KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, July 14, 2016

dinturtle

Goldman Sachs - Bank Yahudi Pujaan Hati Najib dan 1MDB ..... dan Umno

Kita kalau buat pinjaman bank untuk modal perniagaan, kita akan diminta serahkan satu kertas kerja di mana antara lain, kita diminta terangkan apa kegunaan pinjaman yang dipinta itu. Kalau minta 1 juta, maka kita akan senaraikan tujuannya untuk apa. Contohnya, nak beli barangan niaga, nak besarkan operasi syarikat dan sebagainya sesuai dengan jumlah 1 juta yang dipohon itu.

Bank kalau berpuashati syrat2 dipenuhi dan yakin dengan kemampuan projek yang disebutkan itu, akan keluarkan dana 1 juta. Bank berharap dengan bantuan modal itu, bisness kita akan maju dan kita mampu bayar balik pinjaman beserta bunganya. Dan bank juga berharap kita akan jadi pelanggannya yang bagus ..... demi masa depan bersama yang lebih cerah. Kita pun seronoklah dapat 1 juta ......

Bagaimana kalau ada bank yang terlebih baik, tolong buatkan kertas kerja untuk kita lagi ? Siap buat pengiraan bagai tentang barangan yang kita perlukan, kemudian tolong uruskan dengan penjamin lagi.... semua bank yang buat ! Kita goyang kaki je ..... siap semua, kita sain, dapat duit dan boleh mulakan bisness ..... peeeergh ! 


Kenapa baik sangat ? Kenapa kita yang dipilihnya ? Manager bank takde anak beranak sanak saudara jiran ke yang boleh dia tolong terlebih dahulu ? Kenapa kita yang tidak kenal pun dengan manager bank itu yang mahu ditolong ? Wujud ke bank sebaik itu ? 

Wujud beb ! Memang ada bank sebaik itu. Tak percaya tanya Najib.


Nama bank itu Goldman Sachs, sebuah bank Yahudi berpusat di Amerika. Yahudi ? ? Ya .... bank Yahudi ! TAKBIR !!! Siapa kata Yahudi jahat ? Tengok..... punyalah baik bank Yahudi ni, semuanya dia tolong uruskan buat 1MDB ketika nak buat pinjaman masa nak beli IPP dulu.

Harga belian IPP pun dia yang tolong congakkan selaku perunding kewangan. Rundingan dengan penjamin pun dia yang uruskan. Najib cuma sain jer. Peeeergh ! HIDUP YAHUDI !! Teriak orang Umno .....ngan orang Pas.

Tapi caj bank Yahudi ni tinggi sikitlah sebab dia yang uruskan semuanya. Dari jumlah pinjaman USD3.5 bil, Yahudi ni ambil USD302.50 juta atau 8.6%. Kos kewangan ini ditolak siap.

Takperlah kot .... masih ada dekat USD3.2 bil lagi. Bilion tuh ! Sapa nak bagi pinjam senang2 macam tu ? HIDUP YAHUDI !!! Teriak orang Umno ...... dan orang Pas.

So, Najib pun berlengganglah pergi bank nak sain kontrek sambil memuji2 bank Yahudi itu ..... 

TAPI ..... kata bank Yahudi itu, memanglah kita bagi USD3.2 bil sesudah tolak caj kewangan. Tapi kena tolak USD1.367 bil ( 39.1% )sebab nak bagi deposit kepada penjamin. Tanpa penjamin, 1MDB takkan layak nak dapat pinjaman sebanyak itu. Nama 1MDB hampeh ... 

Maknanya, dari amaun 3.5 bil yang dipinjam, 1MDB hanya dapat 1.83 bil jer ( 52.3% ). Kalau guna contoh awal di atas tadi, kita buat pinjaman 1 juta, kita hanya terima 520 000 jer. 

Pulak ..... TAPI, kata bank Yahudi itu lagi, namanya pun deposit, 1MDB boleh dapat balik !

Ooooooh.... OKlah kalau macam tu. Meh sini aku sain, kata Najib. HIDUP YAHUDI !!! Teriak orang Umno  ..... dan orang Pas.

TAPI ..... apa lagi ? 1MDB kena bagi option kepada penjamin untuk beli saham IPP yang 1MDB cadang nak beli tu. Bukan free, penjamin kena bayarlah ..... Oooooo OK, meh sini kontrek tu, aku nak sain.

Baik betul bank Yahudi itu kan ...... Punyalah orang Yahudi nak tolong sebuah negara Islam seperti Malaysia. Siapa sangka .... HIDUP YAHUDI !!! Teriak orang Umno ..... dan orang Pas.

Dipendekkan cerita, antara syarat nak senaraikan Edra, syarikat yang 1MDB tubuhkan untuk jaga IPP yang dibeli itu, tidak boleh ada sebarang tuntutan ke atas pemilikan Edra. Memang dari awal lagi plan nya nak senaraikan ( IPO ) Edra. So, kenalah dilupuskan Option yang diberikan kepada penjamin itu .....

Pulak .... kalau dah tahu dari awal lagi nak IPO, kenapa setuju dengan Option ? Entahlah .... masa nak sain tu mungkin tak terfikir ke tahap itu lagi. Duit nak masyuuuuuk, tak fikir panjang dah.

1MDB telah bayar USD1.968 bilion untuk tebus Option itu iaitu sebanyak 3 kali pembayaran - bulan Mei 2014 (USD250 juta), September 2014 (USD725 juta) dan Disember 2014 (USD993 juta).

Erk ! Gostan balik, gostan balik ..... dari jumlah 3.5 bil yang dipinjam, tolak deposit 1MDB dapat USD1.83 bil. Lepas bayar Option USD1.968 bil, maknanya 1MDB terkurang 0.138 bil atau USD138 juta ?

Pinjam 3.5 bil tapi akhirnya kena keluar dari poket 138 juta ?  Mana duit nak buat modal niaga ? Hutang USD3.5 bilion + bunga itu tetap kena bayar balik ! 



NI  APA  PUNYA  JENIS  PINJAMAN  YANG  1MDB  BUAT  DENGAN  BANK  YAHUDI  NI ? ? ? 

BANGANG TAHAP GABAN !

HIDUP  YAHUDI  ! ! !   Teriak orang Umno ..... dan orang Pas.


PS - Pendek cerita lagi, rupanya deposit itu tak diterima oleh si penjamin ! Yang duk bayar Option itu pun si penjamin kata dia tak terima. Takde dalam kontrek pun, kata penjamin !

Gila ah ..... Makna kata, kesemua USD3.5 bilion campur bunganya ... SEMUANYA LESAP ! 

TAPI ..... kata bank Yahudi itu, semua itu tetap kena bayar balik ..... Oh, OK, jawab Najib.

Kalau ikut contoh awal 1 juta tadi, kita buat pinjaman 1 juta, akhirnya kita pula yang kena keluarkan duit dari poket 40 ribu.  Duit 1 juta itu lesap. Pinjaman 1 juta campur bunga tetap kita kena bayar balik !

Baik sungguh lah bank itu ...... mana nak cari bank sebaik itu dalam dunia sekarang ni ?


PS 2 - Oya, satu lagi nota.  

5.6. Penyata kewangan Tanjong Power Holdings Sdn. Bhd. (TPHSB), syarikat induk TEHSB bagi tahun berakhir 31 Januari 2013 mencatatkan keuntungan berjumlah RM7.96 bilion (iaitu 93.6% daripada balasan RM8.50 bilion). Keuntungan ini diperoleh selepas mengambil kira nilai buku pelaburan dalam subsidiari berjumlah RM450.99 juta dan kos berkaitan pelupusan berjumlah RM84.56 juta. Penyata kewangan syarikat induk MLSB, berjumlah RM1.89 bilion (iaitu 80.8% daripada balasan RM2.34 bilion) hasil daripada pelupusan keseluruhan kepentingan Genting Bhd. Bagaimanapun, maklumat nilai buku pelaburan bagi penjualan ekuiti MLSB dan tanah tapak loji tidak dinyatakan dalam nota penyata kewangan Kumpulan Genting Bhd. ( petikan dari apa yang didakwa oleh Sarawak Report sebagai Laporan JAN  .... yang selepas seminggu masih belum dapat disahkan oleh pihak berkuasa sebagai benar atau palsu )


Maksudnya, masa 1MDB beli IPP dulu, pemilik asal Tanjong catatkan dalam akaun yang dia untung RM7.96 bil atau 93.6% sementara pemilik asal Genting pula catatkan keuntungan RM1.89 bil atau 80.8% ! 

HIDUP  YAHUDI  ! ! ! Teriak orang Umno ...... dan orang Pas.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

26 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 14, 2016 at 11:23 AM delete

ha3...cantek!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 14, 2016 at 11:25 AM delete

Hidup Najib,hidup Yahudi,idup umno,idup PAS.

bAKKATA LAWAK p.RAMLEE. aLIF mim nun wau ..SARKAS

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 14, 2016 at 11:39 AM delete

Salam Bro

Allah telah menyebut dalam AlQuran tentang umat manusia kaum yahudi. Sejak zaman Nabi Ibrahim AS dan juga zaman Nabi Musa AS dan Abangnya Nabi Harun AS kaum yahudi yang terkenal dengan kedegilan dan keangkuhan diriwayatkan dalam AlQuran. Mereka juga manusia seperti kita semua. Pada zaman ini...memang kita ketahui yahudi menguasai dunia dengan "proxy government" mereka. Yang paling ketara ialah USA. Ini tak dapat dinafikan...walau bagaimana kuat dan cerdiknya presiden USA...tanpa sokongan atau endorsement puak pelobi yahudi, mereka tak akan dapat menjejak kaki ke Rumah Putih.

Tak semua yahudi jahat...yang terang terangan zalim dan jahat ialah puak yang dipanggil Zionis iaitu pemerintah dan penduduk Israel. Yahudi penduduk asal Palestin dan kawasan sekitarnya hidup aman bersama orang orang Kristian dan Islam.

Melayu...Melayu Nusantara kalau mengikut sejarah...adalah perantau dan pelayar yng handal sampai menjejak kaki ke Afrika dan kepulauan Pasifik.. Diantara mereka banyak juga yang jahat dan menjadi lanun. Penduduk Tanah Melayu juga berasal dari keturunan mereka ini.

Jadi apa nak diherankan kalau kini masih ada darah lanun mengalir dalam diri melayu.
Ketua lanun keturunan bugis...Mohd Najib salah satu melayu yang begitu unggul mewarisi dan berbangga dengan keturunan lanun ini. "The Resurrection of the Malay way of life"...tak gitu?

Ketua Lanun Melayu kita ni nak tunjuk bahwa melayu pun boleh!...
Ke Kutub Utara...melayu jejaki
Ke Kutub Selatan...pun melayu dah sampai
Ke Puncak Himalaya..melayu dah daki
Ke Angkasa lepas...melayu dah pergi
Pemimpin Agong disegani...melayu ada Tun Mahathir

Nah!...kini Melayu juga tak mahu ketinggalan...
The greatest swindler....Mohd Najib keturunan melayu...

Jangan heran dengan Yahudi tu...
Melayu kita lebih teror

HIDUP MELAYU!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 14, 2016 at 12:49 PM delete

Lanun melayu rompak harta melayu? Zionis jahat yahudi ok? Zionis dapat dana dari sapa? Lain macam analisis ampa ni.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
July 14, 2016 at 1:12 PM delete

tahniah kpd 'ninja turtle'.

amat senang d fahami.

ini lah yg merunsingkan najib/rosmah sekarang.

berhutang n berurusan dgn chetiar lebih 'berpatutan' jika d banding dgn yahudi.

nasib ! nasib!.

Reply
avatar
July 14, 2016 at 3:06 PM delete

Terbaik Din...tekincit bini Rosmah..pemimpin UMNO pun dah mula berpeluh dalam aircond.

Reply
avatar
Geng Mamak
AUTHOR
July 14, 2016 at 3:40 PM delete

apa pulak hidup yahudi ??

hidup penyu din, hidup abang din, hidup din !

yang nak suruh pergi mampus tu tak payahlah saya sebut kan. paham2 jer lah. sendiri mau ingatlah abeh !!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 14, 2016 at 4:01 PM delete

terbaiklah 1mdb... bsnes sght menguntungkan... patutlah apandi kata ok clear...

Reply
avatar
Rozai CBR
AUTHOR
July 14, 2016 at 4:44 PM delete

Tq din ....baru kawan paham pinjaman yg super penipuan ..... apa punya poyo lah kina tipu idup2

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 14, 2016 at 5:14 PM delete

Aku setuju ... Sistem akhir zaman kapitalis zionis nih dah menuju kehancuran ..
Daripada nak bagi pembangkang baik Najib buat

Nak bagi pembangkang yang tak sekepala nih memerintah baik bagi Najib , Semua dia dah buat tinggal kita jer yang nak berusaha .

Lanun melayu rompak harta melayu? itu analisis kedai kopi kau gampang!

Dunia nih diperintah kuncu Dajjal Fremason & Illuminati sejak 100 tahun lalu, Kau nak menentang puak nih ? cukuplah MH370 hilang dan MH17 terhempas, ko nak berapa banyak lagi yang nak ilang ?

Ini konspirasi terancang beb, lebih baik kita diam dan usaha sendiri dan buat hal sendiri.

Kau susah ada pak pembangkang nak tolong kau ? pergi mampuslah kau ! Cakap Pum! Pang
! kompang lebih yang bagi dana , latihan, peluang siapa ? tak ker Yahudi itu sendiri ?

Aku sarankan manusia akhir zaman nih lebih baik diam buat hal sendiri sampai masanya selepas Dajjal mati barulah kita akan nikmati demokrasi islam sebenar , itupun sementara.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 14, 2016 at 5:56 PM delete

Kaji bohh. Jangan asyik kena suap je. Ni jawapan dari persoalan kamu.. Rothchild

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 14, 2016 at 6:06 PM delete

Ada tak pemimpin UMNO yg berkelulusan PHD dan Masters dalam Financ dan Business Management yg pantau perkara pekara yg di sebutkan disini. MoF tak ambik tahu ke? Mana menteri menteri UMNO...

Reply
avatar
July 14, 2016 at 6:09 PM delete

Maka berkata lah Ketua pada Lebai, Tuan nak apa saja mintaklah, saya tunaikan...maka di berilah kontrek kerajaan kepada seorang proksi...dapat si Lebai pun dapat lah laba buat rumahbbini ke 2, 2 buah kereta mewah dan sedikit duit belanja..janji lebai sokong Ketua..dan Lebai mesti kata pada pengikut..Ketua tak salah! Takbir utk bank Yahudi...hahahaha

Reply
avatar
July 14, 2016 at 6:22 PM delete

Cerdik oooo jib wat niaga. Untong busaq. Bertuah la mesia da pm jenis ni.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 14, 2016 at 10:10 PM delete

Najib dah makan taik yahudi, disuapnya pulak ke mulut pencacai UMNO Najib, nak dipalitnya pulak ke kita rakyat! Hidup yahudi! kata pencacai UMNO PAS...meh bak sini tong taik yahudi tu kami balun!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 14, 2016 at 10:26 PM delete

Cerita pasal IPP,sekarang ni subsidi penggunaan elektrik bawah RM20 pun dah ditarik balik. Walaupun penggunaan di bawah RM20 dah kena bayar. Tak ada pun kerajaan hebohkan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 14, 2016 at 11:12 PM delete

TERBAIK! Senang faham. Tk encik din, as always

Reply
avatar
sham zam
AUTHOR
July 14, 2016 at 11:35 PM delete

hassan cari makan major dlm apa ha? cmna blh jd pengerusi pac, bt akaun pun xlepas

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
July 15, 2016 at 12:35 AM delete

Salut Din turtle !!!

Selama ini , bagitulah kemushkilan yang saya hadapi ..
Najib dan Arul Kanda bilang masaalah 1MDB telah selesai . Maknanya sumua hutang hutang 1MDB telah di lunaskan ?
Tetapi , setelah di buat pembayaran berbillion , hutang 1MDB berjumlah 50 billion masih ada baki 50 billion lagi !!! apa sudah jadi ???

Sekarang ni , 1MDB telah di ambil alih olih MOF dengan segala liability . Kita semua tahu ( betul ke? ) 1MDB tiada komponen yg memberi pengaliran pendapatan selepas EDRA di jual . Dari mana 1MDB atau MOF cari duit bayar bunga dan hutang ???

Lu piker pikirlah sendiri !!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 15, 2016 at 3:02 AM delete

IMDB hantar orang tunai haji guna duit mana? Guna duit IMDB yang dipinjam dari bank Yahudi ke ?Atau duit untung IMDB niaga ke ? Yayasan 1MDB dananya datang dari mana? Yang dapat tunai haji guna duit 1MDB hukumnya macamana pulak sebab dulu mungkin tak tahu sumber duit 1MDB tu, tapi sekarang ni dah tahu? Haji-haji 1MDB kena tanya tok-tok guru untuk kepastian.

Ni petikan dicopy & paste di laman Din Turtle yg disiar pada 29 June 2015
"Malangnya hari ini 1MDB yang banyak membantu masyarakat Islam menerima pelbagai kritikan dan tohmahan, khususnya di media sosial," kata Najib dipetik portal BNBBC News hari ini.

Menurut perdana menteri, ahli jawatankuasa masjid datang bertemu dengannya untuk mendapatkan bantuan dana pembangunan semula masjid.

"Serta-merta saya bersetuju dan luluskan. Saya minta Yayasan 1MDB yang malangnya banyak menerima kritikan di media sosial sehari dua ini," katanya.

Najib berkata, jasa dan sumbangan 1MDB kepada umat Islam sangat besar.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 15, 2016 at 9:15 AM delete

Putra Kraken, you keep on astonishing me. Thanks for saying not All Yahudi is evil. This is a mark of intelligence not swallowing everything that is written or said but using our own brain. Don't blame Goldman Sachs, Najib went looking for (GS) to steal from Malaysia. Malaysia's problem is our Politians, too corrupted, they are willing to sell Malaysia to enrich themselves. Barisan Nasional (BN) has let Malaysia down. Now we need a 91 year old man to "save Malaysia"

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 15, 2016 at 10:23 AM delete

Pencerahan yang bijak.. kipidap..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 15, 2016 at 11:03 AM delete

Konon nak jadi IKON Rakyat Malaysia.Uweeek!

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 15, 2016 at 3:37 PM delete

Anon 9:15
Thank you for sharing my thought. I totally agree that our problem is our politicians who are driven by GREED. They betrayed the people who elected them into position and made a mockery of our democratic system. They even insulted our intelligence...but then...not all politicians are like them...there are some true politicians with integrity and put the peoples interest at heart....a rare breed indeed.

Bro

Kita semua manusia ciptaan Allah....semuanya sama...tak kira bangsa dan warna kulit. Tak percaya...darah manusia sama merahnya dan hanya terdiri kepada 4 jenis...A,B,AB dan O. Darah melayu tetap sama dengan darah yahudi atau negro, atau cina, atau india dan sebaliknya. DNA tetap serupa...kalau lain DNA bukanlah manusia namanya. Yang terdekat dengan DNA manusia ialah Chimpanzee dan Babi...sebab tu darah/DNA babi boleh digunakan sebagai gantian atau ubatan untuk manusia. Yang membezakannya ialah AKAL. Akal kurniaan Allah hanya kepada manusia agar mereka dapat menilai dan membezakan yang baik dan yang tidak baik. Begitu juga NAFSU yang menjadi musuh utama manusia.

Janganlah kita menghina diri kita sendiri dengan merelakan malahan merestui perbuatan khianat...waima oleh pemimpin kita dari bangsa dan kaum kita sendiri. Perbuatan sedemikian juga dikira khianat.

Negara kita majoritinya Melayu khasnya di Semenanjung Tanah Melayu. Di Sabah dan Sarawak komposisinya berlainan...melayu bukan majoriti. Saya melayu asal semenanjung tapi menetap di Sarawak...munkin kerana itu sudut pandangan saya agak berbeza dengan melayu semenanjung...namun saya tetap melayu.

Melayu itu Islam...Islam itu Melayu.
Malahan mualaf pun dikira masuk melayu.
Betulkah begitu?
Melayu dilahir Islam...Munkinkah Islamnya Melayu itu kerana dilahirkan Islam? Kalau melayu itu benar Islam...kenapakah berlaku banyak perlakuan orang melayu yang tidak Islamic? Rasuah, Pecah Amanah, Rompak, Samun, Mencuri, Ragut, Rogol, Sumbang Mahram, Buang Bayi begitu berleluasa dikalangan orang melayu. "Islam"nya melayu lebih mengutamakan penampilan luaran....menutup aurat, bertudung, berjubah, berjanggut, berkopiah dan berbahasa arab. Asalkan bunyi arab.."Islam" lah tu....Mudharabah, Wastiyah, Musabahah, AlBai Bithaman Ajil, Muamallah....dan ah..ah..ah..serta al..al..al..lainnya yang serupa.

Adakah melayu "Islam" gagal menggunakan AKAL kurniaan Allah lantas hilang pertimbangan dan moral? Kini jelas pengkhianatan pemimpin Melayu terhadap rakyat (bukan setakat melayu sahaja) pun melayu tak nampak...tak ambil peduli...malah ada yang bepandangan "Tak apelah...dia pun melayu macam kita...kaya pun orang kita melayu juga"

Yang paling menyedihkan...mereka menyalahkan orang bukan melayu pulak. Angkara yahudilah...angkara orang cina JoLo lah...Angkara orang arab lah. Ada pulak yang membabitkan Freemason lah...Illuminati dan entah ape ape lagi! Sadarlah...ketua mereka semua adalah orang Melayu yang dilahirkan "Islam". Putra Melayu kelahiran Tanah Melayu!...begitu juga sekongkolnya...semuanya Melayu yang dilahirkan "Islam".

Apakah kita akan terus merelakan dan merestui perbuatan pemimpin melayu "Islam" tersebut?

Melayu itu Islam...benar.
Islam itu Melayu...benarkah begitu?....?????????

HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU!

??????????????????????????????

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 15, 2016 at 8:01 PM delete

SURUH zahid ganti dia kat persidangan asem kat mongol...dia pegi mana hah?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 16, 2016 at 12:36 PM delete

Din,sejujurnya ko pun dah lama tau puak UMNO ni punya cara sapu duit kat lubuk emas(kerajaan) sebab untuk kelansungan hayat politik mereka.Semua org pun buat sebab takkan boleh gerak pakai air liur jer dan mengejar kemewahan. Dah jadu lumrah.Najib dah di ajar dan hidup bergelumang dgn benda ni sejak jadi MB dulu dan dlm kementerian terutama kementerian pertahanan.Bukan baru sekarang dia buat onar kebas duit ni.Cuma sekarang budak yg di ajar ni dah tamak sampai nak tergadai maruah negara.Salah ko dan kawan2 ko jugak dlm UMNO.Tiap kali kita cakap begini,balasan yg korang beri adalah dulu diorang pura2 tak tunjuk perangai sebenar.So korang tak tau,termasuk la TDM.Mcm Dollah tu,dulu kata nampak baik dan alim,tapi bila bagi kuasa baru tau sikap sebenar.Alasan korang je dan mustahil nak diterima.Dulu pun korang dah tau Najib ni macamana gaya nya.Saja cari pasal.Najib memang bersalah dan patut di buang,tapi begitu juga dgn org2 Melayu dlm UMNO yg dah tak boleh pakai.Biarlah kita beralih ke depan dan lupakan ketuanan Melayu begini kalau kita sendiri menghinakan diri sendiri.Baik kita berterus terang ,bersaing dan berdiri atas kemampuan Melayu yang sebenarnya.Setelah hampir 60 tahun,UMNO juga lah yang menjahanamkan nasib orang Melayu dipimpin oleh anak Tun Razak.

Reply
avatar