KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, July 27, 2016

dinturtle

Deloitte - Wa Pun Kena Kencing, Jangan Terima Audit Report 2013 Dan 2014 1MDB !

Disebalik kenyakinan yang dinyatakan oleh cai2 Najib bahawa 1MDB tidak ada apa2 masalah disebalik tindakan Jabatan Kehakiman ( DOJ ) US membekukan aset2 yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB, berita terbaru ini menunjukkan keadaan sebenar dalam 1MDB - MENGGELABAH BERUK !

1MDB

The Board of Directors of 1MDB has reviewed and deliberated the contents of the Complaint. Whilst the Board remains confident that no wrongdoing has been committed by 1MDB and that the past audited financial statements continue to show a true and fair view of the company’s affairs at the relevant points in time, the Board has decided that, as a precautionary measure, the 2013 and 2014 audited financial statements of 1MDB should no longer be relied on by any party, pending final and conclusive determination by a court of law of certain alleged facts, as described in the Complaint.


Mkini ada melaporkannya di SINI -

"Walaupun lembaga tetap yakin bahawa tiada kesalahan dilakukan 1MDB, dan penyata kewangan yang telah diaudit sebelum ini terus menunjukkan gambaran sebenar dan saksama mengenai hal ehwal syarikat pada masa berkenaan, lembaga memutuskan, sebagai langkah berjaga-jaga, penyata kewangan 2013 dan 2014 yang diaudit tidak lagi boleh digunakan oleh mana-mana pihak sehingga keputusan muktamad mahkamah dibuat berhubung dakwaan tertentu seperti dinyatakan aduan (DOC) berkenaan,"


Cakap belit2 macam orang politik .....  tetap yakin .... hal ehwal syarikat pada masa berkenaan ..... tapi tidak boleh digunakan  ...

Yakin tapi jangan guna ? ? Tak bolehlah pakai tagline - Gunakan tanpa was-was ....hahahaha

Kenyataan hari ini menyebut 1MDB juga sedang mencari juruaudit baru selepas firma sebelum ini, Deloitte, menyatakan keinginan mereka menarik diri pada 26 Februari lalu.

Bagaimanapun, kata syarikat berkenaan, Deloitte kekal sebagai juruaudit 1MDB, termasuk untuk anak syarikatnya TRX City Sdn Bhd, Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Edra Bhd sehingga firma baru dilantik.

Hmmmm .... kalau yang atas tu melawakkan dan menunjukkan betapa gabranya lembaga pengarah 1MDB sendiri, yang ini pula mengejutkan.

Deloitte dah bagi notis tarik diri pada 26 Februari ..... maknanya 1MDB kena cari juruodit luar yang baru untuk audit akaun  berakhir 31 Mac 2015. Semasa pengumuman lanjutan 6 bulan untuk kali kedua pada 4 April, 1MDB hanya merujuk kepada dokumen yang telah dirampas  oleh Polis.

"1MDB tidak dapat untuk menyediakan penyata kewangan untuk audit sementara menunggu mendapatkan semula dokumen kewangan yang berkaitan yang dirampas semasa serbuan pada 8 Julai 2015. ( KLiK )

Tidak disebut langsung yang Deloitte dah bagi notis nak berhenti 2 bulan sebelumnya ! Dan selepas 5 bulan berlalu, masih tidak ada syarikat Juruodit yang sanggup memikul tugas mengodit akaun 1MDB. Takuuuuuut ........


Deloitte said in a statement Tuesday that the information in the Justice Department lawsuit against 1MDB “would have impacted the financial statements and affected the audit reports” if it had been known at the time, and so its audit reports for 2013 and 2014 should no longer be relied upon. ( WSJ )

Macam lain jer bunyinya dengan kenyataan lembaga pengarah 1MDB .....

1MDB kata -  lembaga tetap yakin bahawa tiada kesalahan dilakukan 1MDB, dan penyata kewangan yang telah diaudit sebelum ini terus menunjukkan gambaran sebenar dan saksama mengenai hal ehwal syarikat pada masa berkenaan

Deloitte pula kata, kalau depa tahu maklumat sepertimana yang didedahkan oleh DOJ pada waktu mereka odit dulu, gerenti lapuran mereka berbeza ! Makanya, lapuran yang Deloitte buat untuk tahun 2013 dan 2014 tak boleh pakai !


Nah itu cerita sebenarnya. Bila Juruodit sendiri tak yakin dengan lapurannya, apa lagi nak cerita ! Patutlah 1MDB menggelabah.

Tapi bagaimana dengan pelbagai pihak seperti bank, pemegang bon dan lain2 yang bergantung kepada lapuran audit Deloitte dalam membuat keputusan kewangan mereka ? Siapa yang kena bertanggungjawab ke atas kerugian yang mereka tanggung ?

Tak semudah itu nak keluarkan kenyataan Kami yakin, tapi jangan guna  seperti yang dikeluarkan oleh 1MDB. Ada implikasi besar tuh .....

Kita pun jangan lupa ayat2 yang sering cai2 Najib gunakan sebelum ini - Kalau ada masalah, kenapa Deloitte boleh luluskan lapuran kewangan 1MDB ?

Nah, sekarang deloitte sudah tarik balik kelulusan yang mereka berikan kepada akaun2 2013 dan 2014 .....  Kantoi ! Kabinet yang mendengar takimat dari Deloitte pada bulan Mac tahun lepas, apakah akan menarik balik juga " tanda bagus " anda ?

Tak pernah berlaku dalam sejarah negara kita benda2 pelik macam ni .... hanya di 1MDB saja. Namun pemimpin2 Umno masih lagi nak pertahankan 1MDB. Atas dasar apa Umno nak terus kata 1MDB itu OK ?

Hanya bergantung semata2 kepada kata2 Najib ?  Sudah2lah ...... terimalah hakikat yang kita semua dah kena kencing dengan Najib dan 1MDB. Satu dunia dah tak percaya kepada Najib, hanya Umno saja yang terus pertahankan Najib, 1MDB dan Jho Low.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

13 comments

Write comments
rahman jpc
AUTHOR
July 27, 2016 at 5:13 PM delete

silap hari bulan tun raha n anak2nya yg lain mungkin turut tidak mempercayai najib.
apatah lagi dgn Rosmah - punca segala tragedy keluarga Tun Razak.

saya sekali lagi merayu kpd tun Rahah; johari; nazim; nizam n nazir supaya mengambil tindakan drastik utk mengembalikan rasa hormat terhadap Tun Razak tanpa penglibatan najib n rosmah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 27, 2016 at 5:22 PM delete

Sekarang ini ketiga2 nama tu perlu digandingkan disetiap komen atau tulisan mengenai 1mdb... iaitu 1MDB, Najib, Jho Low.... Penyakit tiga serangkailah katakan!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 27, 2016 at 6:09 PM delete

Bukan cuma kencing atas kepala Din tapi Najib dah berak cirit birit atas kepala depa Din dampai meleleh ke bibir, tapi dek kerana dedak Din, depa sanggup belaka. Yang sanggup jadi bengong dan bahlol tu bukan mak cik FELDA atau pak cik penjual ulam kat hulu banag sana, tapi depa tu yang berkelulusan Diploma dan Ijazah belaka. Lebih dahsyat majoriti tu pula Islam Din. Apa kita boleh panggil depa ni???. Kalau UMNO BN terus simpan pemimpin dan orang orang macam ni dalam kabinet negara, aku berdoa dan mohon pada Tuhan agar UMNO BN terus mampus sekali dengan pemimpin2 dan orang orang begini. Haram jadah punya jenis pemimpin!!!!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 27, 2016 at 7:58 PM delete

Kononnya depa lah yang bijak berpolitik... politik putar alam cuba memperbodohkan rakyat dengan auta dan dusta.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 27, 2016 at 8:30 PM delete

Yup haram jadah punya pemimpin. Berdosa kita sokong pemimpin yg penipu pembelit kaki putaq alam.. Menzalimi rakyat..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 27, 2016 at 8:46 PM delete

Yg dipertikaikan ialah pelaburan yg dibuat (atau scam yg dibuat oleh jho low yg menggunakan syt "shell"). Auditor terpaksa menggunakan 3rd party assessment valuation kerana beberapa sebab. Salah 1 sebab ialah tiada kepakaran untuk menilainya. Sila baca nota kpd fin report 1mdb. Tapi perlu diingatkan auditor sebelum deloitte menarik diri kerana ini.

Sepatutnya Deloitte mengambil ikhtibar tetapi tidak. Kita sebagai rakyat msia yg membayar cukai dan secara tak langsung ada kepentingan dlm 1mdb patut menyaman Deloitte kerana professional negligence.

Kalau kita menganalisa fin report dan ikuti perkembangan forensics auditing, dengan jelas kita tahu scam 1mdb dirancang dg teliti dan tak mungkin kita tahu apa yg telah berlaku. Kalaulah tiada siasatan luar dan juga kerjasama diantara mereka, tak mungkin kita tahu apa sebenarnya berlaku.Jika itu berlaku Najib akan mengatakan corporate governance 1mdb lemah. Mengapa saya kata begini kerana laporan Jbt Auditor Negara yg melaporkan salahlaku di OSAkan.

Adakah kita perlu umno berkuasa lagi? Bagi saya biarlah umno mati mcm berkuburnya golkar di indonesia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 27, 2016 at 10:15 PM delete

patutnya mmg la kerja juru audit cek kalau ada yg tak kena dgn akaun atau ada penipuan sbg nya. kalau deloitte bagi statement camtu maknanya waktu buat audit dulu dia buat ala kadar je sbb tu dia tak sedar byk duit 1mdb dah hilang.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 27, 2016 at 11:04 PM delete

Semua ni taktik nak lepas diri.. Deloitte kaya berdasarkan maklumat yg dibekalkan, BOD 1MDD kata Deloitte yg signkan.

Ini semua posthumous, tidak halalkan aksi mereka. Kalau tidak semua pesalah boleh dibebaskan kerana ignorant. Atau yg betul nak tipu boleh rescind kemudian pakai alasan walaupun dah kenyang. Ertinya Tiara Kes Enron, kerana Andersen mengaku tersilap. Bangang, haramjadah.

Apa2 pun semua pihak yang rugi boleh saman Sampai bangkrap 2 ekor ini kerana fudicial misrepresentation at the highest order.

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
July 28, 2016 at 2:05 AM delete

" Kesihatan " sesebuah syarikat itu bergantung kepada laporan audit tahunan yang di jalankan dan di laporkan . Auditor syarikat bolihlah di takrifkan sebagai seorang doctor keatas pesakitnya .

Sebelum doctor melakukan pemereksaan keatas pesakit , dia akan bertanya pesakit masaallah yang di hadapi ( kebiasaan nya ) . Jikalau pesakit kelentong pada doctor , besar kemungkinan doctor akan membuat rumusan yang kurang betul atau salah . Di takdirkan pesakit itu mampus , masyarakat akan mengatakan doctor itu hampeh . Tetapi bagi doctor yang hebat , jujur dlm tugas dan berpengelaman luas , dia akan buat rumusan yang kredibel .

Bagitulah yang terjadi keatas 1MDB . Pengurusannya tidak jujur , menipu di tokok dengan auditor yang hampeh .... inilah musibahnya .

Kita , rakyat marhaen apa lagi nak di kata ??? Deloitte sudah pasti di bayar juta juta !!



Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 28, 2016 at 7:17 AM delete

Kesimpulannya, apa2 sahaja yang terkait dengan onemdb memang celaka dan bawa sial! Hanya bangsat2 pemakan dedak haram yang cakap onemdb ok. Mudahan2 celaka dan sial itu melekat kat depa sampai bila2.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 28, 2016 at 8:37 AM delete

Kite semua rakyat mesian, sekali ngan anak cucu n cicit n.... kite twlah di tipu oleh dsn@Losemah n kroNies...

Htg 1MDB now rm50billions, IPIC saman RM28billions...lain2 saman akan menyusul dek oditor pun dah lari...

Sape yg kono.. rakyat lee.. sampai turun temurun..yg akan perlu bayar dek kebobrokan dsn@Losemah, JHLOW N RIZA AZIZ..

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 28, 2016 at 9:35 AM delete

Salam Bro

GOBLOK!

NAJIB GOBLOK!
PENYOKONG NAJIB GOBLOK!

UMNO GOBLOK!
PENYOKONG UMNO GOBLOK!


Tau apa dia GOBLOK?...Tanya Wak Zahid...Tapi dia pon sama Goblok.

GOBLOK tu jawa cakap..."BODOH SEHABIS BODOH"...dan tak ada yang lebih BODOH.
BODOH disini merangkumi Bahalol, Tolol, Bingai, Paloi, Tuyuk dan segalanya yang sama makna....kecuali mereka yang tidak siuman.

Sekali lagi..

NAJIB GOBLOK!
PENYOKONG NAJIB GOBLOK!

UMNO GOBLOK!
PENYOKONG UMNO GOBLOK!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 28, 2016 at 12:02 PM delete

Ye ke Delloite ditipu?? Tak kot..delloite dh tau smua tu.tp sbb nakkan bayaran punya psl so audit je lh lbh krg. Bila si najib dh xnmpk cara boleh diselamatkan, baru deloitte ngaku kna tipu. Pandai deloitte cari duit ye..

Reply
avatar