KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, June 24, 2016

dinturtle

Zahid - Laknat Allah Kepada Penjawat Awam Yang Bocorkan Rahsia ! ( Termasuk Rahsia Kemungkaran ? )

Mkini
"...Jika ada di kalangan kita yg mungkin ada perasaan utk membocorkan atau berkongsi rahsia semasa kalangan kita atau dengan pihak luar, undang-undang tetap ada iaitu Akta Rahsia Rasmi (OSA), tetapi ia hanya selembar perundangan.

"Untuk orang Islam, Wallahi, sumpah yang menggunakan nama Allah Taala dan kalau kita melanggar, Allah wakil, saksi, dan ini dikhuatiri akan jatuh kepada sumpah laknat di mana Allah akan memberikan laknat kepada kita.

"Jadi sebelum laknat itu datang daripada Allah Taala, saya ingatkan diri saya sendiri dan kepada semua pegawai-pegawai kerajaan supaya menjaga kerahsiaan kerana itulah sumpah kita sebagai pegawai kerajaan,"

Tu dia ...... Zahid mengingatkan penjawat awam beragama Islam supaya jangan bocorkan rahsia kerajaan. Selain dari menyebut tentang Akta Rahsia Rasmi atau OSA, Zahid juga mengingatkan penjawat awam yang beragama Islam akan laknat Allah jika bocorkan rahsia kerajaan sesuai dengan sumpah perjawatan yang diambil.

Tapi Zahid bukan bagi amaran, sekadar satu peringatan saja ......

"Ini bukan satu amaran, sekadar saya ingin mengingatkan diri saya dan kita semua kerana inilah madrasah Ramadan yg harus kita hayati agar kebaikan-kebaikan ini dapat diteruskan dan mudah-mudahan kita dapat latihan dengan pertahan diri dan kawalan diri,"


Lain macam je peringatan dari Zahid ni .... Takut ada yang bocorkan rahsia ke ? Rahsia tentang apa ?

Bab sumpah2 ni saya tak berapa mahir cuma yang saya tahu, apa saja sumpah, jika ianya bertentangan dengan syariah akan terbatal dengan sendirinya. Tidak ada laknat dari Allah ke atas mereka yang melanggar sumpah atas namaNya jika sumpah itu menyokong perkara mungkar.

Mungkin saya salah tapi itulah pandangan saya. Yalah, zaman Najib ni pelbagai tafsiran baru dibuat agar semuanya terarah kepada mempertahankan Najib, 1MDB dan Jho Low.

Setahun yang lalu, akibat kebocoran maklumat badan penyiasatlah maka WSJ mengeluarkan artikel 2.6 bilion dan lain2 berkaitan 1MDB. Sebab itulah segala maklumat berkaitan 1MDB yang didedahkan oleh WSJ itu SAMA dengan apa yang dibentangkan oleh PAC, sebab sumbernya sah.

Sehingga kini cai2 Najib termasuk 1MDB sendiri masih belum dapat membuktikan mana2 pendedahan mengenai 1MDB atau SRC yang mereka katakan sebagai fitnah. Sebaliknya cai2 Najib lah yang menfitnah kononnya semua pendedahan itu adalah palsu.

Tunjukkanlah mana satu yang palsu ..... kita nak tahu juga. 

Fikirkan ..... apakah tindakan pembocor maklumat yang menyebabkan kes 1MDB dan 2.6 bilion terdedah kepada umum itu satu tindakan yang dimurkai Allah ?

Bayangkan sekiranya isu 1MDB idak meletup dan mampu didiamkan oleh kerajaan ..... agak2 apa yang berlaku sekarang ? 

Yang tak boleh diubah adalah hakikat 1MDB berhutang keliling pinggang dan tidak ada bank lagi yang mahu pinjamkan duit lagi. Hutang tetap kena bayar balik ..... so dari mana Najib akan korek duit itu ?

Jawabnya dana2 awam yang kaya raya dengan wang rakyat la ! Bon lagi ....malah berbon-bon lagi selagi hutang2 belum settle. Buat hutang untuk bayar bunga hutang lama ! Hutang makin bertambah .... sampai bila ?

Tanah TRX tu tak payah cerita lah ..... kita sendiri dah nampak bagaimana 1MDB jual sebahagian TRX kepada Tabung Haji sebab terdesak nak bayar bunga hutang bank Yahudi.  Kalau tak disebabkan tindakan pembocor maklumat, mungkin saja perkara ini rakyat tidak akan tahu. Dan kita tidak boleh tolak kemungkinan banyak lagi tanah2 TRX akan dijual untuk bayar bunga2 hutang yang masih lama perlu diservis.

Apakah tindakan membocorkan maklumat penjualan tanah TRX itu satu perbuatan yang dilaknati Allah ?

Pendek kata - Kalau bukan disebabkan kebocoran maklumat yang menyebabkan kes 1MDB meletup, 1MDB akan masih aktif sehingga kini. Bukan aktif berniaga tapi aktif berhutang dan mengorek dana2 awam untuk bayar hutang ! 

Kerajaan telah menetapkan 1MDB tidak akan lagi meminjam pada awal tahun lalu namun jumlah hutangnya telah meningkat kepada lebih RM50 bilion dek sebab bunga dan kadar tukaran wang. Kalau 1MDB terus juga berhutang ..... mungkin saja jumlah hutang itu bakal meningkat sehingga RM70 Bilion ..... 

Bila nak berhenti ? Mungkin bila dana2 awam semua dah kering dan tanah TRX pun dah habis dijual barulah 1MDB akan berhenti meminjam.

Begitu juga dengan isu RM2.6 bilion. Kalaulah tidak dibocorkan maklumat 1MDB, mungkin kita tidak akan tahu mengenai deposit 2.6 bilion yang masuk akaun Najib itu. Najib gerenti tidak akan dedahkan.

Dan entah berapa orang lagi penderma Arab akan dermakan berbilion2 lagi ke dalam akaun Najib tanpa seorang pun tahu ?

Yalah, cerita beratus2 juta ringgit selain dari dana RM2.6 bilion yang masuk akaun Najib itu pun disenyapkan. Begitu juga segala perbelanjaan mewah Najib Rosmah yang didedahkan yang mana sumbernya BUKAN dari dana 2.6 bilion. Langsung tidak ada siapa yang mahu bersuara bertanyakan hal itu ! 

Adakah tindakan mereka yang TAHU mengenai perkara itu tapi mendiamkan diri dek sebab sumpah perjawatan untuk tidak membocorkan rahsia, merupaka tindakan yang diredhai Allah ?

ATAU sebenarnya Allah melaknati mereka itu kerana turut sama bersekongkol dengan kemungkaran ?

Entahlah .... fikiran saya mengatakan, Allah tidak akan sekali2 terima sumpah atas namaNya jika sumpah itu melindungi kemungkaran.

Then again, semuanya bergantung kepada tafsiran masing2 ...... kerana sayang, bab ini pihak Mufti2 dan badan agama yang bertanggungjawab tidak mahu berikan komen.

Yang kita nampak dengan jelas - apa saja berkaitan Najib, 1MDB dan Jho Low .... adalah halal. Yang menegur dan mahu menuntut keadilan pula dilabel sebagai haram.

PS - Hari Raya tahun ni Umno tak mahu keluarkan sampul raya muka Jho Low ? 

contohnya -


dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

16 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
June 24, 2016 at 6:31 AM delete

Laknat Allah juga bagi bersumpah dengan wallahi tetapi berbohong, melakukan khianat Dan tidak amanah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 24, 2016 at 7:32 AM delete

Sekarang mereka diberi Istidraj. Firaun Firaun juga mendapat keistimewaan tersebut sebelum bala bencana dari Allah akan datang. Tahun lepas dan tahun sebelum terbongkarnya sudah Allah bagi amaran dengan pelbagai Bencana. Masih tidak insaf dan sedar. Adakah kita mahu BALA BENCANA YANG MAHA HEBAT. Harta kekayaan negara bukan milik Pemerintah, Jangan di khianat Amanah yang diberi. Jangan dipermainkan Soal agama. Kelak menangis airmata Darah bila bencana Allah turunkan. Kemenangan 2 PRK BUKAN RAKYAT TOLAK TUN M DAN DEKLARASI RAKYAT, TAPI ITU ADALAH TANDA SUPAYA BN MAKIN LEKA, TAKBUR DAN TAKSUB. INSHA ALLAH SAMPAI MASANYA, kita lihat bagaimana Pengkhianat pengkhianat harta negara dan rakyat ini mendapat balasan satu persatu. Malam kemenangan teraebut pun Allah telah Aibkan seorang menteri bangang yg angkuh dan taksub. Terlondeh nampak seluar katak putih. 😂😂😂😂😂 - Abu Khan

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 24, 2016 at 11:36 AM delete

Apakah sikap Zahid apabila seorang ketua negara menyelap berbillion ringgit wang rakyat? Adakah ini tidak dilaknat Allah? Sudahlah rakyat kehilangan wang mereka pula ditipu dengan berbagai alasan yang tidak betul sehingga memberi maklumat palsu dalam parlimen. Zahid menyokong semua perbuatan ini?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 24, 2016 at 2:39 PM delete

Seorang yg paling tak layak nak cakap pasal agama. Keluar
dari mulut pembohong...geli geman satu badan bila dengar Zahid
Komidi cakap pasal akhirat/laknat/dosa/peringatan...

sepatut nya dia bercakap pasal ahli UMNO YG TERIMA "DEDAK"
supaya tolak pemberian dari sesiapa pun...Zahid mudah lupa
petanda dah beliau terima dalam bentuk pemergian menantu
masih lagi nak cakap bohong...Zahid rakyat tidak berdiam
rakyat tetap akan berdoa supaya pemimpin yg fasik dapat balasan
di-dunia ini...sudah tentu di-akhirat tidak akan lepas.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
June 24, 2016 at 2:45 PM delete

saya pernah memberi tahu ds zahid secara ikhlas bahaw factor kebolihpercayaan (believability) harus senentiasa ujud bagi mempertahankan 'credibility perception' kita.

buat masa sekarang sungguh pun ianya sudah mula terhakis, namun kedudukan nya masih lebih baik jika d banding dgn ds najib.

dia perlu membuat keputusan segera sama ada mahu kekal dgn regim yg sudah makin pudar atau menjauh kan diri supaya tidak d tuduh bersekongkol.

Reply
avatar
June 24, 2016 at 3:39 PM delete

Ostad mana yang mengajar si Zahid Hamidi ni, tak mungkin se seorang yang mengaku pakar "AGAMA ISLAM" walau pun menjadi penasihat kepada kerajaan yang korap ini, yang mengajar nya. Itu pun belum tentu kerana di dalam mulut penuh dengan "DEDAK" sehingga tak mampu untuk berkata benar. Atau mungkin si Zahid ni bergurukan ostad ostad yang di gelar "SERBAN LONGGAR" kot.

Reply
avatar
June 24, 2016 at 3:57 PM delete

Saudara Din,
ada yang tertinggal
Cantik kad raya yang kamu cadang kan itu. Si Cina muka tembam ni dah “MASUK” Islam ke
dan mungkin dah pergi “NAIK” aji untuk “MENCUCI” kan wang 1MDB yang sebahagian habuan nya dia terima. Bukan kah ramai para pemimpin akan keMekah untuk bertaubat konon setelah melakukan pelbagai kerosakan. Kalau begitu senang lah mereka yang kaya raya, akan ke Mekah setelah melakukan pelbagai maksiat, tak gitu saudara ku. Kalau begitu ALLAH ternyata tak adil. Tapa apa yang saya tahu bahawa ALLAH itu Maha Adil dan bukan kesemua para lanun yang telah menjarah harta Negara akan di ampun kan dosa dosa mereka, termasuk mereka, khas nya orang ME-layu yang bersekongkol dengan mereka.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 24, 2016 at 4:31 PM delete

Kalu bocor rahsia di laknat Allah..kalau mereka membuat kemungkaran dan anda berdiam, adakah anda akan mendapat rahmat?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 24, 2016 at 4:50 PM delete

sama ada Allah melaknat seseorg atau tak itu hak Allah. sama la juga sama ada seseorg tu masuk syurga ke neraka. sejak rapat dgn pas ni makin ramai pula dari umno (dan pas) yg dah pandai melantik diri sendiri jadi jurucakap bagi pihak Allah. diorg semua dpt wahyu kot.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 24, 2016 at 7:02 PM delete

Yang wajib di haramkan yang haram di halalkan.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
June 24, 2016 at 9:02 PM delete

Salam Bro

Itulah Melayu...sikit sikit laknat Allah...Dosa itu dosa ini. Yang jelas melayu memang BANGSAT. Kepimpinan bangsat yang pastinya untuk sibangsat juga.

Sudah sudahlah becakap pasal agama, dosa dan pahala. Orang yang tak beragama pon ada yang lebih baik dari korang yang megah berketayap dan berjanggut tetapi ternyata tidak berakhlak. Cikgu sivik aku dulu Mohan Singh pun lebih mulia dari korang kerana dia mengajar kita supaya berakhlak mulia dan menjadi manusia berguna. Tok sah bertopeng Agama Islam dan nama Allah bercakap pasal akhlak.

Apa?
Merahsiakan salahlaku pemimpin itu satu kewajipan?
Bersekongkol dengan amalan rasuah itu satu kewajipan?
Penyelewengan dan penipuan itu sesuatu yang wajib dirahsiakan?
Merampas, menipu, menindas itu satu perlakuan terpuji?

Melayu memang pandai!
Mat Maslan mengaku pandai tapi ternyata amat bodoh
Hassan PAC cukup pandai meyunting kata kata...kerana cari makan.
Apandi...hakim yang bijaksana...otak entak kemana
Nan Mansor...raja tunku masak...hebat orangnya
Hishamuddin...bangsawan yang bangsat
Sallekh Kruak, Azalina, Rahman Dahjalan, Nazri Aziz...semua pemimpin hebat.
Zahid Hamidi...seorang Phd...cakap tong kosong yang tak pernah terbukti.

Begitulah hebatnya hulubalang Najib...

Cuba senaraikan 3 sumbangan baik Najib terhadap Negara...Ade ke?
Tak terlintas walau satu pon diingatan kita.

Senaraikan sumbangan Tun Mahathir kepada Negara...
PLUS, LRT, KLIA, SIC, Smart Tunnel, Petronas, Proton......itu baru sebahagian perkara fizikal yang dapat kita nikmati....terlalu banyak untuk disenaraikan.

Yang paling kita sanjung ialah Tun Mahathir menjulang Malaysia dipersada dunia. Kita Bangga sebagai rakyat Malaysia kerana pimpinan Tun Mahathir.

Kini kita teramat malu sebagai rakyat Malaysia kerana Najib.

Bangsat!....Haramjadah!

Ternyata kamu semua bangsat
Melayu telah menjadi satu bangsa yang amat bangsat kerana korang semua.

Siapa yang seharusnya dilaknat Allah?

Reply
avatar
June 24, 2016 at 10:19 PM delete

Yg bersalah besar di sisi Allah bukanlah mereka yg membocorkan rahsia jenayah rasuah dan penyelewengan kuasa dan dana negara.

Mereka yg menyokong dan bersyubahat dengan para pemimpin yg telah melakukan jenayah2 tersebutlah yg dimurkai Allah.

Sungguh bahaya jika jadi ketam yg nak mengajar anaknya berjalan betul dan lurus.

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
June 25, 2016 at 12:45 AM delete

Sebelum ini , ketua dia kata Allah swt merehdakan segala perbuatan dia dengan memberi kemenangan di sg besar dan kuala kangsar .

Ini si Zahid pula berkata pembocor perbuatan mungkar nangkir akan di laknat Allah ...

Apa ? manusia dua ekor ni ada terima wahyu ke ...??

Reply
avatar
June 25, 2016 at 1:12 AM delete

Err...bkn semua melayu bangsat....ada ramai tapi bukan semua...jgn terlalu emosi saudara...nampak sangat kemarahan tu...

Reply
avatar
June 25, 2016 at 11:40 PM delete

Dr. Zahid hamidi bekas jurucakap DSAI di perhimpunan Agong Umno, masa dsai jadi TPM..

Kena ISA,2/3 hari n penyepak sibiji dua, terus dia patuh ke Che det.... now dia berimamkan dsn bersama2 dengan RM@rosmah mansor n RM@RINGGIT MALAYSIA...bersama2 ngan anaknya n adeknya dok balun RM....

Itulah pemuko2@pembela2 umno dsn now....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 9, 2016 at 7:59 PM delete

ohh ini aliran bahaya.ini msti dzmz punya geng2.kpd zahid aka tpm, sumpah amanah dan bertanggungjawab melaksanakan tugas xda ke?sumpah tidak salah guna kuasa dgn menggunakan kapasiti sbg mnteri utk kpntingan dan keuntungan diri sndiri, keluarga dan yg berkait.

Reply
avatar