KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, July 28, 2016

dinturtle

Rahman Dahlan - Apalah DOJ, Kes Belum Siap Dah Pi Tuduh Macam2 ...

FMT
Kenapa cai2 Najib terutama yang berpangkat Menteri menggelabah semacam ni ? Keluar kenyataan pun tak macam standard Menteri ? Cuba kita layan kenyataan Rahman Dahlan ni -

“Apabila kita baca (dokumen setebal) 136 muka surat itu, kita mendapati ia bersumberkan kepada Sarawak Report yang mempunyai agenda politik berat terhadap kerajaan, BN dan perdana menteri. Jadi, kemusykilan kita ialah kenapa DoJ tidak menghubungi 1MDB untuk mengesahkannya? Sekurang-kurangnya dapatkan penjelasan di sebelah pihak yang satu lagi.

“Itu saja soalannya. Kenapa anda pergi ke mahkamah dan beritahu seluruh dunia tentang kisah anda sedangkan ia masih belum siap,”

Rahman tuduh DOJ bersumberkan Sarawak Report ? Rahman juga tuduh tindakan DOJ terburu2, kes tak siap tapi dah bertindak ?

Peeergh ! Hebat Rahman Dahlan ni. Dia boleh tahu yang fail kes DOJ belum siap. Pada Rahman, DOJ ni tak reti buat kerja, dan sumber maklumat DOJ hanya Sarawak Report ! 

Kalau dah begitu cerita sebenarnya apa yang berlaku, siapapun kalau bercerita yang benar akan keluar juga versi yang sama. Kalau Swiss AG keluarkan ceritanya yang sama, apakah dia juga akan dituduh bersumberkan Sarawak Report ?

Kenapa Rahman tidak tuduh Ketua Audit Negara dan PAC pun sama bersumberkan Sarawak Report ? Sebab apa yang PAC bentangkan di Parlimen SAMA saja dengan apa yang didedahkan oleh Sarawak Report selama ini !

Sehingga kini, lebih dari setahun, tidak ada seorang pun cai2 Najib baik Rahman, Salleh, Azalina atau siapapun dipihak 1MDB yang pernah keluarkan bukti bagi menunjukkan apa yang dilaporkan oleh SR berkaitan 1MDB dan 2.6 bil itu adalah palsu atau tidak benar.


Baik Sarawak Report, Ketua Audit Negara, PAC, WSJ, Swiss AG dan yang terbaru Jabatan Kehakiman US, SEMUANYA melaporkan perkara yang SAMA. Cuma dari segi pengisian mereka, ada yang lebih detail bergantung pada skop siasatan dan sumber maklumat mereka. 

Pendek Kata - ASASNYA SAMA.

Yang sentiasa berubah2 cerita atau sering kelam kabut beri penjelasan kepada kenyataan mereka sebelum itu, adalah cai2 Najib dan 1MDB.

Pihak yang menuduh tetap konsisten. Makin didedah maklumat baru, semakin jelas jalan ceritanya dan semakin terserlah Kebenaran.

Oya, kalau dinilai betul2....  kenyataan Rahman itu sendiri lebih bersifat mencampuri urusan negara luar berbanding tindakan DOJ !

DOJ bertindak mengikut skop negara mereka, perkara yang berlaku DALAM negara mereka tapi Rahman pula komen perkara yang berlaku di negara luar. Cuba mengajar pihak berkuasa negara US bagaimana cara nak melakukan tugas mereka !

Apakah Rahman tahu apa2 mengenai siasatan DOJ selama ini ? Bukankah pihak berkuasa kedua negara US dan Malaysia saling berhubungan dan bekerjasama ....  sebagai Menteri, Rahman patut tahu tu.

“Apa yang berlaku sekarang ia satu tuduhan. Beberapa individu didakwa mengambil atau mencuri duit 1MDB. Itu satu tuduhan DOJ,” katanya - TAHU TAK PER !

Mengenai ada pihak mengaitkan Najib dalam pertuduhan DoJ, Abdul Rahman berkata sekiranya DoJ mempunyai bukti untuk mengheret perdana menteri, nama beliau akan dinamakan dalam dokumen DoJ itu.

“Cuba tunjukkan di mana nama (Datuk Seri) Najib (dinyatakan) … sedangkan beberapa nama lain dinyatakan dalam dokumen itu,” katanya.

Hahahahaha ..... standard hujah cai Najib. Tak perlu komen dah yang ini.

Sekarang ni rakyat mula pertikaikan cara Menteri2 kita respon kepada tindakan DOJ. Mereka ni nak pertahankan negara atau nak pertahankan Najib, 1MDB dan Jho Low ?

Kenapa tidak keluarkan kenyataan yang lebih bersifat akomodatif dan menunjukkan semangat anti rasuah ? Contohnya, kita akan beri sepenuh kerjasama kepada DOJ. Kita akan hantar pegawai kita untuk bantu DOJ atau kita tidak mahu bersubahat dengan perasuah ....

Ini tidak ! Lepas sorang2 mengkritik tindakan DOJ. Biar jerlah DOJ lakukan tindakan mereka. Bukankah bagus buat negara kita ? Kan disebut, harta2 yang dibekukan itu akan dipulangkan kepada negara kita selepas semuanya selesai. 

Gila ko .... lepas sapu, pi belanja .... depa serah balik.... BOLEH SAPU SEKALI LAGI !  Tak nak ? 

Tapi 1MDB kena terlebih dahulu mengaku yang duit itu semua asalnya dari 1MDB.

PS - Sekarang dunia menanti apakah pihak2 yang dituduh oleh DOJ akan lawan tindakan pembekuan aset2 itu. Kalau lawan, mereka terpaksa jelaskan darimana datangnya sumber kewangan untuk beli semua aset2 itu. Dan kena jelaskan juga apa2 yang tercatat dalam penyata kewangan sepertimana yang disebut oleh DOJ.

Lawanlah.... lawanlah ..... 

Kalau tak lawan, maka benarlah apa yang dituduh oleh DOJ. Fikirkan kesannya kepada kes timbangtara 1MDB dengan IPIC pula. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 28, 2016 at 4:18 PM delete

Terbaik ayat dari Bro Din
"Yang sentiasa berubah2 cerita atau sering kelam kabut beri penjelasan kepada kenyataan mereka sebelum itu, adalah cai2 Najib dan 1MDB."
Zaman Tun, wartawan suka tanya Tun direct dari tanya Bapak2 Menteri...Sebab Kalau bapak2 Menteri jawab takut tersasar dan terpaksa diperbetulkan semula oleh Tun. Zaman sekarang bos lari dari wartawan dan diberi tugas kepada cai2 untuk keluar kenyataan dan jawab sesuatu isu. Pendek kata `hangpa jawablah apa pun bila ditanya...'. maka jawapan dikeluarkan tersasar,gelong,senget,berputar-putar.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 28, 2016 at 8:00 PM delete

Cai tak dengar berita 2 pegawai abu dhabi khadeem dan Qubaisy ditangkap fbi pada bulan mei lepas untuk siasat kes rompakan wang pelaboran 1mdb diluar negara..fbi dah dapat maklumat hanya perlu mendapatkan butiran tranksaksi dari bank2 berkenaan sahaja jadi tak perlu jumpa 1mdb..1mdb pun mungkin tak tahu wang pelaboran mereka dah lesapatau buat2 tak tahu kerana MO1..

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
July 29, 2016 at 12:22 AM delete

Najib takut nak jawab sendirilah . Teloq dia dah kena sentak dek RM . Tersilap jawap nati telinga kena Tarik , mulut kena cabai dek RM .

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
July 29, 2016 at 12:42 AM delete

Inilah standard menteri menteri dan orang kuat UMNO . Standard yang bolih di samakan dengan berok berok di hutan . Taraf yang sunggoh rendah , bodoh , baral . Tidak faham membaca dan menganalisa laporan DoJ US . Cakap ikut sedap mulut aje ... otak letak di buntut .

Saekor lagi tu Anuar Musang . Tak habis habis cerita konspirasi Mahathir nak menjatuhkan Najib di sebabkan Mukhriz tak dapat jadi PM .

Saekor pun tak berani membuat kenyataan bahawasanya Najib serta keluarga , Jho Low , Pak arab tali barut Najib dah mengsonglap ribuan juta dari 1MDB hingga 1MDB berhutang ribu ribu juta . Di penghujong hari , segala hutang ini akan tanggong olih kerajaam ( saperti mana yang dinyatakan olih gabenor BNM yang baru ) .

Di mana kerajaan memperolihi duit .. GST , banyakkan lagi kamera AES , jual harta milik kerajaan kepada orang asing dan macam macam lagi ... tunggu saja ... dan jangan lupa bermula 1 ogos , tiket untuk komuter , LRT akan naik .

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
July 29, 2016 at 2:01 AM delete

Kepada macai2 pematuk dedak sekalian:

Yang masih dok kata dalam laporan 136 pages DOJ "Malaysia Official 1" tu bukan mat najib, silalah bukak n baca artikel 263 mukasurat 73-74 laporan tu yg dah terang2 mengambik statement appandi kandasamy bulat2 merujuk kepada siapa orang misteri "Malaysian Official 1" ni (mamat yg dia personally handpicked lepas dia tendang melayang ghani patail), lepas tu TOLONG:

1) DIAM
2) GUNA OTAK DAN FIKIR (guna hak berfikir dahulu sebelum guna hak berbicara - ni lirik lagu ni)

DAN

3) LARI JAUH2 TAKUT2 TERSERET SAMA BILA MAT NAJIP DAH KE DALAM NANTI


Sebenarnya masa mat najib buat statement yg menyatakan bahawa org2 yg disamarkan namanya oleh DOJ tu utk bersihkan namanya, dah sah dia xbaca habis (atau xbaca langsung pun sebenarnya - dah la ada lawyer pun xboleh harap punya kaki) report tu.

Maka di sinilah "fardu kifayah" kita utk sebar dan terangkan apa isi perut report tu pd yg baca lg, sebab macai2 ni masih beranggapan bahawa org Malaysia xbaca pun report tu.

*p/s: "Malaysian Official 1" disebut sebanyak 36 kali dalam report tu

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 29, 2016 at 4:51 AM delete

Bila kes ni selesai nanti,boleh ker kita tangkap dan penjarakan menteri2,ahli kabinet atas kesalahan bersubahat.Hukuman pada mereka ini mesti lagi berat dari Najib sebab diorang ni sepatutnya membetulkan kesalahan,bukan menolong benda yang salah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 29, 2016 at 6:30 PM delete

Rahman Dahlan dan Saleh keruak ni melayu proto... tahap pemikiran pun tahap melayu proto jugaklah!!!

Reply
avatar