KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, July 13, 2016

dinturtle

Semua Isu Dalam 1MDB Punya Persamaan Iaitu Tidak Ikut SOP. Bukti Wujudnya Satu Kuasa Yang Buat 1MDB Macam Bapak Dia Punya !

Secara kasarnya, skandal 1MDB ini boleh berlaku kerana wujudnya SATU KUASA dibelakang tabir pengurusan syarikat yang begitu besar pengaruhnya sehingga segala check and balance yang diwujudkan, langsung tidak diperdulikan oleh pihak yang menjalankan tugas mengikut telunjuk KUASA itu.

Semua masalah yang berkaitan dengan 1MDB berlaku bila keputusan dibuat tanpa diberitahu atau tanpa mendapat persetujuan dari pihak ahli lembaga pengarah sebagaimana yang sepatutnya. Kalaupun diberitahu kepada lembaga pengarah, ianya adalah selepas berlakunya transaksi itu.

Dan berlaku juga kes di mana pihak pengurusan langsung tidak mengendahkan arahan yang diberikan oleh lembaga pengarah.

Pendek kata - Ada SATU KUASA yang berikan arahan seolah2 dana 1MDB itu bapak dia yang punya !

Terbitan bon yang pertama semasa 1MDB masih dikenali sebagai TIA berlaku tanpa kelulusan lembaga pengarah. KUASA itu perlukan satu dana yang besar untuk dibelanjakan, maka si balaci yang menurut perintahnya itu, berusaha ligat supaya pinjaman bon RM5 bilion yang pertama itu diluluskan juga.

Projek kontroversi usahasama 1MDB-Petrosaudi yang menelan modal awal USD1 bilion di pihak 1MDB di'paksa jadi' walaupun keseluruhan proses sehingga perjanjian usahama ditandatangani hanya mengambil masa 8 hari ! 

Samada pihak lembaga pengarah setuju atau tidak, ada bantahan atau tidak, semuanya tidak relevan. Yang penting, duit modal dipam keluar dari 1MDB seberapa segera dan mengikut perancangan yang sudah diatur. 

Seolah ada satu KUASA yang mendorong si balacinya supaya bertindak merempuh apa jua yang menghalang. Buat dulu, cerita kemudian.

Begitu juga dengan pinjaman melalui bank Yahudi Goldman Sachs ..... Semuanya dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dari lembaga pengarah.

Langsung tidak ada sebarang prosedur sebagaimana lazimnya perlu dipatuhi dalam mana2 syarikat milik kerajaan maupun swasta. 1MDB dibuat macam milik bapak orang yang memegang KUASA itu. 

Serius beb .... kajilah balik apajua skandal yang kita tahu berlaku dalam 1MDB..... SEMUANYA ada satu persamaan iaitu TIDAK MENGIKUT PROSEDUR.

Prosedur2 itu pula bukannya prosedur2 khas yang dicipta untuk 1MDB tapi merupakan SOP yang umum untuk mana2 syarikat apalagi milik kerajaan bilamana mahu berurusan dalam perniagaan. Kenapa perlu dipatuhi prosedur2 itu ? Untuk menjaga kepentingan pemilik/pemegang saham ( iaitu rakyat ), supaya sebarang risiko diambilkira, supaya perniagaan untung, supaya tidak ditipu baik oleh pihak luar mahupun pihak dalaman sendiri.

Jadi kenapa tidak dipatuhi prosedur2 umum itu ? Kenapa main redah jer ? 

Kerana memang dari awal niatnya sudah tidak betul ! Kalau diikut prosedur2 yang ada, segala perancangan sulit yang diatur tidak akan terlaksana. Duit rakyat melalui 1MDB tidak akan boleh disonglap sebegitu mudah sebagaimana yang kita tahu sekarang selepas terbongkar.

Tanyalah diri anda sendiri ..... kenapa banyak sangat masalah dengan 1MDB ? Kenapa begitu payah sekali pihak 1MDB mahu menjelaskan ke mana perginya dana berpuluh2 bilion ringgit yang konon dilaburnya ?

Kenapa pelbagai kemelut berlaku contohnya dana dibayar kepada kepada syarikat palsu, dokumen pengesahan tidak ada,  Bank Negara pun ditipunya mereka, penyata bank tidak ada, melabur bilion2 melalui syarikat pelaburan yang baru diwujudkan dan tanpa lesen, kenyataan parlimen pun boleh salah, buat pinjaman dengan bunga yang terlalu tinggi dengan bank Yahudi, beli IPP lama dengan harga mahal  ..... SEMUA itu tidak mungkin berlaku sekiranya 1MDB mengikut prosedur2 yang ada.

Perniagaan atau transaksi perniagaan 1MDB sebenarnya bukan rumit pun .... tidaklah sebanyak transaksi sebuah supermarket pun. Tapi supermarket yang berlaku berpuluh ribu transaksi setiap hari pun masih boleh kemukakan akaun yang tepat. Penyata Bank siap, akaun tersedia untuk disemak.

Tapi 1MDB ? Boleh hilanglah pulak dokumen2 .... akaun pulak sangkut dan setiap tahun minta tempoh lanjutan untuk dikemukakan.

Terkini, laporan Ketua Audit Negara yang tidak pernah dalam sejarah negara kita dirahsiakan dari pengetahuan umum telah dijadikan dokumen rahsia kerajaan yang kononnya boleh menggugat keselamatan negara ! 

Jelas sekali memang ada yang tidak kena dengan 1MDB ! 

Mustahil seorang CEO sanggup melakukan kesemua pelanggaran prosedur seperti yang berlaku dalam 1MDB tanpa wujudnya satu KUASA yang beri arahan. 

Yang peliknya, selepas segala laporan dibentangkan oleh PAC dan terbukti 1MDB telah rugi berbilion2 ringgit dan berpuluh bilion ringgit lagi tidak dapat dikesan, apakah pihak berkuasa dan pihak kerajaan tunjukkan kesungguhan untuk bertindak ? 

Tidak ada ! Malah segalanya cuba disenyapkan seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku ........ Mereka yang bertanya pula akan dipandang serong.

Punyalah ramai mereka yang terpelajar dalam Umno dan kerajaan .... SEMUANYA SENYAP dalam kes 1MDB. Semua jadi BODOH. Apa yang mereka pelajari sehingga peringkat Universiti jadi sampah bila kena dengan isu 1MDB. Semua jadi BISU.

Memang tepat sangatlah apa yang ditulis oleh Tun Mahathir dalam artikel terbarunya - The Dumb People atau versi Melayunya  - ORANG BODOH.

Dek sebab 1MDB, bukan saja negara menganggung hutang dan malu yang besar, malah begitu ramai sekali dalam kerajaan dan Umno dah jadi ORANG BODOH. Dan mereka pula cuba memperBODOHkan seluruh rakyat Malaysia supaya akur dengan keBODOHan mereka dan supaya rela dijadikan bahan ketawa masyarakat dunia yang nampak dengan jelas apa2 kemungkaran yang berlaku dalam 1MDB.

Semuanya jadi BODOH kerana Najib, Jho Low dan 1MDB.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

15 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 13, 2016 at 2:55 AM delete

Kebijaksanaan jika disebarkan akan memanafaatkan orang lain, jika kebodohan disebarkan akan menjadi cacian dari orang lain.

Reply
avatar
izad12
AUTHOR
July 13, 2016 at 3:54 AM delete

dumb dalam artikel tun juga bermaksud bisu.

mereka tahu ada yang tidak kena dan salah dengan 1mdb dan individu2 tertentu,tapi mereka diam membisu tentangnya...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 13, 2016 at 7:35 AM delete

Assalam Bro,memang betul dan tepat Perdana Menteri kita ni bodoh dan dungu...

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 13, 2016 at 8:04 AM delete

Salam Bro

KITA SEMUA TAHU KAN?

So...Apakah tindakan kita seterusnya?
Itu yang lebih penting. Kita semua tahu yang kerajaan Najib tak boleh dipercayai lagi.
Yang utama masa kini ialah penyebaran maklumat agar rakyat semua tahu...semua faham.
Kumpulan sasar adalah penduduk luar bandar yang sumber maklumat mereka terhad kepada media perdana yang memang dikuasai oleh kerajaan....RTM dan TV3suku...Mereka dihebahkan dengan maklumat yang separuh masak dan memihak kepada kerajaan. Rakyat luar bandar yang terlalu bergantung dengan ihsan kerajaan...BR1M dan sekampit beras atau sekilo gula cukup untuk mengabui mereka....jangan salahkan mereka kerana mereka tiada maklumat untuk mengetahui perkara yang sebenarnya. Bicara tentang 1MDB...mereka tak faham...Bicara tentang rasuah...mereka yang telah diputar belitkan akan menganggap sebagai bantuan kerajaan.

Kepada yang punya keupayaan....dekatilah mereka dan beri mereka pencerahan tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Najib dan kerajaannya memang hampeh. Kita bising macam nak rak pun mereka tetap tak akan berubah. Jadi kita mesti mengatur gerak untuk menyebarkan maklumat "BENAR" kepada rakyat agar mereka faham. Tak kiralah...sebarkan kepada adik kakak...jemaah surau dan masjid...dipasar sayur dan ikan...malahan tempat sembang di kedai kopi.

Jangan putus harapan...

KEBENARAN AKAN TETAP MENGATASI SEGALANYA.


Reply
avatar
Gue
AUTHOR
July 13, 2016 at 8:12 AM delete

Penulis blog, penkomen2 dll mungkin ada agenda2 masing2...dan mungkin di pandang serong, di lihat enteng dan sebagainya olih petugas2 di pejabat peguam negara, polis, media 'perdana' dll yg masih menjadi tunggak kepada pihak penguasa. Namun laporan audit adalah dari Amrin Buang dan kakitangannya yg juga penjawat awam, yg saban tahun menjalankan pemeriksaan keatas urustadbir aparat pemerintah dan menekunkan laporan2 untuk dibentangkan kepada parlimen dan seterusnya kepada seluruh rakyat.

Tidakkah usaha untuk merahsiakan Laporan mengenai 1MDB menimbulkan syak dan ragu dikalangan penjawat2 lain, terutama dikalangan petugas2 di jabatan Peguam Negara, Polis dan media yg masih menjadi tunggak ini. Sekiranya Kepala polis, misalannya tidak terkesan langsong, bagaimana dgn kepala2 polis daerah, yg sesetengahnya memiliki PhD dan kepakaran2 lain2nya. Tidakkah mereka2 ini terlintas untuk tidak terus2 bersekongkol melindungi kemunkaran dan memangsakan rakyat terbanyak.

Kiranya, tidak dapat melawan arahan2 yg menjurus perlakuan jinayah kpd rakyat, sekurang kurangnya, mengelak memberi kerjasama dan sekiranya tidak juga berupaya, membencinya dlm hati. Orang2 dulu ada yg berkata kalau hendak, seribu daya....

Reply
avatar
July 13, 2016 at 8:58 AM delete

Syabas Din. Tepat dan bernas. Parti demi periuk nasi. Itulah yang berlaku kpd Umno.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 13, 2016 at 9:30 AM delete

Jangan lupa, bugis lebih suka orang2 bodoh dan setia daripada orang2 pandai dan bijaksana

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 13, 2016 at 11:51 AM delete

1MDB bermaksud 1 Malaysia DiBodohkan.......... sebab itu semua jadi bodoh

Reply
avatar
July 13, 2016 at 1:27 PM delete

mereka bukan bodoh
mereka cerdik
sapa nak bagi mereka kuasa duit jawatan
so ikut je la
bukan senang nak jadi menteri bro
lubok mas dan kuasa
vvip
melayu bukan pun ada maruah mcm org negara kapir
kah kah

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 13, 2016 at 1:41 PM delete

Macam bapak dia punya. Si bodoh pulak berlagak macam bapak sepuloh.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 13, 2016 at 4:05 PM delete

Bukan saja bodoh Din tapi sudah menjurus menjadikan diri sehina najis khinzir. Puak puak ni kalau ketika ni Najib suruh cium bontot atau telah tahi dia dan tahi Rosmah, rasanya mereka sanggup demi talian hayat dalam UMNO BN dan demi bekalan dedak tak terhenti. Hal nasib rakyat dan negara persetankan asalkan dedak mencukupi. Aku ni bukan peminat Tun M pun tapi apa yang Tun M sedang buat sekarang adalah satu perkara yang sangat betul dan rakyat perlu sokong demi menumbangkan Najib dan regim korupnya. Tak boleh dibairkan penyamun dan penyangak besar negara ni terus meraja dimata bersultan dihati. UMNO wajib dikuburkan saja kerana pimpinan yang ada hari ini adalah penyumbang kepada kerosakan dan kemusnahan khazanah negara. Tanpa mereka mereka ini tak mungkin Najib boleh bebas melakukan apa saja.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 13, 2016 at 7:02 PM delete

Dan kepala segala si bodoh ini adalah Najib Razak. Kepala lagi kepada Najib adalah Rosmah Mansor. Ayuh rakyat kita bersama-sama selamatkan negara kita daripada terus dijahanamkan oleh Najib Razak dan UMNO-BN. Hidup Melayu bersama bangsa Malaysia! Berani dan yakin untuk berhijrah menolak kemungkaran! Berani dan yakin untuk tolak UMNO-BN!

Reply
avatar
Salwah Abdat
AUTHOR
July 14, 2016 at 12:51 AM delete

a. Dalam tempoh tahun 2009 hingga 2015, beberapa keputusan pelaburan penting dengan nilai pelaburan yang tinggi dibuat melalui resolusi Lembaga Pengarah 1MDB tanpa perbincangan dan penilaian secara terperinci. Beberapa pertimbangan berhubung pelaburan dibuat dalam tempoh yang singkat dan berisiko tinggi. Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB telah memaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negera (PAC) pada 19 Januari 2016 bahawa perbincangan ada dibuat sebelum kelulusan diberi melalui resolusi.

b. Dalam beberapa keadaan, pengurusan 1MDB telah membentangkan maklumat yang tidak lengkap/tidak tepat kepada Lembaga Pengarah 1MDB sebelum sesuatu keputusan penting dibuat malah telah mengambil tindakan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.

c. Terdapat juga keadaan di mana pengurusan 1MDB memberikan maklumat yang tidak tepat atau berbeza kepada pihak yang berkepentingan.

d. Pengurusan 1MDB mengambil tindakan yang bertentangan atau tanpa mengikut sepenuhnya keputusan Lembaga Pengarah/pemegang saham dalam beberapa peristiwa berkaitan pelaburan.

e. Pengurusan penyelenggaraan fail dan rekod 1MDB adalah tidak sistematik dan kurang memuaskan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 14, 2016 at 12:57 PM delete

Arul kandaq kata pelan rasionalisasi masih berjalan seperti dirancangkan. Depa masih ada dana mencukupi utk memenuhi syarat pinjaman. Confirm tipu! Dana mai mana? 1MDB mana ada bisnes. Audit account pun tak settle lagi. Dah boleh saman tipu nih.

Reply
avatar
sham zam
AUTHOR
July 14, 2016 at 11:27 PM delete

jib carrey tu pelawak dlm dumb and dumber. lawak bodoh betul

Reply
avatar