KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, July 18, 2016

dinturtle

SEMBILAN KALI Arahan Sama DiEngkari .... Bayangkanlah Tahap 'Lack Of Corporate Governance' 1MDB



Dalam lapuran PAC, dalam isu dana Cayman, ada disebut -

Lembaga Pengarah 1MDB dalam hampir setiap kali bermesyuarat sejak bulan Mei 2013 hingga Mei 2015 telah mengarahkan pihak pengurusan 1MDB untuk menebus semula pelaburan portfolio dalam SPC dan dibawa balik ke Malaysia.

Dan apakah tindakan pihak pengurusan ?

· Tiada tindakan serius diambil oleh pihak pengurusan 1MDB bagi tempoh bulan Mei 2013 hingga Ogos 2014 bagi melaksanakan arahan Lembaga Pengarah 1MDB untuk menebus keseluruhan pelaburan portfolio SPC.

· Pemindahan wang hasil penebusan portfolio SPC daripada Brazen Sky kepada 1MDB GIL tidak mematuhi arahan Lembaga Pengarah 1MDB supaya hasil penebusan portfolio SPC dibawa balik ke Malaysia. Pemindahan wang tersebut juga tidak dibentang untuk kelulusan khusus daripada Lembaga Pengarah 1MDB.



Jika anda baca sepintas lalu, apakah ada impak pada diri anda akan tahap KEDEGILAN pihak pengurusan 1MDB dalam mengengkari arahan lembaga pengarah ? Bila kita baca  "hampir setiap kali bermesyuarat sejak bulan Mei 2013 hingga Mei 2015", kita mungkin tidak dapat bayangkan tahap keseriusannya. Dalam tempoh itu, berapa kali mereka bermesyuarat ?

Satu lagi, otak kita mungkin malas nak fikirkan jarak time frame itu ( Mei 2013 - Mei 2015 ATAU Mei 2013 - Ogos 2014 ) sebab lapurannya masih panjang yang belum dibaca. Maka, kita akan baca dengan laju tanpa berhenti sejenak untuk bayangkan tahap keseriusan maklumat itu.


Tapi bagaimana kalau disebut dengan jelas bahawa dalam tempoh tersebut, pihak Lembaga Pengarah 1MDB telah memberi arahan sebanyak 9 kali, siap dengan tarikh2 mesyuarat dan arahan yang diberikan, dalam bentuk jadual ... satu-satu disenaraikan, saya percaya kita akan berhenti sejenak untuk menghadam maklumat yang diberikan.

9 ( SEMBILAN ) KALI ARAHAN ! Dan kesemua sembilan kali itu pihak pengurusan buat bodoh jer ...... pasti anda akan terfikir - SEMBILAN KALI lembaga pengarah arah CEO supaya tebus dana Cayman dan bawa balik duit itu tapi SEMBILAN KALI itu juga CEO 1MDB engkar .....

- Kenapa DEGIL tahap gaban CEO 1MDB ni ? Apakah memang CEO itu jenis biadap, tak diajar supaya ikut arahan atau menghormati pihak atasan ATAU ada perkara lain yang menghalang CEO itu daripada akur mengikut arahan yang diberikan ?

- Ada ke tidak sebenarnya duit Cayman itu ? Yalah, sampai SEMBILAN KALI di arah bawa balik tapi langsung tidak dipedulikan. 

- Kenapa lembut sangat Lembaga Pengarah 1MDB ? Takkan selepas sembilan kali arahan sama diengkari, mereka tidak merasa apa2 ? Nak tunggu hingga kali yang keberapa baru nak ambil tindakan ? Ni duit rakyat ni ....


Ini baru contoh bab arahan bawa balik duit Cayman. Kalau anda baca pendedahan apa yang didakwa oleh Sarawak Report sebagai lapuran JAN yang diOSAkan ( yang selepas 10 hari masih belum dapat disahkan oleh pihak berkuasa akan ketulinannya ) - KLiK, anda akan terkejut kerana disebut BANYAK KALI LAGI / BERULANG2 KALI  di mana pihak pengurusan terutama CEOnya telah dengan sengaja melanggar arahan yang diberikan oleh lembaga pengarah !

Jika anda sebagai pemegang saham syarikat, saya yakin dah lama CEO dan mana2 lagi dipihak pengurusan yang biadab sebegitu, dibuang kerja !

Amat menghairankan ..... berulang2 kali arahan diengkari, tapi CEO itu masih juga dikekalkan ! ? Siapa yang nak kena jawab ni ?

Sebab itu saya katakan, sememangnya CEO itu memenuhi tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepadanya, sebab itu dia terus dikekalkan walaupun berulangkali buat silap besar yang menelan kos berpuluh bilion ringgit duit rakyat ! 

Malangnya BUKAN tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan oleh 1MDB kepadanya ..... tapi tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan oleh SESEORANG YANG PUNYA KUASA DAN PENGARUH yang amat besar dalam struktur 1MDB, yang punya agenda peribadi yang berlawanan dengan agenda rakyat.

Sehingga kini, selepas semua laporan dibentangkan, bekas CEO itu masih relaks je ....langsung tidak ada sebarang tindakan dikenakan ke atasnya. Tak tahulah samada beliau sudah disiasat atau tidak untuk mengenal pasti arahan SIAPA sebenarnya yang beliau patuhi sepanjang pengkhianatan beliau semasa berkhidmat bersama 1MDB.

PS - Ini juga merupakan satu contoh kenapa lapuran JAN yang dijadikan dokumen rahsia di bawah OSA harus digugurkan status rahsianya agar rakyat dapat meneliti dengan lebih terperinci masalah 1MDB.  Lapuran PAC tidak cukup lengkap, ia hanya satu bentuk rumusan kepada apa yang disiasat oleh Ketua Audit Negara. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
PutraKraken
AUTHOR
July 18, 2016 at 11:46 AM delete

Salam Bro

Laporan PAC memang banyak mededahkan kepincangan dalam pengurusan 1MDB. Laporan Auditor General mendedahkan dengan lebih terperinci dan banyak lagi salah tadbir dan salah laku yang berstatus jenayah. Seperti yang saya selalu sebutkan...Artikel 117 adalah titik pusat segala galanya.

Malangnya Pengerusi PAC dan Attorney General mebebaskan Pemegang kuasa Artikel 117 dari sebarang salah laku dan Laporan Ketua Audit Negara di OSA kan. Segalanya terang tanpa bersuluh dalam kedua dua laporan tersebut. IGP KBAB...memang lembab...ternyata termakan dedak...langsung tidak memulakan siasatan.

Bagi anda yang tidak dapat melayari Sarawak Report...cuba laluan berikut:

https://www.filterbypass.me/index.php dan taipkan www.sarawakreport.org dalam kotak "surf" dan seterusnya surf kan.

Saya dah copy paste dan save seluruh laporan Adudit General tersebut untuk bacaan sendiri agar dapat memahami dan mendapat pencerahan yang betul. Panjang dan banyak details dalam laporan tersebut.

Untuk Laporan PAC, bagi mereka yang belum download...googlekan je "laporan PAC"...banyak laman yang boleh anda perolehi.

Cubalah baca dan fahami kedua dua laporan tersebut. Jangan kita main percaya apa orang cakap...sekurang kurangnya bila orang bercakap tentang isu 1MDB ni kita punya pengetahuan dan faham apa orang cakap. Macam apa yang ditulis Bro Din Turtle kita ni...
Beliau bercakap berdasarkan fakta yang sahih merujuk kepada laporan rasmi PAC.

Selamat membaca...Allah menganugrahkan kita AKAL...jangan disia siakan.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
July 18, 2016 at 12:53 PM delete

ini lah sebab nya laporan KAN d OSAkan n nama2 yg terlibat dlm 'heist of d century' terpaksa d lindungi bagi mencegah mereka drpd bercakap.

saya secara ikhlas tlh memaklum kpd Dtn Sri Rosmah bahawa 'money trail' tlh mula terserlah n besar kemungkinan perbuatan CBT tlh berlaku. jawapan nya 'simple' - "tiada apa yg terburai".

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 18, 2016 at 3:39 PM delete

Ceo tu belum dikenakan apa-apa tindakan. Kertas siasatan pun kemungkinan besar belum dibuka. Tapi kalau sesiapa nak dedahkan salahlaku ceo berkenaan, mungkin belum habis dedah dah kena cekup.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 18, 2016 at 10:29 PM delete

Itu baru sembilan kali bro.....tapi walau sejuta kali sekali pun selagi rakyat tak sedar atau pura2 buat tak sedar ianya tidak akan kemana??...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 18, 2016 at 11:47 PM delete

Sembilan kali arahan tewas dgn sekali arahan bijan!
Masih butakah rakyat?
Tidakkah kita rasa terhina apabila diperbodohkan sedemikian rupa?
Bangunlah.....lena ni penat bro! Penat. Percayalah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 19, 2016 at 4:06 AM delete

Betul ke duit niaga 1MDB tu bukan duit rakyat?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 19, 2016 at 4:59 AM delete

Bila Putera Kraken sarankan pembacaan laporan PAC ... saya dapati bahawa Bab ENGKAR ini telah berlaku sejak zaman TIA lagi(rujuk BAB5 m/s 8 - 13)

" Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati Encik Lorhahs Larza(LL) telah melanggar arahan pemegang saham supaya tidak meneruskan penerbitan IMTN. Encik LL juga telah melakukan kesalahan dengan menandatangani perjanjian tanpa apa-apa kuasa yang diberikan oleh lembaga pengarah."
Maksudnya, engkar lah tu.
- MBI Terengganu(pemegang saham) membantah perjanjian terbitan IMTN kerana ianya tidak mengikut terma dan perancangan MBI Terengganu. Terbitan IMTN hendaklah ditangguh sehingga struktur tadbir urus korporat dan amalan terbaik diwujudkan.
Walaupun Encik LL digantung kuasa dan kemudiannya digugurkan, resolusi Lembaga Pengarah TIA untuk meneruskan terbitan IMTN dapat dilakukan; dan Encik LL dilantik semula sebagai Pengarah TIA kerana resolusi tersebut juga turut ditandatangani oleh Encik LL itu sendiri. Kelakornya ...

PAC melaporkan bahawa Encik LL juga memberikan sebab yang berbeza-beza(dalam masa2 yg berlainan) berhubung penerbitan bon IMTN, diantaranya:
- 'the train has left the station'; dan tidak boleh dihentikan
- surat arahan penangguhan hanya diterima selepas proses pemasaran yang telah bermula SEMINGGU LEBIH AWAL.
- tempoh arahan yg singkat serta menjaga kredibiliti TIA
- satu 'bought deal' dimana lead arranger dan primary subscriber telah mendapat langganan pasaran sekunder
- dan YANG PALING BEST, terbitan IMTN disegerakan atas permintaan penasihat khas TIA IAITU Otad Ludba Ziza dan WOL KEAT OHJ.

Engkar di TIA, terhasilnya 1MDB. Engkar di 1MDB ...
(anggap aje posting ni sebagai ulangkaji - dari penumpang yg ketinggalan kerana tertidur distesen keretapi)

EVLee

Reply
avatar