KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, July 22, 2016

dinturtle

1MDB Dan Jabatan Kehakiman Amerika ...... PANAS lah BONTOT !



Semalam heboh satu dunia bila  US Department Of Justice atau Jabatan Kehakiman Amerika menfailkan saman bagi merampas aset yang dikaitkan dengan penggubahan wang haram 1MDB di Amerika. Memandangkan amaunnya merupakan yang paling besar dalam sejarah  bagi saman seumpamanya di Amerika, satu dunia beri perhatian kepada skandal 1MDB !

Kebetulan saya offline semalam, maka saya agak ketinggalan, maka saya copypaste link artikel2 yang berkaitan untuk rujukan.
.

DOJ kesan tiga tahap pengubahan wang haram melalui 1MD

DOJ: AS$731j 1MDB disalur ke akaun 'Malaysian Official 1'

DOJ: Riza dakwa dana AS$94 juta adalah hadiah

'Rakyat ditipu besar-besaran, dana 1MDB biayai hutang judi'

Pua dakwa 'Malaysian Official 1' ialah Najib

Siapa 'Malaysian Official 1' dalam saman sivil DOJ?

TANORE FINANCE - Inside Story Of The "Saudi Royal Donation" - The FBI Files Continued

A THIEF AND LIAR, CAUGHT RED HANDED BY THE FBI! - PM Najib Razak ["Malaysian Official Number 1"] Is Unmasked!

Goldman Sachs under spotlight in Malaysian fund scandal

United States Seeks to Recover More Than $1 Billion Obtained from Corruption Involving Malaysian Sovereign Wealth Fund 

FULL INDICTMENT

Youtube Part 1
Youtube Part 2
Youtube Part 3
Youtube Part4


MEMANG GEMPAK GILER  ! !

Yang kelakar adalah respon cai2 Najib dalam usaha mereka memperkecilkan tindakan DOJ US itu -

Rahman Dahlan kata Nama PM langsung tak disebut
( Ya..... mereka hanya sebut Malaysian Official 1 ! Dan MO1 itu pula punya pertalian dengan Reza Aziz, berkuasa dalam 1MDB dan terima bilion2 dari Tanore Finance .... SIAPA LAGI ? ? )


Salleh Keruak kata 1MDB tak pernah kata wangnya hilang, dicuri
( Bila disebut pegawai2 1MDB turut terlibat, apakah mereka akan mengaku wang syarikat hilang ? )

AG Apandi berkata Tiada bukti wang digelapkan, PM tak disebut
( what do you expect dari seorang peguam negara yang boleh arahkan kes ditutup atas alasan Najib tidak tahu wang dalam akaunnya datang dari SRC, tapi wangnya tetap dibelanja sakan ! )

Ada juga yang kata mungkin pegawai DOJ bertindak tergesa2 !  

Hadooooi .... punyalah panas buntot sampai melompat2 ..... apapun, yang kita yakin, bila melibatkan kes besar dan berprofil tinggi apatah lagi melibatkan dunia Hollywood (  Filem yang menang award dan pelakon terkenal yang pastinya menarik perhatian RAMAI bukan saja dari dunia politik tapi juga hiburan ) dan melibatkan PM sebuah negara luar, pastinya pegawai2 DOJ akan buat siasatan yang rapi dan cukup bukti2 sebelum mereka berani buat sidang akhbar dan seterusnya menfailkan saman.

Jangan samakan peri pentingnya nilai Kredibiliti dan Integriti antara pejabat AG Amerika dengan AG Malaysia !

Mengambilkira keseriusan skaldal 1MDB kini, sememangnya patut Najib dan semua mereka yang terlibat dalam 1MDB diBEKUkan jawatan mereka. Terpulanglah samada nak bercuti atau digantung tugas sehingga kes ini selesai, sebab dunia memerhati kita sekarang. Tolong jangan terus memalukan nama negara !

Berjiwa besar dan bersikap Gentleman lah .....  

Pemimpin2 Umno dan kerajaan masih lagi nak pertahankan Najib dan 1MDB ? Memang memalukan ......  paling tidak pun, tuntutlah Najib supaya berdepan dengan rakyat dan perjelaskan dalam sesi dua hala yang terbuka.  Sekurang2nya yakinkan rakyat yang anda tidak bersalah. 

Macam ini nak berdepan dengan PRU14 ? 


Oya, Najib dan cai2nya serta 1MDB tidak mahukah keluarkan NOTA BANTAHAN kepada DOJ Amerika ? Walaupun DOJ hanya mahu merampas aset2 yang dibeli menggunakan dana yang asalnya dari 1MDB, tapi cuba dengar ayat2 yang para pegawai DOJ gunakan dalam sidang akhbar itu -

.... stolen from 1MDB ....
.... a number of corrupt 1MDB officials ....
..... these officials and their associates conspired to misappropriate and launder billions of dollars from 1MDB ...

Jangan sekadar perkecilkan tindakan DOJ, tapi lawan balik .... kalau anda di pihak yang benar ! 

PS - Zahid senyap jer ? 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

22 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 6:14 AM delete

Wang onemdb pula diguna utk bayar hutang perjudian di las vegas.

Masih ada lagi yang cakap nama najeeb tak disebut? Saja buat2 bodoh ke? Semoga mereka dan keturunan mereka menjadi bodoh kekal...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 7:28 AM delete

Aku tanya apa khabar?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 7:59 AM delete

lepas ni mesti diorang tuduh tun mahathir berpakat/konspirasi dengan US/yahudi/FBI untuk menjatuhkan PM..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 8:09 AM delete

Pemuda umno dan geng baju merah tak nak buat demo ke lepas jumaat ni kat depan kedutaan amerika? Nanti boleh tulis besar2:

AMERIKA JANGAN GANGGU PEMIMPIN MALAYSIA NAK KEBAS DUIT RAKYAT.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 8:11 AM delete

Memang set keturunan bodoh pun

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 8:34 AM delete

Pengomen talibarut2 Najib ni kata org hendak menghabiskan sisa-sisa kuasa. Malah, takde nilai pun komen2 mereka melainkan spt habuk yg ditiup angin.
Muah..ha...ha....

Reply
avatar
July 22, 2016 at 10:11 AM delete

28. MALAYSIAN OFFICIAL 1 is a high-ranking official in the Malaysian
government who also held a position of authority with 1MDB.

During all times relevant to the Complaint, MALAYSIAN OFFICIAL 1 was a “public official” as that term is used in 18 U.S.C. § 1956(c)(7)(B)(iv) and a “public servant” as that term is used in Section 21 of the Malaysian Penal Code.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 10:54 AM delete

Zahid senyap ada makna tu!Konon2nya ini lah peluang dia akan naik pangkat lagi iaitu PM dengan cepat sekali. Padahal dia pun tak layak, sbb awal2 dah menipu rakyat!

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 22, 2016 at 11:26 AM delete

Salam Bro

Dipagi Jumaat ni kita mulakan dengan istigfar.
AstargfirullahAlAzim! AstargfirullahAlAzim! AstargfirullahAlAzim!

Perasaan sedih dan terharu menyusup dihati...apa yang kita harapkan akhirnya termakbul. Setelah jalan menuju kebenaran di "road blok" oleh AG Apandi dan IGP Khalid...akhirnya terbuka laluan highway yang dibina oleh orang luar...tak de kuasa AG dan IGP nak sekat. Maka lancarlah perjalanan dan di iringi oleh laluan dari Swiss dan Singapura maka laluan highway USA ni memang first class...siap dengan nama jalan jalan tikus dan tikus tikusnya sekali!..laluan tikus diterangi lampu bergermelapan macam hari raya dan krismas.

Memang kita jangka suara suara pencacai Najib, malahan Najib dan AG sendiri akan dengan tak malunya mengatakan Najib tak disebut dan akan bekerjasama dengan DOJ dan akan mendakwa sekiranya ada kesalahan....Ptuuihh!....Memang muka tak ada kemaluan....dia orang ni kalau kita cakap berbunga sikit tak akan paham...bukan tak paham...sengaja buat tak paham!...

"Malaysian Official 1" and "The court documents also say Riza is a relative of Malaysian Official 1." Berapa ramai sedara Riza yang jadi "Malaysian Official 1" yang juga disebut menerima USD 681 million dalam akaun peribadi di AMBANK!...Heh!...

Tan Sri AG Pandir, Tan Sri IGP Khalid, Salleh Kruuk, Rahman Dahlan, Mafia Nazri, Azal Lena, Ijat, Hassan PAC, Hadi Aweng, Haron Deen...nak kata kamu semua tak paham english...kamu skolah very high...atau memang kamu semua <<< School High High Stupid Never Finish >>>...kalau terjemahan melayunya <<< Sekolah Tinggi Tinggi Bongok Tak Habis Habis >>> korang nak terjemahan jawa...tu si Wak Zahid yang ada PHD...ko tanya jawa tu...atau Wak zahid ni dah tak tau cakap jawa lagi...Nah ini terjemahan jawa nya <<< Skolah he ndour ndour Goblokke ora iso entek >>>

ADA PAHAM SEMUA?...GOBLOK!...

Salam semua pembaca blog...maaf...kerana marah didalam ni tak dapat dibendung...kita kena luahkan...kalau tak nanti kita stress...ok!

Bagi anda yang belum berkesempatan membaca atau tertinggal berita semalam...Anda boleh baca dengan teliti dokumen DOJ tersebut...sila layari laluan berikut: download dan simpan untuk bacaan dan pencerahan....semuanya in english...yang kita semua boleh baca dan paham...betuk tak?

http://www.wsj.com/public/resources/documents/1MDB-Filing-07-20-2016.pdf

Bro...macam mana rakyat tak marah dengan si dunggu Najib and the crooks ni. Semakin hari semakin bodoh dan dunggu. Janganlah rakyat nak diperbodohkan lagi dengan kebodohan mereka semua. Kepada mereka yang sayangkan Malaysia...sebarkanlah maklumat yang benar kepada keluarga, rakan, jiran, kenalan dan mereka yang rapat dengan kita. Tak kira besar atau kecil kumpulan kita...yang penting KEBENARAN yang kita hebahkan dan pilihan ditangan kita untuk menentukan masa depan negara dan anak cucu kita.

Selamat berjuang!


Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 11:27 AM delete

Yang aku tak berapa faham ialah tentang kejadian pembunuhan se orang pegawai polis Amerika di sebut oleh Peguam Negara US itu dalam press statement yang sama se oleh-olah ia ada kaitan dengan usaha menelanjangkan salahlaku mereka yang mencuri wang 1MDB. Apa tanggapan admin berkenaan perkara ini?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 11:54 AM delete

Tuan, saya nak koner sikit saja....bermakna juga, AG di US, yang beragama selain dari Islam ataupun ateis, mempunyai harga diri, maruah diri, integriti yang lebih tinggi dari rakan sejawatan nya yang bergelar AG Malaysia yang beragama Islam dan integriti yang di tunjukkan oleh AG dari Amerika ini, lebih menepati dan lebih dekat kepada kehendak dan ajaran Islam yang kita anuti.

Mana dia puak puak agamawan di Malaysia yang menjerit kafir harbi, perjuangkan Islam, dan seangkatan dengannya untuk membidas sikap pemerintahan Malaysia sekarang?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 1:07 PM delete

Lagi panas luahan Azrene fr her blog.
Is it true?

Reply
avatar
FZL Resources
AUTHOR
July 22, 2016 at 1:16 PM delete

Btul...awal2 kata berjumpa dgn penderma....Skrg duit org yg bagi derma tu ....sumbernya dari 1mdb.......Nak percaya siapa? DOJ ada bukti bank statement....SPRM/ PAC/ Peguam Negara xda bukti bank statement.....x berani tunjukk...

Reply
avatar
Orang Sabah
AUTHOR
July 22, 2016 at 1:45 PM delete

BEGINIlah...

Rakyat protun kata Malaysian Official 1 itu ialah najib.
Betul?

Rakyat projib pulak cakap tiada nama najib disebut...jadi najib tidak terlibat...Betul?

So..saya mahu tanya rakyat yang projib, jika kamu mengaku kamu cintakan agama bangsa negara, pencinta keadilan, muslim sejati dan pembenci fitnah,...boleh bagitau tak SIAPA MALAYSIAN OFFICIAL 1 itu ikut teori kamu?

Ayuh..sama2 kita humban Malaysian Official 1 ke penjara dan hukum dia seberat2nya...

Sila jawab dengan kadar segera! Ingat, ini demi kebaikan dan kepentingan rakyat negara ini. Tunjukkan kejujuran kamu dan jangan cuba alih isu. Sekian

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 2:51 PM delete

SANGGUP dia jadi saksi palsu kan??? duit dan kuasa punya pasal? Masya Allah...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 4:15 PM delete

Eh tak baca ke kan Salleh Keruak dah kata...DOJ tu buat kenyataan berdasarkan lapuran/report yang diterima ,bukan yang Amerika tahu sebenarnya.....maksudnya disini report yang dibuat oleh Tun lah!!...Banggang sungguh siSallen ni....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 4:18 PM delete

Setuju 100% dengan saranan ORANG SABAH.

Reply
avatar
Nenekghuffran
AUTHOR
July 22, 2016 at 5:07 PM delete

Saya telah sebarkan maklumat2 ini kpd group WA adik beradik saya...tiba2 seorg adik saya terus 'left'...
Senang ckp mmg akan ada manusia yg lansung tak nak percaya kpd kebenaran sebaliknya tetap menganggap itu semua fitnah atau konspirasi... yg peliknya bukannya dia org kampung yg tak sekolah tp bekas pegawai kanan kerajaan yg skrg buat bisnes dpt projek kerajaan juta2 sbb sendiri ckp ada bayar wang 'bawah meja'....sedih...sedih...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 22, 2016 at 8:23 PM delete

Begini lah org sabah...
Memandangkan projibby tak boleh jawab dgn kadar segera,saya di pihak TDM jawab lah ye...
1.Najib Razak ialah MO1
Sbb tak mahu nnt diorang kata tu nombor plet kereta kat melaka,MO1. Saja diorang nak alih isu....hahaha

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
July 22, 2016 at 10:46 PM delete

Telah di jangka , sudah di agak ....dua ekor manusia ni akan berbunyi albeit slow sikit . Nak cari idea .

Menteri penjilat tegar , Deoramon Dahlan dan Salleh Kruuk ( bilang Putrakraken ) menyatakan nama Najib langsung tak di sentuh ???

Sungguh sedih ... mengapalah nasib Malaysia mempunyai menteri yang sungguh bangang !!

AG Malaysia pula lebih mirip kepada Anggota Gaban ... otak langsung tak bolih guna .... Adakah mereka mereka ni semua sudah di bomohkan ????

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 23, 2016 at 4:45 PM delete

1MDB punya hal,selain hilang berbilion RM , ada yang kena pecat,ada kena tukar,ada yang hilang jawtan,ada kena dakwa, ada kena pencen ,ada yang dapat jawatan,ada yang naik pangkat,ada dapat sumbangan,ada yang meracau-racau bagi kenyataan,ada terpak bodek mengampu,ada yang terpaksa yang keluar wang poket lebih,ada yang jadi muka tembok,ada yang tubuh parti baru, ada yang tak mau letak jawatan...macam macam. Warna warna 1MDB !

Reply
avatar