KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, July 11, 2016

dinturtle

Apa Rasionalnya Audit 1MDB DiRahsiakan ? Umno Tidak Mahu Sokongan Rakyatkah ?

Selepas 4 hari Sarawak Report mendedahkan apa yang didakwanya sebagai maklumat dari Laporan Ketua Audit yang diOSAkan kerajaan, apakah reaksi pihak kerajaan, 1MDB dan pihak berkuasa ?

Di pihak 1MDB - Senyap sunyi ..........

Di pihak kerajaan - yang bersuara hanya Salleh Keruak. Malangnya suara tunggal pihak kerajaan ini amat mengecewakan rakyat. Bukan mahu beri perhatian kepada apa yang didedahkan tapi beliau lebih banyak berusaha memperkecilkan apa yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara dan lebih mengutamakan soal kebocoran lapuran rahsia itu.

Pihak kerajaan masih tidak menjelaskan KENAPA lapuran itu dijadikan dokumen rahsia kerajaan di bawah OSA ? Apakah 'kepentingan dari segi keselamatan negara' yang mahu dijaga melalui tindakan merahsiakan lapuran itu ?

Salleh dilaporkan berkata sebaik saja SR buat pendedahan itu pada 8/7 ( KLiK ) -

"Beberapa dokumen kerajaan adalah ditakrifkan sebagai dokumen rahsia di mana ia diletak bawah OSA. Adanya akta seperti ini adalah untuk memastikan keselamatan negara,"

Keselamatan Negara ?  Tang mana yang aktiviti 1MDB boleh mengancam keselamatan negara kalau didedahkan ? 

Belum pernah berlaku dalam sejarah lapuran Ketua Audit dirahsiakan dari pengetahuan umum ! Ini kali pertama dalam sejarah dan ia membabitkan 1MDB. Apakah alasan ia mahu terus dirahsiakan selepas PAC bentangkan lapurannya di Parlimen ?

"Keperluan untuk tindakan sedemikian akan memastikan integriti dan kedaulatan negara," kata Salleh.

Bagi saya, keperluan Salleh menjelaskan kenapa lapuran itu terus dirahsiakan adalah lebih penting bagi memastikan integriti dan kedaulatan negara ! Kita tidak mahu ada sesiapa dipihak tertinggi kerajaan yang telah menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat untuk menutup sebarang salahlaku dalam skandal 1MDB.

Bukankah itu tujuan asal kerajaan mengarahkan Ketua Audit Negara melakukan siasatan penuh ke atas akaun 1MDB tahun lepas - yakni bagi mengenalpasti apakah terdapat sebarang salahlaku dalam 1MDB dan sekiranya ada, pihak yang terbabit itu akan dihadapkan ke muka pengadilan ?

Itukan janji Najib tahun lepas ? So..... apa citer ? ? ?

TUNGGU AUDIT!  TUNGGU AUDIT! Bila dah siap audit, pi OSAkan pula ..... Pundek la ....

Kemudian Salleh cuba memperkecilkan apa yang terkandung dalam Lapuran Ketua Audit Negara keseluruhannya, tanpa mengesahkan apakah pendedahan SR itu yang benar atau palsu. 


"Laporan ketua audit negara bukannya laporan muktamad mengenai 1MDB. Ia hanyalah salah satu komponen yang membentuk laporan PAC. Dan sini Sarawak Report secara nakal memperdayakan orang ramai.

"Malah, laporan Ketua Audit Negara bukannya lengkap kerana ia hanya menangani satu aspek 1MDB.

"Laporan lengkap adalah daripada PAC kerana ia bukan sahaja mengambil kira laporan Ketua Audit Negara tetapi semua maklumat yang lain yang dikumpulkan," kata Salleh. ( Mkini 9/7 )

Nampak ? Cuba baca balik kenyataan Salleh di atas .... Salleh bukan lagi merujuk kepada pendedahan SR tapi beliau memperlekehkan Lapuran Ketua Audit Negara itu sendiri !

Makanya Salleh kena jelaskan - Kalau lapuran audit itu bukannya lengkap, KENAPA TERUS DI RAHSIAKAN ?



 Di pihak berkuasa pula, KBAB berkata -


Mkini 9/7
"Kita tidak pasti jika dokumen yang diterbitkan mereka itu adalah sahih. Jadi biarlah saya berbincang dengan Ketua Audit Negara (Tan Sri Ambrin Buang) terlebih dahulu untuk memastikannya adalah benar-benar laporan audit yang telah diklasifikasikan sebagai rahsia.

"Jika ia benar, maka kita akan menyiasat di bawah OSA. Jadi bertenang dahulu,"

Kita harap pengesahan itu tidak mengambil masa yang lama. Yalah, kita juga masih menanti pengesahan hasil pertemuan pihak Polis dengan Justo bertujuan memastikan apakah maklumat yang didedahkan oleh SR oleh Justo dulu itu telah diubahsuai atau asli. Itu pun dah lebih 6 bulan masih belum ada sebarang keputusan dikeluarkan. 

Seharusnya pengesahan kali ini tidak makan masa panjang sebab Ketua Audit Negara adalah rakyat Malaysia. Pakai watsapp pun boleh rasanya ..... Maksud saya, TS Ambrin pastinya sudah baca apa yang didedahkan oleh SR, jadi beliau cuma perlu sahkan saja.

Lagi pun, amatlah memeranjatkan sekiranya pihak Polis sendiri tidak punya satu salinan asal Lapuran Ketua Audit Negara itu kerana dilaporkan pada 14/4/2016, satu pasukan penyiasat Polis ditubuhkan untuk siasat 1MDB susulan laporan PAC dan diketuai oleh KBAB sendiri -

"Saya telah menerima arahan dari Majlis Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang di Parlimen pada 8 April supaya PDRM menjalankan siasatan.

"Polis telah memulakan semula siasatan dengan mengambil kira lima syor dari laporan PAC dan melihat segala isu yang dibangkitkan dalam laporan itu," - SINAR 14/4/2016.


Itu hampir 3 bulan lalu ! Takkan pasukan khas Polis yang diketuai oleh IGP sendiri dinafikan lapuran JAN itu dek sebab OSA ....  Macamana nak siasat dengan telus kalau tidak kaji lapuran audit itu kerana lapuran PAC sendiri banyak merujuk kepada hasil siasatan Ketua Audit Negara ! 

Apakah Shahrol sudah dipanggil untuk disiasat ? Apakah sudah dikeluarkan waran tangkap ke atas Jho Low dengan bantuan Interpol ? Apakah sudah dihantar pasukan bagi bertemu dengan Khadem Al Qubaisi dan Mohamed Badawy Al Husseiny ?

Kenapa tidak nampak kesungguhan yang sama sepertimana kes Justo ? Ingat lagi dalam kes Justo, tak menyempat2 nak dapatkan kebenaran dari pihak Thailand  .......

Apakah permohonan sudah diminta dari pihak AG untuk dapatkan sendiri pengesahan siapa pemilik Goodstar ? 

Semua itu dan banyak lagi pengesahan dapat dibuat oleh pasukan penyiasat Polis dalam masa 3 bulan ini ! Jangan lupa, antara alasan utama yang diberikan pihak 1MDB kepada Jabatan Audit dan PAC kenapa banyak dokumen pengesahan tidak dapat diberikan adalah kerana semua itu telah diambil oleh pihak Polis semasa pejabat 1MDB diserbu tahun lepas.

Nah, sekarang pihak Polis sendiri yang siasat. Seharusnya lebih banyak maklumat dan pengesahan dapat dibuat ! Penyata2 Bank semuanya sudah ada di tangan ..... kan ?

Hai entahlah .... kenapalah pelik sangat 1MDB ni..... Namun disebalik segala kepelikan ini, kepimpinan Umno masih teguh mempertahankan kesuciannya. 

Langsung tidak ada sebarang persoalan dari Umno ! ? Apakah mereka yang berstatus ahli perniagaan atau yang mahir dalam bisness dan ekonomi dalam Umno tidak nampak apa2 yang tidak kena dengan 1MDB ? Padahal SATU DUNIA mempersoalkan urusniaga 1MDB.

Seharusnya Umno lah yang ke depan menjuarai isu 1MDB ini ! Barulah rakyat respek. Tapi disebabkan Najib dan Jho Low, semua dah jadi bisu.

Berpuluh bilion ringgit lesap pun Umno masih buat tak tahu ? ?

Masih ada 2 tahun sebelum PRU14. Isu 1MDB pula tidak nampak penyelesaiannya dalam masa terdekat. Sekarang masih ramai di kalangan rakyat yang tidak faham isu 1MDB tapi jumlahnya akan bertambah dalam masa 2 tahun ini !

Bandingkanlah sendiri .... keadaan dua tahun lepas dengan sekarang ? Dan keadaannya lagi dua tahun akan datang ? 

Kerana kami akan berusaha supaya seramai mungkin rakyat akan faham. 

Lagi cepat isu 1MD selesai adalah lebih baik buat Umno dan kerajaan BN. Bukannya mengelak dan terus mengelak ..... ( termasuk menyorok maklumat ) 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

15 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 11, 2016 at 6:51 AM delete

Sekarang apa yang menteri cakap pun orang tak percaya,sebabnya kami rakyaat Malaysia tak tahu /blank diatas apa yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara tentang 1MDB.Sekiranya kita baca tentang laporan itu baru boleh kita memastikan bahawa laporan yang dikeluarkan oleh SR itu ada putar belit.Persoalanya siapa yang putar belit?.

Reply
avatar
anon
AUTHOR
July 11, 2016 at 8:16 AM delete

salam tuan,

biasanya soal jawab ketika audit memang rahsia. tapi laporan audit bukan

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 11, 2016 at 9:57 AM delete

Bagus en Din meletak kan posisi persoalan pada landasan yg betul.
Menteri talibarut tanpa jemu mengulas isu dari sudut 'benang basah'!!!

Reply
avatar
dzalee
AUTHOR
July 11, 2016 at 10:28 AM delete

Ketua Polis Malaysia tak cekap. Kalaulah KPN cekap kes ini dah lama selesai. Sebab kita ada seorang KPN yang lembab lagi tak berintergiti maka negara kita menjadi bahan ketawa dunia. Perdana Menteri bertukar menjadi Pencuri Malaysia

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 11, 2016 at 11:29 AM delete

Encik Din,

Yang seekor menteri yang berbunyi tu pun guna blog dia sendiri je...dia tak berani panggil Press Conference pun dalam kapasitinya sebagai seorang Menteri.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 11, 2016 at 11:45 AM delete

Salam Bro

Bangsat! Mereka semua Bangsat!
Melayu memang Bangsat dan Membangsatkan!

Bro...jangan ko tanya pasal rasional ke tak rasional.
Dasar pengkhianat...perampok...mana ada otak nak bertindak rasional.

Najib dan menteri menteri UMNOnya serta Peguam Negara, Ketua Polis Negara...mereka adalah yang sebenarnya yang mengugat keselamatan negara. Pengkhianat Rakyat! Siapa mereka semua ini? MELAYU!...Melayu Bangsat! Bukan mereka sahaja yang bangsat...malahan semua penyokong dan mereka yang tidak mahu melihat 1MDB sebagai satu malapetaka juga dianggap bangsat kerana tidak mengambil tahu segala salah laku dan membiarkan seolah olah segala yang tidak melibatkan mereka secara langsung dianggap bukan urusan mereka.

Wahai Melayu....jangan ko salahkan orang bukan melayu kerana melayu menghancurkan melayu sendiri! Sadarlah wahai Melayu bangsaku.

Kepada melayu bangsaku yang dalam kedudukan diantara mereka yang mengetahui perkara sebenar atau mempunyai akses kepada dokumen yang membuktikan kebenaran...lakukanlah sesuatu agar KEBENARAN SEBENAR dapat diketahui oleh rakyat. Jangan ko takut kepada OSA...kerana tujuan OSA ialah untuk menjaga kepentingan dan keselamatan NEGARA dan bukan untuk melindungi INDIVIDU...waima individu tersebut adalah Ketua Negara. Syabas saya ucapkan kepada Sarawak Report dan insan yang mendedahkan laporan Ketua Audit Negara ini. Tan Sri Ambrin telah melaksanakan tugasan mengodit dengan terperinci transaksi 1MDB...namun tanggung jawab beliau sebagai penjawat awam yang menjaga kepentingan RAKYAT belum ditunaikan. Mudah saja Tan Sri...kalau benar katakan benar...kalau tak benar katakan tak benar...semudah itu. Tak macam IGP KBAB...."kita semak dulu ori ke tak ori?"....Poooorrrahh.....nak semak ke atau nak menyemak je...macam sampah...memang kerja kamu bila berkaitan 1MDB macam sampah! Berapa banyak laporan polis dibuat?...apa tindakan yang ko ambik...ko panggil Tun M pulak!...dasar bangsat!...apa kena mengena Tun M dengan 1MDB?

Wahai Melayu bangsaku!...cukup cukup lah...Bukakan mata...dengarkan telinga dan gunakan akal kita...jangan sia siakan pancaindera anugerah Allah....carilah pencerahan...sekurang kurangnya bacalah laporan PAC dengan hansardnya sekali...kerana itulah dokumen rasmi Parlimen berhubung 1MDB....laporan tersebut lebih banyak menimbulkan persoalan dari memberi jawapan....dan Laporan Ketua Audit Negara yang diOSAkan sepatutnya dipaparkan bersama laporan PAC tersebut.....Nah!...kini laporan yang diOSAkan terdedah jua akhirnya. Masakan nyiru dapat menutup bangkai gajah!..tak gitu? Bangkai...walaupun tak nampak..baunya pasti terhidu jua.

Wahai Melayu bangsaku...
Janganlah kamu membangsatkan dan merelakan dirimu dibangsatkan.

PS- untuk mengakses Sarawak report...cuba berikut
1. https://use.opendns.com/...dan install app yang berkaitan dengan PC atau HP
2. https://www.filterbypass.me/index.php...layari dan typekan http://www.sarawakreport.org/ di kotak surf.

semoga membuka minda anda.

Wassalam

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
July 11, 2016 at 11:55 AM delete

tan sri ambrin KAN adalah senior saya dlm PTD. semasa 1MDB sedang giat d odit, saya terserempak dgn nya d masjid putra selepas sembahyang jumaat.

rayuan saya supaya siatan d jlnkan dgn rapi, tlh beliau jawab bahawa amanah yg d pikul tidak akan d sia2 kan.

saya mempercayai iltizam nya n apa yg d laporkan adalah tulin tanpa menyorokan fakta.
ini lah yg amat d takuti olih najib. ketepikan saja alasan2 menteri yg tidak mempunyai kredibiliti (termasuk zahid)'


'bila tahap kebolihpercayaan rakyat yg cilik terhakis, maka makin sukar lah usaha utk mentadbir'

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 11, 2016 at 11:55 AM delete

Di Singspura dipanggil pencuri di Indonesia dipanggil maling di Malaysia pulak dipanggil Perdana Menteri

Reply
avatar
sirimuda
AUTHOR
July 11, 2016 at 12:15 PM delete

Che din jangan jangan ni kerja double spy mat sentul tak

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 11, 2016 at 2:06 PM delete

Cakap sama keruak. Laporan PAC tak lengkap. Sebab hasan cari makan sembunyi surat bank negara. Laporan ambrin memang x lengkap sebab 1mdb tak bagi kerjasama penuh. Tapi laporannya sahih dan penuh integriti

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 11, 2016 at 2:08 PM delete

Laporan audit di OSA kan?!!Dah memang rosak sistem kerajaan M'sia ni oleh Najib.Jabatan Audit Negara patut dibubarkan saja sebab dah tak ada kredibiliti dan tak ada fungsi kalau tidak bebas buat report audit.Lain kali,kalau kes2 lain pun kita tak boleh bergantung pada laporan audit ni.M'sia dah jadi bahan jenaka kat luar ni.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 11, 2016 at 2:38 PM delete

Why they are dragging their feet to investigate? Do these bloody public servants morally took home monthly pay to discharge their duty as what was pledged in their oath? What about the stolen billion ringgit? If these bloody public servants have not started to investigate the case how could Malaysia able to retrive the money before all be gone? Is Najib has any intention to write off all this billion? Najib or his stooges please answer these logic question. If not then you are the true bangsat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 11, 2016 at 8:07 PM delete

Putar alam !

Reply
avatar
sham zam
AUTHOR
July 11, 2016 at 8:36 PM delete

TS Ambrin mmmg seorg penuh intergriti. melalui pngamatan sy yg lemah ini, beliau blh dipercayai, prnh mengeluarkn laporan audit negara beberapa tahun lps ttg pembaziran hospital2 krjaan, pembelian peralatan hantu di jpj dan kementerian2. beliau telus apabila prnh berkata dlm sidang media yg beliau tidak peduli dgn apa2 dan siapa2 pun krn beliau memikul tggungjwb kpd Allah dan rkyat. tabik TS Ambrin. sisa2 penjawat awam lama yg masih ada, serupa dgn TS adam kadir exchairman pos malaysia

Reply
avatar
Laksa Johor
AUTHOR
July 12, 2016 at 7:45 AM delete

Saya dapat akses kepada Sarawak Report melalui link berikut:

http://ec2-54-251-147-140.ap-southeast-1.compute.amazonaws.com/

Reply
avatar