga barangan sudah meningkat tinggi kerana GST. Sekarang ini tol sudah naik, subsidi minyak sudah ditarik balik... kerana kerajaan tidak ada duit. Sebab itu dinaikkan cukai dan sebagainya untuk membayar hutang yang dibuat oleh Najib melalui 1MDB.

- kononnya 1MDB ini ialah dana kekayaan negara. Dana kekayaan yang dihutang ! Apabila kita hutang kita jadi kaya ke ? Itu kebodohan orang yang sokong Najib.

- setakat ini tidak ada sedikit pun pulangan ataupun profit daripada pelaburan oleh 1MDB. Yang kita tahu duit itu sudah hilang. Duit hilang entah ke mana, tiba2 Najib mempunyai wang dalam akaun peribadinya sebanyak 2.6 bilion ringgit. Nampak dekat sangat ... ( kaitannya )

- Ini duit 1MDB lah yang diselewengkan. Diadakan 1MDB ini ialah supaya Najib dapat selewengkan duit ini, masuk kepada tangannya untuk diberi dedak kepada orang tertentu.

- Dan kita tahu wakil rakyat pun terima duit. Ini diakui sendiri oleh Shahrir. Shahrir terima satu juta ringgit. Mana mai duit ini ?

- Ahmad Maslan dapat dua juta. Takkanlah cuma Shahrir dengan Ahmad Maslan saja yang dapat duit. Sudah tentu ahli2 lain, wakil rakyat yang lain sudah terima duit.  Sudah terima duit, rasa terhutang budi kepada Najib dan sekarang ini sokong Najib walaupun jelas duit itu diselewengkan daripada 1MDB.

Kalau kita nak periksa, nak ada siasatan ... oh ini tak boleh, rahsia - OSA. Tapi bila dia nak cerita kata dia tak salah, aaa itu tak rahsia.


Dakwalah Saya Di Mahkamah .. Saya Nak Tanya Rosmah Hal Kapalterbang dan Beg



KLiK untuk ke Youtube

Kalau nak dengar saya jawab, dakwa saya ke mahkamah, dalam mahkamah saya boleh jawab. Dan saya boleh tanya, Bukan saja jawab, saya juga berhak ... peguam saya berhak bertanya. Dan kita nak tanya Najib .... kita nak tanya Rosmah, betul ke dak gambar Rosmah naik kapalterbang ... dengan 12 orang angkat beg besar2 ...

- kita ada MAS boleh pergi mana2 pun. Tapi dia kena sewa 80 juta ringgit sewa kapalterbang untuk dua bulan. Kata duit takde, bila minta, takde duit.

Target 6 Juta Deklarasi Rakyat !



KLiK untuk ke Youtube

Sepatutnya kita mempunyai 6 juta Deklarasi Rakyat untuk ditunjuk kepada Yang DiPertuan Agong dan Raja2 Melayu. 6 MILLION !

- Pilihanraya kecil bukan untuk menukar kerajaan tetapi untuk menunjuk kepada Najib betapa dianya dibenci oleh rakyat. Ini adalah satu Referendum. Satu ujian untuk menentukan benarkah atau tidak Najib disokong oleh rakyat.

Sebab itulah dalam Pilihanraya Kecil ini, amat penting sekali kita kalahkan BN ! Bukan saja kalahkan BN tetapi seboleh2nya supaya kita dapat rampas wang pendahuluannya. ( deposit )

Ini akan menghantar satu mesej yang tidak boleh disalaherti oleh Najib. Iaitu rakyat sekarang tidak lagi nak kepada DS Najib. 

... boleh menjelaskan kepada dunia, kepada rakyat Malaysia dan kepada Najib sendiri bahawa negara Malaysia sudah tidak hendak lagi kepada Najib.

Najib sudah melakukan banyak kesalahan


Full Video



KLiK untuk ke Youtube.



dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 12, 2016 at 8:06 PM delete

Parti najib mesti disungkurkan di K Kangsar dan Sg Besar.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 12, 2016 at 8:39 PM delete

En Din..Bila kita dengar pidato Tun Mahathir..Kita realized kita seolah-olah mendengar yang datuk kita sedang bercakap pada kita atas dasar perjuangan dan Tun Mahathir tidak perlu menjerit dengan bongkak dan berpidato dengan angkuh membangga diri.Hanya fakta hala tuju dan matlamat satu persatu di huraikan oleh Tun..He is really a charismatic Statesman..Maybe Tun baling gelas pun tak pecah..But slowly and surely Tun akan chip away ketaksuban ahli UMNO terhadap Najib and make them to finally see that Najib as a Prime Minister is actually a grave liability for UMNO as a ruling party.Hope they will see it before its too late.. God willing.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 13, 2016 at 7:24 AM delete

TEKNIK2 DAN CARA2 MENDAPAT REZEKI MUDAH, DUIT RAYA DAN MENJATUHKAN NAJIB.

"Di saat akhir berlaku benda-benda yang tidak sepatutnya sehingga sanggup jual undi. Lepas mengundi, ambil gambar dan tuntut duit. Ini yang berlaku di saat-saat akhir. Siapa yang buat seperti itu, saya tidak halalkan dunia akhirat," katanya hari ini.

-Izat Bukhari calon bebas k.kangsar.

Inilah taktik kotor umno.

Kepada pengundi k.kangsar dan sg besar....gunakan langkah2 dan kaedah seperti berikut,

1.pangkah BN

2.ambil gambar (pastikan henfon mode senyap)

3.pangkah lagi sekali calon parti Amanah/calon bebas/calon parti PAS.

4.tambah lagi di kertas undi, tulis kertas undi "umno najib KORUP"

5.keluar dewan mengundi

6.tunjuk gambar pangkah BN

7.buat tuntutan dari umno.(jika suruh bersumpah, sumpah aje ler...)

8.jangan lupa ucapkan terimakasih diatas pemberian hadiah!

9.ingat para pengundi! Lakukan langkah seperti diatas dengan cermat! anda boleh mendapat dua faedah iaitu;

10.tolak dan paksa najib letak jawatan kerana korup, zalim dan menganaiya rakyat.

11.dapat pemberian duit raya dari umno.

SELAMAT MENGUNDI!

P.s

1.Jangan risau,jangan khuatir kerana prinsip najib adalah "cash is king" atau "duit itu raja".

2.niat sebenar kita adalah demi masa depan anak2, agama bangsa dan tanahair.

3.kepada unit strategi dan gerak saraf parti Amanah dan parti PAS sila ambil perhatian! sila sebarkan di kubu kuat umno!!!!

Reply
avatar