KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, July 26, 2016

dinturtle

Pendedahan Terbaru SR - Negara DiLelong .... Dari Yahudi Kepada Komunis.


Artikel pendedahan terbaru dari Sarawak Report INI  amat mengejutkan ! Kali ini SR bukan mendedahkan apa yang sudah berlaku tapi apa yang sedang dan akan berlaku haru ini dan esok.  Jom layan dulu .... SR dakwa mendapat maklumat dalaman tentang perkara ini.

Secara mudah dan ringkasnya, SR mendakwa kerajaan Najib bercadang nak beri satu kontrek secara terus kepada sebuah syarikat dari negara China, China Communication Construction Company Limited ( CCCC ). Bajet asal kontrek itu adalah RM30 bil tapi telah di mark-up ( dinaikkan ) sekali ganda kepada RM60 bil  !

Mark-up RM30 bil itu dibuat dengan persetujuan syarikat China ....  di mana ada perjanjian sisi mengenainya yang rakyat tidak akan tahu. Maknanya, kita yang baca pengumumannya nanti akan lihat angka RM60 bil sebagai nilai kontrek padahal nilai sebenarnya adalah RM30 bil.

Dan apa tujuan lebihan RM30 bil itu ? Nak tutup lubang hutang 1MDB !

Takkan CCCC begitu mudah layan karenah Najib, sesenang itu nak bagi RM30 bil .... mesti ada pulangan buat mereka. Musti ala untung maaa ....



Macamana dikaitkan dengan 1MDB ?


Tu dia ....cadangannya supaya China pula ambilalih peranan IPIC selama ini. IPIC yang dok tolong 1MDB selama ini bila dah tersedar 1MDB duk menipunya telah mengambil tindakan mahkamah menuntut kembali hutang2 1MDB kepadanya, maknanya dah tak sebulu dengan Najib. So, Najib rancang nak menggantikan tempat IPIC dengan CCCC dari China pula.

Hutang2 1MDB sebanyak USD5.63 bil, 1MDB mahu CCCC pula yag ambilalih.

JUST UNIT yang kononnya direzabkan buat IPIC akan diberikan / dijual kepada CCCC, dengan cara itu cai2 Najib bolehlah bersorak mendakwa - Kalau takde nilai, kenapa CCCC sanggup ambilalih ? ( mereka cuma perlu tukar hujah lama mereka daripada IPIC kepada CCCC )

Dan 1MDB terselamat dari perlu menebus JUST UNIT dan bawa pulang duitnya sebagai membuktikan JUST UNIT itu punya nilai.

HEBAT perancangan Najib ni ! Anda klik dan baca sendirilah pendedahan sepenuhnya. 

Perlu ingat ya, SR dakwa semua ini BELUM dimuktamadkan lagi. Dakwanya ESOK akan dibawa ke kabinet untuk diluluskan.

Jika benarlah dakwaan SR, ini bermakna negara mahu diJUAL oleh Najib kepada China. Diharap kerajaan akan menafikan perkara ini. Katakan yang semua ini PALSU dan SR hanya menFITNAH. Katakan yang dealing ini semua tidak wujud, semuanya hanya rekaan SR semata2.

Semuanya gara2 Najib, 1MDB .... dan Jho Low !

Dari Yahudi kepada Komunis ...... cantik sangatlah tu......

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

19 comments

Write comments
rahman jpc
AUTHOR
July 26, 2016 at 4:51 PM delete

saya pernah bertugas sebagaaai tim ketua usaha kem pengangkutan n tahu sedikit sebnyak mengeanai projek berkembar kereta api pantai barat. saya percaya projek rel (berkembar) pantai timor ini akan bermula drpd gemas (NS) k tumpat (Kelantan).

bercaya lah jika ia nya berkembar sekali pun (besar kemungkinan single track), saya yakin ia nya tidak akan melebihi rm20 bill.

saya amat berharap pegawai kanan d perbendaharaan ; EPU ; n kem pengangkutan akan memainkan peranan utk meneliti kos keseluruhan agar rakyat tidak akan tertipu buat kali kedua nya. kita mempunyai banyak pakar runding tempatan yg mempunyai credibility yg tinggi utk membuat kos 'analysis'. harap sangat mereka2 ini akan memberi pandangan tentang perkara ini demi utk menyelamatkan wang rakyat drpd d songlap lagi .

ini serupa lah mcm bapa ayam yg memasarkan anak dara nya dgn meletak harga berlipat kali ganda utk membayar hutang judi nya n si anak d beri seciput.

jika maklumat ini benar, maka makin parah n terdesak nampak nya 'pahlawan bubis bujang lapok' kita ni'.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
July 26, 2016 at 4:57 PM delete

Terimakasih atas perkongsian maklumat penting itu

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 26, 2016 at 5:27 PM delete

Inilah sebabnya najib tak nak step down atau bercuti sementara. Sebab naknguna kuasa yg ada untuk buat deal macam ni lah...

Semoga Allah melaknat pemimpin2 yang tidak amanah!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 26, 2016 at 6:05 PM delete

Kiranya betul...harap u turn..

Kiranya betul, mmg panglimo Bugis ni layak ke sg buloh asap....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 26, 2016 at 6:49 PM delete

Din, kau takutkah? Nanti KJ beri isyarat jari baru tau. Orang kampung aku kata dia amat menggerunkan. Kalau nampak dia kau angkat kain dan terms lari.

Reply
avatar
July 26, 2016 at 6:57 PM delete

Salam bro din,
Apa yg pakcik rahman ckp tuh betul. I pernah jd ops consultan for mecca project during startup. Knowledge for project budget.. Not more than 20bil. Now cccc/crcc or china hsr takdak pon good track record. Last incident derail escalade to fatalities with high number. Meanwhile shikanzen has proven good record for more 20yrs and still afford by gomen to build.. If shinkanzen i can say bout 40-45 bil but we get better system. Why nk riskkn by taking cccc/crcc?., just to coverup 1mdb?.. Gile la

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 26, 2016 at 8:43 PM delete

Saya juga pernah terlibat dgn projek2 kerajaan ni. Pengalaman yg amat pahit. Dlm kementerian terdapat dua puak. Puak yg bekerja dgn amanah dan puak yg kaki rasuah. Soal nak MARK UP dlm projek government ni soal kecik sangat,lagi mudah projek runding terus. Semua cerita belakang tabir, tak siapa tahu....
Msia mengamalkan sistem anda perlu kenal siapa,bukan anda kena bagus buat kerja,tu sbb projek jadi bermasalah.

Sbb itu jawatan dlm umno menjadi rebutan dan impian.....kaya gila tu beb! Tak caya pergi cari ketua2 pemuda cukuplah. Nilaikan apa yg ada pada mereka. Belum menteri2 lagi! Mereka2 ni duduk dlm lubuk beb. Masalahnya lubuk tu asal dari rakyat jugak.LUBUK DUIT. Negara kita mmg banyak duit tapi dah banyak mana kena sapu?

Perkara ni berlaku kerana pentadbiran yg amat lemah terutama seperti sekarang.
RASUAH NI BUKAN HARI NI,DAH LAMA.CUMA DULU SECARA SEMBUNYI,SEKARANG TERANG2AN.

Pengalaman lah....kan! Pengalaman kami ni bernilai tujuh angka. Tapi sbb tak menyogok,maka hak kami dipinggir. Melopong la. Kami percaya kualiti bekerja,bukan merasuah utk dapat projek.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 26, 2016 at 9:00 PM delete

Buatlah apa saja Jib...kami rakyat terima aje...asalkan ko rajin tabur dedak...kalau tak cukup duit ko up lagi gst.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 26, 2016 at 9:01 PM delete

Good point Izwan. Why risk taking this CCCC.You're spot on about that Shinkanzen. I think now we are really selling out the country.It is very sad that we've come to this point.You can really see the presence of China in our Construction industries now quite a lot.Another cover up indeed for 1mdb.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 26, 2016 at 10:23 PM delete

Astaqfirullahal'azim..ni upanya last attempt si najib nk slmatkan diri sebelum tangan digari n pungkoq di sepak ke mahkamah US..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 26, 2016 at 10:49 PM delete

Jangan lupa apa sahaja yg melibatkan syarikat dari negara china adalah....

1.tiada kualiti produk.
2.ambil pekerja dari negara mereka.
3.bahan pembinaan di impot dari china...juga tak ada kualiti.
4.teknologi reverse engineering
5.alat ganti mahal.
6.enggan berkongsi maklumat dan pengetahuan.
7.sub kontraktor juga dari negara cina
8.kurang ambil pekerjaan tempatan
9.banyak kecacatan .
10.lihat sahaja sistem ETS KTM dan LRT yg dipasang negara cina.

Reply
avatar
Joe Harry
AUTHOR
July 26, 2016 at 11:21 PM delete

Ramai yang pertikaikan kebenaran laporan sarawak report.
Memang benar dalam setiap jabatan ada pekerja yang jujur dan ada yang tidak.
Bagi pekerja yang jujur, yang telah mwngetahui berlaku korupsi diperingkat atasan, sudah tentu takut untuk membuat laporan kepada polis. Apa yang berlaku keatas khairudin menjadi trauma kepada rakyat. Apatah lagi kalau mereka hanya rakyat biasa dan menjadi tempat pergantungan keluarga. Namun dalam jiwa mereka ada rasa tanggungjawap yang tinggi pada negara.
Maka sudah tentu orang seperti ini akan mencari media asing seperti sarawak report untuk mengbongkarkan rahsia.
Tidak lama lagi mungkin balai polis hanya menjadi tempat laporan kemalangan jalanraya sahaja untuk klim insuran. Atau laporan bagi menangkap penentang kerajaan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 27, 2016 at 1:34 AM delete

Betul tu.. saya ada pengalaman pembelian alatan dgn syarikat dari China.. sungguh hampeh.. satu kontena kami reject.. elok lagi barang2 buatan Malaysia..

Reply
avatar
July 27, 2016 at 1:41 AM delete

Mari demo ramai2 depan Kedutaan China beri amaran supaya jangan terlibat tipu duit rakyat Malaysia atau tiada pekerja China di Malaysia akan ...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 27, 2016 at 8:31 AM delete

Anon 10:49.. Points kau semua betul.Kita bukan la nak racist,tapi itu adalah fakta.Hari2 saya naik KTM ni rasa mcm naik keretapi barang.Tak der comfort langsung.Nampak luaran jer mcm bagus.Mcm kereta china jugak,tak der kualiti.Dlm kepala otak diorang,kalau barang tahan lama,tak der la bisness diorang nanti.So barang diorang boleh tahan sekejap jer,lepas tu kena ganti selalu,baru ada untung.

Reply
avatar
July 27, 2016 at 11:43 AM delete

refer to subject , terang-terangan kita akan hadapi bnyk masalah if this stupid gomen trus confirm with china. the risk as what anom 10:49 said. come on la. we paid for decent prize to get better. and it is will some sort of acknowledge china role in asia pacific region. we all should know by now., china is meluaskn pengaruh di asia..and i personally didnt see any good for us?.. just to get cheap item, labour and we will repeated to buy from them?.. why not get proper system as shikenzen with proper maintenance records?.. china is trying to ensure the kumning-singapore project is seal by pelbagai cara as long the entire world can see they achievement!. i am not agains any development in this country.. but pls ensure we get the best with the budget price. no kinky ones la..

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 27, 2016 at 1:07 PM delete

Salam Bro

Projek apa lagi bro? Selepas Project Magnolia dan Project Maximus tak cukup lagi?. 1MDB ni memang wadah untuk para Kleptes menyonglap duit rakyat.

Kali ni ada "Project Kung Fu Panda" pulak....Jahanam Malaysian Official 1!...
Atau Sarawak Report buat "FITNAH LAGI"?
Siapa yang lebih dipercayai sekarang? SR atau Kerajaan Najib? Segala "FITNAH" SR selama ini langsung tak di sangkal oleh Najib...kini segalanya benar mengikut kertas dakwaan DOJ USA...So siapa yang betul? Najib!...gi mampos ko Najib!...Ketua Kleptes.

Andai dokumen tersebut memang sah...Syabas dan terima kasih kepada "pembocor" maklumat tersebut. Cuma kena ingat...jangan menangguk diair keruh dengan cerita rekaan. Kita pasti kalau dokumen tersebut memang benar...kita dapat jangka kemungkinan Najib atau pihak CCCC akan menarik diri dalam projek ini....

Atau pura pura menarik diri...macam Wak Zahid dulu bila kantoi adik dia dapat lesen bawak bangla...Stop...tapi pas tu Go lagi...

Semoga Allah memanjangkan hayat Najib dan Rosmah....agar mereka dapat menjalani hukuman sepenuhnya.

Reply
avatar
SAM72
AUTHOR
July 29, 2016 at 5:03 AM delete

Kalau setakat tulis macam tu boleh percaya ke? Tak tahu ke SR pernah membuat dakwaan palsu pasal waran tangkap terhadap Najib. Caranya sama saja. Aku dah lihat sendiri. Macamana boleh percaya pada cerita yang tidak ada sebarang bukti yang sahih ni. Hairan aku. Depa bagi maklumat semua pakai cara yang sama. Macam ni pun boleh percaya ke?

Reply
avatar
July 30, 2016 at 8:04 AM delete

Wartawan Kita malu malu kucing ,Kalu wartawan asing tentu dia bagi anak panah kat MO1

Reply
avatar