KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, July 25, 2016

dinturtle

Pakej Homestay Bajet 1Malaysia Di New York Dan Los Angeles ! WOW !!

Berita Baik untuk rakyat Malaysia ! Melancong ke USA Secara Bajet. Pakej VIP  tapi harga Bajet 1Malaysia ! Pakej Penginapan MURAH GILER dari 1MDB Holidays and Homestay khas buat anda !

Hanya RM11.50 ( + GST ) setiap orang untuk penginapan satu malam di New York dan Beverly Hills, Los Angeles ...... WOW ! 

10 banglo dan apartmen mewah pilihan anda ........

Lokasi eksklusif .......

Kemudahan kolan renang dan dapur untuk anda masak sendiri .....

Katil double decker, minima 40 orang ( ngam2 satu bas )





Sekiranya anda perlukan jet untuk terbang ke USA, anda juga berpeluang menaiki Jet Bombardier Global 500 melalui pakej Bajet 1Malaysia. Anda hanya perlu bayar kos petrol dan minyak hitam saja ! Itu anda boleh kaotim sendiri dengan juruterbang.


Sila hubungi Riza Aziz ( New York ) dan Jho Low ( Los Angeles ) bagi tempahan. 

                             **************************

Nah.... ada juga faedahnya 1MDB ni kepada rakyat Malaysia jika dibuat begitu. Berpeluang jugalah rakyat marhean untuk melancong ke USA. 

Ini duk cerita bilion2 sana, bilion2 sini  .... kita duk terlopong jer. Tak terasa pun kesannya ? GST semua kena bayar, baik yang kaya mahupun yang miskin tetap kena 6%.

So .... alang2 dirampas kesemua aset2 yang dikatakan hasil wang curi dari 1MDB dan kemudian akan dibekukan ... apakata diserahkan untuk kegunaan rakyat marhean Malaysia.
Yang dah kaya tu tak payah sibuk lah .... anda boleh pi melancong sendiri macam biasa yang anda lakukan. Beri peluang kepada rakyat biasa pula nak merasa melancong ke USA !

Tak perlulah nak buat untung. Lepas bayar duit api, air ngan upah basuh cadar sarung bantal cukuplah. Takkan nak suruh customer bawa bantal sendiri dari kampung, tak masuk akal la tu. Tapi tuala kena bawa sendiri la...

Bab jaga rumah, kemas2 dan membasuh tu kita serahkan kepada Riza Aziz dan Jho Low.

                             ************************
Sebenarnya ramai dari kita masih agak blur dengan apa yang berlaku di USA tu. Macam2 kita dengar dan baca, banyak sangat perkara yang disogokkan serentak. Kenapa begitu, kenapa begini .... orang tu cakap begitu, orang ni cakap begini... bila semuanya datang serentak, kita sendiri jadi blur.


Nantilah, tak perlu tergesa2. Bila dah reda sikit, kita akan ulas satu persatu biar semua orang faham.Tak perlu gaduh2 ...

PS - Secara tersirat, artikel ini sebenarnya nak sampaikan mesej bahawa kesemua harta yang disebut itu adalah milik rakyat Malaysia ! Semuanya dibeli menggunakan duit yang dicuri dari 1MDB.

Tapi ..... 1MDB kata takde duitnya yang dicuri ? Habis tu, dari mana datangnya semua duit nak beli aset2 itu ?

Haaaa..... kalau mereka yang dituduh itu nak dapatkan balik harta2 itu, mereka kena tunjukkan bukti dari mana mereka dapat duit nak beli semua itu.

Bukti2 yang pihak berkuasa US ada menunjukkan kesemua aset itu dibeli dari duit yang dicuri .... berpunca dari 1MDB. Dah itu yang ditunjukkan oleh bukti2 yang ada. Kalau 1MDB kata duit mereka tak dicuri, maka tunjukkanlah ke mana perginya dan siapa yang terima.

Sebelum ni kita heran juga, 1MDB kata bayar bilion2 kepada IPIC tapi IPIC kata tak terima.... so kemana perginya ? Haaaa.... itulah dianya ... semua aset2 yang mahu dibekukan oleh US. Itu baru sebahagian je.

Alasan orang beri hadiah atau derma akan hanya ditertawakan orang US. Dalam dunia ni hanya orang Umno saja yang percaya 
cerita dongeng sebegitu ....

Oya, bila pihak berkuasa US kata itu semua datang dari 1MDB dan mahu diberikan semula kepada rakyat Malaysia, secara logiknya, sepatutnya 1MDB seronok lah. Begitu juga dengan kerajaan Malaysia ..... kan ?

Kerajaan US nak bagi balik harta rakyat Malaysia, tapi pemimpin kerajaan kita duk marah2 mereka balik .... heran....

Itulah, macam selalu kita sebut - Apasaja berkaitan Najib, 1MDB dan Jho Low, mesti pelik !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 25, 2016 at 10:20 AM delete

Ok,saya setuju. Saya juga sanggup menguruskan chalet tahap bajet ni tanpa untung. Bagi pihak rakyat malaysia kita kongsi sama2. Hahaha...

Dulu pelik tapi sekarang dah semakin bangang. Mmg bangang pun! Paling penting apa RAHSIANYA(RM???) hingga semua anggota kabinet jadi tunggul,bodoh tanpa mahu satu jawapan yg BENAR? Mesti power ramuannya! Penyamun kata apa pun setuju,malah sokong lagi! Penyamun tak kata apa pun diorang plak yg lebih2 mengata!! Tak ke haramjadah mcm tu?

Bagi saya cukup mudah,selagi darah yg mengalir dlm tubuh badan tu hasil dari sumber yg haram,maka begini lah sifatnya. Mcm binatang. Ada otak tak boleh pikir. Ada akal jadi toyol.

Fakta jelas pun masih nak pertikaikan lagi,contoh...MO1. Takkan penjaga tandas kot? Lagi pun sedara plak dgn mini penyamun tu...
Ish....lahanat betul la diorang ni. Isu pengubahan wang haram langsung tak ambil tahu. Ptuiiiii

Yg paling best jawapannya....ini semua salah Tun! Ada ke patut. Pusing sampai dah tak boleh pusing dah,tetap nak pusing jugak. Mmg betul2 HARAMJADAH.

# Mana pergi parti komponen dlm bn sunyi sepi...ke bn ni parti tunggal umno?

Reply
avatar
Joe Harry
AUTHOR
July 25, 2016 at 11:09 AM delete

1. Us mengambil tindakan atas kesalahan money loundering yang berlaku di negara mereka mengikut undang-undang yang terdapat dinegara itu. Dalam siasatan mereka terdapat klaptokrasi dimana kerajaan telah curi duit rakyat.
Yang peliknya kenapa pula pemimpin-pemimpin umno termasuk lah hadi awang menyatakan itu adalah campurtangan asing terhadap malaysia. Siapa yang campur tangan sebenarnya??? Jika malaysia tidak membenarkan tindakan undang2 diambil, maka malaysialah yang sebenarnya campaur tangan dalam hal undang2 us. Sebab kesalahan itu berlaku dalam negara mereka.
2. Ada pula menteri yang menafikan MO1 itu bukan pm. Jadi kenapa nak risau dan takut terhadap tindakan us. 1mdb pun menyatakan duit mereka tudak hilang, hanya fitnah dari SR. Pemuda pula kata aset itu dibeli dari keuntungan buat filem. Tapi kenapa masing2 gelabah. Biarlah siapa nak siasat pun. Yang penting kes ini dibawa kemahkamah, tertuduh berpeluang menunjukan bukti bahawa semua duit itu "halal". Tidak secara langsung telah membersihkan nama pm dan 1mdb dari fitnah SR. menutup tohmahan pembangkang dan tun.
Maka jangan gelabah, jika najib tidak ada masa atau banyak birokrasi undang2 untuk saman SR, maka ini lah peluang untuk malukan SR walaupun tidak secara berhadapan dengan SR.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
July 25, 2016 at 11:28 AM delete

kurang menarik !. sepatutnya perjumpaan dgn OBAMA n keluarga harus juga d masukkan sebagai tarikan tambahan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 25, 2016 at 11:37 AM delete

Duit rakyat Malaysia tu....kalau seluruh rakyat Malaysia nak tinggal situ padahal...Malaysia official 1 komen la sikit...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 25, 2016 at 12:15 PM delete

Oo yg depa kata just unit tu hat ni la. Baru duk kumpui unit. Awat x abaq awai. Patut la depa marah bila US kacau.

Tapi unit tu si jho lo ngan geng duk guna x reti nak kemas balik.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 25, 2016 at 3:37 PM delete

SOP DUMNO dari Perlis hingga lah ke Sabah ialah Beijing, Din. Hang ni, dah dok sebut benda ni akan put ideas in their heads dan menyusahkan menteri berSOPkan Beijing tu pulak nanti. Kosnya double lah beb. (x kurang pula nilai kafir harbinya pun juga double lah).

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 25, 2016 at 7:37 PM delete

Salam Bro

Tetiba aku teringat Presiden Panama Manuel Noriega...

"3 January 1990, He was flown to the US with prisoner of war status to face charges of drug-trafficking, money-laundering and racketeering"
http://www.bbc.com/news/world-latin-america-15853540

Walaupun pada mulanya beliau adalah agent kesayangan CIA...namun kerana belot dan mengedar dadah...beliau diheret ke US untuk dibicarakan dan akhirnya didapati bersalah dan dipenjarakan.

Ceritanya dengan Malaysian Official 1 ni lebih kurang sama...Kawan sepermainan Presiden USA...begitu erat sehingga Presiden USA menjejak kaki ke bumi Malaysia (Yang kedua dalam sejarah..LBJ semasa ayahanda Malaysian Official 1 dulu).

Begitu juga Saddam Hussein dan Osama...kedua duanya adalah bekas rakan seperjuangan USA. Tapi USA ni dia berkawan tak setia...(kecuali dengan Israel- anak emas USA), sekali kita melawan...musuhlah jadinya.

Bila ku baca kertas dakwaan DOJ ni...meluap darah kita...begitu mudah Malaysian Official 1 dan 1MDB Official 1, 2 & 3, Jho Lo dan Arab Qubhaisi dan Husseiny membahagikan duit 1MDB sesama mereka. Tak cukup...isu bon dan pinjam lagi...Malaysian Official 1 beri Jaminan MOF.
Duit lesap...1MDB tanggung hutang...hujungnya rakyat yang kena bayar.

Korang ada baca tak kertas dakwaan tu?...Saranan saya...banyakkan beristigfar bila membaca....jangan nanti sesak nafas.

Najib Oh Najib...kenapalah ko nak jadi famous dan glamour buat cara macam ni?

Ahhhh!...gi mampos ko!,...itu pilihan ko sendiri!
UMNO....korang pon gi jahanam sama...pengkhianat!

Reply
avatar