KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, July 15, 2016

dinturtle

1MDB Syarikat Bilion2 Yang Idealistik Tapi Penyata Bank Pun Takut Nak Tunjuk Audit @ 1MDB Kencing Dana Cayman

Mkini 13/7
Menarik andaian yang dibuat oleh Tony Pua ini. Mengambilkira yang Tony merupakan ahli Pac, sudah bertemu saksi2 dan baca lapuran JAN yang ori dan pastinya tahu lebih banyak mengenai skandal 1MDB tapi tidak dapat mendedahkan apa yang beliau tahu dek sebab kekangan OSA, sebarang andaian atau persoalan yang beliau kemukakan harus diperhalusi. 

Maksud saya, ada kemungkinan persoalan yang ditanya adalah berdasarkan apa yang beliau tahu dan ia lebih berbentuk mesej dan bukannya satu soalan. Contohnya, katakanlah seorang bernama Bijan disyaki mencuri di sebuah kedai dan kita tahu satu fakta mengenai Bijan yang boleh kaitkannya dengan pencurian itu. Tapi kita tidak punya saksi dan fakta itu pula tidak diketahui umum kecuali hanya mereka yang rapat dengan Bijan saja yang tahu.

Jadi bagaimana kita mahu dedahkan fakta itu tanpa mendedahkan sumber maklumat itu ? Kita tanya soalan yang mengandungi fakta itu ! Soalan sebenarnya menjurus ke arah pendedahan maklumat rahsia yang hanya kita saja yang tahu.

Tidak ada siapa akan terfikir mahu bertanya berapa banyak duit dalam akaun Bijan sebab semua orang sangka Bijan tak berduit, dan Bijan tidak pernah dilihat pergi ke bank pun. Tapi kita diberitahu bahawa dalam akaun Bijan ada satu deposit besar yang boleh mengaitkan Bijan dengan kes kecurian itu. Makanya kita minta Bijan tunjukkan penyata banknya. 

Soalan itu dengan sendirinya menimbulkan keraguan di minda orang ramai dan Bijan terpaksalah berputar lidah membelit bagi mengelak dari menunjukkan baki dalam akaunnya ......

OK, balik kepada andaian Tony Pua  di atas .....

"Berdasarkan keterangan Deloitte kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), juruaudit khususnya berkeras mahu 1MDB dapat menebus sebahagian besar, jika tidak semua pelaburan di Cayman,” kata Pua yang juga anggota PAC dalam satu kenyataan semalam.

"Akaun akhirnya ditandatangani oleh Deloitte apabila 1MDB dapat menunjukkan kepada juruaudit bahawa AS$1.22 bilion telah ditebus. Wang itu bagaimanapun, tidak dibawa pulang ke Malaysia."

Beliau menegaskan bahawa penyata kewangan 1MDB pada Mac 2014 menyatakan bahawa jumlah yang ditebus daripada pelaburan di Kepulauan Cayman sebaliknya digunakan sebahagian besarnya untuk tujuan pembayaran faedah hutang, modal dan bayaran kepada Aabar (Investments PJS Ltd atau Aabar BVI) sebagai deposit yang dikembalikan."

Walau bagaimanapun, berikutan siri pendedahan oleh Sarawak Report, Pua berkata kini terdapat kebimbangan bahawa tidak ada wang sedemikian yang ditebus dari dana yang dilaburkan Cayman.

Menurut Pua, adalah didapati bahawa 1MDB, melalui anak syarikat milik penuhnya Global Investment Limited (1MDB GIL), kemudiannya membuat beberapa pembayaran yang besar kepada Aabar BVI pada 2014.

"Mengapa 1MDB GIL membayar Aabar BVI wang berkenaan meskipun tidak ada transaksi, perjanjian perniagaan atau urusan antara kedua-dua entiti itu?

Pua mendakwa transaksi itu seolah-olah cuba untuk "memperdayakan" Deloitte untuk menerima bahawa dana yang kononnya diterima daripada pelaburan Kepulauan Cayman telah digunakan untuk membayar Aabar BVI.

"Pokoknya, wang yang digunakan untuk membayar Aabar (BVI) bukannya datang daripada pelaburan kontroversi Cayman tetapi daripada dana 1MDB sendiri melalui anak syarikat milik penuhnya, 1MDB GIL!" kata Pua.


Anda faham apa yang cuba diberitahu oleh Tony di atas ?

1 - Dana Cayman tak wujud pun. Duit dah lesap..  USD1 bil lebih dah disapu oleh Jho Low melalui Goodstar. Macamana yang 1MDB boleh kata ia dah tebus keseluruhan pelaburan serta untung berjumlah USD2.318 bil kalau duit modal dah lesap ?

Sebab itu dana USD2.318 bil itu walaupun dikatakan telah ditebus oleh 1MDB, perjalanan dana itu selepas dibawa keluar dari petrosaudi penuh misteri. Tidak pernah sekalipun 1MDB tunjukkan bukti akan kewujudan dana itu selain dari cakap kosong jer.

2 - Bila rakyat bising dan tuntut duit itu dibawa pulang, punyalah berbelit pihak 1MDB jawab. 

Setengah dah tebus ..... Mana dia ? 

Ooooh ... dah habis bayar Option dan lain2 kos. .... Mana bukti dah bayar ? 

Tak pernah ditunjukkan bukti. Sekadar cakap saja ....

Setengah lagi dah masuk BSI .... Tunai ! Najib cakap.....  Kenapa tak bawa balik ?

Oooh ... peraturan Bank Negara menyusahkan.  .....Tapi orang Singapura kata takde duit pun kat BSI ?

Eeeeh .... sori, bukan tunai tapi Unit. ...... Unit apa ? 

Unit lah, Just Unit ! ....... Hahahahahaha ..... Ok, ok, bawa balik juga Just Unit tu.

Tak boleh. Dah rezab nak bagi IPIC.

Nampak ? Keseluruhan USD2.318 bil itu langsung tak nampak batang hidung dah ! Cakap2 saja. Kalau syarikat lain ( selain 1MDB ) atau babitkan orang lain ( selain Najib dan Jho Low ), dah lama kena pelangkung ! Cubaan memperbodohkan rakyat. 

Apa, ingat rakyat Malaysia ni semua macam orang Umno ke ?


3 - Tapi macamana Deloitte boleh sahkan kewujudan dana itu ?

Pua mendakwa transaksi itu seolah-olah cuba untuk "memperdayakan" Deloitte untuk menerima bahawa dana yang kononnya diterima daripada pelaburan Kepulauan Cayman telah digunakan untuk membayar Aabar BVI.

"Pokoknya, wang yang digunakan untuk membayar Aabar (BVI) bukannya datang daripada pelaburan kontroversi Cayman tetapi daripada dana 1MDB sendiri melalui anak syarikat milik penuhnya, 1MDB GIL!"


Mengikut pendedahan Sarawak Report dari apa yang didakwa sebagai Laporan JAN ( yang lebih seminggu masih tidak dapat disahkan oleh pihak berkuasa ) -


...... hasil penebusan portfolio SPC berjumlah USD1.392 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank Brazen Sky Ltd. telah dipindahkan kepada 1MDB Global Investments Limited (1MDB GIL). Tindakan tersebut tidak mematuhi arahan Lembaga Pengarah 1MDB yang meminta penebusan dana portfolio SPC dibawa balik ke Malaysia.


Oooooh ..... kononnya dimasukkan terlebih dahulu ke dalam akaun 1MDBGIL selepas ditebus dari Cayman, kemudian baru bayar Option dan lain2 kos menggunakan akaun 1MDBGIL. Lepas itu dakwa sebagai telah bayar menggunakan dana Cayman.

Untuk pengetahuan, pada tahun 2013, 1MDB ada buat pinjaman USD3 bil melalui Goldman Sachs ( hanya terima USD2.72 bil selepas tolak kos kewangan ) kononnya nak bangunkan TRX. Dana itu dimasukkan dalam akaun 1MDBGIL. Maknanya, bahagian pertama dana Cayman ( kalau betul wujud ) dah bercampur dengan dana 1MDBGIL.

Kemungkinan besar 1MDB buat pembayaran Option dan lain2 kos menggunakan dana 1MDBGIL tapi mendakwa ianya dana Cayman !  Itu yang didakwa oleh Tony di atas. 

Deloitte pula bila nampak ada pembayaran dibuat kononnya menggunakan dana Cayman, maka Deloitte pun sahkan kewujudan dana Cayman itu.


Kenapa 1MDB ni payah sangat nak ikut arahan  lembaga pengarah ? Kenapa 1MDB suka buat benda yang pelik2 ? Bila dah kena suruh bawa balik duit Cayman itu, bawa jerlah balik. Pengurusan 1MDB sendiri yang tak ikut arahan, buat benda2 pelik kemudian bila orang pertikaikan, depa nak marah pula.

Cara paling senang dan cepat untuk 1MDB kantoikan para pengkritik termasuk Tony Pua adalah dengan menunjukkan penyata kewangan 1MDBGIL dan Brazen Sky juga dokumen2 pembayaran yang berkaitan dengan isu di atas.

Seperti yang dijangkakan, 1MDB gagal kemukakan dokumen2 itu kepada Ketua Audit Negara dan PAC.

Heran kan ..... kenapa susah sangat nak berikan dokumen2 berkenaan kepada penyiasat dan kepada audit ? Kalau hilang pun, minta je salinan dari bank. Hilang juga salinan ... minta salinan lagi !

Syarikat bilion2, kebanggaan negara kononnya, tapi penyata bank pun tak boleh tunjuk audit.


Difficulties in obtaining important documents such as the Brazen Sky bank statements and 1MDB GIL statements resulted in JAN not being able to verify the transfer of funds or payment of Aabar’s termination of option and interest payments” [AG Rpt 8.26.g]

.
Hanya di 1MDB saja benda2 pelik ni berlaku dan diterima seadanya oleh kerajaan dan Umno.

Dalam kes2 seperti ini yang melibatkan kegagalan mengemukakan dokumen sebagai bukti, bukankah lebih baik SEMUA PIHAK termasuk cai2 Najib sepakat mendesak 1MDB supaya serahkan dokumen2 berkaitan bagi membuktikan kebenaran ?

Itu yang kita duk minta pun selama ini - BUKTI bagi menyokong cerita 1MDB yang banyak tidak masuk akal.

Ingat lagi tahun lepas waktu heboh isu dana Cayman ..... bersungguh2 cai2 Najib mempertahankan dana Cayman itu.... tapi selepas satu tahun, satu bukti apapun tak pernah kita lihat. Cakap airliur jer.. dakwa untung usd488 juta la... kenapa tak sebut jer untung 1 bilion ? Bukan kena tunjuk bukti pun ...

Baca juga artikel terbaru Sarawak Report Special Purpose Con Job di mana isu ini dibincangkan dengan lebih mendalam. Lebih menarik bila SR membandingkan senarai keluar masuk duit dalam akaun 1MDBGIL dengan akaun Brazen Sky ! Gerenti memeningkan kepada mereka yang tidak biasa dengan akaun.

                                                  ******************************

Komen akhir Tony -

"Kami menggesa Deloitte menyemak semula dokumen yang dibekalkan kepada mereka, bagi mereka menjadi begitu berpuas hati untuk menandatangani akaun 1MDB dengan begitu mudah.

"Sekiranya dokumen-dokumen yang dibekalkan kepada mereka terbukti ada unsur penipuan atau dimanipulasi, mereka mesti segera memfailkan laporan polis untuk membersihkan nama mereka dan memastikan bahawa penjahat disiasat,"


Baru ni sebuah cawangan bank yang dah beroperasi 143 tahun terpaksa ditutup gara2 1MDB, jangan2
 Deloitte pula yang bungkus dek sebab terlibat dengan 1MDB !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 15, 2016 at 8:27 PM delete

DARI awal lagi kita semua tahu 1mdb, najeeb dan konco2nya semua adalah penipu besar. mudah2an sesiapa2 je yang makan dedak haram tu terbakar usus mereka sedikit demi sedikit..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 15, 2016 at 9:10 PM delete

Salaam din.
Kisah dongeng 1mdb ni mmg direka utk menutup cerita sebenar.
Perkara sebenar adalah seperti berikut:
Mastermind penyelewengan ini ialah jlo yg bersekongkol dgn jibon. Mereka telah melabur dlm satu program yg di panggil PPP.'Private Placement Programme' di perkenalkan oleh jlo. Dlm berurusan mereka telah menipu satu team dari US,yg menyebabkan kewangan itu di blok atau di tahan. Team ini mmg amat berkuasa dgn rangkaian yg besar. Puak ni ingat mereka ada banyak funding mereka boleh langgar siapa saja. Itu titik mula kemusnahan pelaburan itu.
Rangkaian team itu turut melibatkan kerabat arab. Mengguna pakai nama dan kelebihan kerabat ini lah mereka bergerak. Tapi niat nak kaya cepat,kantoi. Atau mmg niat nak menipu?
Kerabat ini juga di permainkan oleh puak ini,maka agak2 siapa yg bekalkan maklumat wsj itu? Maklumat itu adalah benar dan lengkap. Itu lah senjata wsj kpd jibon. Tu pasal tak saman2.Kerabat ini menggunakan wsj utk membuka pekong mereka,itu tujuannya. Mengapa jibon kerap ke arab saudi? Bukan saja2 pergi tu!
Jika siapa yg mampu menemui kerabat ini,cerita sebenarnya akan keluar. Sbb tu bila TDM ke arab saudi,jibon kecut perut. Sama ada TDM berjumpa atau tidak,tak pasti. Tapi mmg TDM menyimpan rahsia jibon. Seperti biasa,TDM takkan membuka aib org,cuma minta dia letak jawatan je. Mudah kan? Letak dan pergi dari situ,sbb kesalahan nya mmg berat! MENIPU!
Dari program tu la duit brim dan segala bantuan dikeluarkan sebelum ianya di blok. Bila di blok,maka budget terpaksa disusun semula,duit negara hampir musnah. Hutang tetap hutang!
Owner kelab BPL beb! Tu kata kuncinya. Tembus beliau ni,jibon PASTI tersungkur.....
Sbb tu segala jawaban berkait 1mdb merapu2....bukan pelik! Cover up baik punya,tapi tetap tak mampu ditutup. Kebenaran pasti akan timbul.
Sekian.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 15, 2016 at 10:34 PM delete

sgt jelas penerangan ni... aku faham dah ttg si jibon ni... tq

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 16, 2016 at 12:17 AM delete

Penyata kewangan 1mdb tahun lepas pun di kedepankan sehingga bulan sept2016, yg sepatutnya march2016.

1MDB htg rm billions tapi nak suruh nampak baik ke jkkkp, di hantarnya beberapa jkkkp ke mekah...
Adakah melalui duit htg@rakyat yg tanggung, dia gantar pula kronies pergi mejah dgn duit htg tersebut...
Ooooooooo mampus rakyat mesia kono tipu..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 16, 2016 at 3:49 AM delete

Kisah dongeng Memanda Menteri dan Anak Raja Padang Pasir.

Reply
avatar
sham zam
AUTHOR
July 16, 2016 at 9:28 AM delete

anon 910, sy faham apa yg disampaikan. adakah org yg dlm lembaga penasihat kewangan jibby tu keyword nya. dia jg pemain layang2 yg suka ikut kepala sendiri psl tempat main layang2 dia? mohon lanjutkan lg isu ni. tq

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 16, 2016 at 10:29 AM delete

Salam Bro

Dalam jangkamasa yang begitu singkat, berapa banyak Auditor 1MDB ada? Mengikut Laporan PAC, Ernst & Young dan KPMG ditamatkan perkhidmatan kerana pertikaian berhubong dokumen yang tidak lengkap. Deloitte, auditor semasa adalah yang ketiga untuk 1MDB. Kita pun tahu siapa dalam Deloitte Malaysia ni....lain tak bukan putra Duli Yang Maha Mulia Najib. Nah!..kan senang...putra sendiri mengaudit kerja bapak. Memang Najib cukup persediaan untuk cover segala aktivitinya. Malang bagi Deloitte...suatu masa ia munkin jadi mangsa seperti Arthur Andersen yang bungkus kerana skandal Enron. Dek kerana kuasa dan tamak haloba, manusia tak pernah serik dan mengambil iktibar dari sejarah.

Kalau Auditor Syarikat boleh dipecat...apa jadi dengan Auditor General dari JAN? Najib dengan bongkaknya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengaudit 1MDB dan berjanji akan mendedahkan hasil audit tersebut untuk tatapan umum dan mengambil tindakan kalau ada penyelewengan. Najib salah percaturan...dia ingat Tan sri Ambrin dapat dia kawtim macam Deloitte...Laporan Ketua Audit Negara mencungkil segalanya dan mendedahkan siapa dan bagaimana penyelewengan dilakukan...akibatnya ia di OSA kan...tak pernah terjadi sebelumnya!

OSA pun OSA lah!...rakyat bising macamana pun..kuasa ditangan (Duli Yang Maha Mulia) Najib. Dah jadi ketentuan Allah yang di OSA pun boleh pecah...Nah!...nyata apa yang rakyat sangka memang betul. AG dari JAN pun 1MDB layan macam Ernst & Young dan KPMG. Dokumen semua tak lengkap. Kalau dah Bank Statement yang memang bank bagi tiap bulan pun tak dapat nak bagi, manatah lagi dokumen transaksi pembayaran dan pemindahan wang? Billion USD bro...bukan seposen dua posen. Dalam urusan syarikat biasa...contoh Petty Cashlah...pun mesti ade dokumen...untuk ape? berapa jumlah? siapa luluskan? siapa menerima?...tak gitu lumrahnya. Semuanya memang mengikut SOP mana mana syarikat atau pertubuhan. 1MDB ni ikut sedap dia je...

Jangan anggap rakyat ni semua bodoh!...Kalau nak membodohkan rakyat pun janganlah nampak sangat bodoh...Siapa yang bodoh sebenarnya? Yang dibodohkan ke yang membodohkan? Jelas rakyat tak bodoh!

Kita rakyat sengkek ni pun tau baca dan faham perjalanan syarikat. Satu perkara yang diluar tabi'i 1MDB ni ialah adanya Artikel 117 dalam MAA nya. Konon nak tunjuk kemantapan kawalan dalaman...tapi Artikel 117 adalah pemusnah dan punca segala penyelewengan 1MDB. Kawalan Dalaman dan struktur Syarikat tidak berfungsi oleh Artikel 117 ni. Bukan lagi "Conflict of Interest" tetapi KUASA MUTLAK berada ditangan seorang individu. Mohd Najib adalah pemegang kuasa dalam Artikel 117, merangkap Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Kewangan, merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Mana dia Kawalan Dalaman yang memerlukan kuasa berperingkat? Down the drain bro!...

CEO budak suruhan Najib, BOD...perhiasan dinding dan meja bulat...Pengurusan 1MDB...pekerja upahan...ada gaji ada jalan...yess boss!...peduli apa bukan bapak aku punya!...

Tak guna nak membebel bro...yang perlu kita perjuangkan ialah keadilan...Jahanam dengan Najib...jahanam dengan UMNO yang bongkak dan dunggu.

Hei Najib!...remember one great leader's sayings:

"You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time." - Abraham Lincoln

"No man has a good enough memory to be a successful liar." - Abraham Lincoln

Read more at: http://www.brainyquote.com/quotes/authors/a/abraham_lincoln.html


Najib...Your days are numbered...don't ever think you can escape...we won't let you!
Remember the French Revolution...what happened to King Louis XVI and Marie Antoinette?
You and your wife are the modern Malaysian version of them.

It is true that people never learn from history...sad?...no...You are repeating history and we gladly learn from them...that YOU WILL BE PUNISHED!

THE TRUTH, NOTHING BUT THE TRUTH.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 16, 2016 at 9:55 PM delete

Memang tujuan 1MDB ni diwujudkan adalah idea Najib Razak dan Jho Lho, projek dua penyamum utk membalun duit rakyat. Kalau 1MDB ni betul diuruskan, tak ada masalah nak tunjukkan segala dokumen bila di audit. Ini TPM sendiri pun tak tahu projek yang dikatakan mega ini. Memang jenis haram jadah pemimpin Malaysia ni. Selagi mereka ni gagal tunjukkan black and white segala dokumen berkaitan, aku tetap anggap pemimpin no 1 negara kita ni jenis haram jadah. Aku cabar dia tunjukkan dan dedahkan semua dokumen dan bukti jika dia betul. Bagi rakyat Malaysia yang menyokong membabai buta walau pun pemimpin negara gagal membuktikan kebenaran kata kata mereka, maka mereka ini pun bagi aku adalah kelompok jenis haram jadah juga

Reply
avatar