KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, July 30, 2016

dinturtle

Wartawan Terlepas Soalan Cepumas - Adakah Najib Kenal Dan Punya Pertalian Dengan Malaysian Official 1 ?



Berita terhangat semalam sudah pastinya sidang media Najib mengenai tindakan DOJ, selepas Mesyuarat MT Umno. ( Oya, Mesyuarat MT Umno nampaknya sudah tidak ada masalah tunda-tunda lagi dah )

Tidak pasti kenapa kenyataan Najib jadi perhatian kerana Najib tidak beri sebarang input baru pun. Najib hanya sekadar mengulangi apa yang dinyatakan oleh Menteri2nya sebelum ini. Hmmm .... ternyata kenyataan2 yang dibuat oleh Salleh Keruak dan Rahman Dahlan sebelum ini adalah sebagai test market sebelum Najib sendiri sebut perkara yang sama. 

OK .... apa yang Najib cakap semalam -

- Hanya mereka tertentu yang ternama dalam laporan tersebut sahaja disebut dalam laporan itu
ini bererti bahawa, secara langsung 1MDB tidak terlibat dalam laporan tersebut dalam ertikata tidak ada aset 1MDB di Amerika Syarikat, bererti bahawa secara langsung 1MDB tidak ternama dalam senarai tersebut. Kita juga telah ambil maklum bahawa 1MDB tidak diminta apa-apa maklumat bererti bahawa DOJ tidak merujuk kepada 1MDB jadi laporan tersebut tidak mengandungi apa-apa penjelasan dari 1MDB - dari video Astroawani.

Sebiji macam kenyataan Rahman Dahlan. Kita semua sedia maklum yang 1MDB memang tidak terlibat dalam kes DOJ. 1MDB adalah mangsa curi kepada empat nama yang disebut. Aset2 yang dirampas bukan milik 1MDB tapi milik 4 orang itu yang dibeli dengan wang rompakan 1MDB.

Wartawan sepatutnya tanya - Tapi 1MDB kata tidak ada wangnya yang lesap atau dicuri ? Kita nak tengok apa Najib jawab. Apakah kerajaan akan hantar notis protes kepada DOJ ?

Takkan Najib mahu biarkan anak tirinya dimalukan dengan tuduhan membelanjakan wang curi di Amerika ? Rosmah tak malu sama ? Bila tidak ada kecurian, maka tidak akan adalah dakwaan mencuri atau membelanjakan wang haram hasil curian .... kan ? 


- Dalam pada itu, perdana menteri turut mempertikai cara laporan itu dikendalikan yang diberikan publisiti secara besar-besaran kerana ia bukan 'precedent case' (kes duluan) dan biasanya saman sivil ia tidak menonjol.

Pulak..... Biarlah mereka nak publisitikan. 1MDB tidak ada kaitan pun. Pihak berkuasa Amerika pun juga tonjolkan kerja2 yang telah mereka buat sama seperti pihak berkuasa kita atau mana2 negara pun. Apalagi bila melibatkan satu amaun rampasan yang paling besar dalam sejarah DOJ.

Ingat .... jangan campurtangan dalam hal ehwal negara lain ....


- "Secara luaran, ia dilihat datang dari sumber tertentu, tapi kami akan pantau prosiding yang akan diikuti saman, kerana saya tidak boleh kata ia datang dari mana, tetapi sudah pasti ia bukan dari 1MDB, Peguam Negara atau kerajaan Malaysia," katanya. - Mkini.

OK, sekali lagi menyentuh persoalan kenapa DOJ tidak menghubungi 1MDB atau pihak berkuasa kita. Meh saya tolong jawabkan .......

Sebab kes itu ada kaitan dengan Malaysian Official 1 yang disebut sebanyak 36 kali dalam writ saman DOJ ! Bukankah dinyatakan yang Malaysian Official 1 itu punya pertalian dengan salah sorang tertuduh iaitu Reza Aziz, anak tiri Najib ? DAN Malaysian Official 1 itu juga merupakan seorang penjawat awam peringkat tinggi dan juga orang yang berkuasa dalam 1MDB.

Nah .... kalau DOJ menghubungi 1MDB atau mana2 pihak berkuasa kita, bukankah itu akan memberi satu amaran awal kepada Malaysian Official 1 akan siasatan ke atas Reza Aziz, yang punya pertalian dengannya ? 

DOJ nak rampas harta Reza Aziz dan rakan2 seperdosaannya, kalau Malaysian Official 1 sudah lebih awal beri amaran kepada Reza Aziz, kemungkinan besar usaha itu akan gagal kerana Reza Aziz dan rakan2nya akan lebih awal bawa lari aset2 itu ( atau mencairkan/menjual/.tukar nama ) dan segera lari keluar dari Amerika !

Begitu juga dengan Jho Low ..... kerana melalui siasatan DOJ, mereka sudah pasti tahu yang Jho Low punya hubungan akrab dengan 1MDB. Jho Low juga akan diberi amaran awal akan tindakan sitaan ke atas aset2nya jika DOJ menghubungi 1MDB.

Walaupun 1MDB hanyalah mangsa kecurian dalam kes DOJ, namun suspek pencurinya punya hubungan rapat dengan 1MDB. 

Makanya  DOJ tidak menghubungi 1MDB atau mana2 pihak berkuasa kita dalam siasatan mereka. Logik kan ?


Mengenai persoalan Malaysian Official 1 dibangkitkan dalam Mesyuarat MT, Najib berkata - "Kami maklum perkara itu dan ia telah jelaskan kepada orang ramai," - Mkini.

Hahahaha ..... APA YANG TELAH DIJELASKAN MENGENAI MALAYSIAN OFFICIAL 1 ...... Selain dari menyatakan nama Najib tidak disebut ?


Sepatutnya wartawan tanya - Adakah Datuk Seri kenal dan punya pertalian dengan Malaysian Official 1 ? Yalah, kalau Reza Aziz punya pertalian dengan Malaysian Official 1, seharusnya Najib selaku bapa tiri Reza, juga punya hubungan rapat yang sama ..... kan ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

23 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
July 30, 2016 at 6:41 AM delete

Ala Din, kalau wartawan tanya pun dia akan sanggup buat sumpah laknat yang dia tak kenal Malaysian Official 1 tu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 30, 2016 at 7:21 AM delete

Proses tawar menawar antara MO1 dgn DOJ sedang berlaku.
MO1 sanggup tawar apa shj utk puaskan hati Amerika dan tidak kaitkan namanya dgn penyelewengan. Malah mgkin akan kambing hitamkan org lain sbgai MO1.

Begitulah ketidak adilannya manusia yg tamak dan lupa balasan Tuhannya.

Memang itulah niat Amerika tak menyebut siapa MO1 yg sebenar sampai hari ni. Mmg dasar Amerika.
Jgn biarkan Amerika tentukan masa depan negara ni. Kalau nak turunkan Najib turunkan segera sebelum negara ni dihancurkan Amerika.

Reply
avatar
Laksa Johor
AUTHOR
July 30, 2016 at 7:58 AM delete

Sila baca posting berikut sekiranya nak buat darah lagi mendidih kat Najib dan geng penyamunnya (terutamanya the "babifaced" young man bernama Jho Low):-

https://www.theguardian.com/world/2016/jul/28/1mdb-inside-story-worlds-biggest-financial-scandal-malaysia

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 30, 2016 at 8:49 AM delete

Dlm lapuran DOJ ada sebut 1MDB tak? Mana ada! Kihkihkih...

Reply
avatar
Sofian Isnail
AUTHOR
July 30, 2016 at 10:51 AM delete

mmg lah 1mdb tak harta di usa..tapi dia buat2 bodoh..semua harta tu dibeli guna duit 1mdb...alamakkk..jghlah nk bodohkan kami..

Reply
avatar
Hussin S
AUTHOR
July 30, 2016 at 12:25 PM delete

Najib ni boleh dianggap macam anak derhaka yg sanggup berpakat dengan penjenayah/penculik untuk menculik dirinya sendiri dan buat tuntutan jutaan ringgit dari bapa sendiri.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 30, 2016 at 1:04 PM delete

Teringin nak jadi macam bang reza aziz rakyat malaysia usahawan berjaya harumkan nama di luar negara, wang srnang jer mengalir kepadanya! Murahnya rezeki dia.....! Jika dibandingkan bagaimana susahnya orang kita nak mendapatkan modal permulaan untuk menjalankan perniagaan kecil- kecilan hingga ada yang meminjam daripada along lintah darah!!!!Nak gak tanya kat bang reza aziz apa rahsia bang reza aziz berjaya sebegini rupa ya????

Reply
avatar
mohd azren
AUTHOR
July 30, 2016 at 1:29 PM delete

Hang budak2 mana tahu. Lain kali jgn menyampuk bila org tua bicara. Nah 20 sen buat beli jajan. Kemudian gi main jauh². Mengacau je.

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
July 30, 2016 at 1:36 PM delete

cakap Najib sekarang hampir ke tahap merapu.

saya masih ingat lagi masa bersekolah darjah 6 (masih budak2). guru bahasa melayu masa itu tlh memberi satu 'home work' hujung minggu n berjanji karya yg terbaik akan mendpt hadiah.

tajuk esei/karangan ia lah " seorang anak yg solihah"

rakan saya tlh menulis setebal 10 muka surat. saya menyediakan karangan hanya sepanjang 2 muka surat. namun saya tlh d pilih sebagai pemenang n mendpt hadiah rm1.

rakan saya tlh membantah dgn cik gu. jawapan balas cik gu senang saja. 'karangan awak lari dari tajuk. awak menceritakan d mana awak d lahir sahinnga lah kpd siapa nenek ; bapa n ibu kamu.
awak tidak langsung menyentuh tentang anak solihah'

begini lah keadaan Najib sekarang. Wallahualam.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 30, 2016 at 4:14 PM delete

Cerita Tamil dan Hindustan walaupun berbelit-belit tapi masih boleh faham.Cerita untuk menyelamatkan manusia 1MDB berbeli-belit dan tak tahu kepala ekornya........

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 30, 2016 at 4:38 PM delete

bila dah biasa menipu ni
sumpah laknat altantuya pun aku rasa tipu jugak

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 30, 2016 at 7:52 PM delete

Tak dpt dinafikan lagi
MO1 adalah HARAMJADAH PALING BANGSAT!
Itulah kata2 beliau sendiri

Reply
avatar
john jongoss
AUTHOR
July 30, 2016 at 9:47 PM delete

Haram jadah punya mo1

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 12:04 AM delete

I think better i perform the seppuku by myself to end these miseries...-:)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 1:22 AM delete

Alahai Najib. Ko lari je lah mastautin kat Abu Dhabi. Nak ngerja haji umrah dekat dah. Nak joli sakan kasino kelab malam pun masih boleh.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 1:24 AM delete

Rosmah tak bagi hubby dia buat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 7:06 AM delete

Bapak dapat derma...billionnnnnnn2
Anak dapat biasiswa....jutaaaaaaa2
Anak tiri dapat hadiah....jutaaaaaaa2
Bini pulak dapat zakaaaaaat ke? Jutaaaaaaa2 jugak masuk dlm akaun tu..kah kah kah

Hanya manusia takde otak macam ameba je buat2 tak nampak semua tu. Buat2 bodoh je la. Mudah2an bodoh tu melekat kat keturunan kamu sbg balasan menganiaya warga Malaysia yang tak bersetuju dengan pemimpin yang tak amanah!

Reply
avatar
July 31, 2016 at 1:17 PM delete

Alahai, En Din, jika soalan itulah ditanya kpd PM sudah pasti dia jawab tidak kenal dan tidak tahu siapa 'Malaysian Official 1'. Dia akan kata DOJ pun tak tahu siapa, itu pasal mereka tak sebut nama siapa.

Namun En Din, saya dan majoriti rakyat di negara ini, bahkan di seluruh dunia, tahu sebenarnya siapa 'Malaysian Official 1' itu. Faham-faham dah le...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 5:17 PM delete

Cuba perhatikan kelopak mata dan mata MO1, kuyu jatuh dan jelas 'troubled'... emosi sebenar tak mampu disembunyikan oleh mata walau mulut cakap lain.

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
July 31, 2016 at 10:17 PM delete

Rosmah memang tak punya kemaluan . Sebab itu dia buat "facial" hari hari untuk menegangkan kulit supaya tak berkedut dan halus ( nipis ) .

Fikiran Najib memang sudah tak keruan . Kata kata dia yang keluar dari mulut besar kemungkinan lain dari yang terlintas di kepala .

Memang lah dia masa kini kata tak kenal Malaysian Official No 1 . Lihatlah nanti bila kes mahkamah di LA berjalan dan Malaysian Official No ! mula 'di telanjangkan ' , dia tak akan dapat lari kemana pun selain mengaku bahawasanya MO 1 adalah dia .
Sama je jalan cerita deangan duit 681 juta dollar masuk akaun dia . Bukan ke mulanya bermati matian tak mengaku ..... akhirnya ...terlondeh seluar .!!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 31, 2016 at 11:12 PM delete

IMDB is a victim? Are you kidding?

IMDB or to be more exact the top powerful individuals in the organization are in collusion with those outside!

IMDB is thus a perpetrator to a financial crime against Malaysia and Malaysians.

The victims all along are Malaysia and Malaysians.

Never once the 1MDB is a victim over what is happening. The best that one can say is that it is a vehicle for corrupt practices by those inside and outside.

But I would rather say that is nothing more than a perpetrator of a crime like so many other cases in the past and present coming from the so called God's gifts to Malaysians.

Yes, you've got it right - did I hear MAS, Felda, MARA and numerous others mentioned. And we have not yet gone to similar cases coming from the God’s gifts from the state and other level of governments!

Reply
avatar
supizan@gmail.com
AUTHOR
August 2, 2016 at 3:21 PM delete

Saya setuju

Reply
avatar
john doe
AUTHOR
August 9, 2016 at 5:44 PM delete

Aku pun rasa gitu gak. Sumpah najib tak ada nilai lagi sbb dia memang dah berkali2 kantoi menipu masih mahu menipu dan sumpah lagi.

Reply
avatar