KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, July 25, 2016

dinturtle

Najib Mahu Mereka Yang Disebut DOJ Bersihkan Nama Mereka - SETUJU ! Termasuk Malaysian Official 1, Harap Najib Heret Lahanat Itu..


Walaupun Yayasan 1MDB telah banyak membuat kerja2 sosial membantu rakyat, tapi kerajaan tidak mengambil ringan segala dakwaan yang dilemparkan kepada 1MDB dan perkara ini perlu ditangani.

"Sebab itu bila keluar laporan DOJ, kerajaan tetap memandang berat perkara tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan,"




Ya, sememangnya kita setuju sangat2 ! KESEMUA nama2 yang disebut dlam writ saman DOJ harus tampil dan beri kerjasama kepada Department of Justice US ( DOJ ). Malah lebih baik jika mereka juga dapat tampil di depan rakyat Malaysia untuk beri penjelasan.

Dan ini TERMASUKlah mereka yang diberi nama samaran seperti Malaysian Official 1, 1MDB Officer 1, 1MDB Officer 2 dan 1MDB Officer 3.

Kenapa nama2 mereka itu tidak disebut dengan jelas sepertimana Riza Aziz, Jho Low, Khadem dan Qubaishi ? Adakah mereka yang diberi nama samaran itu tidak bersalah ?

Sebab harta2 yang mahu disita itu tidak ada kena mengena dengan mereka yang namanya disamarkan. Writ saman adalah untuk menyita harta mereka yang namanya disebut kerana harta2 itu didakwa dibeli menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB.

Amerika tidak mahu ada sesiapa yang menjadikan negaranya sebagai tempat lambakan duit hasil curian. Amerika hanya bertindak dalam skop negara mereka saja. Mungin kalau DOJ punya bukti nama2 lain pun terlibat sama dan juga ada membeli aset di Amerika menggunakan duit curi, mereka juga akan disebut sama.

TAPI itu tidak bermaksud tindakan DOJ hanya setakat menyita harta haram mereka saja. Itu cuma langkah pertama yang dibuat oleh DOJ. Sebelum apa2, DOJ akan bekukan harta2 itu terlebih dulu sebelum harta2 itu dicairkan ( dijual dan duitnya dibawa keluar Amerika atau ditukar nama atau apasajalah ). 

Selepas proses pembekuan aset itu selesai ..... sudah pasti akan masuk fasa kedua di mana pesalah2 akan didakwa. Tapi masih dalam skop Amerika. Namun sepertimana ditulis dalam writ samannya, nama2 yang disamarkan itu tidak lagi menjadi rahsia. 

Tak pastilah samada nama mereka yang disamarkan itu akan turut sama didakwa tapi nama2 sebenar mereka akan terbongkar juga semasa prosiding mahkamah.

Makanya kita sebagai rakyat Malaysia, ingin tahu SIAPA MEREKA INI. Adalah lebih afdal sekiranya keempat2 individu yang nama mereka disamarkan itu tampil berikan penjelasan sebelum mereka dan juga negara mendapat malu.

Terutamanya Malaysian Official 1 ! Sebab antara keempat2 nama itu, dia yang paling banyak terima duit 1MDB


Saya copy dari kertas pertuduhan DOJ -


In October and November 2012, Blackstone transferred $30,000,000 to an account belonging to MALAYSIAN OFFICIAL 1.


Finally in December 2012, Blackstone transferred $5 million to a Swiss account beneficially owned by 1MDB OFFICER 3, who was then 1MDB’s General Counsel and Executive Director of Group Strategy. ( ms 41 )



197. On or about December 6, 2012, a wire in the amount of $5,000,000 was sent from the Blackstone Account to an account at Falcon Bank in Zurich maintained in the name of River Dee International SA (“River Dee Account”).
198. 1MDB OFFICER 3 is the beneficial owner of the River Dee Account at Falcon Bank.


Kesemuanya USD730 juta diterima oleh Malaysian Official 1 dan nama itu disebut 36 kali dalam kertas pertuduhan DOJ. Untuk apa wang itu diberikan kepadanya ? Apa yang dilakukannya untuk menerima wang sebanyak itu ? 

Dia berkuasa dalam kerajaan, dia berkuasa dalam 1MDB dan dia punya pertalian dengan Riza Aziz.  Oya, dia juga penerima UD681 juta ke dalam akaunnya.

SIAPA DIA MALAYSIAN OFFICIAL 1 ? Mamat ni memang SIAL ! kan .... kan ....

( ingat ya, nama Najib tak pernah disebut pun ..... mungkin bukan Najib.  so bolehlah kita maki semaunya Malaysian Official 1 ini ! )


Mkini ada artikel menarik mengenai persoalan Siapa 1MDB Officer 1, 2, 3 dan lain dalam senarai Amerika ? DOJ turut beri petanda dalam bentuk jawatan dan tugasan yang mereka sandang dalam 1MDB, jadi tidak sukar untuk meneka siapakan mereka sebenarnya.


Pendek kata - Kesemua mereka yang di sebutkan nama dan yang disamarkan nama dalam pertuduhan DOJ harus tampil dan bersihkan nama mereka !

Kita kena sokong ketegasan yang ditunjukkan oleh Najib sepertimana kenyataannya dalam video di atas. Kita harap Najib sendiri akan desak Malaysian Official 1 untuk tampil dan beri penjelasan. Kalau dah ada pertalian dengan Riza Aziz, anak tirinya , maka Najib juga sama. Atau mungkin dengan keluarga sebelah Rosmah. ( Tapi siapa pula keluarga sebelah Rosmah yang berjawatan tinggi kerajaan dan punya kuasa besar dalam 1MDB ? )

Lagi cantik kalau dapat divideokan Najib sedang mengheret Malaysian Official 1 untuk buat pengakuan !


Oya, dari mana sumber kewangan Yayasan 1MDB ni ? Saya ada terbaca dalam Laporan PAC -


Disebut Yayasan Rakyat 1Malaysia ( YR1M ) ada menerima USD35 juta dari pinjaman 1MDB dengan bank yahudi Goldman Sachs pada tahun 2013. Tak pasti apakah itu Yayasan yang sama dengan Yayasan 1MDB.

Kalau tak silap, penjual IPP yang menjual IPPnya kepada 1MDB dengan harga yang mahal melampau itu juga ada beri sumbangan kepada Yayasan 1MDB. Yalah, untung berkali2 ganda, apasalahnya beri derma sikit untuk orang pergi naik haji kan ....


                                                ******************************

Akhir sekali dari video di atas, Najib berkata -

" Dalam pada itu usaha memantapkan lagi kedudukan 1MDB .... kita akan lakukan. Insyaallah saya yakin dan percaya dalam masa yang terdekat ini kedudukan 1MDB akan bertambah lebih mantap dan lebih kukuh lagi. "

.... kedudukan 1MDB bertambah mantap dan kukuh ?  errr..... najib ni merujuk kepada syarikat 1MDB yang takde guna satu sen pun kepada negara dan yang telah memalukan nama negara diperingkat dunia itu ke ? Atau 1MDB yang lain ?

Apakah Najib masih mahu teruskan 1MDBnya itu ? Bagaimana dengan kenyataan Menteri Kewangan 2 Datuk Johari minggu lepas -

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) will be a run-off company following the transfer of all its assets to the Minister of Finance Inc (MOF Inc). Second Finance Minister Datuk Johari Abdul Ghani said 1MDB would not be sealed off immediately after the asset sale. “We will sell the assets and run off the company as it has debts to repay. We will slowly retire the debt with the plans we have, which is selling and developing the land in Bandar Malaysia and Tun Razak Exchange (TRX),” he said.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2016/07/158610/1mdb-be-run-company?d=1
 KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) will be a run-off company following the transfer of all its assets to the Minister of Finance Inc (MOF Inc). 

Second Finance Minister Datuk Johari Abdul Ghani said 1MDB would not be sealed off immediately after the asset sale. 

“We will sell the assets and run off the company as it has debts to repay. We will slowly retire the debt with the plans we have, which is selling and developing the land in Bandar Malaysia and Tun Razak Exchange (TRX),” he said.
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) will be a run-off company following the transfer of all its assets to the Minister of Finance Inc (MOF Inc). Second Finance Minister Datuk Johari Abdul Ghani said 1MDB would not be sealed off immediately after the asset sale. “We will sell the assets and run off the company as it has debts to repay. We will slowly retire the debt with the plans we have, which is selling and developing the land in Bandar Malaysia and Tun Razak Exchange (TRX),” he said. So far, 1MDB has transferred the ownership of Bandar Malaysia Sdn Bhd and TRX City Sdn Bhd to MOF Inc.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2016/07/158610/1mdb-be-run-company?d=1
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) will be a run-off company following the transfer of all its assets to the Minister of Finance Inc (MOF Inc). Second Finance Minister Datuk Johari Abdul Ghani said 1MDB would not be sealed off immediately after the asset sale. “We will sell the assets and run off the company as it has debts to repay. We will slowly retire the debt with the plans we have, which is selling and developing the land in Bandar Malaysia and Tun Razak Exchange (TRX),” he said. So far, 1MDB has transferred the ownership of Bandar Malaysia Sdn Bhd and TRX City Sdn Bhd to MOF Inc.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2016/07/158610/1mdb-be-run-company?d=1
  ( NST 16/7 )


Kesemua aset2nya sudah dipindahmilik kepada Kementerian Kewangan dan kerajaan akan selesaikan hutang2 1MDB perlahan2 .... tidak ada lagi bisness baru atau hutang baru. 1MDB sudah gering, bila semua hutang dah settle, 1MDB akan dikuburkan ....

Dan Najib pula bercakap tentang menjadikan 1MDB lebih mantap dan kukuh ? ? ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

17 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 25, 2016 at 9:18 PM delete

Ya tuan. Malaysian Official 1 itu saya pasti spesis jenis dajal dan iblis bertopeng manusia. Dan pada saya mereka mereka yang terus terusan pertahankan Malaysian Official 1 juga tak kurang tak lebih jenis spesis yang sama juga. Sebab ianya cukup jelas, tanpa peranan Malaysian Official 1 ini, duit 1MDB termasuklah harta benda yang dibeli mengguna sumber duit dari 1MDB di Amerika tu tak mungkin boleh lesap dan sebahagiannya tak mungkin boleh masuk akaun Malaysian Official 1 itu sendiri. Well Planned by the chief of satan. Semua punca adalah dari dajal bertopeng manusia bernama Malaysian Official 1 itu. Bukan sekadar laknat saja dia ni tuan tetapi memang syaitan dan iblis berwajah manusia pun.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
July 25, 2016 at 9:38 PM delete

kesian juga melihat najib ni. cakap pun mcm tiada bermanya.

daripada mana dtg nya punca pendapatan 1MDB ni? halal ke?

calun yg mendpt pembiayaan drpd yayasan ini harus yakin yg ia nya adalah hasil drpd perniagaan halal atau penerimaan derma tanpa paksaan.

jika tidak yakin, anggap lah pemergian k mekah selaku melancong sahaja kerana adalah d khuatiri haji mabruk yg d pohon tidak akan mendapat keredhaan Allah swt.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 25, 2016 at 9:51 PM delete

Salaam din,
Salah satu blog yg tak mengizinkan memaki hamun,akhirnya memaki pada tempat sepatutnya! Marah sangat la tu.....Hehe. Saya SETUJU.

Satu pernyataan yg sungguh rendah moral dari pemimpin. Betapa jelas beliau seorang MUNAFIK. Sapa kata beliau tak tertekan? Sapa berani cakap beliau tidak stress. BOHONG. Berkat doa rakyat tertindas beliau semakin merapu2,dah mcm tak siuman. Masih tak sedar ungkapan bodoh yg keluar dari mulutnya!
Atau dibodohkan? Tu nasib dia la.....

Selamba di mainkan oleh US dgn memberi nama MO1. Siap dgn clue lagi! Samaada US sengaja atau sekadar menyindir rakyat,terpulang lah. Yg penting hikayat ni mesti di sudahkan. Penipuan mega yg memalukan kita. Walaupun ada yg cuba pertahankan beliau,masing2 lupa bahawa kuasa Allah mengatasi segalanya. Bayangkan kita ada duit berbillion,tapi kena beku?

Terjadinya kes ni,maka kita nampak jelas bahawa menteri2 yg ada pada hari ini lebih bodoh dari si bodoh. TAK BERMARUAH LANGSUNG.

Aku sokong TDM.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 25, 2016 at 10:08 PM delete

Din Turtle, yg aku sangat2 risau ialah :
Sekiranya 1MDB/Kerajaan 1Mesia menafikan ada penyelewangan wang 1MDB digunakan membeli aset2 spt yg disenaraikan dlm tuntutan sivil DOJ tu, adakkah kerajaan 1Mesia akan menolak wang hasil pelupusan aset2 yg dirampas tu. Katakan lah baki bersih ( tolak kos pengurusan / guaman ) yg diperolehi oleh DOJ hasil jualan aset2 tu ialah USD 1billion dan wang itu menurut peruntukan KARI mesti dikembalikan kpd Kerajaan 1Mesia, macam mana hah? Nak terima ke tolak??

Reply
avatar
Aishah Razali
AUTHOR
July 25, 2016 at 10:18 PM delete

Kita jgn terpedaya.
Isunya bukan nama2 tu perlu bersihkan nama..
Tapi, mengapa 1mdb atau 1MO yg salurkan duit pada mereka..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 25, 2016 at 10:20 PM delete

Apa lah agaknya assumption penasihat Najib mengarang ucapan Najib tu?
Atau saya fikir Najib fikir Malaysia Official 1 tu seorang wanita? Dia pun ada kata nak bertemu secara 4 mata dgn Malaysia Official 1.
Saya fikir lah, Malaysia Official 1 tu & talibarut2 dia patut ke tali gantung lah!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 25, 2016 at 10:29 PM delete

Maknanya PM kita mengharapkan US untuk uruskan segala isu berkaitan penyalahgunaan dana dari pelaburan 1MDB. Well done! Steady lah PM kita nih! Boleh jadi contoh.

Betuilah tu, secara teknikalnya pelaburan IMDB xda kena mengena dgn kehilangan duit tu pun. Kita ada kontrak dan agreement yg kukuh. Kalau pelaburan tu x untung kita masih boleh bayar hutang part kita. Company lain yg kerjasama ngan kita tu pandai2 lah diorg cari duit. Kita ada banyak tanah maaa. Apa mau takut. Diolang mana ada, harta sudah kena rampas lor.

Awat nak suruh PM kita letak jawatan plak. Dia ada pi lunch ngan j.lo pun sebab kawan anak dia. Xda hat pun. Bangganya aku dgn PM kita nih! I love u ketat banget!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 25, 2016 at 11:13 PM delete

pemakan dedak sedang perah otak nak selamatkan najib dari segala tuduhan jika ada dakwaan..
andaikata tidak boleh diselamatkan dan kemungkinan najib memang terbukti terlibat,
percayalah rosmah pun akan lari tinggalkan najib kesorangan ditirai besi..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 25, 2016 at 11:23 PM delete

Mari kita ramai ramai buat sembayang hajat di semua masjid dan surau. Semoga dengan izinnya semua kebenaran akan terpapar.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 25, 2016 at 11:43 PM delete

Brother Din...
Saya ternampak dia dlm TV..macam orang tak betul lah..mcm sasau pun ada..
Bila dia kata nak jadikan 1mdb lebih mantap dan kukuh, 3 ekor kuching saya tergelok besar! Betul! Tak caya?

Reply
avatar
July 26, 2016 at 12:04 AM delete

Ingat tak satu lagu disatu ketika dulu. KONG KONG KANG LIKONG,.. JANGAN TIPU ORANG KAMPUNG.....

Reply
avatar
tatang ka
AUTHOR
July 26, 2016 at 12:18 AM delete

Yes brader, spot on. Tepat sekali.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 26, 2016 at 12:55 AM delete

Muka najib nie mcm selamba je berucap mcm dia takde kena mengena dgn bala besar 1MDB nie...walhal semua org tau bahana nie dia punya kerja. Boleh pulak org melayu bertepuk...takde seorang pun rasa was2 duit pegi haji tu dtg dari mana..??? Kenapa melayu2 kita nie mcm dah tak peka halal haram...salah benar...dgn berbelas2 mufti2 dan beribu2 ustad ustazah...takan takde sapa pun yg berani tanya..??

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 26, 2016 at 4:59 AM delete

Kita boleh ketawakan diri kita sendirilah... kita bising bila dikenakan GST... tapi apa kita boleh buat... bayar jugaklah... terpaksa... dan sekarang dah jadi biasa pun. Belum lama pun dilaksanakan... (tengah-tengah krisis 1MDB membusung)... kutipan GST dah berbilion-bilion... tak boleh settle ke masalah 1MDB... tak kiralah masalah disebabkan pasal kerugian biznes ke... atau penyelewengan ke... RAKYAT BOLEH BAYARKAN BALIK... takde hal... mmg boleh setel... mmg boleh cakap dgn konfidenlah 1MDB "akan lebih mantap dan lebih kukuh lagi". Bayangkan jumlah kutipan GST TIAP-TIAP TAHUN seterusnya...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 26, 2016 at 5:04 AM delete

Itu bukan urusan aku, aku nak memenuhi undangan ceramah di masjid, surau, majlis2 ... yang penting aku masyukkkk!

Reply
avatar
July 26, 2016 at 1:48 PM delete

Ini semua ayat ayat yg dicipta oleh para punahsihat dia.Dia cuma tolong cakap saja ,

Reply
avatar
Ahmad Mann
AUTHOR
July 26, 2016 at 2:19 PM delete

http://ec2-54-251-147-140.ap-southeast-1.compute.amazonaws.com/2016/07/outrage-najibs-secret-deal-with-china-to-pay-off-1mdb-and-jho-lows-debts-shock-exclusive/

BETUL KE NI DIN TURTLE?

Reply
avatar