KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, July 31, 2016

dinturtle

Shafie Apdal Meletup - SABAH .... UBAH ! ! !


Sepanjang mengikuti ucapan Shafie Apdal semalam, hati saya berdetik mengatakan yang Umno sudah melakukan kesilapan besar kerana telah mengejutkan harimau yang bakal memakan diri. 

Sambutan rakyat di kawasan Kemabung di Parlimen Tenom semalam mengesahkan lagi betapa rakyat Sabah menerima Shafie sebagai pemimpin mereka. KDM atau Kadazan Dusun Murut, sebuah Ngo yang berpengaruh di kalangan etnik yang wakili menganjurkan majlis IRAU RAKYAT buat pertama kalinya, iaitu satu majlis di mana rakyat dari pelbagai etnik dikumpulkan untuk berpesta rakyat, khas buat menyambut kehadiran Datuk Seri Panglima Haji Shafie Apdal.

Ribuan yang hadir memeriahkan majlis, dan sekitar 5 ribu memenuhi khemah ketika Shafie berucap.  Sambutan yang sama hangat diberikan sepertimana ketika Shafie pulang ke Semporna beberapahari sebelum Raya lalu di mana beliau mengumumkan keluar parti Umno ( KLiK )

Berlainan sekali pengisian ucapan Shafie kali ini. Kalau sebelum ini ramai yang menganggap Shafie terlalu playsafe, tidak tegas, tidak nampak hala tuju  .... tapi kali ini Shafie menunjukkan ketegasan, semangat juang yang tinggi dan kelibat seorang pemimpin yang jelas arah perjuangannya ..... iaitu demi Sabah dan rakyat Sabah !

Ya, perjuangan yang lebih banyak menumpukan kepada kemakmuran dan hak rakyat Sabah. Saya percaya, tidak lama lagi Shafie akan menubuhkan sebuah parti baru untuk rakyat Sabah.

Layan sedutan video yang saya rakam semalam -


SABAH  UBAH  !  !



KLiK untuk ke Youtube

- Kalau rakyat bersatu, berpadu,  Kuala Lumpur boleh melantik orang menjadi Ketua Menteri tapi yang tentukan kerajaan di Sabah ialah rakyat Sabah itu !

- ... rakyat tentukan siapa YB, siapa kerajaan di Sabah ini

- Sabah negeri paling kaya - hasil minyak, kelapa sawit dan pelancungan ... tapi rakyatnya miskin. Tapi pemimpinnya jutawan ! SABAH UBAH !

- Selama ini dari tahun 1976, perjanjian minyak dengan Petronas 95% - 5% kepada Sabah ... Kena Ubah !

- Masakan saya ini bodoh tidak boleh tadbir negeri Sabah



Anifah, Tanya Kau Punya Abang, Ketua Menteri Sabah Apa Dia Boleh Buat Tentang Tanah Orang2 Sabah !




KLiK untuk ke Youtube

- Wakil rakyat sebagai jembatan antara rakyat dengan kerajaan. Bantu rakyat .... itu tujuan saya. Apa ertinya menjadi wakil rakyat kalau rakyat miskin tapi kita kaya ?

- Wakil rakyat perlu bersuara.

- Wakil rakyat dinilai berdasarkan khidmat bukan hanya bercakap. Yang penting adalah bela rakyat Sabah

- Itu yang saya tanya kepada Anifah...  Menteri Luar, Don't ask what federal can do for Sabahans, ask your brother, Chief Minister what he can do for the Sabahans ! ..... tanya kau punya abang Ketua Menteri Sabah, apa dia boleh buat tentang tanah orang2 di Tanum ini. Ini bukan kuasa Kuala Lumpur, ini kuasa kita, kuasa kerajaan negeri.

- Community Title ? Takut orang kampung jual tanah yang diberikan, tapi kalau dibagi kepada orang kaya beribu ekar, dijual ... tidak apa ? Kalau kita perintah .... kita akan hapuskan peraturan ini. bagi title kepada orang kampung !


                                               *********************************

Berlangsung juga majlis penyerahan borang keluar parti Umno oleh lebih 2 ribu ahli di kawasan Tenum.

A new Ketua Menteri in the making ......




dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

11 comments

Write comments
rahman jpc
AUTHOR
July 31, 2016 at 4:42 AM delete

saya pernah duduk bersama musa aman dlm lembaga pengarah padi n beras Negara. saya berjumpa beliau sekali lagi semasa beliau sudah menjadi ketua menteri.

ikhlas saya bolih katakana beliau ini tidak pandai bertutur dgn lancar jauh sekali berorasi (kadang2 mcm orang gagap).

sungguh pun demikian beliau berjaya kekal mempertahankan kedudukan nya d Sabah olih kerana kepintaran nya dlm 'political maneuvering'.

saya juga percaya dlm masa yg sama beliau berjaya memperkayakan diri dgn secara licik.

ds shafie petah bercakap n pandai berorasi. dgn dana yg mencukupi, ds shafei akan /mampu menghancur kan musa; anifa; salleh; Rahman dgn senang.

rakyat Sabah sudah pun mendpt pemimpin berkeliber yg baru. Najib wajib berwaspada. 'it can b d beginning of d end 4 UMNO' in Sabah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 4:56 AM delete

Najeeb mau datang tawau lagi? Bikin jam jalan saja. Bangunan yang buruk MPT sudah kasi cantik. Siap cat baru lagi. Semua kosmetik belaka.

Ketahuilah najeeb. Yang datang nanti cuma tukang bodek atau staf yang dipaksa hadir atau mungkin pendatang asing yang diupah.. Hmmmm

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 12:22 PM delete

Sabah Ubah...Sabah Ubah....Sabah Ubah....!!!!Gua Support Sama Lu.....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 12:49 PM delete

Shafie, Ini kali lah, jangan lupa pergi ke seluruh bandar and pekan kecil di seluruh pelusuk Sabah sebelum PR-14 ini. Urang Sabah ini tidak peduli apa bangsa dan ugama, asalkan menteri nya boleh dipercayai, inda rasuah dan benar benar mahu berkhidmat kepada orang Sabah, kau tetap akan menang basar.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 5:48 PM delete

Shafie apdal seorang yang terpelajar. Dari tutur katanya jelas terserlah. Musa aman? Cakap pun semberono main hantam saja. Anifah aman? Hmmm playboy tua yg memalukan orang Sabah adalah. Salleh said keruak dan Rahman dahlan...dua koboi ni 'mimang out' kata orang Sabah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 5:53 PM delete

Yg dtg nti selain kakitangan kerajaan yg dipaksa hadir ialah PTI yg bertimbun di Sabah ni - bugis pendatang, buton, tator, timor, suluk pendatang segala filipin, abu sayap pun ada. Yg penting kau tabur saja duit najeeb...bertempiaran dia org dtg rebut!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 6:36 PM delete

Salleh keruak,rahman dahlan susah memalukan org Sabah.sanggup menjilat najib utk diri sendiri.wajib digantung sampai mati.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 8:43 PM delete

Saya orang Semenanjung support DS Shafie Afdal 100%. Salah seorang hero baru negara! hidup DS Shafie!!

Reply
avatar
July 31, 2016 at 9:00 PM delete

Eloklah Beliau tubuhkan parti sendiri di Sabah. At Federal level partinya boleh bersatu dengan Pakatan Harapan untuk tubuh Kerajaan baru di pusat dan Sabah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 10:09 PM delete

selamat berjuang
rakyat sabah dlm sejarahnya mmg berani ubah
tak macam org semenanjung yg rata2 playsafe undi bn jugak

Reply
avatar
annuar sanip
AUTHOR
October 1, 2016 at 12:59 PM delete

Hidup Shafie! Kita halau UMNO balik seberang

Reply
avatar