KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, July 1, 2016

dinturtle

HOT Dari WSJ - Dua Surat Dari Aabar IPIC Dedahkan Penipuan Najib Dan 1MDB !

Artikel sebelum ini ( KLiK ) merujuk kepada laporan kewangan IPIC berakhir 31/12/2015 yang difailkan di Bursa Saham London di mana ada dinyatakan pada perenggan 42, IPIC menafikan ada memberi sebarang jaminan kepada mana2 dana pelaburan milik Brazen Sky ( syarikat 100% milik 1MDB ) dari Cayman.

Maknanya, 1MDB boleh dah tebus dan bawa balik dana2 pelaburan termasuk Just Unit kembali ke tanahair untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia yang 1MDB tidak menipu bila mengatakan unit2 pelaburan itu wujud dan punya nilai.


Beberapa dakwaan oleh 1MDB yang punya kaitan dengan IPIC semuanya terbukti PALSU. Bayaran Deposit, Bayaran Option .... kononnya dibayar kepada Aabar IPIC rupa2nya telah dibayar kepada Aabar BVI, sebuah syarikat palsu yang tidak ada kaitan dengan IPIC.

Terkini, isu pengesahan dan jaminan yang kononnya diberikan oleh pihak Aabar IPIC terhadap unit2 pelaburan luar 1MDB ... IPIC juga sudah nafikan punya kaitan !

Sewaktu WSJ mula mendedahkan kewujudan syarikat palsu Aabar BVI yang namanya mirip nama syarikat milik Aabar IPIC, pada bulan September tahun lepas,  rakyat sudah mula tertanya2, siapa yang bercakap benar ? WSJ atau 1MDB ? Mana satu yang betul ni ?

astroawani 9/9/2015

Rakyat seperti saya yang suka mengambil jalan yang mudah tapi berkesan bertanya - Kenapa tidak 1MDB bertanya minta pengesahan dari IPIC ketika itu ? Kan senang ? Hubungi IPIC dan minta IPIC keluarkan satu penyata atau kenyataan resmi yang mengesahkan apa yang ada dalam akaun 1MDB adalah benar. Senang kan ? 

Tapi macam biasalah kalau kes adalah berkaitan 1MDB atau Najib .... berbelit2 jawab tapi akhirnya persoalan asal yang ditanya tak terjawab juga !

Sekarang, selepas IPIC buat beberapa pengumuman di Bursa Saham London, barulah kita tahu IPIC tidak terlibat dalam beberapa transaksi 1MDB sebagaimana yang pihak 1MDB dakwa. 

TAPI .... kenapa pihak 1MDB tidak berhubung terus dengan IPIC ketika WSJ mula dedahkan isu2 ini ? Apakah kerajaan juga merasakan tidak ada keperluan mendesak ( urgency ) untuk mendapat tahu duduk sebenar cerita sebab melibatkan wang rakyat berpuluh bilion ringgit ! ?

Artikel terbaru WSJ ada jawapannya ....... yang pasti buat cai2 Najib terkedu.


KLiK

Rupa2nya IPIC ada berhubungan dengan 1MDB dan juga dengan Menteri Kewangan iaitu Najib dan dalam dua surat yang didedahkan WSJ, ternyata ADA disebut mengenai pengesahan isu2 yang kita bincangkan !

Surat Pertama dari IPIC kepada Menteri Kewangan Najib bertarikh 22/7/2015 ( KLiK )



Surat pertama ini membincangkan hal Perjanjian Aset Swap 1MDB-IPIC yang merupakan sebahagian dari Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB.

Pihak IPIC rupanya memantau setiap kenyataan resmi yang dikeluarkan oleh 1MDB dan Kerajaan ! IPIC buat teguran kepada Najib selaku Menteri Kewangan kerana menipu kononnya kerajaan tidak punya sebarang liabiliti dalam Aset Swap. 

Sama seperti apa yang kita duk sebut selama ini - Perjanjian IPIC adalah dengan 1MDB DAN Kerajaan Malaysia. Kalau 1MDB tak boleh bayar, maka Kerajaan Malaysia terpaksa tanggung. Itu jelas disebut dalam Perjanjian.

Kemudian pihak IPIC turut merujuk kepada akaun 1MDB berakhir 2014 di mana tertera Deposit Aabar ...... IPIC mengesahkan bahawa TIDAK ADA sebarang deposit 1MDB yang dipegang oleh IPIC !


Surat bertarikh 22 Julai 2015 tapi kenapa Najib selaku Menteri Kewangan dan juga pihak 1MDB tidak berterus terang kepada rakyat Malaysia ? Kenapa diamkan perkara ini ? Kenapa berdolak dalih dengan pelbagai alasan bila WSJ dedahkan IPIC tidak ada menerima pembayaran yang dibuat oleh 1MDB kerana bayaran itu dibuat atas nama syarikat palsu ?

Penafian oleh 1MDB terhadap laporan WSJ di atas dibuat pada 9 September 2015 .... yakni SELEPAS di sahkan oleh IPIC bahawa pendedahan itu adalah BENAR !


Surat Kedua adalah dari Aabar kepada 1MDB dan Menteri Kewangan Najib pada 19 Oktober 2015 ( KLiK )


Surat kedua ini membincangkan tentang terma2 Aset Swap IPIC-1MDB & Kerajaan Malaysia di mana pihak Aabar /IPIC melahirkan kebimbangan mereka akan kemampuan 1MDB untuk bayar balik hutang sebagaimana perjanjian !

Mereka turut menyentuh beberapa kenyataan resmi yang dikeluarkan oleh 1MDB tanpa mendapat persetujuan dari pihak mereka sepertimana dipersetujui.



Turut disentuh adalah ayat ASSET SWAP di mana 1MDB dan kerajaan Malaysia sering sebut akan gantikan hutang 1MDB yang dibayar oleh IPIC dengan aset seperti unit2 dana pelaburan termasuk Just Unit.

Aabar IPIC menegaskan bahawa TIDAK ADA disebut dalam perjanjian pembayaran balik oleh 1MDB adalah dalam bentuk Aset tapi 1MDB perlu bayar balik dalam bentuk TUNAI !

Tidak ada disebut Unit dalam perjanjian IPIC-1MDB&Kerajaan Malaysia !

Juga disebut pada perenggan (c) yang merujuk kepada Just Unit USD940 juta yang didakwa 1MDB sebagai telah dijamin nilainya oleh Aabar dan telah direzabkan untuk IPIC ( sebagaimana dijawab oleh 1MDB kepada Bank Negara Malaysia kenapa dana itu tidak boleh dibawa pulang ) .... Aabar dan IPIC dengan tegas menyatakan - TIDAK ADA dan TIDAK TAHU MENAHU PUN !


Surat kedua ini bertarikh 19 Oktober 2015 ....... tapi kenapa pengesahan dari pihak Aabar dan IPIC ini tidak diberitahu kepada rakyat Malaysia ? Malah PAC yang menyiasat isu 1MDB juga tidak dimaklumkan semua maklumat2 ini.

Kemudian bila IPIC buat pengumuman di Bursa Saham London tidak ada menerima sebarang deposit dan tidak bertanggungjawab atas Aabar BVI yang palsu, dan bila pihak WSJ buat pendedahan ...... kenapa pihak 1MDB dan cai2 Najib boleh pula buat2 terkejut.

Tampil pula cai2 tegar Najib menuduh WSJ menipu dan menfitnah bla bla bla.....

Bagaimana dengan pendedahan dua surat dari Aabar IPIC di atas ? Apakah 1MDB, Najib dan cai2 sekelian akan menafikan kewujudannya ?

Baik nafikan ! Kalau tidak akan terbuktilah selama ini rakyat Malaysia telah dikencing oleh anda ..... berkali2 rakyat kena kencing. Semuanya sebab Najib, 1MDB dan Jho Low.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

33 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
July 1, 2016 at 10:32 PM delete

Memang dah dikencing. Bau kencingnya sungguh busuk tak terhidu oleh kita rakyat msia walaupun ada yg cuba bertahan. Tapi sampai bila????

Reply
avatar
Laguhati
AUTHOR
July 1, 2016 at 11:23 PM delete

Cik Din ...Kenapa lah WSJ ni sibuk nak menipu nipu kerjanya . Ni terbukti ada niat buruk nak jatuhkan kerajaan kesayangan rakyat. Nanti la selasa depan depa tau la nasib depa.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 11:24 PM delete

Admind... tarikh di atas mengapa 31/12/16. Sekarang baru 1/7/16. Lihat betul2.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 11:27 PM delete

Kencing manis potong kaki, kencing kawan potong ?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 12:01 AM delete

Terima kasih encik din for being ever vigilant on this 1mdb fiasco. Lain2 tu, spt kes lge, bagi saya hanya lah distractions. klu lge bersalah, biar lah mahkamah putuskan. At least dia dah di bawa ke muka pengadilan. 1mdb? Entah?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 12:45 AM delete

En Din. Kerajaan Pahlawan Bugis ni menjelang hari raya menaikkan harga petrol sebanyak 5 sen. Baguslah...melayu masih cam blur je bila diliwat kerajaan si Najib ni. Sibuk nak beraya hingga dieksplotasi pun tak sedar. Apa lagi nak kata dengan 1MDB? Bangkitlah Melayu!! Tolong bangun dari lena!

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
July 2, 2016 at 1:14 AM delete

hehe typo...terimakasih

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
July 2, 2016 at 2:14 AM delete

Bagaimana Najib atau 1MDB berupaya untuk memaklum balas surat surat dari IPIC itu . Wang dan unit unit yang di war warkan olih 1MDB serta cai2 Najib semuanya omong omong kosong saja . Wang sebenar telah pun di songlap olih Najib bersama dengan kuncu kuncu dia .

Anak hebat nenek Rosie pun telah laburkan bahagian dia keatas filem "wolfs of Tun Razak Street " yang memberi keuntungan berjuta juta dollar sehingga termampu membeli rumah dan harta agam di Los Angeles , Woshington juga kota London !

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 2:54 AM delete

Bro Din, terima kasih untuk info bagi seluruh rakyat. Banyak Yg dapat kita kongsi bersama. Keep up the good work, bro, terima kasih.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 3:44 AM delete

Selasa depan hari raya aidilfitri bang lagu..
pejabat loyar tutup sebab cuti raya..terpaksa postone selasa minggu lagi satu terr..
loyar ag pun nak raya jugak..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 5:57 AM delete

Selagi masih ramai majoriti rakyat berkiblatkan duit...selagi tu la najib berkuasa... ini namanya kuasa BRIM

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 6:55 AM delete

kenapa tun razak ada anak macam ini?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 7:13 AM delete

Bukan kerajaan tak ada keperluan terdesak tetapi keperluan kerajaan yang amat terdesak ialah bagaimana untuk kelentong dan putar belit dengan pekara-pekara bagini.Susah nak auta semua orang blank tentang 1mdb,hanya beliau seorang saja tahu mana pi duit semua dan juga orang yang mengangkat beg-beg kedalam kapal terbang .Malang kita terkapai-kapai tak tahu kebenaran.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 7:46 AM delete

Potong kemaluan

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 8:34 AM delete

cik din. kami rakyat tak kesah la skandal 1mdb si bijan tu. berapa billion seklaipun.. yang penting kami rakyat dapat duit poket.. beras sekampit dua. bantuan ibu tunggal dan golongan miskin.. nak lagi kalo dibuat bila ada pilihanraya

Reply
avatar
July 2, 2016 at 9:51 AM delete

Kencing rakyat potong PM

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 2:14 PM delete

Nape tun rahah ade anak n nnatu gini...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 2:36 PM delete

Cash is king...semua pemakan dedak hantam dulu...

Biarlah rakyat semua yg tanggung kemudian , termasok para2 pemakan dedak...ini adalah tabiaat melayu, short sighted...

Sebab itu melayu terbelakang di segi ekonomi di mesia tapi terdepan ttg kerosakan social...

Reply
avatar
BoOoMeRaNg S
AUTHOR
July 2, 2016 at 3:29 PM delete

tunggu aja keputusan LCIA pd 11 Julai 2016. samada ia provokasi @ fitnah ke atas PM atau BUKAN!! seingat saya akibat tak bayar ansuran USD3.5b, Malaysia didakwa bankrupt. so, kita tengok ajalah slps Ramadhan ini...

Reply
avatar
July 2, 2016 at 5:39 PM delete

ada yang tahan bau walaupun bau petai atau jengkol tanam hahaha... siapa tu ????? si walaunta......

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 6:27 PM delete

Kalau di singapura dipanggil pencuri, di indonesia dipanggil maling kalau di malaysia dipanggil Perdana Menteri.....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 9:05 PM delete

Lepas ni rakyat Malaysia pula akan kencing atas al-jibby al-rosie al-riza aziz dan al-sheikh jholow.

Reply
avatar
Gue
AUTHOR
July 2, 2016 at 9:39 PM delete

Mungkin juga perlu ditanya kepada Datuk Dr Harun Din dan Tuan Ibrahim Tuan Man sama ada :
1. Baca atau tidak surat2 dari IPIC dan anak syarikatnya ini ?
2. Apa pendapat tuan2. Mungkin boleh beritahu atau kongsi dgn rakyat Malaysia yg serba dhoif...

Selamat hari raya 'eid, ma'af dzahir dan batin,
Yg dahagakan penjelasan,
Gue

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 10:19 PM delete

Oh. Tak tau pula dah ada date for decision. Kita lihat. Tq

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 10:28 PM delete

Tangkap dan dakwa.... jangan biarkan anai2 macam ni jadi pemimpin. Rakyat pun jangan biarkan orang macam ni jadi pemimpin. Rugi anak bangsa....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 11:38 PM delete

Itu lah hairan genetik tun razak bolih jadi begini. Najib memang memalukan kerana perbuatannya macam anak sepuluh bapak.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 3, 2016 at 12:07 AM delete

Seperti perumpamaan... Setandan pisang, tak semuanya elok...... Bukan salah Tun Razak, tapi pengaruh pasangan hidup

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 3, 2016 at 12:59 AM delete

Salam Bro

Jangan Percaya....WSJ bohong!...Bohong segalanya. WSJ memang pembohong...fitnah semua tu!

Ada berani Najib cakap macam tu?...Siapa yang bohong...Najib? Husni? Arul?..atau WSJ memang kaki fitnah.

Salleh Kruk...apa ko nak cakap kali ni? dari dulu lagi WSJ cakap memang ada semua bukti apa yang dia cakap.

Najib...Saman la...apa tunggu lagi? Kan ko ada peguam agung...AG Pandir. Apa takut...tak payah nak saman kat US...Saman kat KL pon cukup...tentu boleh menang dengan Peguam Negara Pandir...dibantu loyar burok Azalina...Nazri, Rahman Dahlan, Kunan Londeh dan jangan lupa Menteri terpandai Mat Maslan. ini kan Malaysia...Najib yang punya..apa takut...Saman je!...

Dasar penipu, pembohong...najib lied through his teeth....smiling...and the stupid followers just nod their heads. Gi jahanam ko semua.

Teruskan WSJ...dedahkan semua bukti... kita mengharapkan pihak luar seperti WSJ, FBI, DOJ, pihak berkuasa Swiss, Hong Kong dan Singapura untuk checkmate Najib....Kita tunggu sejauh mana peguam Pandi dapat menutup salahlaku Najib Durjana ini.

Rakyat Malaysia....penyokong Najib semua...masih buta dan pekak kah kamu? atau kamu memang sengaja pekak dan membutakan diri dek kerana dedak beras sekampit? Murahnya harga diri kamu semua?

Sekali lagi saya katakan:

MELAYU MEMILIH RASUAH...TAPI TETAP TAK MAKAN BABI.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 3, 2016 at 6:13 AM delete

Pekung didada dah mula kumpul nanah,tunggu masa nak pecah saja. Bila pecah busuknya menjalar sekampung.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 3, 2016 at 12:17 PM delete

MELAYU MEMILIH RASUAH...TAPI TETAP TAK MAKAN BABI.

Hahaha.....Babi tarak makan tapi rasuah rembat sampai roboh. Lepas tu semua ketua bahagian di 'taja' pergi umrah. Apa lah punya malang bangsa Melayu

Reply
avatar
Mohd Natar
AUTHOR
July 5, 2016 at 1:04 AM delete

ha ha ha........kelakar betul.

Reply
avatar
Kampong man
AUTHOR
July 16, 2016 at 6:33 AM delete

You guys still believe this crap on the so called 1MDB scandal.We have passed 11 july.Give me more dates please.17 July? .Huh...

Reply
avatar
Kampong man
AUTHOR
July 16, 2016 at 6:40 AM delete

I do not believe we should oust mandated Najib on the 1 MDB so called scandal.I don't wish to speculate.I will trust the AG,MACC and PAC more than WSJ who get their info from Sarawwhich has no credibility,period.ak Report

Reply
avatar