KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, July 17, 2016

dinturtle

Kritikan Johari Terhadap 1MDB Jauh Terlalu Lembut ! Sepatutnya Guna - 1MDB Was Hampeh All Along..


Kenyataan dari Dato Johari semalam di NST 1MDB to be a run-off company pastinya merupakan satu pengakuan dipihak kerajaan bahawasanya 1MDB MEMANG HAMPEH !

Sebelum ini pun Johari pernah keluarkan kenyataan yang hampir sama mengenai 1MDB. Kali ini Johari kata, aset2 1MDB yang diambilalih oleh kerajaan akan dijual untuk bayar hutang 1MDB. Ini termasuk menjual dan membangunkan tanah TRX dan Bandar Malaysia.

Jual dan Bungkus !

Tapi ada kenyataan Johari yang masih cuba menegakkan benang basah 1MDB -

According to Johari, the idea was basically to use 1MDB to leverage its ability to borrow money and do something that an ordinary company could not do — to develop huge assets like Bandar Malaysia and TRX, and at the same time, consolidate the energy sector.


Terjemahan saya - idea asal adalah untuk menggunakan kelebihan 1MDB iaitu kemampuan berhutang dan lakukan sesuatu yang syarikat biasa lain tidak mampu lakukan - membangunkan aset besar seperti Bandar Malaysia dan TRX dan waktu sama menyatukan IPP.

Hahahah..... kelebihan yang ada pada 1MDB itu adalah kerana JAMINAN KERAJAAN. Syarikat apapun kalau kerajaan sanggup beri jaminan, akan senang buat pinjaman bilion2 !

Apa dia kepakaran yang ada pada 1MDB untuk bangunkan projek sebesar TRX ? Kenapa tidak diberikan kepada GLC lain yang sememangnya pakar, punya pengalaman dalam bidang2 berkenaan ? 

Kenapa Johari tak sebut projek pertama 1MDB iaitu usahasama dengan Petrosaudi ? Itulah sebenarnya IDEA ASAL Najib mengwujudkan 1MDB ! Itulah Projek 1MDB yang awal. 

Itupun kalau 'Projek Bagaimana Nak Berhutang Bilion2' tak boleh dikira sebagai satu bentuk projek. Kalau boleh dikira sebagai satu projek, maka lebih sesuai disebut - Idea asal 1MDB adalah bagaimana nak dapatkan duit bilion2 melalui hutang. 

Dapatkan dulu duit bilion2, lepas itu baru fikir macamana nak belanjakan mengikut agenda yang telah ditetapkan.

Terbukti beberapa kali 1MDB ketika mahu mendapatkan wang, mereka bertindak amat pantas sekali. Semua SOP diredah, peringatan lembaga pengarah dilanggar, yang paling utama adalah untuk mendapatkan wang besar secepat mungkin. 

Kalau benar TRX merupakan projek utama, kenapa dana yang dipohon untuk bangunkan TRX sebanyak USD3 bilion dialihkan kepada kegunaan lain ? 

Bak kata Muhyiddin, 1MDB adalah satu skim penipuan terbesar ! 

Apapun, elok juga kita renung kembali kenyataan Najib di New York tahun lepas ...


1MDB model Idealistik ? Hahahaha ..... Kalau nak menipu, memanglah 1MDB itu idealistik sangat !

                          ***************************

Terbaru Sarawak Report ada keluarkan satu lagi artikel yang mereka dakwa sebagai sebahagian dari Lapuran JAN yang diOSAkan. ( status keaslian yang masih belum dapat disahkan oleh  oleh pihak Polis walaupun sudah lebih seminggu siasat ! )

Bab 2 Islamic Medium Term Notes, Pelaburan Ekuiti, Nota Murabahah dan Dana Portfolio

Kali ini diperincikan apa yang berlaku kepada pelaburan awal 1MDB bersama Petrosaudi, kemudian dilaburkan di Cayman akhirnya menjadi Just Unit.

Panjang lapurannya tapi ia sesuatu yang WAJIB BACA jika anda mahu penjelasan mengenai apa yang berlaku dalam skandal 1MDB-Petrosaudi.

Jelas disebut bagaimana semua peraturan dan SOP dilanggar begitu saja .... macam bapak dia punya duit !

Seperti yang sering saya sebutkan juga, keseluruhan pelaburan dan kononnya campur untung berjumlah USD2.318 bil boleh dipertikaikan kewujudannya. Apa yang disajikan oleh 1MDB hanya CERITA saja tanpa sebarang bukti konkrit ditunjukkan akan kewujudan duit itu.

Tidak pernah sekali pun duit Cayman itu ditunjukkan, atau Just Unit dibuktikan nilainya sebagaimana didakwa.

Bagi saya, ayat yang digunakan oleh Johari di atas -

Wrong Business Model, Weak management dan Lack of corporate governance adalah terlalu lembut untuk gambarkan apa yang berlaku dalam 1MDB.

Tapi SIAPA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN ?

Orang yang lahirkan idea 1MDB itu sendiri tak reti nak bertanggungjawab ke ? Sibuk nak hijack idea dan projek pemimpin lama, sendiri punya idea dan projek - HAMPEH !

1MDB was HAMPEH all along - itu ayat yang lebih sesuai Johari gunakan.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

13 comments

Write comments
Adenium
AUTHOR
July 17, 2016 at 7:59 PM delete

Bravo bro din...respect sama lu

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 17, 2016 at 8:40 PM delete

Salam Bro

1MDB adalah sesuatu yang unik. Masyarakat penyangak dunia akan menjadikan kes 1MDB sebagai satu kes kajian dan rujukan. Memang tersohor 1MDB ni!...tak pernah ada kes berbelit, terbelit sampai sembelit macam 1MDB. Ianya melibatkan seorang ketua negara sebagi taiko dan disokong oleh penyamun antarabangsa. Kalah Jack Sparrow dalam Pirate of the Caribbean. Memang "International"...a real global player.

Husni mana?...pergi umrah ke?...pergi umrah seribu kali pun tak kan dapat mensucikan dosa kamu kepada rakyat. Kamu tahu tapi kamu diam...khianat kamu! Ingat!... Allah berkata...dosa antara manusia dengan Allah akan Allah ampunkan kalau kita bertaubat dan mohon ampun dariNya. Tapi dosa antara manusia...hanya manusia saja yang dapat mengampunkan. Jangan ko pikir ko pergi umrah atau haji dosa kamu semua akan terampun!...

SiJohari ni pun sama je!...semua menteri menteri UMNO memang sama...tak boleh percaya langsung! Dah tahu tak betul...kenapa diam?




Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 17, 2016 at 9:31 PM delete

1mdb is a vehicle for these crooked people to cheat. It is a well-planned scam by these people. Unfortunately, things did not go as they planned.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 10:01 PM delete

Wait for the audit report....tunggulah laporan audit....sabarlah

Tup tup osa...dasar penipu tahap gaban!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 10:25 PM delete

Putrakraken...
Pertamanya tahniah buat anda dgn komen2 pedas dan berani.
Seterusnya....mana mungkin menteri bijan bersuara. Upah menyalak sekian,upah menipu sekian,upah buat bodoh sekian dan semuanya pakai UPAH. Bahasa rasminya RASUAH demi kesinambungan kuasa. Tu saja yg mereka buat. Contoh? Syahril 1juta dan md maslan 2juta...yg lain2 ?
Terang nyata kesalahannya,namun masih mengetuai pentadbiran negara. Sesuatu yg amat menjijikkan serta memalukan. Seorang pemimpin mestilah AMANAH,BERANI SERTA MEMPUNYAI KEKUATAN BERDEPAN DGN LAWAN2NYA. Apakah ciri2 ini ada pada bijan? Jawaban...TIDAK SAMA SEKALI.

Sekian.

# Kelihatannya anda lebih yakin dan berani dari bijan dan ternakannya.Bravo!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 10:54 PM delete

That new minister (should be read sinister?) in that recent interview of his had also mentioned that he shall conduct study on the GLCs divided into three categories, etc. - but forget to mention MARA (remember its Australian corrupt venture) and others which continue to bleed rakyat's money (and which of course are not under his ministership?).

Here we go again. It is as if with a new broom a new horizon is emerging and Malaysia and Malaysians can be rest assured of stronger Malaysia, etc.

The truth is that nothing will change (and the leaders can continue to stay in power!).

Why? And this is what most people including that minister (sinister?) and a majority of the rakyat have failed to notice: as long as the context surrounding entities like the 1MDB and other GLCs plus entities such MARA continue to stay the same, no matter what one does on corporate governance, etc., it is the case of pi mai pi mai tang tu jugak as far as these entities are concerned,

And in that surrounding of entities such as the 1MDB and MARA we are talking of a person - or rather a pair of husband and wife? - who can do just about anything he wants anytime. As long as that concentration of power - and the opposite which is the lack of healthy functioning of the government's instruments of power such the MAAC - continues to be the case, one such as the minister (sinister?) can continue to dream on. It is phantom Malaysia all the way - with the concurrence, support, etc. coming from a good section of the rakyat of course.

Malaysia and Malaysians get what they deserve?

I really, really want to puke.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 11:31 PM delete

Sokong admin 100%,Johari ni pun 2x5 jugak...

Reply
avatar
ezek ahmad
AUTHOR
July 17, 2016 at 11:45 PM delete

Ayat power bro Din.. 👍

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 18, 2016 at 12:02 AM delete

1. apa yg jadi dlm 1mdb ni bukan kelemahan pengurusan tapi jenayah terancang yg disengajakan. kaedah penipuan perniagaan yg sama diulang sampai 3,4 kali walaupun dah dapat amaran dari lembaga pengarah.
2. dalam perkara 3.7.2, ada sebut pengerusi lembaga penasihat (najib) tak setuju nak buat penilaian kedua utk aset petrosaudi cayman. maknanya najib tau ada masalah dlm projek dgn petrosaudi. kalau tak ada masalah kenapa kena nilai dua kali?.
3. kes 1mdb ni kes curi sampai berbillion ringgit. tapi kenapa ceo shahrol diletakkan sbg suspek utama sedangkan tak ada pun duit sampai berbillion yg masuk akaun dia.

Reply
avatar
July 18, 2016 at 8:49 AM delete

Susah sikit Abg Jo nak sebut,silap silap ada rombakkan kabinet baru dan nama Abg Jo pun tercicir

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 18, 2016 at 9:04 AM delete

"penyapu baru menyapu dengan baik",itulah matlamatnya bila orang baru dilantik kesesatu jawatan.2nd.MOF baru dan GBN baru mestilah mereka akan melakukan kejutan yang tak terjangka oleh kita.Yang lepas sudah2lah tok sah dok ingat.Tengok bila 1MDB dapat boss baru nada cakap pun bertukar.Hanya mercerita apa yang akan datang.Yang lepas punya problem dia tak tahu.Ini matlamat yang terpaksa diterima oleh rakyaat yang perihatin.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
July 18, 2016 at 11:56 AM delete

harap sungguh wang rakyat tidak akan d guna utk membayar hutang2 1MDB. jangan lupa pinjamam SRC berjumlah 4bill yg d ambil drpd KWAP. sampai sekarang umum tidak mengetahui l
kemana wang tersebut tlh d belanjakan sahinggalah syarikat tersebut d serah semula kpd perbendaharaan.

berharap sungguh dia buat yg terbaik utk ABT. sahinngga sekarang nama d Johari masih tidak tercemar. silap langkah mungkin tidak akan terpilih lagi pd PRU 14.

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
July 18, 2016 at 10:34 PM delete

Salam brother Din...

'Tadbir urus vs urus tadbir'. Macam 'sama tapi tak serupa vs serupa tapi tak sama'.

Aduihhh...

Reply
avatar