KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, July 8, 2016

dinturtle

SR Dedahkan Laporan Ketua Audit Negara ! Apa Yang Kerajaan Nak Sorokkan ?.

Mkini

Belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam khasnya buat pembaca2 dinturtle dan klonnya dinturtleoriginal. 

Dalam kemeriahan dan kesibukan kita melayan hari lebaran ini, dalam diam2 Sarawak Report semalam telah membuat satu pendedahan besar. SR mendakwa mereka punya akses kepada laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang telah di OSAkan oleh kerajaan tanpa sebarang alasan diberikan.

Ketika laporan itu siap dan diserahkan kepada PAC, kerajaan jadikannya dokumen rahsia atas alasan mahu mengelakkan sebarang kebocoran sementara PAC menyiapkan laporannya. Namun selepas laporan PAC dibentangkan di Parlimen 3 BULAN LALU, laporan JAN ( Jabatan Audit Negara ) itu masih kekal rahsia di bawah OSA tanpa diberikan sebarang alasan.

Pelbagai pihak telah mendesak agar ia dilepaskan untuk tatapan umum. Mungkin saya silap tapi ini merupakan kali pertama laporan Ketua Audit Negara dijadikan satu dokumen rahsia ! Dan ia berkaitan 1MDB ................ dan Jho Low. 

APA SAJA BERKAITAN 1MDB ADALAH PELIK ! Itulah ayat yang sering saya gunakan tiap kali isu 1MDB timbul dan kenyataan2 yang diberikan amat tidak memuaskan. Keputusan kerajaan merahsiakan laporan JAN ini antara yang paling pelik.

Tahun lepas Najib sendiri yang begitu gah mengumumkan kepada rakyat yang beliau dan kabinet telah mengarahkan Ketua Audit Negara supaya melakukan siasatan ke atas 1MDB dek desakan rakyat yang banyak bertanya. Pesalah jika ada, akan dihukum .... tegas Najib ketika itu. Sejak itu, cai2 Najib akan sering berteriak kepada para pengkritik 1MDB - TUNGGU AUDIT! kata mereka.

Sekarang apa sudah jadi ? Mana TUNGGU AUDIT anda, wahai para cai2 Najib ? Soalan yang bermain di fikiran rakyat  - APA YANG NAK DISOROKKAN ? 



1MDB yang diilhamkan Najib telah RUGI BERBILLION2 RINGGIT sejak ditubuhkan. Bukan setakat rugi, malah aset negara juga turut terjual dek kerana hutang keliling pinggang. Terbaru pihak IPIC pula telah ke mahkamah timbangtara antarabangsa kerana mahu menuntut hutang hampir 26 bilion ringgit dari 1MDB dan juga dari kerajaan Malaysia !

Pendek kata - 1MDB langsung tidak berguna kepada negara dan rakyat Malaysia !

Satu dunia memerhati dan hampir semua mengaitkan 1MDB dengan rasuah dan jenayah penggubahan wang haram. Hanya Najib dan cai2nya saja yang masih mempertahankan 1MDB.

Makanya tindakan kerajaan merahsiakan siasatan audit 1MDB langsung tidak membantu usaha membersihkan nama negara. Ia hanya menguatkan persepsi bahawa terlalu banyak skandal penipuan yang mahu disorokkan dari pengetahuan umum.

Laporan Parlimen PAC pula tidak menolak bahawa wujud sebarang salahlaku dalam urusniaga 1MDB malah laporan itu hanya mengesahkan apa yang selama ini didedahkan oleh WSJ dan SR ! Cai2 Najib masih tidak mampu menggunaka sebarang maklumat dari laporan PAC untuk menolak pendedahan2 yang dibuat walaupun selepas 3 bulan ia dibentangkan. Mereka hanya mampu menuduh Fitnah! secara umum tanpa memberikan sebarang bukti sokongan. Dengan katalain, cai2 Najiblah yang sebenarnya menfitnah dalam tuduhan fitnah mereka itu.

Nah, kini SR telah mula mendedahkan sedikit apa yang mereka dapat dari laporan JAN yang dirahsiakan kerajaan. Apakah pendedahan SR itu satu fitnah ? Ayuh buktikan ia sebagai satu fitnah !

Kerana dari apa yang didedahkan itu walaupun hanya sedikit, hanya menguatkan persepsi negatif terhadap 1MDB. Antara lain SR mendakwa, 

- Banyak keputusan2 pelik yang dibuat adalah TANPA pengetahuan lembaga pengarah ..... SIAPA YANG ARAHKAN ?

- Tidak ada bukti2 dikemukakan kepada JAN bagi menyokong transaksi2 pelik tersebut dan ini termasuk transaksi2 pembayaran Option Aabar/IPIC

- Pembayaran melupuskan Option yang MELAMPAU TIDAK MASUK AKAL !

- Tidak ada disebut langsung tentang sebarang keperluan deposit dalam perjanjian ketika Aabar/IPIC menjadi penjamin 1MDB dalam pinjaman dengan Goldman Sachs

- Hasil pelaburan 1MDB dari JV 1MDB-Petrosaudi tidak dapat disahkan ( hasil yang amat dibangga2kan oleh cai2 Najib konon pelaburan itu menguntungkan sebanyak beratus juta dolar .... tapi langsung tidak dapat disahkan oleh para juruodit luar dan juga JAN )

- Pembayaran USD1.330 bilion kepada Goodstar tidak dapat disahkan

Jumlah yang tidak dapat disahkan adalah USD6.87 bilion  ( SR )

Jika benar apa yang didakwa oleh SR itu, ini bermakna pihak 1MDB dan Kerajaan Malaysia langsung tidak punya kes untuk dibawa ke Mahkamah Timbangtara dalam tuntutan IPIC !


Rakyat hanya mahukan Kebenaran. Rakyat juga mahu isu 1MDB ini diselesaikan seberapa segera. Tidak ada keperluan untuk menjaga kepentingan sebarang individu waima Perdana Menteri sekalipun. Bukankah PM sendiri yang kata sesiapa yang bersalah akan dihukum ? 

Apakah alasan untuk terus menyembunyikan apajua maklumat sekiranya tidak ada sebarang salahlaku ? Bukankah dengan ketelusan akan mendedahkan segalanya ? 

DEDAHKAN SEMUANYA ! 

Seperti kata Timbalan PM - Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

21 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 8, 2016 at 6:17 PM delete

Bangkai terhidu lagi !

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 8, 2016 at 6:20 PM delete

Jika benar apa yang didakwa oleh SR itu... Pemakan dedak tetap pemakan dedak,takut hilang jawatan, takut poket kosong,takut....takut....takut.....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 8, 2016 at 7:23 PM delete

najib...lubang taik besar sgt najib...susah nak tutup

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 8, 2016 at 7:44 PM delete

Tidak ada yang lebih mulia drpd NAJIB... OH NAJIB SAYANG

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 8, 2016 at 7:44 PM delete

Fitnah jer semua ni.Semua boleh di ada2 kan supaya nampak real.Kalau betul,bawa la Najib dan sekutu dia pgi mahkamah.Ramai loyar2 yg handal2 ni tak berani buat apa2 pun,so cerita SR ni kira fitnah jer laaaaa...ahak!

Reply
avatar
Gue
AUTHOR
July 8, 2016 at 7:59 PM delete

Gue petik tulisan Tuan Blog seperti berikut:
"Pendek kata - 1MDB langsung tidak berguna kepada negara dan rakyat Malaysia ! "
Bukan, bukann, buKAAANNNN !!!
Pendek kata ka panjaaaang kata ka...bukan langsung tak berguna, tetapi sangat bisa dan beracun kepada negara dan rakyat. Antara lain, ia mengheret Malaysia dan rakyatnya ke longkang najis dan kehinaan di dunia dan mungkin 'azab yg berkekalan di aqirot, na'uzubillah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 8, 2016 at 9:39 PM delete

Tak kan Malaysia tak mahu menyiasat dan merampas wang berbillion2 tu bawa balik ke Malaysia? Nak dihalalkan saja?? Perdana Maling (PM) camner pulok?

Reply
avatar
sham zam
AUTHOR
July 9, 2016 at 12:33 AM delete

11 hb ni, najib musnah. kita semua musnah!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 9, 2016 at 1:01 AM delete

Najib tak boleh turun sebab nanti kena tangkap. Cuba bagi jaminan lorong tikus utk dia lari laki bini...pastu bagi skit duit belanja nak hidup mcm marcos diktator filipina dulu kt hawaii...berdesup dia akan lari mcm lipas kudung.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 9, 2016 at 3:08 AM delete

ya btul fitnah...
tp cukup utk buat seluar awak basah
kikikiiii

Reply
avatar
ibrahim darus
AUTHOR
July 9, 2016 at 12:26 PM delete

Anon 102
Tak maulah pegi Hawaii kerana lepas tu tak boleh pakai jet kerajaan Malaysia. He he

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 9, 2016 at 4:36 PM delete

..1MDB sangat berguna kpd rakyat Msia bernama Najib, Rosmah dan JLow untuk menyamun dan mengsonglap wang rakyat..tu lah guna 1MDB ditubuhkan..RM27bilion( US$7bilion) duit rakyat lesap dari 1MDB...mengikut lapuran Audit Negara. Bukan WSJ, bukan SR yg lapur..tetapi TS Ambrin Buang..seorang rakyat Msia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 9, 2016 at 7:18 PM delete

mari kita tonton tv3suku apa kata mereka.nafi kesahihan laporan atau tangkap si pendedah atau kedua-duanya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 10, 2016 at 12:03 AM delete

Malam tadi Kak Ros cakap kat laki dia.."ada aku kisah...hikhihik...dah penat nnti senyap jer la benda2 ni"

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
July 10, 2016 at 1:24 PM delete

Salam Bro

Sarawak Report - Nothing to hide
Kerajaan Najib - Everything to hide

Bro...Salleh Kruk kata SR misleading the rakyat...kerana mendedahkan sebahagian dari Audit report tersebut. sepatutnya laporan PAC yang lebih muktamad berkenaan 1MDB. Ye lah tu...Hassan kan lebih berwibawa kerana dia setakat cari makan je...bukan macam Ambrin Buang yang korek dalam dalam sampai ke tali perut. lagi pun Hassan pandai menyunting laporan PAC nak selamatkan boss. Laporan Auditor General pulak di OSAkan...memang cantik!
Itulah kerja yang penuh amanah dan bertanggung jawab...kan?...kan?...Kepala hotak ko macam otak ikan busuk!

SR, WSJ adalah dua sumber "FITNAH" yang mengugat Kerajaan Najib. Tuan IGP...apa jadi kepada 'Red Alert" interpol terhadap editor SR Clare Rewcastle? Bukankah ko Ketua Polis Negara Malaysia?...tak kan ko punya perintah tu Polis Antarabangsa tak ambik endah?...Malulah...jagoh polisi Malaysia yang teramat berkuasa di Malaysia. Tun Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia pon ko dah panggil (lima kali oi!)ini Clare Rewcastle ko tak dapat buat ape ape...apa ko takut dengan pompuan ke?...Tun M yang dah tua tu sewenang wenang ko buat.

Bro...inilah masa yang kita nanti nantikan....pendedahan dari sumber luar yang menabur "FITNAH" yang memang mengugat Kerajaan Najib. Semua agensi penguat kuasa dalam Malaysia tak dapat kita percaya lagi...sampai ke Parlimen pon tak boleh harap.

Jangan kata menteri menteri atau ketua jabatan...mufti dan para "ulamak" kita pun memandang sepi dengan isu yang mencekam rakyat sekarang ini. Ada satu menteri tu sampai cakap "duit raya" bukan rasuah...tapi sedekah. Duit Raya dari orang awam kepada sanak sedara, sahabat handai, jiran tetangga, cucu cicit...itu memang sah bukan rasuah....sebab pemberian tu dari poket sendiri, atas niat sendiri. Tapi kalau Menteri atau kerajaan Najib bagi...semuanya menimbulkan syak...dari mana duit tu? Duit Kerajaan atau duit peribadi?...Gaji menteri bukan besar sangat?...Along tu lebih lagi pendapatan...apatah lagi businessman. Dah tu menteri bagi...cukup dengan publisiti...macam baru baru ni...nak mengundi...bukan main sakan "bersedekah" dengan pengundi...bulan puasa pulak tu.

Kepad para Mufti yang amat arif tentang hukaum hakam...cuba bagi pencerahan dalam hal ini. Atau perkara ini para mufti anggap remeh? Apakah soal amanah, rasuah dan accountability itu perkara remeh...soal kafir harbi lebih penting?

Sape lagi rakyat nak percaya? Kerajaan Najib? atau penabur "FITNAH" macam Sarawak Report dan WSJ?

Sarawak Report - Nothing to Hide
Kerajaan Najib - Everything to Hide

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 10, 2016 at 4:33 PM delete

Kalau fitnah,kasi keluar report asal dan jgn OSA kan la.Lepas tu kasi tangkap dan dakwa mahkamah itu SR dgn Clare. Tapi kalau Britain dan interpol pon tak mau tolong, AG punya report di OSA kan dan dah declare org yg bocor kan rahsia nak ditangkap,maka setakat ini betul la apa yang SR tulis tu...ahak!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 10, 2016 at 6:27 PM delete

Hati-hati takut anda pula mereka hide(sembunyikan)!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 10, 2016 at 7:44 PM delete

Menteri talibarut suruh polis siasat pemilikan dokumen.
Kalau lah dpt dipanjangkan akal menteri maka boleh la faham kenapa kami rakyat Mau Najib berenti- agar dpt dielak elemen yg boleh sabotaj negara. Tambahan, dah byk dah jenayah bos kamu & kamu sendiri.
Tapi maklumlah...dah dinamakan talibarut...hebat betul ketamadunan bangsa Melayu ni!
Saya tgk cerita legend of tarzan tadi ada dikata dlm cerita spt ini 'king liopold dah hutang keliling pinggang, makna kalau nak terus berkuasa bermakna kena jadikan rakyat congo hamba raja lah!...' Itulah grand plan nya, tak komplikated pon!!!

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
July 10, 2016 at 10:34 PM delete

Awak ni pada pendapat saya ada masaalah sakit mental ! Banyak sangat makan dedak kot ?

Mengapa pula nak bawa Najib ke mahkamah ?? Tuduhan dan fitnah( kalau ya pun ) adalah keatas 1MDB serta Najib . Seharusnya Najiblah saman SR bukan sebaliknya .

Dulu , dulu , dulu ... adalah terdengar Najib nak saman SR dan WSJ pada hari Selasa ...ni dah lebih sepuloh hari Selasa dah ...nothing happen !!

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
July 10, 2016 at 10:38 PM delete

Najib dan Rosmah akan lari kat Negara besan dia ... Kazakhtan .

Pasal jet ??? memang sudah ada pun sebuah jet kerajaan Malaysia tengah 'service' kat sana .

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
July 15, 2016 at 1:42 AM delete

Sepuluh ribu selasa pun xkan adanya muka mat najip tu bertelor nak saman sesapa. Paling kuat pun si saleh keru tu melalak meroyan tak tentu arah bagi pihak mat najip.

Reply
avatar