KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, July 5, 2016

dinturtle

DS Shafie Apdal Tolak Umno - Sambutan Luar Biasa Akar Umbi ( Video )


Semalam Shafie Apdal telah mengumumkan keluar dari Umno. ( KLiK ) Bab itu semua orang dah tahu. Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah sambutan luar biasa yang diberikan oleh penyokong2 beliau di Semporna, Sabah semalam. 

Bermula dari airport Tawau, konvoi kereta dan motosikal mengiringi Shafie sepanjang 80 km ke Semporna. Setibanya diSemporna, ribuan penyokong sudah sedia menanti dengan kibaran bendera Sabah .... menyambut kepulangan Pahlawan mereka.

Apa yang saya amati, hubungan Shafie dengan penyokong2nya begitu akrab sekali umpama saudara mara. Bukan sekadar hubungan politik pemimpin-penyokong. Sokongan begitu ikhlas dan padu sebegini belum pernah saya saksikan sebelum ini.







KLiK untuk ke Youtube

Selesai majlis, rata2 hadirin tidak berganjak lagi. Mereka dengan sabar menunggu giliran untuk bertemu dan bersalam dengan pemimpin kesayangan mereka. 



dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

15 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 5, 2016 at 7:10 PM delete

Tahniah dan tabik spring rakyat semporna.ini membuktikan rakyat dan bahagian parlimen semporna tak makan dedak.
Pada rakyat pagoh dan jerlun,malu wei pada rakyat semporna

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 5, 2016 at 9:19 PM delete

Saya syorkan rakyat dan pemimpin Sabah wujudkan USNO dan Berjaya untuk generasi baru Sabah. Politik Sabah harus tolak UMNO. Wujudkan Politik Sabah sepertimana yang berlaku di Sarawak. Hak Rakyat Sabah harus dikembalikan dan masalah politik di Semenanjung tidak harus terbawa bawa di Negeri Sabah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 5, 2016 at 10:48 PM delete

Orang Jerlun, ada yang dapat naik pangkat.
Tak bijak ke tu?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 5, 2016 at 10:56 PM delete

Hebat orang semporna.tahniah.tak sangka semporna berintegriti dan taat setia yg maha hebat.malu pemakan dedak umno semenanjung.

Reply
avatar
July 6, 2016 at 10:48 AM delete

Tabik spring pada org Semporna. DS Shafie telah berjaya mendidik rakyat Semporna supaya menolak pemimpin2 pemakan dedak.. Tahniah DS..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 6, 2016 at 12:03 PM delete

Naik pangkat dengan mengadaikan maruah dan negara apa maknanya...Fikir jauh sikit kedepan demi survival anak cucu kita

Reply
avatar
Cik Minah
AUTHOR
July 6, 2016 at 12:21 PM delete

Elehhhh.............TAK HERANpun..............HEHEHEHE

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 6, 2016 at 2:45 PM delete

Tahniah DS... kerana dapat membentuk penyokong yang berintegerasi dan bermaruah. Semangat Cash is King tak dapat tempat di Sabah.

Sudah sampai masanya DS yg membawa masuk UMNO ke Sabah, menghalau UMNO yg sudah tidak bermaruah keluar dari Sabah. Buktikan dan ajar orang semenanjung erti politik bermaruah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 6, 2016 at 8:19 PM delete

`Gempur' UMNO Sabah !

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 6, 2016 at 8:24 PM delete

Salam Bro

Terlebih dahulu ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua.

Syabas rakyat Semporna. Masanya dah tiba untuk Sabah kembali kepangkal jalan. Dengan USNO menjadi UMNO, Sabah telah tersilap caturan...Sabah menjadi sebahagian kecil kepada satu gabungan besar parti nasional. Munkin percaturannya yang satu hari nanti Presiden UMNO dari Sabah akan menjadi Perdana Menteri...silapnya...dengan menganggotai UMNO Sabah sebenarnya kehilangan State Power...kerana mereka menjadi sebahagian dari parti nasional.

Ambil contoh Sarawak....BN Sarawak yang mana PBB menjadi tonggak utama berserta dengan parti komponen yang semuanya jati Sarawak...BN begitu unggul dan kesatuan menjadikan mereka lebih kuat dan mempunyai bargaining power bila berurusan dengan BN Nasional. Andai kata berlaku perubahan di Putra Jaya...BN Sarawak tetap utuh...dan demi kesinambungan dan keperluan rakyat Sarawak, BN Sarawak BOLEH bertukar paksi...rakyat Sarawak tidak akan rugi. Tak kan kerajaan pusat nak tolak?...Itu perkara biasa dalam politik...tiada ungkapan "setia abadi". That is the beauty of Sarawak local parties. Disinilah slogan "Sarawak for Sarawakian" sebenarnya. Memang benar Presiden PBB tak munkin menjadi Perdana Menteri tapi kepentingan rakyat Sarawak diutamakan dan terjamin. Munkin pemerhati politik semenanjung yang marah dengan rakyat Sarawak kerana memberi mandat besar kepada BN Sarawak di PRN yang baru lepas tidak melihat dari sudut ini.

Kepada rakyat Sabah...singkirkanlah UMNO yang telah mengkhianati rakyat dan kembali kepangkal jalan. Dapatkan balik kuasa negeri dan jauhi gabungan politik nasional. Tak perlulah berharap rakyat Sabah menjadi Perdana Menteri kalau kamu sebenarnya kehilangan kuasa menentukan hala tuju dan kepentingan rakyat Sabah. Be on your own...jangan gah menjadi sebahagian dari satu parti besar yang kini ternyata "kencingkan" kamu semua.

Kamu ada seorang pemimpin yang berperinsip dan tidak gentar memperjuangkan kebenaran.
Inilah masanya...anda juga boleh berkata "Sabah for Sabahan". Sabah dan Sarawak tidak jauh berbeza. kalau dibanding dengan Semenanjung...kita masih jauh dibelakang dari segi kemudahan asas seperti jalanraya (apatah lagi highway yang memang tak ada) sekolah, kemudahan asas seperti bekalan air dan letrik dan juga kesihatan. Kita jauh tertinggal. Tak heran ada rakyat dari semenanjung yang bertanyakan sama ada rakyat di Sabah dan Sarawak yang masih tinggal di atas pokok dan bercawat. Keunikan Sabah dan Sarawak ialah kepelbagaian suku kaum yang hidup penuh harmoni dan agama tidak dipolitikkan. Bukan kita nak mengata rakyat semenanjung tapi...berita ustaz dari semenanjung yang bertindak membelakangkan sensitiviti dan keharmonian kaum dalam usaha "mengislamkan" pemikiran rakyat tempatan sering kita baca dimedia.

Yang pentingnya...UMNO bukan lagi parti yang boleh dipercayai.
Fikir fikirkan lah..

Reply
avatar
Joe Harry
AUTHOR
July 7, 2016 at 12:20 AM delete

Sempena aidilfitri, saya balik kampung dan ada berbual tentang politik.
Kesimpulannya;-
1. Mereka marah pada najib dan yakin najib mencuri jutaan duit negara melalui 1mdb.
2. Mereka sokong perjuangan tun mendesak najib undur tapi tak setuju tun bersama pembangkang terutama dap.
3. Mereka simpati pada shafie dan muhyiddin.
4. Apa yang yang saya faham, jiwa mereka tidak boleh lekang dari umno. Mereka takut dan tidak yakin pada pembangkang.
5. Mereka hanya mendapat maklumat separuh masak dan maklumat mereka banyak dipengaruhi oleh tv yang dikuasai kerajaan.
6. Harap penulis seperti pak din tidak berputus asa dan akan terus menulis menentang penyelewengan najib.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 7, 2016 at 7:02 PM delete

Setuju dengan Joe Harry. point 4, 5 dan 6 amat tepat. Sebab itu banyak komen saya berkisar kepada Melayu. Kekuatan UMNO terletak kepada melayu di luar bandar. Ikatan mereka dengan UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dari British masih kekal dan mereka melihat UMNO adalah satu parti yang telah berjaya membela agama, bangsa dan tanahair. Itu adalah sejarah UMNO. Dari Dato Onn hingga Tun Mahathir...UMNO adalah wira rakyat. Perjuangan dan pencapaian UMNO dalam masa 50 tahun memang membuktikan kewibawaan dan kepercayaan rakyat.

Malangnya selepas kejayaan Tun Mahathir...pemimpin UMNO selepasnya yang menerajui UMNO tidak sampai ketahap yang diharapkan. Selama 22 tahun Tun Mahathir menerajui negara mencapai kegemilangan yang menjadi impian sebuah negara merdeka...Malaysia berada dipuncak kegemilangan...Tun Abdullah mengambil alih teraju negara dan cuba meninggalkan kesan dan impaknya tersendiri...malangnya beliau lemah. Najib menggantikan Tun Abdullah....dengan berbekal warisan salah seorang pemimpin agong Tun Abdul Razak...rakyat berharap kuah akan tertumpah ke nasi...malang sungguh malang...Najib membawa bencana seperti apa yang kita hadapi sekarang ini.

Rakyat luar bandar kurang maklumat dari sumber yang independent...media kerajaan menjadi sumber maklumat utama mereka. Mereka kurang faham dengan isu kewangan dan ekonomi apatah lagi masaalah 1MDB. Kebergantungan kepada kerajaan menjadikan mereka tidak berdikari...dan ini telah diambil kesempatan oleh Najib dengan Cash is Kingnya...ditambah pula ada pihak yang memainkan isu agama Islam seolah olah Islam itu tergugat jika kita tidak memilih UMNO. Sikap kebergantungan dan meminta minta kepada kerajaan melemahkan jati diri masyarakat melayu. Begitu mudah melayu dibeli dengan BR1M dan sogokan wang dan barangan.

Parti pembangkang pula kurang wibawa dan tiada keutuhan perpaduan sejati. Ianya lebih kepada "marriage of convenience". Walaupun mereka sekarang menerajui 3 buah negeri...Selangor dan Pulau Pinang yang mana penduduknya lebih terdiri dari masyarakat "urban dan suburban" manakala Kelantan yang agak otordok memilih parti yang konon perjuangannya berlandaskan Islam.

Rakyat terutama melayu luar bandar tetap nostalgia dengan UMNO...
Jadi kepada pemimpin UMNO yang masih bertanggung jawab dan benar benar berjiwa UMNO yang asal...kepada kamulah melayu menaruh harapan...tunaikanlah tanggung jawab kamu. UMNO dibawah pimpinan Najib sedang menuju kehancuran kerana RASUAH.

Bebaskan UMNO....kerana rakyat masih berpegang kepada perjuangan UMNO yang asal.

PKR, Amanah...kalau kamu mahu mengambil hati melayu...buktikanlah kemampuan kamu. Bercakaran sesama sendiri bukan caranya.

Kepada melayu...bukakan minda kamu dan perolehi maklumat sebenar...jangan terlalu taksub dan jumud...dan jangan salahkan bukan melayu atas kelemahan kamu sendiri.



Reply
avatar
Nenekghuffran
AUTHOR
July 8, 2016 at 7:23 AM delete

Syabas PutraKraken....

Nenek setuju dgn pandangan anda.
Memang kebanyakan orang Melayu berfikiran Jumud...taksub..dan lebih mudah terpengaruh kepada yg membawa keburukan drp kebaikan disebabkan yg buruk itu luarannya disolekkan dgn alat kecantikan yg mempesonakan....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 8, 2016 at 7:51 PM delete

Sembang deraih jer korang ni.Cash is king la di M'sia ni.Serawak,KK dan Sg.Besar BN menang jugak.Ni semua fitnah jer.Melayu itu ini la...banyak analysis syok sendiri jer...Arul kandaq dok gelak jer,duit kasi angkut jugak...

Reply
avatar