KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, July 29, 2016

dinturtle

Seminggu Berlalu Sejak Isu DOJ .... Sepatutnya MO1 Sudah DiPanggil Untuk Siasatan !

Writ saman DOJ US dengan jelas memperincikan jejak wang ( money trail ) 1MDB, dari mula 1MDB terima, masuk ke bank mana, keluar ke akaun mana di bank lain dan dari situ ke syarikat lain dan seterusnya kepada akaun2 milik mereka yang dinamakan dalam tuduhan termasuk akaun2 Malaysian Official 1 dan pegawai2 1MDB.

Dari akaun2 itu pula ditunjukkan apa yang dibeli dengan harga yang dibayar. Semuanya jelas ... kerana pergerakan wang dalam amaun yang besar tidak mungkin dilakukan melalui tunai. Samada menggunakan cek atau transfer dan transaksi2 itu dinyatakan dengan terperinci melalui penyata bank. Bank2 simpan rekod transaksi pelanggan, kalau cai2 Najib tidak tahu.

Arul Kanda sudah pasti tahu bahawa bank simpan rekod dan semua transaksi dapat dijejak melalui penyata bank. Mungkin sebab itu 1MDB tidak dapat serahkan penyata2 akaun bank2 1MDB luar negara walaupun beberapa kali diminta oleh Ketua Audit Negara. Berbulan2 menunggu, tak juga diserahkan.

Tapi senang pula DOJ dapatkan salinan penyata2 bank itu ...... heran kan ?

Money trail itu tidak 100% lengkap, maknanya tidaklah setiap sen dapat dijejak tapi cukup untuk DOJ menjejak hampir USD 1 bilion yang dibelanjakan untuk pembelian aset2 di US dan perbelanjaan mewah Reza Aziz, Jho Low, AlHusseiny dan AlQubaisyi.

Adakah penyata2 bank itu PALSU ?

Sudah seminggu berlalu sejak DOJ buat sidang akhbarnya tapi belum sekali pun kita dengar kenyataan dari pihak kerajaan Najib atau 1MDB meminta untuk menyemak data2 yang ada pada DOJ untuk dibandingkan dengan data2 yang disimpan oleh 1MDB.

Apakah kerajaan Najib tidak mahu cek apakah data2 DOJ itu benar atau tidak ? Kenapa langsung tidak berdetik di hati Menteri2 Najib untuk membuat perbandingan antara data2 DOJ dengan data2 1MDB ...... sebelum mereka melompat meroyan membuat pelbagai tuduhan terhadap DOJ ?

Kenapa perlu satu minggu dihabiskan dengan membuat pelbagai kenyataan yang memperlihatkan kebodohan diri sendiri padahal waktu itu boleh digunakan dengan lebih efektif dalam mencari Kebenaran ?

Rakyat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh DOJ. Rakyat tertanya2 ...... ni apa citer ni ? 1MDB cakap semua ok tapi DOJ cakap duit 1MDB kena curi.

Cai2 Najib cakap, 1MDB tidak bertanggungjawab kepada caramana wang itu dibelanjakan selepas pembayaran dibuat. Betul lah tu .... Selepas di bayar, apa nak jadi kepada wang itu bukan masalah 1MDB lagi. Dibelanjakan kah atau dicuri kah .... not our problem.

Itu pandangan dangkal yang cuba disogokkan oleh cai2 Najib kepada rakyat. Tapi hujah bodoh sebegitu hanya bertahan sekejap saja.Sebab setiap pergerakan wang ada rekodnya. SiPenerima akan rekod setiap pembayaran yang dibuat oleh 1MDB.

Contoh, 1MDB bayar  3.5 bilion kepada Aabar..... apakah Aabar terima duit itu ? Ada tak direkodkan dalam akaun Aabar ? TIDAK ADA.

Habis tu, 1MDB bayar kepada siapa ? Kepada syarikat palsu ..... Maknanya 1MDB telah ditipu !

Adakah penipu itu bertindak sendirian atau menerima bantuan dari orang dalam 1MDB sendiri ? Haaaa..... itu persoalan sebenarnya !

Orang menipu pasti ada pulangannya. Seorang itu tidak menipu wang syarikat kerana hobi dia suka menipu. Dia dapat duit yang ditipunya.

Kalau penipu itu bersyubahat dengan penipu lain, mereka akan dapat bahagian masing2. Orang DALAM yang bersyubahat dengan penipu dari luar juga akan dapat bahagiannya hasil persekongkolan itu. 

Jadi kalau nak tahu siapa orang dalam yang turut terlibat dalam penipuan duit 1MDB, kita cuma perlu lihat siapa yang ada menerima duit yang tidak dijelaskan dari mana datangnya. Mudah kan ?

Lebih mudah lagi jika ADA dinyatakan dengan jelas melalui penyata bank pembahagian hasil rompakan itu. 

Makanya, kalau dilihat pada writ saman DOJ, jelas ditunjukkan pembahagian harta rompakan. DOJ hanya sebut nama 4 orang sementara nama2 lain terutama penerima paling besar hasil rompakan diberikan nama samaran iaitu Malaysian Official 1.

Walaupun pelbagai petanda ( hint ) diberikan, contohnya mamat itu merupakan orang yang berkuasa dalam 1MDB dan kerajaan, punya pertalian dengan Riza Aziz dan ada terima USD681 juta dalam akaun peribadinya, namun malangnya ramai pak2 Menteri kita yang bengap, masih tidak dapat baca petanda2 yang diberikan. Mereka masih berkeras kata - Nama orang itu tidak disebut pun !

OK, takper .... dah memang namanya bangang pun. 

Kenapa tidak hubungi saja DOJ untuk dapatkan maklumat itu ? Takkanlah dalam fail kes DOJ pun nama Malaysian Official 1 itu tidak ada langsung ? DOJ hanya sebut Malaysian Official 1 itu dalam writ saman dan dalam kenyataan media mereka. Tapi mereka TAHU siapa dia Malaysian Official 1 dan mereka punya bukti yang cukup.

Nombor akaun mamat tu kan ada ...... 

Pendek kata - TAK BOLEH LARI !

USD20 juta + USD30 juta + USD681 juta .....  dinyatakan dengan jelas melalui penyata bank telah masuk ke dalam akaun Malaysian Official 1. 



Kenapa tidak ada seorang pun pak2 Menteri kita berminat nak tahu apakah maklumat itu benar atau salah ? 

Eleh ... itu baru tuduhan jer, Belum terbukti lagi.  Hadooooi.... apalah bangangnya menteri2 kita ni !

Pergilah cek dengan DOJ ! Periksalah apa juga maklumat yang ada pada DOJ itu. Kemudian buat siasatan sebelah negara kita pula. Soal siasat syarikat 1MDB. Pihak juruaudit Deloitte sendiri dah minta kita jangan terima buta laporan audit akaun 1MDB yang mereka buat. Tangkap dan hadapkan ke mahkamah sipenyangak jika ada terbukti bersalah.

Itu yang rakyat nak tengok. Ini tidak .... sama2 duk berbalah dengan rakyat. Awak tu kerajaan. Ada kuasa untuk bertindak. Bertindaklah ! Jangan tunggu sehingga dimalukan terus oleh orang luar. 

Najib pun sama..... semua orang kata Najiblah yang dimaksudkan dengan Malaysian Official 1 itu. Petanda2nya jelas kepada mereka yang tidak buta. Kenapa tidak bertindak bersihkan nama ? 

Keluarkan kenyataan.... akaun itu bukan akaun peribadi saya. Saya tidak ada terima jumlah wang disebutkan itu. Bodoh, bangang, bangsat sangatlah saya kalau terima wang curi ke dalam akaun peribadi saya !

PS - Mana Arul Kanda ni ? Senyap jer ......

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 29, 2016 at 5:10 AM delete

Berani kerana benar... berani buat tapi tak sanggup untuk berani tanggung.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 29, 2016 at 6:13 AM delete

1. sampai skrg najib atau cai2 nya langsung tak sebut lg dah pasal derma arab tu. sedangkan sape lg yg pernah tetiba masuk 681 juta dlm akaun.
2. org luar negara yg ikut yg sama kes 1mdb ni mesti gelak sakan bila dgr menteri2 kita ckp yg najib langsung tak disebut dlm doj tu. camner la org camni boleh dilantik jadi menteri.
3. kalau baca komen kat msn, wsj dll, tak kurang juga yg kutuk rakyat malaysia sbb tak buat apa2.

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
July 29, 2016 at 8:04 AM delete

Salam Jumaat brother Din...

Ringkasannya :-

1MDB menipu = 1MDB ditipu.
Tadbir urus = urus tadbir.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 29, 2016 at 8:33 AM delete

Arul Kanda dan jadi Ana Konda agaknya Din. Dah dapat telan rezki besar Din, dah tentu badab bertambah tambah besar Ana Konda tu, nak bergerak dah tak larat, macam si sawa telah bapak kambing laa. Kalau dah spesis si Kitol, tetap Kitol lah juga walau tukar nama apa pun.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 29, 2016 at 9:54 AM delete

Din, kita bukan tak biasa dengan perangai Amerika, depa suka peluang peluang mcmni yg hanya boleh dpt sesekali. Terutama melibatkan pemimpin no 1 negara.

Amerika sedang menunggu tawar menawar dari MO1 dan bakal pengganti MO1 yg menunggu peluang samada dari kerajaan atau pembangkang. Pihak dan pemimpin Yg mana sanggup bg offer lumayan.

Inilah yg paling menakutkan kita sebagai rakyat kalau-kalau MO1 sekarang akan sanggup offer apa shj kpd Amerika agar dia terlepas atau dpt peluang. kita tahu sgt sgt licik dan merbahaya Amerika.

Sebaiknya Najib diturunkan secara baik dan cepat. Lg lama lg Amerika suka sbb masing masing pihak akan rasa terdesak.

Pisau sekarang ditangan Amerika bukan ditangan pemimpin kerajaan dan pembangkang, jauh sekali ditangan rakyat. Sbb itu jgn teruja sgt dgn Anerika, rakyat mesti tentukan sendiri masa depan negara.

Reply
avatar
ejezat
AUTHOR
July 29, 2016 at 10:51 AM delete

Assalam bro din..
taktikal najibun tetap berdiam diri disamping menunjukkan dirinya suci murni dihadapan orang orang kampung.dia hanya berani dihadapan penyokong dan

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 29, 2016 at 2:03 PM delete

Salam Bro

Semuanya angkara Najib....Malaysian Official 1.

Yang gatal tubuh 1MDB...Najib.
Yang jadi dalang ....Najib
Semua urusan 1MDB tak akan lepas tanpa kelulusan pemegang kuasa Artikel 117.
Siapa kuasa Artikel 117...Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
Siapa semuanya diatas?....NAJIB...NAJIB...NAJIB.

Tanpa NAJIB....konco konco yang lain tak akan ada.
Tanpa NAJIB....1MDB tan kan ujud.
Tanpa NAJIB....Malaysia tak akan menerima musibah 1MDB.
Tanpa NAJIB....UMNO tak akan jadi parti bangsat.
Tanpa NAJIB....Maruah Negara akan terpelihara.


Rakyat sudah muak dengan NAJIB.
Rakyat sudah muak dengan UMNO.


MALAYSIA AKAN LEBIH SEJAHTRA TANPA NAJIB

So?...
PERGI JAHANAM DENGAN NAJIB!
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!

Najib has to pay for all...nothing short.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 29, 2016 at 3:25 PM delete

Mengejutkan apa yg SR tulis hari ni about xavier justo n her wife laura.. Sy yakin rekod negara kecik dengan sejarah jenayah kewangan terbesar dunia akn terus dipegang oleh ngara kita utk tempoh yg sgt pjg.

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
July 29, 2016 at 7:28 PM delete

Maaf mencelah...

Ini point utama kenapa Tun dari awal lagi berusaha dengan pelbagai cara agar MO 1 kita tidak berada dalam situasi 'pulas telur'.

US ada baik dan buruknya. Rasanya, US sudah tau lama isu ini, but mereka diam dan tunggu masa yang sesuai untuk 'pulas telur'(umpama pulas buah kelapa dipokok)then ada la hasilnya...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 24, 2016 at 4:05 AM delete

tak perlu layan..PKR dan kuncu2nya yg
mulakan aduan tapi tak berani sebut mana and PM sebab dah tau pM tak terlibat..dah hampir 3 bulan nampaknya
Dok tak langsung hubungi 1MDB atau Mo1
menunjukkan ini tuduhan terancang pembangkang je buat provokasi..tak abis2 dgn kerja jahat nak jatuhkan kerajaan..

Reply
avatar