KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, July 1, 2016

dinturtle

IPIC Tidak Tahu Apa2 Tentang Dana Cayman Atau Just Unit ! Arul Kanda Nak Belit Macamana Lagi ......



Mkini

International Petroleum Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi menafikan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS menjadi penjamin 'unit dana' 1MDB dalam dana berdaftar Kepulauan Cayman, menurut laporan oleh Wall Street Journal (WSJ).

Ini berlaku setelah juruaudit 1MDB memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa ia telah meneliti pelaburan Cayman dan berpuas hati dengan jaminan yang didakwa oleh Aabar dari Abu Dhabi itu.

"Unit dana" yang dilaburkan oleh anak syarikat 1MDB berpangkalan di Singapura, Brazen Sky Limited sebelum ini telah menimbulkan kontroversi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang juga menteri kewangan memberitahu Parlimen bahawa ia disimpan dalam bentuk wang tunai dolar Amerika.

Ia kemudian mendedahkan tidak ada tunai yang terbabit tetapi 'unit dana', dengan 1MDB dan Ketua Eksekutif Kumpulan itu, Arul Kanda bertanggungjawab atas 'kesilapan' itu.

Dalam perkembangan terkini, IPIC dalam laporan kewangan 2015 berkata: "1MDB telah membayangkan kewujudan jaminan kira-kira AS$940 juta yang disediakan oleh Aabar berkenaan dengan unit dana dalam dana bardaftar Kepulauan Cayman yang dimiliki oleh anak syarikat 1MDB, Brazen Sky dan jaminan lanjut daripada Aabar BVI berkenaan dana pelaburan yang dikendalikan oleh pelbagai pihak ketiga dan pengurus dana berjumlah kira-kira AS$1.5 bilion.

"Kedua-dua IPIC dan Aabar mengesahkan tidak ada sebarang rekod mengenai apa jua jaminan yang disediakan oleh Aabar dan oleh itu, tiada pendedahan bagi jaminan kewangan perlu dibuat dalam penyata kewangan disatukan dan seterusnya mengesahkan bahawa kedua IPIC atau Aabar menerima apa-apa bayaran, aset atau unit dana dari Brazen Sky," tambahnya.

Laporan kewangan telah difailkan kepada Bursa Saham London, semalam.

WSJ berkata, jaminan itu adalah penting kerana ia menjadi asas bagi penilaian oleh juruaudit yang didakwa IPIC sebagai tidak wujud.

                                   *********************

Saya copypaste bahagian yang dirujuk di atas daripada Laporan Kewangan IPIC berakhir 31/12/2015 yang difailkan kepada Bursa Saham London. ( KLiK )


Further, 1MDB has intimated the existence of guarantees of approximately US $ 940 million provided by Aabar inrespect of fund units in a Cayman registered fund, owned by 1MDB subsidiary Brazen Sky and further guaranteesfrom Aabar BVI of fund investments held with various third party fund managers in the amount of approximately US$ 1.5 billion. Both IPIC and Aabar confirm there is no record of any such guarantees being provided by Aabar and as such no disclosure of financial guarantees needs to be made in these consolidated financial statements and further confirm that neither IPIC nor Aabar has received any payments, assets or fund units from Brazen Sky.
 

So .... apa citer dengan semua dana2 pelaburan yang kononnya direzabkan untuk bayar IPIC ? Apa citer  Just Unit yang kononnya telah di jamin nilainya oleh Aabar ?



Baru kelmarin saya sebut perkara ini ..... KLiK. Apa lagi alasan yang akan diberikan untuk mengelak dana2 pelaburan itu daripada di BUKTIKAN KEWUJUDANNYA ?

Jika benar semua dana2 pelaburan itu wujud, tebus dan bawa balik wangnya ! Terutama pelaburan Just Unit..... hmmmmm nak tanya Husni, dia dah letak jawatan....

Ingat satu artikel yang pernah saya tulis sebelum ini yang merujuk kepada pembayaran kepada Goodstar milik Jho Low - KLiK., di mana saya nyatakan -


Jika kita terima kenyataan Bank Negara bahawa Good Star tidak ada kaitan dengan Petrosaudi dan pembayaran USD700 juta itu tidak diterima oleh Petrosaudi sebagai penjelasan hutang, bagaimana mungkin USD2.318 bilion itu wujud ?

Dana itu juga dikaitkan dengan pelbagai syarikat yang pelik2 dan banyak sekali putar belitnya bila kita minta bukti untuk mengesahkan kewujudannya.

Pendek kata lagi - Segalanya tentang USD2.318 bilion itu PELIK !


Just Unit bernilai USD940 juta itu merupakan baki terakhir dari keseluruhan dana JV 1MDB-Petrosaudi yang asal.  Yang lain semuanya sudah dibelanjakan, kalau mengikut buku akaun 1MDB.  Tapi tidak ada bukti dikemukakan tentang perbelanjaan itu.

Sama2 kita nantikan belit Arul Kanda dalam hal terbaru ini ......

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 4:55 PM delete

Tapi tuan, Najib penyamun tu masih merasa dia tidak bertanggung jawab langsung walhal hitam putih ada menyatakan PM mempunyai peranan dalam 1MDB. Jenis manusia haram jadah betul, bukan lagi perompak tapi spesis penyamun dan lanun siang hari ni. Aku sedih kerana masih ada melayu yang menjunjung dan terus menyembah kepala lanun dan penyamun maha mega abad ini. Di negara kafir luar sana, seperti Korea misalnya, feri tenggelam yang puncanya tidak membabitkan menteri langsung, tapi menteri berkenaan boleh undur diri letak jawatan. Tapi jenis kepala lanun dan penyamun di Malaysia ni, terang dan sah dia lakukan kesalahan, masih tak malu nak pegang jawatan lagi, muka tebal jenis kulit babi agaknya dia ni???

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 1, 2016 at 11:15 PM delete

hebat betul orang melayu (bugis) menipu!
hebat betul orang melayu menyokong orang melayu (bugis) yg menjahanamkan negara sendiri!
hebat betul orang melayu dgn maruahnya!
hebat betul orang melayu dgn agamanya, berfatwa hanya kerana seorang pemberi rasuah melayu (bugis)!

Reply
avatar
malau
AUTHOR
July 2, 2016 at 4:41 AM delete

Melayu tipu melayu...apa hebatnya.Penyamun taraf kampung....kalau si Najib ni boleh tipu putar capitalist capitalist barat ada jugak gah nya...tsetakat tipu orang kampung sendiri tapi kena tipu & kena kencing dgn orang lain, lepastu buat muka tebal buat apa...dah lama kut dok buat kerja ni.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 9:15 AM delete

Najis masih PM sebab dia Ketua Mafia UMNO. Selagi rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India dll tidak mengambil tanggungjawab untuk TIDAK mengundi untuk parti Mafia UMNO, selagi itulah rakyat Malaysia akan hidup terhina.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 2, 2016 at 11:10 PM delete

Orang bodoh yang tak tahu dia bodoh. Macam cerita The Emperor New Clothes. ..diperbodohkan orang sekeliling. .

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 9, 2016 at 7:29 PM delete

pengaruh arul kanda hebat. dia punya putar smpai orang melayu pun boleh pilih baju kuta drpd baju melayu utk baju raya.gila beb!

Reply
avatar