KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, August 18, 2016

dinturtle

3 Kesalahan Najib Di Bawah SPRM Yang Sehingga Kini Tidak Dapat DiJelaskan

orang UMNO boleh bertempik itu dan ini, tapi mana duit 1MDB?

Bila Idris Haron, KM Melaka yang jelas tidak begitu cerdik, kata Amerika hendak bunuh orang Melayu- kita bukan peduli perkara itu. Kalau Amerika hendak bunuh orang Melayu- istihar  perang lah.

Hantar tentera, askar dan soldadu kita yang dipimpin oleh PAT yang gendut dan bersambungan kontrak itu ke Amerika. Serang Amerika dengan pesawat kita. MIG, Sukhoi dan lain2. Serang Amerika dengan kapal selam. Bot laju. Frigate kita.

Cerdik mana sangatlah Idris Haron sehingga tidak boleh diajar? Inilah yang dikatakan peribahasa Melayu, sudahlah bodoh, sombong pula.

Bila Najib kata dia tidak akan undur biar pun halilintar membelah bumi, kita peduli apa.
  • Kita hanya mahukan dia pulang USD1.83 billion yang hilang dari 1MDB.
  • Kita mahu dia pulangkan USD1.4 billion yang disalurkan kepada Aabar BVI.
  • Kita mahu dia pulangkan USD 1.2 billion yang disalurkan kepada Tanore Finance. Itu duit 1MDB.
  • beritahu rakyat, USD3.5 billion bayaran kepada Aabar ,  boleh dikembalikan.
Kita peduli apa dia tidak undur atau tidak. Cakaplah apa yang dia hendak cakap. Lagi pun cakap depan perwakilan UMNO. Tapi pulangkan semua duit tersebut.

Halilintar atau tidak, yang kita peduli ialah mengapa Najib terima USD681 juta masuk kedalam akaun nya dan pulangkan USD620 juta kepada Tanore Finance? Duit itu 1MDB punya!

Jadi sebelum kamu jerit terpekik terlolong dan air liur meleleh tepi mulut, mengenai tidak berganjak lah, penjajahan baru lah, tidak mahu tunduk lah kepada Mahathir dan banyak cerita nenek kebayan yang lain, pulangkan duit 1MDB dahulu.

Haji hadi dan ustaz2 lain dalam pas boleh bersyarah dari pagi hingga pagi esok nya, sampai urat leher jadi biru, lembu, kerbau, kambing dan itik serta ayam pulang petang- kita don’t give a damn really. Kita hanya mahu wang yang disonglap dipulangkan. Persetankan syarahan dan tazkirah kamu mengenai dosa, halal haram, morality dan sebagainya.

Just give us back the damn money.

Jangan hendak alih pandangan rakyat. Kenapa Najib terima USD20 juta dari putera Arab? Jika derma kenapa tidak beritahu kerajaan? Jika Najib penjual air batu tepi jalan, mahukah putera Arab derma kepada nya?

Kerana dia pegang jawatan awam lah maka, putera Arab derma. Jawatan awam/public itu ialah jawatan PM. Menerima imbuhan atau faedah peribadi atas sebab ada jawatan awam ialah rasuah. Faham? Rasuah.

Kenapa Najib ambil USD30 juta dari blackstone bin Aabar BVI? Adakah Blackstone bin Aabar BVI bin 1MDB mahu beri Najib jika Najib seorang penjual keropok lekor di Losong? Sekali lagi, jika dia dapat faedah peribadi disebabkan jawatan awam nya, maka itu nama nya rasuah. Faham? RASUAH.


Kenapa Najib ambil USD61juta dari Tanore dan pulangkan USD620juta? Dan dalam proses tersebut,Najib mencipta suatu jenis kewangan Islam baru yang dipanggil Najibah.

Jangan berkhutbah kepada kita mengenai penjajahan baru, Amerika hendak bunuh Melayu, tidak mahu tunduk kepada Mahathir atau cakap besar tidak mahu berundur walaupun halilintar membelah bumi.

Semua dunia tahu, Najib disergah dek ketua kampong pun sudah  takut.

Tidak ada perkara yang paling bodoh dari memberi amanah kepada orang yang pecah amanah dan pelakunya tidak dipertanggung-jawabkan kerana berpecah amanah.

Tidak ada kah suatu pun nilai pembetulan dalam budaya Melayu?

Copypaste dari Senapang sakti 
 
                              ********************

3 poster yang kita boleh lihat di laman web SPRM. Selain yang di atas, ni ada dua lagi yang kena tepat kepada Najib !



Berbilion ringgit masuk akaun peribadi Najib. Walaupun telah dipulangkan kepada Tanore Finance sebahagiannya.beberapa ratus juta ringgit telah dibelanjakan oleh Najib.

Dana itu bukan dari emolumen atau gaji Najib atau dari harta pusaka keluarga Najib atau Rosmah. Maka boleh ditakrifkan sebagai LEBIHAN HARTA.

Apakah penjelasan Najib mengenai lebihan harta itu ?

Apakah alasan yang Najib tidak tahu dari mana datangnya duit itu sudah memuaskan hati Peguam Negara untuk bersihkan nama Najib dan mengarahkan kes ditutup ?

Bagaimana jika penjawat awam lain yang dituduh rasuah berikan alasan yang sama, apakah Peguam Negara akan buang kes ?


Apakah Najib ada melaporkan penerimaan segala duit itu kepada pihak berkuasa ?

Dalam kes RM2.6 bilion yang didakwa sebagai derma, apakah itu satu alasan yang munasabah yang boleh diterima akal yang waras ? Siapakah pihak berkuasa yang patut menerima laporan sebegitu ? Hanya Bank Negara Malaysia sajakah  ?

Bagaimana dengan penerimaan wang dari sumber SRC ? Najib dikatakan tidak tahu dari mana datangnya duit itu, dia hanya tahu membelanjakannya saja .... tapi apakah penerimaan duit itu dilaporkan kepada pihak berkuasa ?

Apakah ketiga2 persoalan di atas telah dijawab dengan memuaskan oleh Peguam Negara ketika membersihkan Najib ? Rasanya tidak ..... sebab itu rakyat bising !

Dan sebab itu jugalah maka sekarang pemimpin2 Umno sibuk melalak dengan pelbagai spin supaya rakyat menolak saman pihak DOJ kerana di dalam saman itu terkandung bukti pergerakan wang haram yang masuk ke akaun Najib.

Dilaporkan Jho Low dan anak tiri Najib, Reza Aziz dipanggil untuk bela diri kes saman DOJ pada 22 Ogos ini, kita nantikan apakah mereka akan tampil mempertahankan harta mereka yang bakal dirampas DOJ itu atau memang harta2 itu diperolehi dari duit haram hasil songlapan dana 1MDB sebagaimana terkandung dalam writ saman DOJ ?


Jika dakwaan tidak dilawan, apakah segala bukti yang dikemukakan oleh DOJ, termasuk pergerakan wang haram ke dalam akaun MO1 atau Najib itu BENAR belaka ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

12 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
August 18, 2016 at 8:30 AM delete

Din,

Dari awal isu ini terbongkar lagi sehinggalah ke hari ini Najib Razak tah henti henti berbohong Dari tidak mengaku "matia matian" duit tak masuk ke akaun peribadinya di Ambank hinggalah cerita derma Tok Arab utk perangi IS...segalanya KELENTONG & AUTA "hidup hidup". Satu Malaysia malah dunia mempertikaikan tentang duit 1MDB dan jawapan yang diberikan oleh pengampu, pembodek, pengipas dan pemakan dedak Najib Razak sampaikan dia dah terperosok ke diniding. Logik akal kalau dia nak matikan segala tuduhan dan dakwaan ramai terhadap dia, senang senang dan mudah saja. Tunjukkan dokuemen dan bukti bagi menyokong dakwaan yang dia katakan fitnah terhadapnya itu. Tapi ini gagal ditunjukkannya walhal segala dokumen transaksi pasti ada dalam tangannya. Kenapa tidak mahu dedahkan dan buktikan bahawa dia dipihak yang benar???. Jawapannya mudah saja. Semuanya kerana dokumen dokumen yang ada dalam tangannya yang disembunyikan serta di OSA kan itu HANYA membuktikan dia memang boleh dituduh bersalah dan didakwa serta akhirnya dihumban ke lokap/penjara. Itu sebabnya sampai sekarang Najib Razak tak dapat untuk mematikan dakwaan semua pihak terhadapnya melainkan hanya berwirid terus2an bahawa segala tuduhan adalah fitnah. Tindakan Najib berdiam dan enggan mendedahkan segala dokumen selain langsung tidak bersuara tentang puak puak haram jadah seperti Jho Lho, Riza Aziz dan segala pegawai haram jadah 1MDB yang bertanggung jawab menggelapkan duit 1MDB itu menunjukkan Najib Razak sedaya upaya sedang berusaha untuk menutup segala bukti bukti yang ada. PM jenis begini layak dianggap sebagai PM haram jadah kerana tidak berusaha menrungkaikan masalah wang rakyat yang hilang sebaliknya terus berusaha menyembunyikan segala bukti yang ada. Maka PM jenis haram jadah begini layak digulingkan dengan apa cara jua.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 18, 2016 at 8:44 AM delete

Berbillion rm pulangkan pok jib
Masuk penjara pok jib

Umno bn lebur la tu..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 18, 2016 at 8:47 AM delete

KES najib ni akan jadi precedent kepada kes2 akan datang. percayalah..kaki2 rasuah akan mula menggunakan taktik derma/hadiah yang jika kantoi akan dikatakan sebagai tidak tahu sumbernya dan balancenya akan dipulangkan..tanpa dikenakan apa -apa hukuman mahupun denda! wang yang telah digunakan pun tidak perlu dibayar balik..

selagi tiada sifat jujur dan adil dalam diri pemimpin dan penegak keadilan..jangan harap isu rasuah boleh dikawal..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 18, 2016 at 9:10 AM delete

LHDN cepat mengeluarkan arahan cp38 pd rakyat, duit yg msk akaun halilintar tu dok senyap? Tun pernah tanya -- pun senyap.

En Din, KM Melaka memang HA-WAU (bak kata org melaka). Saya juga setuju kenyataan en Din berkenaan ustaz2 & tok2 guru PAS!
Najib tak kan berganjak walau halilintar membelah bumi....ha Ha Ha...KM Melaka la terbakau dulu...

Reply
avatar
rahman jpc
AUTHOR
August 18, 2016 at 2:07 PM delete

saya percaya bahawa saya lah d antara insan yg d atas initiative sendiri tlh berusaha utk mendamaikan tun m dgn najib.

saya tlh berjumpa tun m 2 kali tetapi malang nya rosmah tlh tidak berminat dgn usaha saya ini. semua usaha saya tlh saya simpan sebagai bukti. sekarang semua nya tlh terlambat.

sebaik sahaja DoJ n FBI emngumumkan hasil siasatan mereka serta tindakan lanjutan yg akan d ambil, saya tlh menghantar mesej melalui sms pd 21 july saperti berikut - "Eid Mubarak dtn sri. semua tlh terburai. hanya 'devine intervention yg bolih menyelamatkan keadaan yg semakin buruk. jgn terkejut jika Doj/FBI mempunyai banyak lagi maklumat mengenai transaksi serta 'money trail' dtn sri n ds najib.
saya tak bolih membantu.
hanya berdoa agar rakyat tidak menuntut hukuman yg berat. selamat berjuang."

saya tidak mendpt respon. namun apabila saya memaklumkan pandangan anak perempuan nya puan Azreen yg d 'copy paste' olih bloggers, beliau secara pantas membalas nya.

insya'allah banyak lagi akan saya kongsi pd masa yg sesuai.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 18, 2016 at 2:19 PM delete

Khas buat ahlol ahlol umno, sudah sudah lah dok tanggung bakai hidupni. Selamatkan lah perjuangan peninggalan warisan datuk nenek kita dulu.
Jika kamu rasa geng dedak ni tidak dapat di nyah dari umno maka ikut lah kami yg dah nyahkan umno. Sedarlah ini bukan lagi umno yg pernah kita semua sertai dan perjuangkan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 18, 2016 at 6:58 PM delete

Idris Haron kata hanya anugerah Allah kepada umat Melayu boleh selamatkan umat Melayu di Nusantara!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 18, 2016 at 10:17 PM delete

najibur hanya akan berganjak bila halilintar tebas kepalanya yg asik nak menipu...sombong angkuh..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 19, 2016 at 5:53 AM delete

Dunia tempat segala dugaan ini dijadikan puak umngok sebagai syurga dunia.Mati itu pasti tapi siapa yang tahu kehidupan selepas mati.Janganlah memalukan bangsa melayu dengan sikap tamak haloba kamu, jangan jadi manusia gagal melawan nafsu duniawi.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 19, 2016 at 8:26 AM delete

Bila dah gagal segalanya jadi pahit.
UMNO juga gagal sebagai sebuah institusi society melayu yang dikatakan menjaga maruah bangsa dan negara. Kini UMNO sendiri menerima padah dikutuk oleh seantero dunia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 19, 2016 at 1:10 PM delete

Si dia kata " Biar halilintar membelah bumi...", dia tak kata pun kalau benar aku tidak amanah, menyonglap duit rakyat;menjahanamkan maruah orang melayu dan Malaysia dimata dunia, "Biar halilintar panah aku..."

That in itself speaks volumes...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 21, 2016 at 3:14 PM delete

Din, klaus 23, 25 dan 26 akta SPRM tu masih wujud ke lagi?... cuba check tengok sekali lagi... kan baru2 ni, MO1 dah tukarkan bebrapa pegawai SPRM dan bersarakan pengerusinya lalu dihantar Pengerusi baru ciptaan Apandi si peguam MO1 tu... tah2 dah habis akta dirombak senyap2 demi untuk menyelamatkan MO1 tak?

Reply
avatar