KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, July 26, 2016

dinturtle

Deraf Format Lapuran Polis Yang Boleh DiGuna Pakai Oleh Rakyat Malaysia Supaya Polis Siasat 1MDB Dan Individu2 Terlibat

Deraf Laporan Polis

Saya,_______________________________adalah seorang warganegara Malaysia, dan ingin membuat laporan polis   berhubung penyalahgunaan dan penyelewengan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (“1MDB”) yang beralamat di Tingkat 8, Menara IMC, No. 8  Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala   Lumpur. 1MDB merupakan syarikat pembangunan strategik milik  penuh Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kewangan   Malaysia yang ditubuhkan sebagai suatu langkah inisiatif strategik pembangunan ekonomi negara Malaysia untuk jangkamasa panjang, dengan mendapatkan kerjasama dan menggalakkan pelaburan langsung asing.

Saya telah membaca, meneliti dan mengkaji satu dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (“dokumen DOJ tersebut”) bertarikh 20.7.2016 yang mana menjadi asas kepada pemfailan tindakan sitaan oleh negara Amerika Syarikat di Mahkamah California, Amerika Syarikat yang membutirkan transaksi penyalahgunaan dan penyelewengan wang oleh pegawai-pegawai syarikat 1MDB dan juga individu-individu serta beberapa syarikat luar negara yang terbabit dengan urus niaga dengan syarikat 1MDB yang mana wang tersebut telah dipercayai digunakan untuk membeli aset-aset di beberapa negara luar, termasuk dan tidak terhad kepada negara AmerikaSyarikat, United Kingdom dan Switzerland. Di dalam dokumen DOJ tersebut, ad menyatakan bahawa beberapa orang warganegara Malaysia telah dipercayai terbabit dengan transaksi penyalahgunaan dan penyelewengan wang syarikat 1MDB, yang mana individu-individu tersebut adalah seperti berikut:

a. Low Taek Jho;
b. Malaysian Official 1;
c. Riza Shahriz Bin Abdul Aziz; dan
d. Eric Tan Kim Loong 

Berpandukan kepada kandungan dan definisi yang diberikan di dalam dokumen DOJ tersebut, penama Malaysian Official 1 tersebut adalah Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Melalui perenggan 28 yang dibaca dengan perenggan 29 di dalam dokumen DOJ tersebut, ianya menyatakan bahawa Riza Shahriz Bin Abdul Aziz adalah bersaudara kepada Malaysian Official 1 tersebut dan Malaysian Official 1 tersebut adalah pegawai tinggi rasmi kerajaan Malaysia yang memegang jawatan dan berkuasa di dalam syarikat 1MDB. Malaysian Official 1 tersebut juga dinyatakan di sana, merupakan penjawat awam yang memenuhi terma penjawat awam di bawah Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia.

Sebelum laporan ini dikemukakan, pelbagai skandal yang berkaitan dengan penyalahgunaan dan penyelewengan wang syarikat 1MDB telah dibocorkan oleh individu-individu tertentu yang mana turut disebarkan oleh media massa. Walaupun banyak pendedahan telah dibuat melalui media massa secara terbuka mengenai penyalahgunaan dan penyelewengan wang tersebut, namun tiada apa-apa tindakan diambil terhadap mana-mana Ahli-Ahli Lembaga Pengarah mahupun pegawai-pegawai di dalam syarikat 1MDB, dan juga tiada siasatan lengkap berjaya yang dilakukan oleh pihak-pihak berwajib.

Oleh yang demikian, berdasarkan kandungan di dalam dokumen DOJ tersebut, saya selaku warganegara yang prihatin ingin membuat laporan rasmi dan memohon pihak Polis DiRaja Malaysia untuk   membuat siasatan secara rapi dan lengkap ke atas transaksi yang membabitkan penyalahgunaan dan penyelewengan wang oleh syarikat 1MDB dan juga siasatan yang rapi dan lengkap ke atas individu-individu yang dinamakan di atas yang mana dipercayai terlibat dalam transaksi penyalahgunaan dan penyelewengan wang di dalam syarikat 1MDB tersebut.

Sekian laporan saya.




dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 26, 2016 at 11:01 AM delete

Lapuran polis untuk menyiasat AG atas kelemahan menggemdali kes awal dan kegagalan mengenal pasti kesalahan mungkin ada asas rasuah atau salh guna kuasa tak buat?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 26, 2016 at 12:46 PM delete

Kali ikut lazim laporan polis dibuat beramai2 oleh geng2 Umno keatas Bersih atau Kes "hasutan" berhari2 Utusex akan siarkan siapa dgn countdown no laporan polis diseluroh Negara.

Ayoh, Kes seleweng ini melibatkan duit rakyat pembayar cukai dan risikonya yalah rakyat juga yg tanggung.

Reply
avatar
Hadi Abdullah
AUTHOR
July 26, 2016 at 1:15 PM delete

Alkisah penipuam yg mudah berjaya dispinkan sehingga menjadi konspirasi menjatuhkan kerajaan.hipotesisnya...RAKYAT MUDAH DITIPU..MELAYU MUDAH LUPA..CASH IS KING

Reply
avatar