KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, July 17, 2016

dinturtle

Sampai Wujud Satu Lagi Parti Pembangkang ..... Semuanya Gara2 Najib, 1MDB dan Jho Low !

Sejak Tun Mahathir mengumumkan akan menubuhkan satu parti baru, saya perhatikan cai2 Najib tidak putus2 beri komen memperlekehkan hasrat Tun itu. Kelakar pun ada. Salahkah Tun Mahathir selaku seorang rakyat Malaysia, ingin menubuhkan sebuah parti politik ?

Belum confirm lagi, tapi kalau pun mereka yang Umno telah reject keluar dari parti seperti Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie ( digantung tapi Shafie sendiri pilih keluar ) dan ramai lagi ketua2 cawangan dan ahli2 yang tak sebulu dengan Najib, ikut sama menyertai parti baru yang Tun Mahathir mahu usahakan ..... apakah itu merupakan satu kesalahan di sisi undang2 ?

Menjadi hak setiap rakyat untuk bebas berpolitik dan menubuhkan parti politik ..... kan ? Kalau Najib dah tolak mereka ini keluar dari partinya, secara logiknya, jika mereka ingin terus aktif berpolitik, mereka akan samada sertai parti politik lain yang ada atau mereka akan tubuhkan parti politik yang baru yang sesuai dengan jiwa perjuangan mereka. Logik kan ?

So .... kenapa cai2 Najib melompat2 sakan sehari dua ini mengutuk sakan dan bersungguh2 memperkecilkan parti baru yang masih di peringkat perbincangan lagi ?

TAKUT ?

Kalau tak takut atau tak gentar dengan satu lagi cabaran baru .... kenapa duk meroyan tak sudah ?

Biar jerlah Tun Mahathir atau Muhyiddin atau siapapun kalau mereka nak tubuhkan satu parti politik baru. Salah ke ?

Kononnya takut Melayu berpecah ? Laaa.... kan Tun Mahathir dah takde pengaruh lagi ? Orang Melayu dah tak sokong Tun lagi, so ... tang mana yang boleh berpecah lagi ?

Mengaku jer lah ....Najib sudah goyang....

Sememangnya Tun Mahathir hebat !

Cai2 Najib yang duk melompat meroyan tu cuma jalankan tugas jer. Mereka cuma ikut arahan.

                                                    *************************

Semuanya kerana Najib, 1MDB dan Jho Low.

Dari awal lagi, isunya adalah Najib. Dan dari awal lagi Najib mengelak dari perlu bertanggungjawab. Najib hanya tahu menyorok dibelakang Umno dan kerajaan. Diheretnya Umno dan kerajaan dalam masalah peribadinya, masalah yang boleh beliau sendiri selesaikan sekiranya beliau punya sedikit keberanian untuk bersemuka dengan rakyat dan menjawab sendiri pertanyaan2 dari rakyat.

Najib hanya berani berdepan dengan hadirin yang mampu dikawalnya saja .... entah berapa kali ntah Najib bersama orang2 Umno dalam perjumpaan tertutup tapi tidak pernah satu kali pun mahu bertemu rakyat untuk beri penjelasan yang sama.

Setiap kali lepas berjumpa dengan orang Umno, masing2 keluar dan dengan konfiden akan berkata, semuanya sudah diperjelaskan, semuanya OK. 1MDB tidak ada masalah.

Kenapa sekarang, selepas 1MDB terpaksa bergolok bergadai sebab hutang, aset2 semua diambilalih kerajaan, diheret ke mahkamah antarabangsa dek sebab hutang berpuluh bilion .... kenapa tidak ada lagi pertemuan tertutup dengan ahli2 Umno lagi ?

Kita nak juga dengar komen2 yang sama sekali lagi dari mereka yang beruntung dapat dengar penjelasan direct dari mulut Najib sendiri - Semua sudah diperjelaskan, 1MDB tidak ada masalah, semuanya fitnah media saja .....

ADA  BERANI  ? ? ?  NOTHING TO HIDE  ? ? Hahahaha .....  macamanalah ahli2 Umno masih boleh berbangga pegang keris dengan Presiden yang penakut macam Najib ....

 
1MDB dan 2.6 bilion ( dan SRC ) .....  itu saja dua isu yang dari dulu sampai sekarang yang rakyat duk tanya dan begitulah Najib juga, dari dulu sampai sekarang asyik duk mengelak saja.

Cai2 Najib pula bila ketua sendiri tak mampu nak jawab, mereka cuba beralih topik kepada menyerang Tun Mahathir. Apakah cara itu mampu menjawab soalan2 1MDB dan 2.6 bilion ( dan SRC ) ?

Sampai ke tahap memecat keahlian Timbalan Presiden dan pemimpin2 tertinggi parti hanya kerana berani menyuarakan pertanyaan2 rakyat .....masih juga pemimpin2 Umno sokong Najib. Menjadi satu kesalahan besar pada Umno sekiranya ada ahli2 parti yang bertanya soalan yang tidak mampu dijawab oleh Presiden walaupun soalan2 sama turut bermain difikiran rakyat biasa !

Sekarang mereka yang dibuang Najib sebab keberanian menyoalnya soalan2 yang tidak mampu dijawabnya, tidak lama lagi akan menubuhkan sebuah parti politik baru bagi menyaingi Umno. Kelam kabut lah pula Najib dan cai2 nya cuba memperkecil2 usaha itu ..... 

Adakah kerana perjuangan Umno ? Tidak ! Semuanya kerana mempertahankan masalah peribadi Najib ..... 1MDB dan Jho Low.

Umno yang kalah undi majoriti pada PRU13 bakal berdepan dengan satu lagi saingan pada PRU14 ditambah dengan pelbagai persoalan 1MDB dan 2.6 bilion ( dan SRC ) yang masih tergantung .... 

Fikirkanlah ..... semuanya boleh dielakkan sekiranya Umno punya seorang Presiden yang berani memikul tanggungjawab, berani berdepan dengan kemelut ciptaannya sendiri.

Semuanya gara2 Najib .... 1MDB dan Jho Low. 

Pemimpin2 Umno sendiri tidak berani meminta Presidennya tampil menjawab. Mungkin kerana Umno sebenarnya sudah ketandusan pemimpin yang sebenar2nya seorang pemimpin. Hanya Najib seorang saja yang ada. Hanya Najib saja yang paling layak. Disebalik segala skandal2 yang terpalit, Najib masih merupakan yang terbaik dari keseluruhan 3 juta ahli Umno yang ada.

Umno tidak mampu kehilangan pemimpin terbaik mereka. Tanpa Najib, akan hancurlah Umno ...... maka dipertahankan jugalah pemimpin penakut seperti Najib. Walaupun sedar Najib sudah menjadi liabiliti sehinggakan langsung tidak ada kebanggaan untuk mereka pamerkan wajah Najib sepanjang kempen pilihanraya Sarawak atau Sg Besar dan K Kangsar, tetap mereka pertahankan juga.

Najib sendiri ? Bukannya Najib tidak tahu semua ini berlaku dek sebab dirinya sendiri. Tapi apa yang Najib buat ? Biarkan saja dan terus menyorok di belakang nama parti dan kerajaan .....

Satu kali jer ..... tolonglah, satu kali jer rakyat minta PMnya supaya ada keberanian untuk berdepan dengan rakyat dan menjawab sendiri segala persoalan dalam isu2 yang membabitkan PMnya. 


Adakah itu satu permintaan yang terlalu besar untuk ditunaikan ? 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

22 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 6:04 AM delete

Takut la tu..jadi meroyan tak sudah. Ke dapat dedak tambahan untuk buat artikel2 kutuk tun tu?

Blogger2 pemakan dedak haram najeeb tetap nak tegakkan benang basah...syok gile depa rasa bagi keluarga depa makan sumber haram.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 6:30 AM delete

Dah sampai masa M'sia berubah dari UMNO yg sudah rosak.Sebelum ini mereka yang atas pagar dan generasi yang telah maju bawah tangan Tun ni tak yakin nak bagi pada pihak pembangkang yang tak ada hala tuju dan muafakat.Sekarang,ramai2 yang duduk diam ni mungkin ada alternatif untuk beralih arah. Tak tau la selain 3juta ahli tu,siapa lagi agaknya yang menyokong UMNO dan BN. Nampaknya cash is king mungkin akan bertambah maximum dan makin jahanam la M'sia ni...,

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 6:58 AM delete

Daripada nak turunkan najib tetapi kekalkan bn, kini dah jadi tumbangkan najib dan kerajaan dia sekali. Mana tak seriau pemakan2 dedak semua tu..hehe

Reply
avatar
July 17, 2016 at 7:21 AM delete

Salam tuan din. Pda peringkat awal bila hang sentuh isu 1mdb , aku selalu antar komen sanggah hang atas kepercayaan aku yg ini semua fitnah. Lama kelamaan aku lihat Najib hilang telo hndk menjawab segala pertanyaan yg diutarakan. Dari situ aku percaya tuduhan hang ada kebenarannya. Bak kata pepatah berani kerana benar. Dan aku tak Rela berpiem kan Najib yg pengecut utk jawab persoalan berkenaan skandal ini. Terus kan usaha hang tu utk memberi pencerahan kpd khalayak ramai.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 7:46 AM delete

Untuk record saya dh lama ckp perlu parti baru platform baru utk mereka yg kental agama bangsa dan negara. Sejak 2 tahun lepas.

Diharap x ada lagi yg berckp tentang org melayu berpecah. Diharap masih ada masa utk parti baru ini beroleh momentum sebelum pru.

Pengajaranya kita harus berfikir kehadapan dan jauh sebelum terlambat.harus berfikir segala kemungkinan dan berani melakukan perubahan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 7:47 AM delete

Saya sarankan parti baru ini diberi nama umno baru.

Nama yg dpt memberi damage pada umno kini..


Melayu hampa

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 7:55 AM delete

Correction din.. Aku yakin sgt ahli umno Dah kurang separuh Dari 3 juta tu. Sbb dlm family aku yg smuanya ahli umno berdaftar, hati kami dh bukan utk umno lg. Cuma Tun pejuang sejati.

Reply
avatar
Laksa Johor
AUTHOR
July 17, 2016 at 8:26 AM delete

Saya mengharapkan the "best of the Malays" daripada parti UMNO, PKR, Amanah dan PAS yang akan menyertai parti baru Tun M. Barulah boleh dapat sokongan padu daripada pengundi atas pagar dan anak muda Gen Y serta dapat memberi tentangan hebat kepada UMNO Najib pada PRU 14 nanti.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 10:11 AM delete

Parti baru yg akan ditubuhkan oleh tun akan lebih mendapat sokongan orang melayu terutama ahli perkasa jika ia tidak bersekongkol dengan Dap dan menekankan dasar2 yg memelihara kepentingan bumi putra dan islam serta mendokong raja2 melayu sama seperti dasar umno diawal penubuhannya. Sebelum ini orang melayu tiada pilihan sebenarnya melainkan terpaksa bergantung harap kepada umno walaupun diselubungi oleh perbagai skandal.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 11:49 AM delete

Salaam kalian yg di hormati.

Kita tak boleh lagi memberi keutamaan kpd satu bangsa saja. Kita mesti memikirkan bangsa malaysia yg lain tanpa menjejaskan hak dan keutamaan bangsa kita melayu.
Perubahan bangsa amat ketara memandangkan bangsa malaysia telah wujud hasil perkahwinan campur bangsa melayu. Adil lah,mereka juga ada hak yg tak boleh kita nafikan. Termasuk bangsa2 lain yg telah bertapak di negara kita ini.
Jika kita terus mencanangkan kpd bangsa melayu saja, apa tindakan mereka yg ber ic biru yg lain? Hilang kah hak mereka jika mereka bukan melayu?
Sebagai bangsa bermaruah sewajibnya kita lah yg memberi contoh terbaik buat mereka,selari dgn kehebatan agama yg kita junjung ini iaitu agama islam.
Selagi mereka berada dibumi malaysia bertuah ini,selagi itu hak mereka tetap ada.
Majukan minda kita semoga rahmat terus terbuka buat bangsa kita MELAYU!
Salaam.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 2:03 PM delete

Sokong penuh penubuhan parti baru. Sebab kalau bijan turun pun dari parti tu, yg mungkin ganti hanyalah ahli komedi ala bangla atau mamat yg kes lahad datu pun tak terhandle. Lagi rosaklah negara

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 17, 2016 at 2:09 PM delete

Salam Bro

Nampaknya rakyat Malaysia masih tebal sifat perkaumannya. Kenapa setelah lebih setengah abad kita masih sempit dengan isu kaum? Masyarakat sekeliling kita berbilang kaum...dan kehidupan kita tak dapat dipisah dari kenyataan ini.

Kepada Melayu...terimalah hakikat bahwa orang cina atau india tak akan dapat menubuhkan kerajaan tanpa sokongan dan undi orang Melayu. Tapi kerana Melayu berpecah belah...Melayu juga tak dapat memerintah tanpa sokongan kaum kaum lain.

MALAYSIA ADALAH NEGARA BERBILANG KAUM DAN BUDAYA.

Kita mesti menghargai masyarak majmuk kita ini dan hindarkan politik/fahaman sempit berasaskan perkauman.

Kepada Melayu kaumku...Walaupun Melayu mengetuai dan menguasai kerajaan sejak merdeka lagi..namun Melayu masih tertinggal jauh dalam semua bidang...kecuali bidang politik dan (PHD)Perangai Hasad Dengki. Bidang perniagaan dan ekonomi diterajui dan dipelopori oleh orang cina...kalau ada yang melayu pun tidak sejajar dengan peratusan penduduk melayu negara...Memang banyak koperat melayu, tapi mereka kebanyakannya tidak berdiri 100 peratus melayu...GLC tu jangan dikira melayu.

Melayu ni satu penyakitnya...tak sokong melayu dalam perniagaan...tambahan pula koperat melayu kebanyakannya berkait rapat dengan politik...Business Politik...Projek Politik...terlalu bergantung dengan projek kerajaan. Itu pun kepala dia aje yang melayu...lepas tu subcon dengan bukan melayu...untung atas angin...tapi tak menjalankan projek sendiri 100 peratus. Sampai bila melayu nak pandai?

Sekarang ni pemimpin Melayu kencingkan rakyat semua (majoritinya melayu jugak)…Melayu juga berpecah belah...berapa banyak parti orang melayu? UMNO?...UMNO tidak lagi berjuang untuk rakyat. Mereka berjuang untuk pemimpin yang memberi mereka suapan...kontrak...projek...BR1M, beras sekampit, gula sekilo...cukup tu aje ke?

Bukalah minda anda semua...jangan terlau berfikiran sempit dan jumud.
Akan lebih berkesan kalau Tun M yang mantan Perdana Menteri megetuai kumpulan/parti yang berbilang kaum. Yang utama ialah perjuangan untuk membebaskan negara dari pemimpin yang ternyata korup dan menyalah guna kuasa untuk menutup perbuatan durjana mereka. Kita perlukan kerajaan yang TELUS, AMANAH, JUJUR ,TEGAS dan mengutamakn kebajikan rakyat melebihi segalanya . Kita mahu menebus maruah bangsa dan tanahair.

Semoga Perjuangan Tun diredhai dan diberkati Allah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 3:44 PM delete

bilangan ahli umno yang 3 juta tu hanya angka atas kertas saja.
tolak ahli yang mati..sakit dan yang sudah menyampah cuma tinggal 2 juta lebih saja.
kemudian yg aktif hanya suku atau kurang dari itu.
yang aktif tak dapat dedak najib pun ramai dah merajuk sebab boss pelahap sorang..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 3:57 PM delete

Sudah mencuri dan merompak duit rakyat dan aset negara mana dia berani nak mengaku. Mana dia nak letak kemaluan dia? Yang mampu dia buat sekarang adalah cuba bertahan. Selagi dia yang pegang kerajaan selagi itulah dia masih boleh tutup bangkai busuk dia. Namun masanya sudah semakin hampir. Ulat bangkai sudah mula keluar bertaburan. Siap sedialah kau dan isteri buat persiapan lari bersama harta karun yang korang curi itu. Sebelum Tun Mahathir bersama seluruh isi bumi bertuah ini menghambat kamu berambus keluar dari bumi Malaysia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 6:46 PM delete

Saya rasa parti baru ini kalau bersifat terbuka kepada semua kaum akan menjadi kurang menarik di hati org2 melayu sebagai pengundi majoriti kalau diambil pengajaran drp sejarah penubuhan Parti Negara di zaman Dato Onn Jaafar dulu. Yg paling penting DNA parti baru Tun M mesti bersifat melayu progressive utk menarik minat golongan muda, mempunyai wawasan melayu yg tersendiri berasaskan cabran2 melayu moden. Sebagai bakal komponen di dalam PH, sifat universal seharusnya lebih mendominasi PH punya manifesto, makna kata setiap component2 parti melihat sesama ahli secara harmoni, bertolak ansur dan bermatlamat jelas meskipun berbeza sifat2 ideologi yg di bawa sebelum membawa common manifesto kepada rakyat. Kalau la tak kerana melayu2 haprak, india2 paria dan cina2 chauvinist tak boleh pakai yg kini berada dlm UMNO, MCA dan MIC...BN itu sendiri sudah mencerminkan harmoni yg tersendiri sebagai gabungan yg ideal utk rakyat malaysia. Semasa era Tun M, BN adalah yg parti terkuat yg kebal kerana rata2 sgt jelas hala tuju secara pakatan bersama dan pelbagai hala tuju spesifik kepada setiap kaum yg diwakili berdasarkan give and take setiap parti komponen, juga berasaskan persetujuan bersama. Saya yakin kalau dianalisis secara empirical, akan ada pertindahan matlamat2 yg boleh dijadikan common ground, pertentangan matlamat yg boleh diperhalusi utk mencari titik persetujuan bersama dan garis2 sempadan di mana ia harus dihormati oleh semua parti komponen. Paling penting rakyat harus melihat PH sebagai "New BN" sebagai platform utk masa hadapan negara utk 50 tahun akan datang. Tun M boleh mengupas dlm blog dia bagaimana parti sebagus BN boleh hangus di tangan individu sebagai pengajaran kepada pembaca2 blog beliau supaya lebih berhati2 semasa maengangkat pemimpin2 setempat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 17, 2016 at 8:09 PM delete

Apapun mereka tetap menyalahkan TDM kerana tamak nak berkuasa.

Reply
avatar
tatang ka
AUTHOR
July 17, 2016 at 11:36 PM delete

Syabas bro anon 11:49. Inilah pandangan seorang yang berjiwa Malaysia. Hidup Malaysia bergantung pada anda yang berfikiran terbuka, adil dan saksama. Semoga Allah memberkati kamu dan keluarga kamu.

Reply
avatar
tatang ka
AUTHOR
July 17, 2016 at 11:41 PM delete

Syabas Putrakraken. Pandangan yang terbuka yang perlu kita semua ambil sebagai petunjuk. Tolak racist. Kita adalah bansa Malaysia. Saya sanjung pendapat anda.

Reply
avatar
john doe
AUTHOR
July 19, 2016 at 9:56 PM delete

Aku pun jua, 10 ahli umno dlm family aku 6 dah patah hati. 2 lagi dok blur tak tau nk sokong mana pasai tertipu pak najebon nyorok di blkg umno, tk tau sanggup rentap umno atau tak demi jatuhkan pak jebon

Reply
avatar
July 20, 2016 at 12:04 AM delete

Pada aku tak pentingkan politik sangat. Apa yg penting kalau duit kerajaan digunakan haruslah nampak barangnya.. contoh KLCC, KLIA ,PutraJaya dan sebagainya barulah setanding dgn negara maju.. ini duit habis, benda tak nampak, GST dibuat kebaikan apa pun tak nampak.Gaji pekerja naik ok tapi pihak swasta lari dan kecilkan operasi.Ramai kena buang kerja. Sampaikan org tua 55 tahun pun nak kena kerja ke umur 100 tahun..buat apa. Kalau RM2 dah macam 50sen..semua mahal. Duit Brim pun tahan dua hari je..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 20, 2016 at 11:59 PM delete

Terbaik bro..salam 1 Malaysia..

Reply
avatar
padir
AUTHOR
July 21, 2016 at 3:00 AM delete

Semenanjung + sabah + sarawak. Jadikan malaysia setaraf dahulu atau lebih lagi . siapakah yg layak? Perbezaannya skarang terlalu jauh hendak di bandingkan dgn zaman tun memerintah. Tingginya martabat manusia dgn ilmunya. Nak memerintah dgn rakyat yg berbilang kaum perlu perlukan pemikiran pemimpin seperti tun. Masih adakah pengganti seperti tun lg pada zaman ank cucu kita. Saya yakin ramai rakyat kita berjiwa seperti beliu. Cuma perlu di ketengahkan.sudah sampai masanya parti baru di ketengahkan pemimpin2 yg berjiwa rakyat dan perlu berlandaskan pegangan agama yg kukuh serta berilmu. Byk perubahan perlu di lakukan utk menjamin masa depan ank cucu kita. Bangkitlah rakyat malaysia. Sejahterakanlah tanah air kita. Niat kerana Allah. InsyaAllah di permudahkannya.

Reply
avatar